Showing posts with label BreastFeeding. Show all posts
Showing posts with label BreastFeeding. Show all posts

Thursday, November 8, 2012

Mari kongsi info penyusuan

Aku suka baca blog pasal penyusuan susu ibu nie terutama sekali belog Kak Engku bidan Bersalin. Banyak sangat info yang berguna dia cerita kat sana. Pernah berjumpa dengan beliau sekali tahun lepas orangnya ramah dan baik hati. Tengok pun tau jenis orang yang sopan gitu. 

Disini ada beberapa info penyusuan yang boleh kita kongsikan bersama. To: kak engku... saya copy entry akak untuk tujuan simpanan maklumat disini sori tak bagitau akak sebab saya dah komen berkali-kali kat page akak tapi tak lepas nape ntah... semoga info ini dapat dikongsikan bersama kawan2 yang lain.. happy reading uols!


Saya dan kak engku 

Tahukah Ibu?

~ Setitis susu ibu mengandungi lebih sejuta sel darah putih. Sel darah putih yang dinamakan macrophages (seperti pacman) berfungsi untuk memakan kuman.

~ Susu ibu sangat kaya dengan immunoglobulin A (igA) yang berfungsi untuk melindungi sistem penghadaman bayi yang belum matang, mengelakkan jangkitan kuman dan alahan.

~ Kandungan susu ibu adalah 88% air. Oleh itu, sudah sempurna da

n anda tidak perlu memberikan air tambahan.

~ Setiap ibu akan menghasilkan susu ibu khusus untuk perlindungan anaknya. Apabila ibu terdedah kepada sebarang jangkitan, ibu akan menghasilkan antibodi khusus untuk jangkitan tersebut. Hebatnya!

~ Elakkan penggunaan puting kosong, puting botol dan susu tambahan kecuali jika keadaan perubatan memerlukannya.

~ Pastikan bayi yang baru lahir menyusu dengan kerap iaitu 8-12 kali dalam tempoh 24 jam.

~ Jika ibu ingin tahu bagaimana rasanya lampin basah, curahkan 3 sudu besar air ke atas lampin.

~ Bayi berupaya mengosongkan payudara dengan lebih efektif berbanding dengan pam (semahal mana sekalipun).

~ Niat, ilmu, sokongan dan latihan adalah kunci kejayaan penyusuan bayi. Setiap cabaran penyusuan yang dihadapi oleh ibu pasti ada penyelesaiannya jika ibu meminta bantuan dengan segera daripada kaunselor atau pakar laktasi.

~ Penghasilan susu bergantung pada permintaan bayinya, amalan dan teknik penyusuan yang betul dan BUKAN kepada sebarang produk atau pemakanan tertentu.
 

Tips Latihan Guna Botol (Susu Ibu Perahan)

Bayi sememangnya bijak! Struktur puting dan botol yang berbeza dengan kulit anda mungkin membuatkannya menolak untuk minum daripada botol. Jika anda mahu melatih bayi minum Susu Ibu Perahan sebelum kembali bekerja, biarkan orang lain melakukannya dan BUKANNYA anda! Ia akan membiarkan dirinya kelaparan.

Jika bayi masih menolak untuk minum Susu Ibu Perahan menggunakan botol, bawa dia berjalan perlahan-lahan sambil memujuknya. Ada baiknya tinggalkan tudung ataupun baju anda kepada pengasuh bagi menenangkannya ketika minum Susu Ibu Perahan.
 
 

Teknik Betul Beri Susu Ibu Perahan (SIP) Oleh Pengasuh

1. Elakkan memberikan SIP jika bayi menangis. Pengasuh perlu tukar lampin, dakap dan bermain dengannya. Bayi mungkin hanya memerlukan perhatian.

2. Lihat tanda-tanda bayi mahukan susu seperti kelihatan resah dan mula menghisap jarinya. Berikannya SIP berdasarkan tanda-tanda tersebut bukannya mengikut jadual.

3. Berikan bayi minum secara men
egak dan kepalanya diampu menggunakan tangan bukannya lengan.

4. Gunakan puting botol susu bersaiz kecil.

5. Jangan tolak puting ke dalam mulut bayi tetapi biarkan bayi memasukkannya sendiri ke dalam mulutnya.

6. Biarkan bayi berhenti minum dan rehat pada setiap penyusuan. Ini boleh mengelakkan bayi minum terlalu laju.

7. Bayi akan menentukan bila dia patut berhenti minum. Jangan paksa dia habiskan kesemua SIP yang ada dalam botol.

8. Jika bayi kelihatan gelisah, minta pengasuh berikannya sesudu kecil SIP sementara menunggu anda pulang.

Nota : Lubang puting botol susu akan mengeluarkan air susu lebih laju berbanding puting susu ibu, jadi berhati-hati agar bayi tidak tersedak susu.
 
