Thursday, July 5, 2012

Celebrate 2nd anniversary

Kejap berupdate..kejap idok... maafkan saya...

Malam sabtu lepas kitorang celebrate second anniversary kat umah mertua di kajang.. memang cadangnya begitu sebab malam tu kan dorang rewang untuk majlis kawen adik ipar aku esoknya.. semua saudara mara berkumpul so eloklah kita potong kek sekali begitu..

Kek ditempah khas sebulan awal di SweetFoodOven.. taman ukay perdana.. cer search FB dia sana ada macam2 kek lagi.. oleh kerana aku ngidam nak makan kek rainbow so aku order kek inilah yer.. rainbow buttercream..
rasanya sangattttttt sedappp ok

kalau tak percaya sila order sendiri :P susah nak yakinkan orang lain melainkan korang kena try sendiri.. ikut rasa tekak masing-masing..

Malam tu sambil2 kitorang rewang untuk majlis esoknya.. ada buat makan2 sket.. bakar sate.. hotdog.. sosej... gitu2 jer lah.. jiran ada lah 2,3 ketul yang datang selebihnya adik beradik dan saudara mara  belah suami aku jer..

macam biasa.. wajib bergambar dengan anak kesayangan mama nih.. haishhh puting tu tak lepas2 daripada mulut dia tau! suka benar!

kami sekeluarga.... babah, esya dan mama :)

love this pic! sebab susah nau nak dapat bergambar bertiga...

tak ada apa melainkan potong kek belaka.. dan acara bergambar berdua-duaan dan bertiga-tigaan eh berenpat2 pon buleh jugak :)

semoga ikatan perkahwinan kami akan sentiasa dirahmati dan di berkati Allah swt  hingga hujung nyawa..
mama sentiasa mendoakan yang terbaik dalam perhubungan kita.. semoga Allah perkuatkan ikatan kasih kita sampai bila-bila..

muahhhh


lastly.. sila terliur dengan pic rainbow kek ini hehehe jahatnyaaa
Photobucket
© Design by | Nurulchumel Lovely Site