Showing posts with label Budak Opis. Show all posts
Showing posts with label Budak Opis. Show all posts

Tuesday, December 10, 2013

Sahabat kami Isham sedang sakit

 Jumaat lepas kami di opis dikejutkan dengan berita yang isham tidak sedarkan diri dan dimasukkan ke wad icu KPJ, Shah Alam. Ya itu berita yang sangat mengejutkan buat kami. Mana mungkin sahabat kami yang selama ini ceria dan suka bergurau tiba-tiba jatuh sakit dan seterusya terdampar di wad icu. Isham nie adalah photografer saya semasa saya bertunang dan kawen dulu.

Ya allah ya tuhanku begitu berat ujianmu buat sahabat kami ini. Tengah hari jumaat waktu rehat kami semua rakan seopis terus ke KPJ, Shah Alam. Melihat beliau terbaring kaku hanya menggunakan oksigen untuk bernafas hanya tuhan saja yang tahu apa perasaan kami pada waktu itu. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya... Paling sedih melihat isterinya..wani.. oh tuhanku sungguh aku tak berdaya kiranya perkara ini terjadi kepadaku.. aku tak pasti adakah aku mampu menghadapinya....

Ya memang Allah beri dugaan kepada yang mampu... Allah uji hambanya bukan kerana Allah tak sayang tetapi Allah yakin tiap hambanya itu mampu melaluinya dengan sabar... kerana itulah Isham adalah antara kesayangan Allah yang terpilih...


 Isham.. disamping isteri tercinta wani dan permata hati Irsyad

Sehingga kini (jumaat masuk wad) isham masih menggunakan oksigen untuk bernafas. Doktor mengesahkan isham menghidap penyakit Encephalitis. Sekarang sedang dirawat di wad ICU KPJ, Damansara. Alhamdulillah isham telah menunjukkan tindak balas yang positif. Mudah-mudahan semakin bertambah baik hendaknya.


Isham semasa di KPJ, Shah Alam sebelum ditukarkan ke damansara. Sedih sangat time nie.. tak terasa mengalir air mata ini melihat dia.

Punca hanya demam... demam yang on off..batuk2 dan akhirnya isham disini. Benda nak jadi kan.. dah takdirnya begitu. Apapun kami rakan seopis sentiasa mendoakan agar isham cepat sihat dan sembuh seperti sediakala dan wani tabah serta sabar menjaga suami tercinta. Insyaallah...amin...

Berikut saya share kan sedikit info berkenaan Enchepalitis.

Sumber: Google

Definition

By Mayo Clinic staff Encephalitis (en-sef-uh-LI-tis) is inflammation of the brain. Viral infections are the most common cause of the condition.

Encephalitis can cause flu-like symptoms, such as a fever or severe headache, as well as confused thinking, seizures, or problems with senses or movement. Many cases of encephalitis may go unnoticed because they result in only mild flu-like symptoms or even no symptoms. Severe cases of encephalitis, while relatively rare, can be life-threatening.

Because the course of any single case of encephalitis is relatively unpredictable, it's important to get a timely diagnosis and treatment.

Pesanan daripada saya musim hujan sekarang nie please semua jaga kesihatan yer! kalau demam sikit2 pon jangan bertangguh pegi klinik atau hospital yang berdekatan.

Thursday, October 13, 2011

Belated Bufday

Bos sambut bufday kami last month... hehe tengkiew bos.. belanja kek bebeday tu..

semoga bos panjang umo dan murah rezeki selalu..

boleh belanja kami lagi....

tengok gambar dah la yer malas nak cerita.. cerita basi dah.. bulan lepas punya kahkahkah


saya dan za


bebeday kek kami

dari kiri dhiya... my bos dan nurul..


terima kasih sume.. kami berdua sangat hepi dapat opismate yang sangat caring hehe

Thursday, March 10, 2011

Bos belanja untuk hari yang terakhir

N3 nie sepatutnya keluar minggu lepas.. tapi aku nie kan bizi manjang tak sempat nak karang.. sempat kecikkan gambar jelah

Ok hari tu kan.. bersamaan dengan 28 Feb bos aku last day keja kat opis aku.. maklumlah orang tu dapat naik pangkat.. F44 yer kawan2.. suka la dia hihi

kami lagi suka! suka sebab en rubiq mau belanja makan kat chicken rice shop.. yihaaaaaaaa

yang pakai baju hitam tu bos aku en rubiq.. eh sekarang dah jadi bekas bos laa sob sob sob

tengok makanan yang diorder tu macam tak cukup jer.. sekali dah makan sume pakat termengah2... banyak jugak ropenye.. aku pon terpaksa surender tak larat nak ngabihkan suma..

