Showing posts with label wedding. Show all posts
Showing posts with label wedding. Show all posts

Friday, November 30, 2012

Anak buah ku kahwin

Tanggal 11-11-12 anak buah aku selamat bergelar suami isteri. Nikah awal sehari iaitu 10 hb so tak dapeklah date cantik 11-11-12 dalam surat nikah yer hehehe

Ini anak buah aku yang ke 3 yang sudah berkahwin. Lagi 2 orang tu masing2 dah punya anak 2. Haa sama macam mak sedara dorang nie ken. Dorang tu kahwin lagi awal daripada aku.. so anak pon dah besar2 lah. Aku nie perasan muda lagi sebab tu kahwin lambat sket kahkahkah


Tahniah Syuhada atau lebih mesra dipanggil dengan nama kak long. Sori yer maklong tak dapat nak tolong masa majlis kamu ritu. Maklong ada 2 handbang nak dijaga hehehe. Handbag tu maksudnya anak-anaklah. Hai macam mana aku nak tolong kalo asyik berkepit dengan anak jer kan. Kakak Esya tu dia bukan nak dekat orang. Takut sungguh! dia kalau orang yang tak kenal jangan harap dia nak rapat..pandang muka pun tak hingin. Mesti nak menyorok belakang aku tak pun babah dia. Kena amik masa untuk tarik perhatian dia. Haa kalau ko pandai pujuk2 dia oklah kalo ko buat bodo jer memang tak la dia nak pegi kat engko.. hurm begitulah perangai esya pemalu gilessss!

Lagi satu..kalau perempuan dia ok lagi la kalau lelaki hai memang dia tak kan pandang muka pun. Amboi anak aku nie. Macam belah suami aku kan semuanya lelaki so bila balik kajang memang dorang akan pujuk dia bawak dukung ke sana sini haa dia suka lah.. so dia tak takut. Boleh la diajak main sama-sama. Kalo tak 24 jam melekat kat mama ngan babah dia ajelah pfffttttttttttt.


Oh ya majlis nie meriah sangat tau! kebanyakkan semua adik beradik aku ada kecuali adik lelaki dan adik bongsu aku jer tak da. Dorang berdua ada hal lain. Sorang kena kerja sorang lagi plak ada kenduri belah suami dia. Tak pelah nak buat macam mana tak de rezeki depa nak berkumpul beramai-ramai.

Paling penting MAK aku ada...phewwwww rindu mak! puas ku pujuk2 ajak mak tinggal dengan aku sehari dua langsung tak dilayannya.. mak totap nak balik kampung jugak..huhuhu

Masa majlis sedang berlangsung aku tak sempat nak amek gambar pengantin diatas pelamin. Time tu mertua aku datang so macam tak molek lak nak tinggalkan dorang kan.. haruslah layan n sembang2.. Jadi nan ado gambar pengantin berdua-duaan...

Suasana sekitar majlis... aku sampai aje dah pukul 1 lebih. Perut pun dah berkeroncong... jadi makan lah dulu dengan lahapnya sebab makanan semua sedap2.. eh betul2 sedap tau!! sebab mertua aku pun puji siap mintak tapau lagi haa

My family in law..mak, ayah dan adik.


Petang tu posing ataas pelamin. Pelamin dah tinggal 1 kerusi aje sebab dorang dah turunkan lagi 1 kerusi ke bawah tak koser aku nak angkat keatas pulak..hehe


Bersama anak2 buah.. sebenarnya ramai lagi anak buah aku nie tapi dorang pemalu nak posing.. biaq pi lah depa dok dalam rumah diam2 hehehe

dan inilah dia pengantin sejoli.. malam baru nampak muka. Petang tu dorang pegi outdoor kan so memang tak jumpa langsung lah. Kecik aje suaminya.. Asyraf namanya. Welkam to our family Asyraf!


family lepak2 santai.. sebab orang kampung yang jadi penangah segala..


