Tanggal 11-11-12 anak buah aku selamat bergelar suami isteri. Nikah awal sehari iaitu 10 hb so tak dapeklah date cantik 11-11-12 dalam surat nikah yer hehehe
Ini anak buah aku yang ke 3 yang sudah berkahwin. Lagi 2 orang tu masing2 dah punya anak 2. Haa sama macam mak sedara dorang nie ken. Dorang tu kahwin lagi awal daripada aku.. so anak pon dah besar2 lah. Aku nie perasan muda lagi sebab tu kahwin lambat sket kahkahkah
Tahniah Syuhada atau lebih mesra dipanggil dengan nama kak long. Sori yer maklong tak dapat nak tolong masa majlis kamu ritu. Maklong ada 2 handbang nak dijaga hehehe. Handbag tu maksudnya anak-anaklah. Hai macam mana aku nak tolong kalo asyik berkepit dengan anak jer kan. Kakak Esya tu dia bukan nak dekat orang. Takut sungguh! dia kalau orang yang tak kenal jangan harap dia nak rapat..pandang muka pun tak hingin. Mesti nak menyorok belakang aku tak pun babah dia. Kena amik masa untuk tarik perhatian dia. Haa kalau ko pandai pujuk2 dia oklah kalo ko buat bodo jer memang tak la dia nak pegi kat engko.. hurm begitulah perangai esya pemalu gilessss!
Lagi satu..kalau perempuan dia ok lagi la kalau lelaki hai memang dia tak kan pandang muka pun. Amboi anak aku nie. Macam belah suami aku kan semuanya lelaki so bila balik kajang memang dorang akan pujuk dia bawak dukung ke sana sini haa dia suka lah.. so dia tak takut. Boleh la diajak main sama-sama. Kalo tak 24 jam melekat kat mama ngan babah dia ajelah pfffttttttttttt.
Oh ya majlis nie meriah sangat tau! kebanyakkan semua adik beradik aku ada kecuali adik lelaki dan adik bongsu aku jer tak da. Dorang berdua ada hal lain. Sorang kena kerja sorang lagi plak ada kenduri belah suami dia. Tak pelah nak buat macam mana tak de rezeki depa nak berkumpul beramai-ramai.
Paling penting MAK aku ada...phewwwww rindu mak! puas ku pujuk2 ajak mak tinggal dengan aku sehari dua langsung tak dilayannya.. mak totap nak balik kampung jugak..huhuhu
Masa majlis sedang berlangsung aku tak sempat nak amek gambar pengantin diatas pelamin. Time tu mertua aku datang so macam tak molek lak nak tinggalkan dorang kan.. haruslah layan n sembang2.. Jadi nan ado gambar pengantin berdua-duaan...
Suasana sekitar majlis... aku sampai aje dah pukul 1 lebih. Perut pun dah berkeroncong... jadi makan lah dulu dengan lahapnya sebab makanan semua sedap2.. eh betul2 sedap tau!! sebab mertua aku pun puji siap mintak tapau lagi haa
My family in law..mak, ayah dan adik.
Petang tu posing ataas pelamin. Pelamin dah tinggal 1 kerusi aje sebab dorang dah turunkan lagi 1 kerusi ke bawah tak koser aku nak angkat keatas pulak..hehe
Bersama anak2 buah.. sebenarnya ramai lagi anak buah aku nie tapi dorang pemalu nak posing.. biaq pi lah depa dok dalam rumah diam2 hehehe
dan inilah dia pengantin sejoli.. malam baru nampak muka. Petang tu dorang pegi outdoor kan so memang tak jumpa langsung lah. Kecik aje suaminya.. Asyraf namanya. Welkam to our family Asyraf!
family lepak2 santai.. sebab orang kampung yang jadi penangah segala..
Esya tak abes2 dengan posing 1 malaysia dia tu ekekeke
Ok cukuplah sampai situ dulu..banyak sangat taip nanti lagi banyak silapnya.. yang buruk datang daripada saya yang baik datang daripada Allah swt..
sekian wassalam