nie bukan kali pertama bekas bos aku belanja tau.. kali yang keberapa tah.. dia nie murah hati cket.. tima kasih bos.. maafkan kami yer sebab tak sempat nak belanja bos.. lenkali kalo ada rezeki lebih kami belanja bos pulak yer.. heheh

petang tu plak kat opis aku ade buat majlis cket untuk bos aku nie.. majlis sempena hari terakhir beliau kat opis nie.. bersama dengan ketua jabatan..

time nie ler aku rasa saat paling2 sebak dalam hidup aku sepanjang aku berkhidmat kat sini dah dekat 4 tahun nie.. mana taknya tetiba aku plak kene bagi ucapan kepada bos sempena hari terakhir beliau.. memang aku tak bajet langsung nak kene bagi ucapan open macam tu..

permulaan ucapan aku ok jer.. masuk tengah2 dah mula sobsobsob.. tak bleh tahan maa... tersedu sedan aku.. aiya malu weh

mesti dorang sume kutuk2 aku time tu kan..

tapi series aku memang tak buat2.. aku memang sedih akan kehilangan bos yang aku kenal 4 tahun yang lalu.. bos yang sporting.. gila2.. tak lokek.. suka buat lawak dan macam2 lagi laa (dia mesti suka aku puji2 dia nih..heheh ai bos tengah baca belog saya ker?)

ntah apa2 aku cakap time tu aku pon tak tau.. berterabur semuanya.. yelah benda yang kita tak plan kan.. dah kena cakap tetiba aku belasah ajelah..hihi

tapi aku pasti bos aku pon touching bila dengar apa yang aku cakapkan tu..

nampak tak bos aku?? ala tu yang ada anak panah kat gambar tu..


pepon itu semua dah tinggal kenangan.. sekarang nie bos dah mula berkhidmat kat tempat baru.. semoga bos lebih tenang disana.. yelah kat sini kan macam2 hal yang berlaku.. sabar yer bos.. yang pastinya bos keluar jabatan nie sebab naik pangkat bukan kena pindah ok!

caiyok2 bos!

tak lama lagi kami dapat bos baru... harap2 sama lah macam bos lama kan.. hurmmm

Wednesday, March 17, 2010

Kenny rogers vs pizza hut

Salam uols...

Semalam aku bizi dan berada di luar kawasan liputan so tak bleh nak apdet belog.. hari nie ada masa cket la kot :P (bos dan lain2 tak de! aku sorang2 jer kat opis nie haha sukeee :P)

Ok macam nie citernya.. hari isnin tadi aku dan geng opis nak g makan kenny rogers kat SACC Mall nun.. aku yang deal ngan dorang suma jumpa kat sana after opis hour.. eh lupa nak bagi tau geng opis aku nie ada ler dalam 10 orang.. kitorang memang suka kuar makan2 ramai2.. setiap bulan aku akan collect sorang rm 10 masuk tabung pastu bila dah banyak2 duit simpanan tu kitorang akan wat plan ler nak makan kat mana suma tu ler.. dalam 10 orang tu 2 orang dah dapat keje kat tempat lain.. dulu dorang nie kontrak kat sini sekarang dah dapat keje yang menjamin masa depan tapi still kat area shah alam nie so boleh la join kitorang makan2 lagi cam dulu.. ok dah itu info pasal kawan2 aku..

Yang sebenarnya kitorang memang plan nak g makan kenny rogers tapi boleh plak kenny rogers tak de kat SACC Mall!!!! haaa tak de? camno bleh tak de??? felikkk aku sebeso2 soping mall tak de plak.. iks iks

Kenny rogers kat Plaza alam sentral nun.. aisey camno aku bleh tersalah bagi info kat dorang nih?? hahaha ampun yer korang.. aku pon tak tau yang kenny rogers tu tak de kat sacc mall.. hihi

Maka akhirnya plan mulanya nak belasah kenny rogers terpaksa ditukar kepada pizza hut.. i like!! :P

dorang mulanya bebel2 kejap sebab aku yang salah bagi info kan.. pastu aku tengok bile dapat makan amboi tak hengget!!! belasah kaw2 punye..


tak pe geng lenkali kita g makan2 lagi yer.. duit simpanan kita bersama ada lagi 500++ heheh korang cakap jer nak makan kat mane k

daaa

Tuesday, December 29, 2009

Wedding penutup 2009

Ahad bersamaan dengan 27 Disember 2009 merupakan kenduri penutup bagi tahun 2009.. Opismate aku Cik Sarlina telah selamat menjadi isteri kepada Asraf Aizat.. Tahniah Cik Lis lepas nie dah tukar tittle kepada Puan Lis yer.. dah tak boleh panggil cik lagi.. heheh

