Wednesday, May 21, 2014

Family Vacation : 2D1N di Cameron Highlands

 Bismillah....

Bermulanya percutian singkat kami 2d1n di Cameron Highlands pada 11-12 Mei lepas sempena cuti hari wesak. Plan lebih kurang sebulan jugak la alhamdulillah segalanya berjalan lancar. 

Pagi Ahad kami bertolak ke simpang pulai. Melalui simpang pulai naik ke cameron. Bebudak sedang lena diulit intan kami angkut aje. Mandi dekat rnr rawang sana.

Malam tu kemain lewat lagi dorang tido jangan harap la nak bangun awal pagi sudahnya terpaksa mengangkat dorang masuk dalam kereta berdesup ke highway.

my driver...sayang...


 Time nie esya dan sara dah wangi2 mandi di rnr rawang. Tengok seronok melayan cerita Frozen dia tuh sambil menyanyi riang. Ate nak bercuti kan.

Singgah makan di hentian rehat Tapah. Tempat rehat yang paling best di highway utara-selatan. Lepak di restoran tu dia paktam namanya. Best lepak sini berbanding tempat makan biasa tu. Sebab tempat dia agak cool sesuai la ngan kita yang bawak budak kecik nie kan.





 Pekena roti bakar pak tam. Sedap baq hang! kalo kat kg aku kami panggil roti benggali. Sebab roti nie hanya benggali roti yang jual.



 Hampir dua jam juga kami di tapah. Lepas kenyang makan dan solat semua kami pon bertolak ke cameron. Yahuuuu! exsaited ko dah lama tak jejak kaki ke sana. Last masa zaman sekolah dulu kot.



Sesampainya di homestay... ye inilah homestay yang kami sewa selama 1 malam. Nie depan rumah yer uols. Ada gazebo lagi tau. Boleh lepak santai makan2 kat situ. Best!!! Ok tengok halaman rumah dulu yer kawan2... rumah kejap lagi keluar haha.


 nie masa sesampainya di cameron... hujan ler pulok.. singgah melawat kawasan.



Beli jagung uolsss haha. Jagung kaler putih. Sedap gila manis wei! makan berebut. Beli satu jer huhuhu.

Dipendekkan cerita, malam tu keluar makan kat luar. Pegi pekan tanah rata. Round punya round akhirnya singgah makan kedai mamu ismail. Mamak jer.. tak puas mamak kl pegi mamak cameron pulok kata mak mertuaku haha.
adik ipar saya dan isteri... anaknya dah selamat malam (tido) dah dipangkuan...

my adik2 ipar... yang paling exsaited nak pegi bercuti haha.

Sorilah uols gambar berterabur skit.. banyak gambar daripada caption. Lagipon korang nak tengok gambar je pon kan.
Aryan, Sara dan Esya.. sepupu
My twin..my gegirl... suka gila dapat bunga.. peminat bunga ropenya.. mujur dekat depat rumah jer.
Yesss... nindia homestay kami!!! amacam cantik tak? Ada dua bilik. Kitorang tido luar jer kat depan ruang tamu tu. Bagi bilik pada mak ayah dan adik2.

Okla muat je untuk kitorang sekeluarga. Dekat atas tu ada loteng. Tangga dia kemain curam lagi. Tapi ku tak berani tido atas. Takut anak2 main tangga.

Ah tetiba gamba makan pulak... sori uols malas dah nak alihkan...

#ilaizatfamily
 
Mama dan babah in law

Ok nie kitorang barbeque kat sana. Jenuh nak hidupkan api sebab tak bawak starter. Dekat sejam jugak la pon. Alhamdulillah dengan adanya 4 orang hero malaya nie dapat la kami makan kambing bako hehehe.

Pemandangan waktu pagi keesokkannya... cantik tau.. tenang aje.. masa time kami 3 branak blom mandi... sejukkkk angat... Aku letak la gambo nie dalam fb.. adikku komen.. macam sejuk sangat jer pakai sweater tuh! cisss dia tak tau sejuk tahap 20 darjah celcius tau! haha jeles lettew

Posing..posing.. peminat bunga lah kan.. asek nak pose dengan bunga jelah...

nie pulak petang nya.. pegi cameron valley bharat teh. Sampai aje hujan pun turun. Lari masuk lepak dalam nie sambil pekena teh tarik rm 3.50 secawan. Rasa teh sama jer macam teh tarik kedai mamak. Tapi sebab kaulitinya sebab itulah mahal harga aku rasa.

Me n nurul.. my biras..
hijau.. ketenangan... ai like!!!! 100x

esya mengepow mama dia blueberi kek... rm8 sepotong.. seb baik sedap... mama tolong settlekan hehe

Lepas kenyang mengetah cadangnya nak pegi jalan2 kan... sekali tu hujan turun dengna lebatnya...huhuhu makanya beginilah pengakhiran percutian kami. Dah ko nak kemana kalo hujan cam gini bawak budak kecik pulak tu. Ok tak pa ku pasrah.... 


Balik ke homestay.. kemas2 mau pulang sudah...

Balik singgah kea farm memborong sayuran segar. Murah2 jugak... beli paket2... amek 10 paket rm10.. murah gilaaa
itu saje... kisah percutian kami... simple kan...2 hari satu malam dan hujan... nasib ada barbeque penyelamat.. dapat makan kedai mamak.. ermmm tu je yang penting anak2 hepi.. mak bosan tak ape.. tak penting pon kan.. lain tahun ada umur pegi lagi...

Ok sapa nak contact nombor homestay tu?
Meh sini meh

Homestay Encik Zainodin 019-5768480
Tempat : Kampung Sedia, Tanah Rata, Cameron Highlands



Sekian dulu daripada,

-Mama hati gembira berbunga riang-

2 comments:

Ana Lyana said...

bestnya kak ila.. bape sewa satu malam tu kak ila?

Unknown said...

Ana Lyana,
Sewa rm 200 semalam dear... pegi ar best jugak view cantik!

Photobucket
© Design by | Nurulchumel Lovely Site