Alhamdulillah majlis aqiqah dan bufday Esya telah selamat diadakan pada hari Ahad yang lalu bersamaan 29 April 2012. Tetamu yang hadir tepat pada masanya iaitu waktu makan tengah hari.. adalah dalam 60 ke 70 orang.. bajet kami hanya untuk 100 orang.. alhamdulillah dorang semua dapat cukup makan lagi berlebih adalah.. siap ada yang tapau bawak balik.. hee best sangat...
Gambar tak banyak sangat.. nie jer yang ada.. aku cedok kat fb sana..
Ini adalah kali pertama kami buat majlis rope nie... perasaan?? usah ko tanya... sangatlah nebes ok! mujur segalanya berjalan seperti yang dirancang.. tetapi sedikit kelam kabut lah sebab first time kan.. macam tak reti nak layan tetamu yang mana satu.. sebab depa nie datang serentak tak berhenti2 fuhhhhh
Semasa acara memotong kek si Esya pulak buat hal.. tak nak bergambo.. asyik nak berdukung aje.. tak nak berpisah ngan mama babah dia.. sampaikan pengasuh dia nak dukung pon dia tak nak pergggghhhh sabaq jelah
Makanya gambo masa potong kek ada sekeping jer tu ha.. tu elok elok sket.. yan glain semua tak boleh pakai.. esya takmo nengok kamera!
member masa kat poli dulu.. antara tetamu yang terawal datang sebab depa nie nak gi kenduri member plak
masa nie tetamu tak ramai lagi.. boleh lah bergambo sat...
masa nie dah jam 1 petang.. waktu kemuncak tetamu datang... nie rombongan pengasuh esya..
opismate... tudung pepel - nurul... tudung hitam bunga2 - za
kek bebeday esya... tempah kat Garden cakes & cookies (my ex bos)
gambo gegar! huhu
tetamu...... tuan rumah tu nampak bz bebono mengendong anak kesayangan lalala
family sebelah en bob.. tu dia mak mertua, ayah mertua, abang ipar dan adik2 ipar
ramai giler time nie.. rumah sempit.. kesian dorang terpaksa berhimpit2..
yang pakai baju kaler meroon sedang dukung anak tu pengapit aku masa kawen dulu.. anak sebaya esya.. sekarang tengah mengandung lagi... tahniahhhh zati! hehe
opss my hubby sedang sebok topup lauk pauk yang dah berkurang
my family... sebenarnya ramai lagi yang datang.. tapi dorang semua dah balik awal.. tak sempat nak ajak bergambar sebab kan time tu ramai giler orang.. tak kan nak suh dorang yang tengah makan kat situ bangun kot.. semata2 nak bergambo kat situ huhu
dan terakhir... hadiah daripada tetamu yang datang untuk Esya sayang... terima kasih korang....
dan mintak maaf banyak2 kepada kawan2 yg mana aku sangat2 terlupa nak jemput tu.. korang jangan kecik hati plak.. Insyaallah kalo ade rezeki lagi nanti aku buat lagi tau..
ok tu jer.. apdet laju2 sebab masa rehat nie lah peluang nak apdet blog kat opis :p
3 comments:
cantiknya kek besday esya..hello kitty
lawanya kek...kitaorg pun rancang nak buat birthday party azza bertemakan hello kitty nnti...mudahan menjadi
catering ker? boleh minta contact no cater tak? ingat nak wat majlis kecik2 jugak. tq.
Post a Comment