Thursday, December 26, 2013
Omega guard membakar lemak - Set Kurus
Monday, December 23, 2013
Pertama kali buat kek coklat lembap yang sedap
Salam isnin semuaaaa....
Gambar tepung kek lupa nak amek sebab tak plan pon nak blogkan acehhh. Eh kejap aku gugelkan yer.. mana tau kalau korang berminat nak buat jugak nanti :p
Saturday, December 21, 2013
Simple party untuk Irna
Wednesday, December 11, 2013
Omega Guard - Keperluan DHA kepada kanak-kanak
- DHA yang secukupnya diperlukan dalam diet kanak-kanak bagi memastikan
perkembangan otak adalah optimum.
- DHA merupakan ramuan utama yang diperlukan untuk membentuk sel membran neuron, yang menjadi penghubung antara sel yang lain serta mempengaruhi fungsi neurotransmitter acetylcholine dan membantu sel otak berhubung.
- Otak yang sihat akan melahirkan pemikiran yang pintar.
- DHA memperbaiki tumpuan kanak-kanak, sikap dan fungsi kognitif serta kadar pembelajaran.
- kanak-kanak akan lebih fokus serta memberi tumpuan sama ada ketika bermain atau
belajar.
Tuesday, December 10, 2013
Sahabat kami Isham sedang sakit
Definition
Thursday, December 5, 2013
Kenapa kita perlu ambil SUPLEMEN?
Wednesday, December 4, 2013
Alahai pengasuh....
Tetiba nak menulis malam nie..
Siang tadi terbaca dekat wall fb sahabat karib aku nie.. seolah dia sedang hadapi masalah yang sangat serius. Aku cuba tanya kat situ dia suh aku wasap so aku pun wasap la.. tanya punya tanya rupanya dia tengah bersedih yang amat.
Tangan anak dia patah weh!!! Baby lagi tu baru berusia lebih kurang 7 bulan kalo xsilap aku. Macam mana boleh patah? Tanya pengasuh..pengasuh mati2 tak mengaku katanya. Akhirnya dia bawa ke hospital serdang. Doktor sahkan tangan anaknya patah dan suh buat report polis. Dia plak tak nak besarkan hal tu. Yelah paham la kan pengasuh pon jiran dia jugak kang apa2 hal tak bercakap plak. Tapi memang sedih laa.. terkejut pon sama bila dia bagitau tangan anak dia patah tu. Baby plak tu terus terbayang wajah anak2 kat rumah pengasuh. Ntah apalah nasib dorang kalau pengasuh buat sesuatu yang kita tak nampak kan huhu.
Mintak simpang malaikat 44 huuhuu. Pastu aku tanya la kan lepas nie nak anta lagi ke kat pengasuh tu. Terus dia cakap nak berenti keje. Jadi housewife. Nak jaga anak2 depan mata. Tapi dia cakap dia tak mampu nak senangkan anak2 lepas nie. Sedih plak aku dengar. Terus aku cakap kat dia maybe ada hikmah sebaliknya tu dan harap dia boleh bina kerjaya baru di rumah dengan buat bisnes online. Sebabnya dia pon memang tengah buat bisnes on9. Harap berjayalah dia nanti.
Kepada pengasuh diluar sana harapnya jagalah anak2 orang dengan baik. Takkan la budak sekecik tu boleh tiba2 patah tangan dengan sendiri plak. Hai tak logik plak rasanya. Pk la sama mak bapak yang terpaksa bekerja demi sesuap nasik nie. Kalo nak kerja buat elok2 dengan ikhlas jangan nak sambil lewa n nak duit saja. Anak org tu amanah Allah tau x! Grrr
Ok tetiba aku emo...geram dan marah campo sedih..
To ecah, bersabarlah syg moga Allah bukakan pintu rezeki untuk ko nanti.. dan sembuhkan haikal spt sediakala... amin