Ari kamis lepas kitorang buat simple party untuk sahabat kami iaitu Irna Saliza yang akan bertukar ke Pahang. Sedih gembira bercampur. Sedih sebab dah lama kenal dengan dia. Gembira sebab dia akan bersama dengan keluarga. Sebab sekarang nie dia dok pjj. suami dan anak2 kat Pahang duduk la keseorangan disini. Kesian. Kalo aku lah kan tak tau nak habaq macam mana sedihnya. Berpisah sehari dua pon dah merindu2 hahaha.
Hampir 4 tahun jugak lah kenal dengan dia.. suka bergurau dan gelak kuat2 dan juga sangat aktif di pejabat. Kalau berborak ngan si irna nie ada ja benda yang nak dibuat lawak tu. Best dan tak boring! Hai irna aku tak bodek ko yer ini betui2 ikhlas dari hatiku hehe.
Kitorang belikan kek, dominos pizza dan jajan dan bentang tikar lepak kat tepi tasik shah alam. Ramai jugak orang melepak situ pukul 1 time rehat tu. Almaklumlah cuti sekolah kan. Mujur cuaca elok dan tak hujan kalo tak memang buat kat opis atau kedai makan aje. Sesekali lepak tasik pon best jugak. Dah lama tak rasa suasana alam sekitar gitu. Asik dok lam opis dan lam umah aje.
Sesi bergambar. Biasanya kitorang celebrate orang yang nak keluar/berpisah kat sini aje. Sebelum nie tikah. Opismate yang dapat jadi cikgu.
Banyak lagi gambar sebenarnya tapi tunjuk itu jelah yer. Semoga Irna akan lebih maju dan berjaya ditempat baru dan semoga kita akan bertemu lagi dimasa akan datang. Mungkin masa tu ko dah jadi pegawai besor lah kan.
Friendship forever beb!
Salam sayang daripada aku dan sahabat kita yang lain...muahhhhh
No comments:
Post a Comment