Showing posts with label iriskirana. Show all posts
Showing posts with label iriskirana. Show all posts

Tuesday, December 10, 2013

Sahabat kami Isham sedang sakit

 Jumaat lepas kami di opis dikejutkan dengan berita yang isham tidak sedarkan diri dan dimasukkan ke wad icu KPJ, Shah Alam. Ya itu berita yang sangat mengejutkan buat kami. Mana mungkin sahabat kami yang selama ini ceria dan suka bergurau tiba-tiba jatuh sakit dan seterusya terdampar di wad icu. Isham nie adalah photografer saya semasa saya bertunang dan kawen dulu.

Ya allah ya tuhanku begitu berat ujianmu buat sahabat kami ini. Tengah hari jumaat waktu rehat kami semua rakan seopis terus ke KPJ, Shah Alam. Melihat beliau terbaring kaku hanya menggunakan oksigen untuk bernafas hanya tuhan saja yang tahu apa perasaan kami pada waktu itu. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya... Paling sedih melihat isterinya..wani.. oh tuhanku sungguh aku tak berdaya kiranya perkara ini terjadi kepadaku.. aku tak pasti adakah aku mampu menghadapinya....

Ya memang Allah beri dugaan kepada yang mampu... Allah uji hambanya bukan kerana Allah tak sayang tetapi Allah yakin tiap hambanya itu mampu melaluinya dengan sabar... kerana itulah Isham adalah antara kesayangan Allah yang terpilih...


 Isham.. disamping isteri tercinta wani dan permata hati Irsyad

Sehingga kini (jumaat masuk wad) isham masih menggunakan oksigen untuk bernafas. Doktor mengesahkan isham menghidap penyakit Encephalitis. Sekarang sedang dirawat di wad ICU KPJ, Damansara. Alhamdulillah isham telah menunjukkan tindak balas yang positif. Mudah-mudahan semakin bertambah baik hendaknya.


Isham semasa di KPJ, Shah Alam sebelum ditukarkan ke damansara. Sedih sangat time nie.. tak terasa mengalir air mata ini melihat dia.

Punca hanya demam... demam yang on off..batuk2 dan akhirnya isham disini. Benda nak jadi kan.. dah takdirnya begitu. Apapun kami rakan seopis sentiasa mendoakan agar isham cepat sihat dan sembuh seperti sediakala dan wani tabah serta sabar menjaga suami tercinta. Insyaallah...amin...

Berikut saya share kan sedikit info berkenaan Enchepalitis.

Sumber: Google

Definition

By Mayo Clinic staff Encephalitis (en-sef-uh-LI-tis) is inflammation of the brain. Viral infections are the most common cause of the condition.

Encephalitis can cause flu-like symptoms, such as a fever or severe headache, as well as confused thinking, seizures, or problems with senses or movement. Many cases of encephalitis may go unnoticed because they result in only mild flu-like symptoms or even no symptoms. Severe cases of encephalitis, while relatively rare, can be life-threatening.

Because the course of any single case of encephalitis is relatively unpredictable, it's important to get a timely diagnosis and treatment.

Pesanan daripada saya musim hujan sekarang nie please semua jaga kesihatan yer! kalau demam sikit2 pon jangan bertangguh pegi klinik atau hospital yang berdekatan.

Tuesday, May 18, 2010

Photografer sebelah lelaki

Alkisahnya hari sabtu lepas.. aku dan en bob ada temujanji dengan en photog majlis sebelah aku nanti.. kitorang nak amek gambar ala-ala pre wedding gitu.. gambar tu nanti nak buat banner kawen kami nanti..

Lokasi tempat amek gambar tu sume kat putrajaya.. nak tayang gambar kat sini gambar blom siap lagi la uols.. so aku canang2 jer dulu kat sini.. gambar kemudian eh!

