Gembira melihat perkembangan anak-anak di depan mata.. syukur alhamdulillah kerana kurniakan saya nikmat yang tidak terhingga ini.. Saya akui memang agak penat hendak membesarkan mereka ini tapi disebalik kepenatan itu ada kegembiraan yang menanti...ecewahhhh ayat ko tak boleh belah.
Hari nie mood aku rajin sket..eh rajin banyak laa.. rutin seharian selama bercuti nie bangun subuh, antar suami dan esya ke pintu, pam susu, susukan sara, kemas rumah pastu wajib sambung tido balik. Tetapi hari nie rasa sayang pulak nak sambung tido.. masa sara tido nie lah masa terbaik untuk aku update dan juga blogwalking hewhew
Lagi pun cuti pon dah nak abes.. ada lagi seminggu jer lagi nak bersenang lenang..jumaat depan dah kembali berkhidmat.. mudah-mudahan segalanya berjalan dengan lancar. Kerja ok..anak-anak pun ok. Amin...
Esya nie kan nampak gaya macam dia sayang sangat kat adik dia nie. Setakat nie tak da la benda2 pelik yang dia buat dekat adik dia. Setakat cabut sarung tangan dan stokin adik tu perkara biasa. Tu jelah benda paling ganas dia buat.. tapi aku totap kena berhati2 sebab kadang tu bila tido sebelah menyebelah laju dia kaki esya nak naik ke atas badan adik huiiii seram mak nak! walaupun aku dah caver dengan bantal sebagai penghadang..
Aku harap sangat esya dapat jaga adik dia nanti kat rumah BS. Main2 dengan adik dan lindungi adik daripada perkara yang tak diingini. Walaupun esya hanya budak setahun jagung hehehe. Mama harap sangat kakak!
Mama love both of u sayang...muaaahhhh
No comments:
Post a Comment