Wednesday, January 5, 2011

Bertemu Dato' Dr Fadzilah Kamsah

Assalamualaikum wbt...

Hai ini kisah tahun lepas yer kawan2.. kisah 31 disember yang lalu.. ai lambat apdet loh.. tak pe tak pe tengah rajin nie harus apdet perabiss sume hat tahun lepas punya hahaha

alkisahnya, pada tarikh tu pihak SUK Selangor ada anjurkan forum Ma'al Hijrah dan sambutan tahun baru.. dan dorang telah menjemput wakil2 daripada pejabat aku untuk turut serta.. sebenarnya nama aku tak da pun dalam senarai ke forum tersebut.. tapi sebab ada sorang member nie tak dapat hadir dia mintak tolong aku gantikan.. aku ok jer.. nak nak pulak dengar nama pakar motivasi terkenal nih harussslah pegi!

ceramah berlangsung dalam keadaan yang baik.. asyik dok gelak jer dengar Dato' berceloteh.. best tau! setiap kata-kata yang keluar daripada mulut beliau adalah berunsurkan nasihat.. semuanya baik2 belaka..

abes forum tu sanggup tau tunggu beliau kat pintu keluar dewan semata2 nak snap pic bersama beliau.. nak masuk belog ler katakan..hihi

time nie Dato' ngah berbual ngan member aku.. curik2 amek pic dia daripada tepi hiks

tak sopan betui.. orang tengah berbual aku sebok nak bergambar hahaha

yang nie pon sama nak menyelit jugak..

ada jualan produkkesihatan keluaran Excel training & consultancy.. aku amek 1 botol pil untuk kecerdasan IQ dan EQ..

dorang jual 3 botol rm 100 so kami kongsi bertiga.. harga asal rm35 saje dapat la jimat cket beli kongsi2 kan..

banyak pengajaran yang aku dapat dalam ceramah tu.. nak cerita balik memang tak ingat la kan haha

motip sebenar nak tayang gambar ngan pakar motivasi itu saje..

sekian :P

Tuesday, January 4, 2011

Pengantin Ang-ang

Sekitar Majlis Bertandang Adik Yat & Mohaz di Manjung, Perak pada 1/1/2011 bersamaan hari sabtu yang lalu.. permulaan awal tahun baru weh..

ramai yang wat majlis kawin tarikh nie.. yelah sempena tahun baru gitu kan.. date pon cantek jugak.. 1 hb 1 tahun 2010.. kira jadik 1.1.2011 camtu haa senang nak ingat.. dorang la senang nak ingat.. kita nie susah sket la nak ingat kehkehkeh

tak ketinggalan adik Yat dan suami turut memilih tarikh tersebut.. nak nak pulak hari jumaat tu malaysia cuti umum sempena kemenangan bola sepak negara piala suziki AFF maka dapatlah kami sekeluarga bertolak sehari awal ke Manjung sane..

kalo ikutkan perancangan kami nak gerak pagi2 lepaih subuh ari sabtu tu ke Manjung.. ate dah cuti haruslah pegi awal sehari.. makan angin kat sana dulu hihi

kat sana kami disediakan homestay yang sangat2 best! rumah teres 2 tingkat beserta ekon setipa bilik.. eh setiap bilik ker? eheh sesetengah bilik saje loh tapi termasuk bilik aku dan en bob.. kat hall pon ada ekon.. pendek kata tak panas langsung la bermalam kat sana.. sume cool sajer..

majlis dorang berlangsung pada keesokkan harinya... sepanjang perjalanan dari homestay ke rumah pengantin lelaki ditemani oleh abg2 mat motor TZM.. adeii gambo lupa nak aplod da.. tak per lah korang imagine udah ler.. abg2 TZM nie kawan kepada mohaz, adik ipar aku tu.. kire kitorang berarak naik kete ramai2 dorang (kawan2 mohaz) naik moto kat depan kitorang..

sampai kat trafik light siap tahan kete2 yang lain supaya benti n bagi jalan kat kitorang lagik.. maklum ler rombongan pengantin katakan.. cewah

ops lupa nak bagitau nie haa si blogger pn honeysour n family pon ada gak tau! kebetulan dia balik kg so dia datang ke manjung n join sekali..

time nie kitorang ngah tgu rombongan pengantin lagi satu.. adik pompuan mohaz pon kawen pada hari yang sama.. so 2 pasang pengantin akan berarak bersama2.. rombangan dorang dari Melaka..

sambil tgu sume sampai kami sempatlah mengedixs dulu.. masa kenduri kat perak aku tak sempat nak gedixs2 amek gambar tau! maklumla bizi time nie nak pose manyak2


pengantin serba merah.. merah ang-ang you!

nie adik mohaz dan pasangan..

kedua2 rombongan belah perak + melaka.. bercampur2 dah

cam biasa ada acara silat..

pengantin naik pelamin.. weols adik beradik tak sempat posing kat sini sebab lepas tu ada majlis berendoi anak buah mohaz dorang gantung buai betui2 kat depan pelamin.. so tak dapek la nak tunggu sampai ke petang..

makan time.. dapat ler makan kat tempat VIP tu ha walaupon kat hujung2 hihi

anak buah aku dan sedara mara..

pengantin baru tersenyum riang... raja sehari la katakan..

pengantin lama.. baru 6 bulan kawen nih :) baru lagiii hihi

makanan sume terbaek!

