Wednesday, August 13, 2014

Suprise birthday dan open house


Alhamdulillah di hari kelahiran ku ada jua orang berpusu-pusu nak buat open house kahkah gembiraaa sangat... makan free dan gantung periuk sepanjang hari minggu.

Yer sabtu lepas ada 3 jemputan open house. Sabtu bersamaan dengan hari besday girl. Ketiga-tiga rumah tersebut adalah di area Klang. So pukul 2 petang dah gerak nak pegi rumah yang pertama iaitu rumah Nahar. Dia ada buat aqiqah anaknya yang bongsu. Kitorang konvoi dua biji keta. Aku dan Kak Ani.

Sampai kat area Klang aku dan Kak Ani berpecah coz kami nak singgah isi minyak. So suh dorang gerak dulu. Kami pakai GPS kononnya.... nak dijadikan cerita kami sesat sampai ke Klang Sentral sana. Padahal umah si Nahar nie dekat area Jalan Haji Sirat tu aje. Dah terlajak jauh. Dalam masa kitorang nak patah balik tuh tetiba aje ada bunyi dari arah belakang. Aku apa lagi menjerit laa... apa tuh yang? Bunyi apa tu??? cepat yang berenti tepi.... panik dah aku nie... laki aku boleh buat rilex aje.. katanya tak da pulak melanggar apa2...

Benti la kami kat tepi jalan... asben aku pon keluar tengok apa yang jadi. Rupanya tayar belakang belah kiri pancit. OMG!! tah apa benda yang dilanggar pon tak tau maybe ada besi yang terjatuh kat jalan raya tu.

Mujur area situ ada kedai tayar. Maka menujulah kami ke kedai tayar tu. Huhuhu... check apa semua kena tukar tayar sebab bocor dekat bahagian tepi rim tu tak boleh tampal katanya... terbang ler duit dekat kedai tayar aritu.... tayar baru tuh... tak apalah asalkan kami semua selamat tak perlu menapak jauh2 huhu.

Seterusnya kami teruskan perjalanan ke rumah Nahar. Pukul 4 lebih baru sampai. Time tu perut memasing dah berkeroncong. Anak2 pun buat hal ler kan. Anak2 aku nie pemalu ya amat. Orang tegur pon nak marah...iks iks... tu esya la sape lagi.. sara pulak asik nak berdukung aje. Makan la kami dalam keadaan yang kalut dan tak selesa mengejor anak.

Gambar kat rumah Nahar tak de. Tak sempat nak bergambar time tu kalut dah nak ke rumah kedua. Yelah aku kan sampai lambat dorang semua dah abes makan. So ke rumah Sue lah kita.

Tarraaa.....umah sue nie cantik sangat! macam istana wehhh...jakun kejap... kat sini kitorang lepak sampai pukul 8 malam heh heh

Sesampainya kitorang...tetiba sue datang dari arah dapur bawak kek sambil dorang semua #gengsehatisejiwa nama group wasap kitorang nyanyi lagu hepi besday to you... haa time nie la esya buat drama.. boleh dia bantai nangis 

Nangis bukan sebab terharu tapi sebab jeles dekat mama dia nih hahaha...kelakar ok


Tengok laa esya tu... melekat... tengah nangis tuh.. malu nyorok belakang mama..

Sara tido masa nie.. laki aku pulak sebok berborak.. nan ado la gambo kami family...huhu

Selebihnya posing... maklumlaa umah Sue kan cantik macam mahligai cinta gitu.. mak bapak dia pon tak de pegi beraya... apa lagi tambah gilerr la kitorang posing hehe.






haa tu diaa... banyak nak tayang gambar jer sebenarnya... lepas maghrib tu ke rumah Adah pula. Perut memasing dah full sangat dah.. tapi makan juga sikit2. Puas hati lah banyak menu seharian tu.

Balik sampi rumah pukul 10 lebih dah penat...tido..esoknya ada open house lagi hehe makan saje la kan bulan syawal nih.

No comments:

Photobucket
© Design by | Nurulchumel Lovely Site