Selesai shott petang tu kami bergegas ke Desa Pandan, KL plak mau jumpa photografer sebelah en bob... en photog pilihan en bob adalah daripada danialhaikal photography

mamat nie member en bob so tak de hal ler kitorang pegi terjah studio dia malam2 minggu sesuka hati..

aku curik2 amek gambar sekitar studio dia tanpa kebenaran.. ampun yer encik danialhaikal hukhuk sebab studio dia sangat cantekkk.. ditambah pulak dengan koleksi perabot daripada IKEA.. huuu aku kan tak pernah pegi IKEA!

tak pe.. tak pe nanti aku musti dapat pegi jugak :P *ayat pujuk diri sendiri...lalalala


dorang bincang2 pe sume dan sesi sain menyain aggrement letter... aku follow jerk

sambil curik2 amek gamba lagi owh... hahaha ai kan blogger tegar katenye..

Opss cam nie citernye korang jangan fening2 eh.. belah aku nanti guna khidmat photog from iriskirana.com manakala belah en bob plak photog from danialhaikal

ada la kelainan antara 2 majlis tu nanti.. itu aku tak tau kita sama2 tunggu hasilnya after majlis kitorang nanti yer! :)

sabar2..
*aku yg tak sesabar sebonanye :P

Thursday, February 4, 2010

From charmsixecho to iriskirana photography

Pertama sekali aku nak ucapkan jutaan terima kasih kepada kalian yang masih menyukai kehadiran aku dalam arena blogging nie.. mekasih yer uols! kepada yang masih sudi mengikuti blog ini sila follow... sayang uols tau! :d

untuk tidak memikirkan perkara2 yang boleh menyakitkan hati.. baik lah kita pikirkan perkara2 yang boleh memberi kegumbiraan pada kita.. hal remeh temeh tolak ke tepi.. lupakan saja.. wat penat otak jer nak pk pasal orang lain kan.. so meh sini aku nak promote baik punye.. pasal bisnes kawan aku nie ha.. ape lagi kalo bukan pasal photography..

ye aku memang berkenan sangat dengan cara kerja beliau.. very profesional, sangat menitik beratkan kualiti.. menarik..tertarikkk terbaikkk wok! haaa lebih kurang camtu la ayat2 ikhlas daripada aku.. ini bukan ayat nak bodek tokei yer.. itu ayat yang tulus ikhlas daripada aku kepada tuan punya iriskirana photography iaitu en echam selaku tokei iriskirana.. wah aku dah mula panggil ko tokei yer echam.. amin amin.. mudah-mudahan tak lama lagi betui2 ko jadi tokei kan.. hiks

dulu time aku bertunang memang aku guna khidmat dia.. walaupun masih baru dalam dunia photography tapi semakin hari aku tengok hasil sentuhannya sentiasa meningkat.. sentiasa mengancam gitu! tahniah di ucapkan yer bro!

ok lah uols bleh try klik2 sana yer.. kot ada sape yang berkenan kan.. sape2 yang nak kawen tu yang masih belom jumpa dengan photography pilihan.. inilah peluang anda tentukan apa yang anda inginkan! cewahhhh aku kasi kaw2 promote neh :P

sila klik pada gambar dibawah :


sebarang urusan bleh terus direct kepada tuan empunya.. aku nie tukang promote sajork! agak2 aku promote nie ada gaji tak?? :p saja jer guro2 kalo ada tu kire rezeki aku la kot.. ngeh ngeh ngeh


kat bawah nie adalah hasil sentuhan en echam masa aku bertunang dulu... sile lah jamu mata.. hakhakhak nak jugak show gambar tuan punya belog! ai likeeeeee :p

tak da caption la yer.. coz gambar aku dah basi da... hahaha
















itu sajalah.. sape2 berkenan sila klik2 sana yer.. ada banyakkkk lagi gambar2 cantik dengan shoot yang kebabommm kat situ yer.. uols boleh tengok sana k!

maka dengan ini diumumkan bahawa charmsixecho telah berpindah kepada
iriskirana photography yeahhh!


gud luck my frenzzz
* semestinya pilihan jibam untuk majlis kawen nanti! :d
Photobucket
© Design by | Nurulchumel Lovely Site