Majlis dorang berlangsung kat Dewan UTM semarak.. aku ke sana bersama en bob.. sampai aje pengantin baru nak berarak masuk ke dalam dewan.. nak cari parking punya lah susah.. parking full!! yelah student lagi orang datang ke majlis kenduri tu lagi.. berpusing-pusing jugak la aku ngan en bob kuar masuk utm baru dapat parking tu pun kat hujung2 bangunan..

haa time nie aku dah rase macam hari konvo plak.. macam mak bapak ngah tunggu anak2 dorang kuar dewan pas terima sijil hihi

aku cuba menyelit nak amek gambar dorang kat depan2.. tapi tak kesampaian almaklum lah kamera henpon sajork malu nak over2 gitu :P so sekadar dari jauh cukuplah (sedar diri kamera henpon tak canggih)

owh aku suka ngan pokok gula2 dorang buat tu.. ala yang dorang wat bunga mangar tulah.. haaa dah dapat satu idea untuk majlis aku nanti :P

pengantin sedang diarak masuk ke dalam dewan dengan diiringi paluan kompang.. bukan kompang digital ok! kompang original tau

saat ini aku sedang menikmati hidangan yang lazat...

sebelum mintak diri aku sempat ke depan nak amek gambar pengantin dari jarak dekat untuk kenangan

sarlina

aizat

sama cantik sama padan...

kepada kalian diucapkan selamat pengantin baru! selamat melayari bahtera rumahtangga semoga kekal bahagia hingga ke akhirnya...

aminnn

lepas balik kenduri weols g soping kat sogo... lalalalala (kalo ade sesapa yang dengki pasal aku g soping kat sogo tu mintak ampun lah aku tak de kaco duit ko satu sen pun!!!)

hohoho itu saje dah abes kenduri kawin sepanjang tahun 2009.. tahun 2010 sape nak jemput aku sile2.. hihihi

Wedding @ jelebu

Sabtu, aku bersama rakan sepejabat bertolak seawal pagi.. eh tipu lah tak da lah awal nau.. tolak jam 9 pagi daripada opis ke majlis perkahwinan salah sorang opismate aku kat jelebu, negori..

Kami ke sana dengan menaiki coster jabatan.. sepanjang perjalanan aku asyik borak + makan + tido.. tak sampai2 jugak.. hadoiiii jauh gak kampung minah nie pukul 1 petang baru sampai taw..

aku dan ratna

kami sampai aje kat sana pengantin tengah berarak.. memang cun cun lah leh tengok pengantin bersanding sekali kan

biasa kalo pegi kenduri memang nak tengok pengantin.. eh cilap memang nak makan :P


dari jauh ku lihat pasangan pengantin serba hijau sama tema dengan kaler baju aku pakai hari tu.. eheh tersama plak yer.. padahal dah tau kaler tema dorang sebab tu saje pakai kaler tu

hijau lite-lite

weols makan kenyang2 pastu g tepung tawar pengantin.. amek gambar pengantin pastu masing2 dah sebok nak balik.. ate jauh nak balik kena gerak awal cket.. kang sampai cni lambat plak kan



selamat sudah majlis mastura dan affandy

selamat pengantin baru buat kalian moga kekal bahagia hingga hujung nyawa hendaknya... amin

haa tengok la aku dapat goddies banyakkkk sebab aku pakai baju sama kaler ngan dorang.. eheh itu tipu ok! tolong pegang untuk member2 sajork

weols gerak balik daripada umah pengantin jam 1.45 petang.. berenti solat jamak kat surau area jelebu dan teruskan perjalanan sampai ke shah alam.. highway jem gilerrrr!!!!

sampai lenguh2 vontot dok dalam bas.. siap bangun tido bangun tido.. weols sampai opis jam 7 malam.. dekat 5 jam perjalanan beb! huhuhu rosak planning aku ngan ratna nak g merayap kat alam sentral balik kenduri tu..

apapun kami selamat sampai... terima kasih kepada mastura sekeluarga kerana sudi menerima kehadiran kami..

Monday, October 5, 2009

Open house petang jumaat

Jumaat lepas, aku bersama geng opis dapat jemputan open house yang ke 2.. time org lelaki pi semayang jumaat kami pon berpusu-pusu ke rumah salah seorang opismate aku iaitu kinah..

