Semenjak aku peknen untuk kali ke 2 nie aku lebih suka cari info pasal breasfeed... yelah anak aku kan kecik lagi.. baru nak masuk setahun 2 bulan kan.. tetiba maknye mengandung.. pastu nak pisahkan dia dengan "benda" yang dia paling nak sangat setiap kali lapar, dahaga dan nak tido.. oh no!!!
Memang aku tak sanggup!!! aku bagi jugak setakat yang termampu... bukan bermaksud aku tak campur dengan fm.. aku dah mula bagi fm semenjak esya berumur 8 bulan lagi.. masa tu kan susu dah drop.. aku pon tak mampu nak bagi dia susu lama2.. buat menimbulkan kemarahan dia jer.. yelah dia dok hisap2 tak de air.. tak ker dia marah hehe
Sedih giler kot bila susu drop...tsk tsk tsk... tapi sedih dalam gembira la.. gembira sebab nak dapat orang baru.. aku mengaku masa mula2 dapat tau esya nak dapat adik.. aku jadi blurrr sekejap... aku macam tak boleh nak pk apa2.. aku kesiankan esya yang masih kecil tu.. Ya Allah... hanya tuhan saja ah yang tau.. pastu aku mesti risaukan luka bersalin aritu... masih baru lagi kan.. ceaser plak tu.. Ya Allah.. tak tahu nak cakap lah.. hanya kepada tuhan tempat aku mengadu..
Setiap hari aku panjatkan doa memohon supaya dipermudahkan segalanya... mohon Allah pelihara kandungan ini sehingga lahirnya dia nanti.. dan moga tidak berlaku sebarang komplikasi yang akan membahayakan aku dan baby nanti.. amin..
Sekarang... aku bertambah yakin.. aku yakin aku dapat melalui pengalaman mengandung kali ke 2 ini dengan sebaik mungkin.. insyaallah... mujurlah suami banyak membantu di kala aku kepenatan melayan anak sulung yang semakin membesar dan lasak tu.. esya..esya.. dia mesti tak paham lagi kan.. hee tak pe nanti dah kuar adiknya nanti mesti bertambah meriah... mudah-mudahan...
Oh yer kat sini ada beberapa fakta berkenaan penyusuan susu ibu ketika mengandung yang sempat aku gugel.. korang boleh share info nie manalah tahu kot ade yang sama status macam aku ker kan hehehe
Insyaallah kalau kita yakin dan mampu kita boleh laksanakannya... insyaallah bila baby dah kuar nanti aku akan susukan kedua-duanya... sampai lah ke usia mereka 2 tahun.. moga Allah berikan kekuatan dan murahkan rezeki anak2 ku nanti... amin
Susu ibu bukanlah sumber tenaga utama bayi selepas usianya 6 bulan. Jika ibu mendapati dirinya mengandung selepas usia anak melebihi 6 bulan, ibu tidak perlu gusar tentang nutrisi untuk anak kecilnya. Ianya masa yang sesuai untuk anak belajar untuk menerima nutrien daripada makanan yang berkhasiat.
Penyusuan susu ibu masih diteruskan demi memenuhi keperluan emosi kedua dua pihak dan ianya masih menyumbang kepada nutrisi hariannya.
Selain itu, penyusuan susu ibu tidak mempunyai kaitan dengan keguguran juga perlu diketahui oleh ibu. Dapatkan lebih informasi mengenainya daripada konsultan atau kaunselor laktasi anda.
2. Rasa Sakit Pada Puting
Kebanyakan ibu mengalami rasa tidak selesa pada bahagian putting pada setiap kali sesi penyusuan. Ini kerana puting menjadi lebih ‘fragile’ dan membesar semasa mengandung demi persediaan untuk penyusuan anak didalam kandungan.
Ibu boleh mengalihkan perhatian daripada rasa sakit dengan cara melakukan perkara lain ketika menyusukan seperti sambil membaca majalah atau menonton TV. Ketahui bahawa rasa sakit pada bahagian puting tersebut adalah untuk menjadikan puting lebih ‘tough’ untuk penyusuan bayi seterusnya.
3. Posisi Yang Selesa
Berikutan pertambahan saiz pada bahagian perut dan keadaan fizikal yang kurang mengizinkan, ibu perlu menyesuaikan posisi penyusuan mengikut keselesaan. Posisi mengiring dan meletakkan sebiji bantal pada bahagian belakang badan mungkin membantu!
4. Nikmati Momen Penyusuan
Tangan kecil yang meraba perut anda semasa menyusu adalah antara momen indah sepanjang membesarkan sikecil. Berkomunikasi dengannya (walaupun ketika sedang menyusukan!) bahawa mama sedang mengandungkan adiknya didalam perut supaya dia boleh mempunyai kawan bermain. Dia memahami setiap apa yang ibunya rasa bermula sejak dia berada didalam perut lagi!
5. Tanamkan Azam Untuk Tandem Nursing
Tandem Nursing ialah menyusukan anak ketika sedang hamil seterusnya menyusukan kedua duanya (atau mungkin lebih) selepas bayi lahir. Kelebihan tandem nursing ialah antaranya hubungan antara kedua dua anak yang lebih erat apabila mereka pernah berkongsi sesuatu yang ‘penting’ apatah lagi susu ibu! Selain itu, tandem nursing juga membantu emosi ibu selepas melahirkan dan emosi anak yang lebih besar sebaik sahaja menerima kehadiran ‘orang baru’ dalam rumahnya. Dia tidak ketinggalan dalam apa apa jua aktiviti ibu dan bayi baru.
Tandem nursing selepas melahirkan turut membantu ibu mengurangkan risiko bengkak susu dimana anak yang lebih besar mempunyai lebih kemahiran untuk ‘membantu’ ibu mengosongkan payudara.
Tips Pengekalan Susu Semasa Hamil
Tidak dinafikan terdapat perubahan pada kuantiti susu ibu semasa ibu mengandung. Bahagian dalam payudara ibu hamil mempunyai kurang keupayaan untuk menyimpan susu yang menyebabkan kuantitinya tidak lagi sebanyak sebelum itu.
Percaya pada rezeki, penyusuan susu ibu adalah lebih kepada kualiti berbanding kuantiti (pada usia anak melebihi 6 bulan).
Teruskan penyusuan susu ibu semasa anda bersama anak dan antara tips yang boleh digunakan ialah:
‘Sediakan Air Kosong Untuk Anak’
Komposisi susu ibu yang hamil yang mengandungi lebih sodium akan menyebabkan perubahan rasa iaitu sedikit masin yang menyebabkan anak berasa dahaga walaupun selepas menyusu.
Selamat meneruskan penyusuan semasa hamil kerana ianya bukan perkara yang bertentangan dengan penyusuan susu ibu. Rasa bahagia kerana kehamilan anda ‘ditemani’ si kecil juga adalah anugerah!
pstttt: yer aku setuju sangat dengan kata2 yg terakhir nie.. rasa sangat2 bahagia bila kita dapat menyusukan si kecil kita semasa kita mengandung nie kerana ia adalah pengalaman yang sangat berharga :) kerana tak semua orang dapat merasai pengalaman seperti ini..
2 comments:
bagus jugak info nih kan kak ila...hope baby sihat2 sentiasa dalam tommy mommy....
sis ila,kite pon pregnant jugak dikala ammar 1 tahun 2 bulan..huhu..blur mmg blur..mak pon cma cuh x acuh je..sedey gile..ape boley buat..xkn nk gugurkan..xde sebab bak kate doc..kite phm mak risau..huhu
Post a Comment