 

Wednesday, September 5, 2012

Esya dah stop breastfeed

Rasa dah lama aku peram gambar2 nie dalam draft hehe soriii nak update asyik bertangguh aje kan.. yelah aku bukan blogger tegar lagi.. lagipun xde orang baca belog nie.. untuk tatapan sendiri dan rujukan saja di masa akan datang....

Sebenarnya nak cerita pasal cara aku menyetopkan breasfeed untuk anak aku sendiri.. mungkin lain orang lain caranya kan? Ya aku akui agak payah dan susah sebenarnya nak stopkan anak dengan bf nie.. yelah kalo ko dah fully bf daripada lahir bila nak pisahkan dia hanya tuhan saja yang tau.. dan kebetulan pulak aku termengandung..erkkk mengandung tanpa dirancang ken hehe

So aku nak tak nak kene pisahkan dia jugak! Jenis aku nie memang tak sampai hati nak biarkan anak menangis gitu jer kalo dia mintak nenen.. biasanya aku bagi jer.. ada ke tak de belakang kira.. biasanya memang air susu tu tak de lah bila ko dah peknen semula.. sampai melecet lah cik b aku dibuatnya.. sakit...menangis tu perkara biasa.. yang magik tu aku boleh bertahan pula.. even time aku bf esya time tu aku pon menangis sekali..huhuhu seksa wei..




aku tak pernah gunakan sebarang benda macam taruk asam ker..kicap ker untuk berhentikan dia.. cumanya aku selalu berdoa mohon pada Allah mudah-mudahan dibukakan pintu hatinya untuk stop bf

Agak lama juga nak menunggu waktu itu.. sampailah aku sampilah usia kandungan aku menginjak ke usia 6 bulan... haa time nie lah secara tak semena-mena esya amek puting nyot2 tu dan isap.. biasanya puting nyot2 tu dia isap kat umah pengasuh dia aje.. kat umah pernah jugak kitorang bagi tapi dibalingnye dia huhu sangat berlagak ok

puting tu memang ade dah standby kt umah letak kat tempat bedak2 dia tu.. ntah cemana terbukak pintu hati dia nak isap plak.. lepas tu dia memang dah tak nak bf lagi.. aku pon mula bancuh susu dalam botol dan bagi dia.. untuk pengetahuan sebelum tu dia memang dah campur susu fm tp ka tumah pengasuh jer.. pakai shrink tu.. pengasuh dia belikan.. pakai botol mmg dia tak nak menyusu.. dengan aku pon dia memang tak nak susu botol direct.. dia hanya akan minum menggunakan cawan jer.. perghh punyalah seksa minah nie.. ngada2 sket..

susah hati kami laki bini tau... bila dia mula isap puting nyot2 tu secara otometik dia nak plak minum susu menggunakan botol.. Ya Allah leganya.. syukur alhamdulillah.. dan bermula dari hari itu dia dah tak nak isap nenen aku lagi.. yahuuuuuu lega sangat..heheh tak sakit cik b aku lagi...

aku yakin setiap ibu bapa yg mengalami pengalaman macam aku akan berasa sangat gembira melihat perubahan anak yg macam nie kan.. tak kisah la susu fm pon asalkan anak kita membesar dengan sihat kan.. dulu aku memang fully bf tapi apakan daya bila dah peknen nie susu dah tak ada.. so kepada korang yg bagi fully bf tu jangan la sekali-kali merendahkan susu fm.. sebab kita tak tau suatu hari nanti Allah akan uji kita dengan dugaan yg macam inilah... aku dulu pernah juga terpk nak bf anak aku sampai umo dia 2 tahun.. tapi apakan daya.. Allah lebih mengetahui...


tu jelah kot pengalaman aku.. nak cerita lebih2 tak pandai pulak.. meh nengok gambar jelah..

sampai sekarang asyik nak isap puting nyot2 jer tau huhu.. walaupon esya dah tak bf lagi tapi kan dia ada satu habit baru.. tiap kali dia rindu kat nenen dia tu kan dia akan selak baju aku dan picit2 cik b aku huhuh

layankan ajelah anak manja sorang nie.. lepas nie kene berebut dengan adik dia pulak.. haa nanti kita tengok macam mana lak ropenya..

Sunday, October 16, 2011

Bagaimana Susu Ibu Dihasilkan?

Siapa tahu bagaimana susu ibu dihasilkan??? kalo nak tahu boleh baca info nie yer.. sangat berguna untuk ibu2 mengetahui dengan lebih lanjut..