Sampai dalam jam 12 lebih camtu umah dia dah penuhhhhhhh

rupanya ada lagi yang paling awal kuar opis :P ingatkan kami yang terawal tadi heheh

umah kinah nie kat kuartes gomen kat seksyen 16 nun.. besarrrrr wooo umah dia! berkenan nye aku..muahahahah dah berangan nak dok kuartes nie haa..tolon tolonnnnn

apa yang menarik kat umah dia nie kan.. masuk aje pintu depan terus ada menda alah nie haaa

sape tak tau menda alah nie?? sile tanya aku.. hikhikhik

korang nak tau.. apa sebab tuan rumah sediakan menda alah nie?? ko pk sendiri la beb.. muahaha tak reti2 lagi.. untuk ko timbang berat badan ko la sebelum dan selepas melantak itu makanan sume... kehkehkeh

makanan nye masyaallah.. hebat! terpegun aku seketika.. sebab ape aku terpegun yelah minah nie masak sorang2 owh dibantu oleh suaminya saje ok.. hebat kan! rajin laki dia bantu bini dia masak memasak kan

camni la cara2 nye tuan2 dan puan2 before amek makanan sile timbang berat badan anda :P

ada plak adik kecik nie nak wat demo.. mekasih yer dik..hihihi

macam2 lauk yang disediakan antaranya nasik berlauk, nasi impit, rendang, bubur cacar, buah-buahan pendek kata macam2 ada la uols aku pon dah tak bape ingat dah sume makanan yang dah masuk ke dalam badan aku nih..

yg pakai tudung itam no 1 sebelah kiri nie lah tuan rumah nye.. muda lagi cik adik nie tapi hebat kan.. rajin nau masak banyak2 nie sume..

aku makan nasik berlauk dulu maaa... sebab teruja tengok ulam-ulaman + sambal belacan tu best ok

dan dapat berjumpa dengan seorang blogger iaitu kak akmal.. dulu akak nie keje 1 opis ngan aku tapi sekarang dah berjaya dapat kerja tetap di tempat lain.. tahniah kak!

nampak tu kemain ramai lagi geng pompuan yang datang..


itu saje.. hari jumaat ada open house sampai ke malam.. nak tau umah sape plak lepas tu tungguuuuuuuuuuuu

Tuesday, September 23, 2008

Suasana di opisku

Hurm camni la gaya nye kalo mood raya..mood balik kampung dah sampai.. mmg xda mood nk keja kan? hiks cemana la keadaannye kt tempat uols kan? ntah2 sama je..P


Sume wat hal masing2 sambil layan lagu raye yg sedang berkumandang kt corong radio..layanzzz sampai ade yg tertido tuh punya sedap dengar lagu..

Disebalik nie ade 2 makhluk..hehe kwn sy la tuh.. ngn men game agaknye..:p

Nie pulak ngh men nyorok2..heheh..jgn mare eaaa...

Nie apehal la pulak? bkn ape barisan wanita kt bilik opis sy nie nk merakamkan kenangan bersama Nor a.k.a Zuraidah kerana berjaya menamatkan praktikal nye kt cni.. tahniah2
Yang pakai baju wane putih tudung wane itam tuh Nor yer..:p

Gambar yg tak di edit.. saje nk bagi perbezaan kan..hiks

Nor nk mengucapkan selamat tinggal kt kitorg..

Bye bye Nor selamat maju jaya eaa..

hah tgk tuh ade tetamu dah datang nk beraya kt opis kitorang..tutup pintu..hehe lariiii...

Thursday, September 18, 2008

Semangat raya sudah mariii

Nie la dia kalo dah lepas 15 hari berpuasa macam2 hal la kan yg akan berlaku... td bos sy kuar ngn En Echam g beli kad raya.. balik tuh dorg beli benda nie.. nk panggil ape sy pon xtau.. tp yg boleh gantung2 tula.. taruk kt atas syiling ker pintu ker.. mana2 yg dirasakan sesuai dan sepadan gitu.. hee.. dorang beli 2 kaler ijau n pink "my faveret kaler tuh..mcm tau2 je kan :p"
Tp kitorg yg pompuan nie la kene panjat pasang benda alah nie.. dorang xnak.. xpe xpe ingat org pompuan xleh panjat ker?? hehe pakai tangga bleh la...

tarrraaa.. nie die lebih kurang mcm kad selamat hari raye tula kan..

haruusss n wajibbb posing dulu...:p

hah tgk tuh ingat sy takut ker nk panjat ar.. maintain jer.. xde gayat2 pon tau! :p tp kalo jatuh pon naya gak nie.. tp xpe nk ceriakan suasana bilik nie punya fasal kkk..

betapa gigihnya sy nk mengikat benda alah tuh.. lengguh jugak la sendi2 tangan sy nk memegangnye..hee

sompat lagi tuh pandang kamera..

yang kaler pink nie Za pulak kena panjat..

sampai senget2 la kepala nk betulkan bende nie..

akhirnye nurul kene pegang tangga tuh supaya kitorg xjatuh... kalo jatuh dengan tangga-tangga tuh pon terbalik jugakk..:p
Photobucket
© Design by | Nurulchumel Lovely Site