2 pasangan raja sehari

acara bergambar bersama ahli keluarga ku yang super ramai.. dimulakan dengan anak2 buah yang memang kaki posing! ntah ikut genetik sapa lani :P

candid.. sofea

adik beradik yang ada.. ada 3 oranglagi tak dapat datang majlis nie.. ada urusan lain..

hepi nye muka pengantin sambil buat senaman mulut.. gigi tersengih hihi

kami...

dan lastly sebelum bertolak balik ke shah alam kami singgah kat tepi pantai.. tempat nie namanya marina.. tak ingat nama penuhnya.. cantik sangat seswai kalo nak outdoor kat sini.. tak jauh ngan teluk batik..

perasan artis..lalala





haa tu dia sekali harung... kasi muntah korang tengok gambaq banyak2..

dah settle kenduri kedua belah pihak.. lega..

Saya dah 24 weeks tau!

Assalamualaikum wbt..

Tetiba nak apdet pasal bobo la pulek..

Hari nie aku dah masuk 24 weeks preggy lah uols! weeeeeeeeee cepatnya masa berlalu...

24 weeks = 6 bulan

so fast! terasa sangat.. tup tup tinggal kurang lagi 4 bulan dah nak deliver.. due 27 April 2011



takut lak rase... dup dap dup dap.. menanti saat itu... mesti sweet kan? hurmm nak berimaginasi sat no *wink

dah beso anak mama sekarang yer.. patutla asyik kick sane kick sini.. makin menjadi2 plak tu.. since aku preggy 20 weeks bobo dah mula start kick.. dulu pelan2 jer tak terasa sangat.. sekaranggg kemain lagi bobo kick mama yer :)

tak pe mama suke jer! hihi


eh lupa.. en bob pon dah start panggil bobo jugak.. so sweet gitu.. hihi eloklah tu.. bapaknye bob anaknya bobo.. ai like it!!

Monday, January 3, 2011

Selamat kembali ke alam persekolahan

Assalamualaikum wbt..

Selamat pagi murid-murid sume! haaa hari nie first day sekolah kan? bagi negeri yang dah bermula sekolah pada hari ahad tu dah masuk hari ke dua bersekolah lah yer.. pagi tadi aku dan en bob bangun seawal mungkin.. ate nak kejor lift ler ape lagi hahaha

mengalahkan budak sekolah nak masuk kelas lagaknya.. malam tadi dah ler tido lewat tapi pagi nie kena bangun awal.. huh tak aci :P ngeee

hasilnya.. aku sampai opis jam 7.29 pagi.. awal tak awal jugak la nie.. biasanya dekat2 kui 8 baru hegeh2 nak sampai hihi

bagus2 kekalkan prestasi!

teringat zaman kenangan bersekolah dulu.. aku mula bersekolah di sekolah kebangsaan Sungai Bakau (SKSB) kat area nibong tebal, seberang perai selatan.. sempadan antara Perak dan Penang.. umah aku kan ujung2 negeri perak nun.. so bleh la tumpang sekolah belah penang..

Pengalaman masa sekolah rendah dah tak ingat sangat.. cuma yang aku ingat cikgu kelas aku dulu garang giler! peknen plak tu.. lagi la bertambah garang.. salah sikit rotan! bising sikit pon kena rotan jugak.. rotan kat kepala tau guna pembaris kayu yang kaler kuning tu.. tapi kami time tu tak nangis woooo bleh jer tahan.. tak pulak mengadu kat mak bapak.. rileks jer.. haa kalo budak2 sekarang jangan main2 yer cikgu.. jentik pon tak buleh tau..

kepada yang dah ada anak2 yang bersekolah tu mesti kelam kabut kan hari nie? tak pon korang cuti ari nie kan.. weee bestnya anta anak g sekolah.. aku lambat g tau.. anak pon blom kuar lagik

ok la tu dulu nak siapkan keje dulu kang kita citer2 lagi k..

gambar pakai baju sekolah masa g btn tahun 2009 mengimbas kenangan di zaman persekolahan..

Sunday, January 2, 2011

Welkam new year 2011

Assalamualaikum wbt...

Aiyak sori la uols lambat plak nak wish new year tahun nie kan.. weken nie aku bizi sket tak sempat nak apdet belog.. hari jumaat mesia cuti kan so kami bertolak ke Manjung, Perak bagi menghadiri majlis perkahwinan adik bongsu aku bersama pasangannya.. sapa lagi kalo bukan adik Yat.. kali nie kenduri sebelah lelaki pulak.. haa itu nanti aku stori yer.. dapat jumpa dengan seorang blogger tegar lagi u.. haa tu pun nanti aku stori k

so dikesempatan ini aku ingin sekali mengucapkan..

SELAMAT TAHUN BARU 2011 KEPADA SEMUA RAKAN-RAKAN BLOGGER KU SEKALIAN.. SEMOGA AZAM ANDA TAHUN INI AKAN MENJADI LEBIH BAIK DARIPADA TAHUN-TAHUN SEBELUM NIE OK :)


IKHLAS DARIPADA KAMI BERDUA...eh bertiga la.. hihi





luv uols :)

* eh ini entry pertama untuk tahun 2011 lah.. baru terperasan hikhik
Photobucket
© Design by | Nurulchumel Lovely Site