Anatomi Buah Dada/Payudara

Payudara terdiri daripada tisu kelenjar, tisu penghubung dan tisu adipos

Tisu Kelenjar:
  • Tisu ini menghasilkan susu. Susu yang dihasilkan bergerak melalui tiub-tiub halus menuju ke puting. Sebelum sampai ke puting, tiub-tiub halus ini menjadi lebih besar dan dipanggil lactiferous sinuses. Disinilah susu berkumpul.

Tisu Penghubung:
  • Menyokong buahdada

Darah:
  • Membekalkan nutrient kepada tisu-tisu buahdada.

Limfa:
  • Mengeluarkan bahan buangan dari buahdada

Tisu Adipos:
  • Melindungi buahdada dari kecederaan

Saraf:
  • Menyebabkan payudara sensitif terhadap sentuhan dan hisapan bayi. Sentuhan dan hisapan bayi ini merangsangkan perembesan hormon-hormon yang menyebabkan pengaliran dan penghasilan susu.

Disekitar puting, terdapat tampok susu atau areolar. Pada areola ini terdapat bintil-bintil kecil iaitu kelenjar mongomery yang merembes cecair berminyak berantiseptik membantu untuk melembutkan kulit di sekitar puting. Di bawah areola terdapat lactiferous sinuses.



FISIOLOGI LAKTASI

Hormons dan Refleks

Prolaktin
  • Dirembeskan oleh kelenjar pituitari yang terletak di otak
  • Menyebabkan sel tisu kelenjar dipayudara menghasilkan susu

Setiap kali bayi menghisap dipayudara, hujung saraf yang terdapat diputing ibu akan terangsang. Impuls akan dihantar ke otak dan kelenjar pituitari merembeskan prolaktin ke dalam darah. Darah membawa prolaktin ke payudara dan menyebabkan susu terhasil. Prolaktin hanya berfungsi selepas bayi menghisap dan menyediakan bekalan susu untuk penyusuan yang seterusnya.

Keseluruhan proses daripada rangsangan di puting hinggalah penghasilan susu dipanggil Refleks Penghasilan Susu atau Refleks Prolaktin.

Proses penghisapan adalah sangat penting dalam penghasilan susu.
  • Bayi banyak menghisap, banyaklah susu akan terhasil
  • Bayi kurang menghisap, kuranglah susu akan terhasil
Prolaktin juga melambatkan aktiviti ovari, dengan itu ibu yang menyusu akan lambat kedatangan haid semula.


Oksitoksin

Dirembeskan oleh bahagian posterior kelenjar pituitari. Apabila bayi menyusu, saraf terangsang dan menghantar impuls ke otak. Hasilnya oksitoksin dibebaskan ke dalam darah dan di bawa ke payudara. Oksitoksin bertindak ke atas otot-otot yang terdapat di sekeliling tiub-tiub halus dan lactiferous sinuses. Otot-otot ini memberi tekanan kepada tiub dan menolak susu keluar. Oksitosin bertindak untuk penyusuan kali itu sahaja. Proses-proses yang disebut di atas dipanggil "Refleks Oksitosin".

Reflek Oksitoksin adalah lebih komplek dari refleks prolaktin kerana ia melibatkan perasaan dan fikiran ibu. Jika ibu mendengar tangisan bayi atau teringatkan bayinya, kelenjar pituitari mungkin merembeskan oksitoksin. Ini menyebabkan susunya akan mengalir. Apabila ibu mempunyai masalah yang menyebabkan ibu risau, sakit atau malu oksitoksin tidak dibebaskan dan susu tidak mengalir dengan lancar.

Oksitoksin juga menyebabkan dinding rahim mengecut dan mengeluarkan uri dari rahim. Jika ibu memberi susu kepada bayi sebaik sahaja selepas kelahiran, pendarahan akan berhenti dengan cepat.

Ibu yang baru melahirkan anak akan merasa sensasi pengecutan rahim yang kuat apabila menyusu. Perkara ini adalah normal dan akan berakhir.


Sumber: http://bidanbersalin.blogspot.com

Thursday, June 9, 2011

Lebih bersemangat dengan Breast Pump Medela Harmony

Barang dah sampaiiii! Aku beli manual breast pump medela harmony dengan blog Kak Engku.. Cepat jer sampai.. Hari isnin bayor hari rabu dah ada kat depan mata!

Sebelum nie aku pump pakai pureen guna adaptor.. Laju gak tapi sakit tek.. Now pakai manual.. Lajuuu tapi tak sakit tek.. Harga promosi RM 190 aje uols! Sapa2 yang nak beli boleh kontek kak Engku bidan bersalin di talian 0192077643 yer..

Ok lah baru lepas pump nie nak ke dapur pulak memasak.. Petang nanti mau pump lagi lah! Go go caiyok!

Hidup EBM!! :)

pssttt: special thanxs tu princess N kerana mempromote pump nie utk sy :)


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Photobucket
© Design by | Nurulchumel Lovely Site