Monday, June 9, 2014

Balik kampung halaman ku perak

 Cerita balik kampung hujang bulan mei baru nak keluaq nie wehhhh. Layannnn kan ajelah...

Yer kampung ku di Perak sempadan Penang dan Kedah. Seronok baq hang balik utara! terasa macam balik raya pon ada... kereta berduyun-duyun siap benti di highway lagi tuh. Biasalah penangan cuti sekolah. Kalau tak jem tak meriah la highway utara-selatan tu.


 Bangun seawal pagi siap diri dan anak.. si kakak boleh bantai tidoq tak ingat donia. Jadinya kami angkat ja dia masuk keta mandi dekat mana2 rnr. Dah masuk keta elok plak dia bangun dan sebok tanya... nak g main car ke mama? alahai ingat masuk keta nak pegi main car ker? hahaha mama mau balik kampung laa jumpa tok nah!

Berenti sekali di hentian rehat simpang pulai. Mandikan Esya dekat sana terus. Zassst pegi solat dan makan siap2 dan terus berdesup balik kampung. Sampai di parit buntar memang dah janji nak jumpa dengan sorang kawan aku nih nak pass kan barang dia. Kebetulan dia dapat tau aku nak balik kampung melalui group wasap so dia pon kirim la sekali. Periuk tefal uols! haha sebok nak bagitau ken.

 bergamabr bersama kaktie dan anak beranak... geng masa aku join askar wataniah dulu. Time tu study dekat Poli seberang perai. Kira lebih 10 tahun kami tak jumpa.

 dan bila berjumpa kali nie masing2 bawak "henbeg". Paling best dua2 pon gegirl haha.
 Esya main rumput... sesekali main rumput katanya... kat umah kami kan tak de rumput...

 Esya baru mula nak berkawan-kawan... tapi malu2

 Antara tempat wajib singgah dekat kampung aku nih yelah "Along Char Koew Tiaw" terbaik habaq hang! dia punya kuah tu yang membuatkan char koew tiaw nie lain daripada yang lain. Sesapa ada lalu kampung kedah ontheway nak ke penang tuh boleh try. Dijamin sedap dan korang pasti puas hati. Tak tipu. hehehe.

ini plak rezeki kami... kaktie bekalkan laksa tumis. Dia buatkan untuk aku.. tak pernah makan laksa tumis nie lah first time. Sedap jugak la kuahnye pekat. Tengok latu ikan dia perghhhh lazat. Cuma kalo dapat kuah laksa yang biasa tu lagi teangkat lah aku rasa. Sebab yang nie berminyak skit la sebab dia kan tumis. haaa gitu...

Aroma terapi. Pemandangan sawah pagi di sekeliling rumah. Mesti nak bawak anak2 jalan2 depan rumah amek angin. Gambar nie keesokkan harinya. 


 Esya dan sara pon suka sangat... kat shah alam mana ada sawah padi camni jadi bila balik sekali sekala wajib bawak depa melawat kawasan.

 tengoklah tu si kakak jalan ke depan tak ingat... berani sungguh! kalau kat kampung tak payah risau insyaallah mereka selamat. Rindu kenangan dulu2 masa kecik2 boleh tahan lasak jugak aku dulu. Berkubang di parit tu wajib dah. heee...




 Dapat jumpa mak... urut kaki mak... masak untuk mak... sembang dengan mak dah cukup gembira bagi aku... tu je paling penting bagi aku! Ya Allah kau peliharalah ibu daripada sebarang penyakit... Semoga mak sentiasa sihat dan dapat beribadah kepadaMu...

Di kala ini aku rasa rindu sangat dengan mak... padahal baru lepas kol mak...

Korang... selagi ada mak sayangilah mak.. sebab kalau tak da mak siapalah kita kan...



i love u mak
 



2 comments:

Ana Lyana said...

sedapnyaaaa tgk charkuewtiau ngan laksa tuuu.. nyum nyummm...

JIVEBUMZ said...

sedappp oh nana

Photobucket
© Design by | Nurulchumel Lovely Site