Apa itu CMPA??? hehehehe
Ok ini adalah blogger event pertama yang aku join.. terima kasih janet sebab jemput i melalui emel.. Walaupun aku nie blogger yang tak dikenali tetapi aku rasa happy sangat sebab ada yang sudi jemput aku ke program sebegini :) luv u lah! haha
Ok pertama sekali meh aku ceritakan serba sedikit berkenaan CMPA iaitu short form kepada Cow's Milk Protein Allergy. CMPA nie adalah alahan makanan yang dialami oleh bayi. Susu adalah alahan makanan yang paling lazim bagi bayi di seluruh dunia. Sesetengah baby dia ada alahan dengan susu lembu. Ada setengah baby tak boleh langsung minum susu lembu so dia kena minum susu ibu tak pun susu soya haa begitu.
Menurut Dr Chai Pei Fan, Biasanya simpon CMPA nie berlaku beberapa minit selepas baby minum susu. Ia bermula dengan keradangan kulit (dry skin, rash, skin itch swelling of lips or eyes), masalah penghadaman di mana baby mendapat sembelit dan keradangan yang sangat teruk iaitu anafilaksis.
Salah satu cara untuk menangani CMPA ialah dengan menyusukan anak dengan susu ibu. Ianya dapat menghalang baby daripada alahan. Menyusu baby secara exsklusif sehingga 6 bulan. Sekiranya mampu teruskan lah sehingga 2 tahun. Begitu.. opss pesal ayat aku skema sangat nih!
Kalau tak mampu nak BF baby tersebut bolehlah berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan khidmat nasihat. Dr Chai nie kelako jugak orangnya.. dia kata kalo baby anda mengalami CMPA teruslah berjumpa dengan dia..dia ada ubatnya hehe..
Sepanjang program berlansung babah pegang sara.. mama pegang esya.. masing2 ada henbeg ko.. oh ye event nie di adakan di The Gardens Hotel & Residences, Mid Valley City.. sebelah mid valley tu aje.. jalan punyalah jem sepanjang nak ke sana dan aku adalah orang ke dua terakhir yang sampai lewat sobsobsob... memalukan betul lah.. nie semua salah jalan jem tau! mencik..aku dah gerak awak kot jam 6 suku uhukuhuk
Mujurlah anak2 tak buat hal... hai risau jugak aku kot2 dorang menangis ke apa ke kan...fuhhh lega sangat3 sehingga selesai program depa dua diam aje.. berkepit ngan mama babah tak lepas.. budak2 lain kat situ dah ke sana ke mari turun naik pentas bagai.. haii nasib lah dapat anak pemalu gini huhuhu
Abis program haruslah bergambar kejap kennn.. aiyok perut mama buncit lagi..acaner nak buat nie? help..help...
gambar dari ipad..kurang jelas...di manakah daku???
ramai jugak blogger jemputan nie.. sayangnya sorang pon aku tak kenal.. tapi aku adalah tegur2 dorang nie.. mana yang bagi name cad tu boleh lah aku carik blog dia mana yang tak bagi tu sorry memang aku tak ingat dah nama blog memasing huhu sebab urat putus banyak sangat time meneran ritu...tak ingat daa!
bergambar ramai-ramai.. credit tu janet coz give me this two picture.. tqvm dear..
panjang umur ada rezeki kita berjumpa lagi yer... harap2 lepas nie ada rezeki lagi untuk join program macam ni kan kan kan :)
Gambar terakhir sebelum masuk dalam kereta.. perut dah kenyang..ilmu dah dapat so marilah kita pulang... best dapat join dorang semoga ini bukanlah kali pertama dan terakhir untuk aku berblogger.. walaupon hangat2 taik ayam blog ku ini akan ku usahakan untuk mengupdate jugak hahahaha
1 comment:
good info. Akak yang dah lama tak blog walking ni melopong gak membaca. tq for the info!
Post a Comment