Jika ia sebuah CINTA,
Ia tidak mendengar
Namun sentiasa bergetar...
Jika ia sebuah CINTA,
Ia tidak buta,
Namun sentiasa melihat dan merasa...
Jika ia sebuah CINTA,
Ia tidak memaksa
Namun sentiasa berusaha...
Jika ia sebuah CINTA,
Ia tidak menyeksa
Namun sentiasa menguji...
Jika ia sebuah CINTA,
Ia tidak hadir kerana permintaan
Namun hadir kerana ketentuan...
Jika is sebuah CINTA,
Ia tidak terucap dengan kata
Namun sentiasa hadir dengan
sinar mata...
Jika ia sebuah CINTA,
Ia tidak hanya berjanji
Namun sentiasa cuba memenangi...
Jika ia sebuah CINTA,
Ia tidak hadir dengan
kekayaan dan kebendaan
Namun hadir kerana
pengorbanan dan kesetiaan...
Jika ia sebuah CINTA,
Pasti ianya setulus
KASIH ADAM & HAWA...
2 comments:
salam.. saya telah link blog ni..
ok thanxs..
Post a Comment