Esya tak abes2 dengan posing 1 malaysia dia tu ekekeke

Ok cukuplah sampai situ dulu..banyak sangat taip nanti lagi banyak silapnya.. yang buruk datang daripada saya yang baik datang daripada Allah swt.. 

sekian wassalam

Tuesday, January 4, 2011

Pengantin Ang-ang

Sekitar Majlis Bertandang Adik Yat & Mohaz di Manjung, Perak pada 1/1/2011 bersamaan hari sabtu yang lalu.. permulaan awal tahun baru weh..

ramai yang wat majlis kawin tarikh nie.. yelah sempena tahun baru gitu kan.. date pon cantek jugak.. 1 hb 1 tahun 2010.. kira jadik 1.1.2011 camtu haa senang nak ingat.. dorang la senang nak ingat.. kita nie susah sket la nak ingat kehkehkeh

tak ketinggalan adik Yat dan suami turut memilih tarikh tersebut.. nak nak pulak hari jumaat tu malaysia cuti umum sempena kemenangan bola sepak negara piala suziki AFF maka dapatlah kami sekeluarga bertolak sehari awal ke Manjung sane..

kalo ikutkan perancangan kami nak gerak pagi2 lepaih subuh ari sabtu tu ke Manjung.. ate dah cuti haruslah pegi awal sehari.. makan angin kat sana dulu hihi

kat sana kami disediakan homestay yang sangat2 best! rumah teres 2 tingkat beserta ekon setipa bilik.. eh setiap bilik ker? eheh sesetengah bilik saje loh tapi termasuk bilik aku dan en bob.. kat hall pon ada ekon.. pendek kata tak panas langsung la bermalam kat sana.. sume cool sajer..

majlis dorang berlangsung pada keesokkan harinya... sepanjang perjalanan dari homestay ke rumah pengantin lelaki ditemani oleh abg2 mat motor TZM.. adeii gambo lupa nak aplod da.. tak per lah korang imagine udah ler.. abg2 TZM nie kawan kepada mohaz, adik ipar aku tu.. kire kitorang berarak naik kete ramai2 dorang (kawan2 mohaz) naik moto kat depan kitorang..

sampai kat trafik light siap tahan kete2 yang lain supaya benti n bagi jalan kat kitorang lagik.. maklum ler rombongan pengantin katakan.. cewah

ops lupa nak bagitau nie haa si blogger pn honeysour n family pon ada gak tau! kebetulan dia balik kg so dia datang ke manjung n join sekali..

time nie kitorang ngah tgu rombongan pengantin lagi satu.. adik pompuan mohaz pon kawen pada hari yang sama.. so 2 pasang pengantin akan berarak bersama2.. rombangan dorang dari Melaka..

sambil tgu sume sampai kami sempatlah mengedixs dulu.. masa kenduri kat perak aku tak sempat nak gedixs2 amek gambar tau! maklumla bizi time nie nak pose manyak2


pengantin serba merah.. merah ang-ang you!

nie adik mohaz dan pasangan..

kedua2 rombongan belah perak + melaka.. bercampur2 dah

cam biasa ada acara silat..

pengantin naik pelamin.. weols adik beradik tak sempat posing kat sini sebab lepas tu ada majlis berendoi anak buah mohaz dorang gantung buai betui2 kat depan pelamin.. so tak dapek la nak tunggu sampai ke petang..

makan time.. dapat ler makan kat tempat VIP tu ha walaupon kat hujung2 hihi

anak buah aku dan sedara mara..

pengantin baru tersenyum riang... raja sehari la katakan..

pengantin lama.. baru 6 bulan kawen nih :) baru lagiii hihi

makanan sume terbaek!

2 pasangan raja sehari

acara bergambar bersama ahli keluarga ku yang super ramai.. dimulakan dengan anak2 buah yang memang kaki posing! ntah ikut genetik sapa lani :P

candid.. sofea

adik beradik yang ada.. ada 3 oranglagi tak dapat datang majlis nie.. ada urusan lain..

hepi nye muka pengantin sambil buat senaman mulut.. gigi tersengih hihi

kami...

dan lastly sebelum bertolak balik ke shah alam kami singgah kat tepi pantai.. tempat nie namanya marina.. tak ingat nama penuhnya.. cantik sangat seswai kalo nak outdoor kat sini.. tak jauh ngan teluk batik..

perasan artis..lalala





haa tu dia sekali harung... kasi muntah korang tengok gambaq banyak2..

dah settle kenduri kedua belah pihak.. lega..

Tuesday, June 8, 2010

NZA WEDDING

Ahad

Plan nak ke majlis perkahwinan Princess N atau nama sebenarnya Nur' Ain Nadiah bersama pasangannya Prince Za iaitu Faizal..

Ai pegi dengan en bob.. hoho seb baik dia mau pegi kalo tak tak pasal2 aku kene pegi sorang huhu tak koser pegi sorang mesti paksa en bob pegi jugak! lalalala

sampai kat sana jam 2 lebih camtu... perut tak berkeroncong.. umahnye tak susah nak carik tapi agak tersorok cket.. nasib baik ade papan tanda "PINK" tu kalo tak mau sosat jugak weols..

terus sms honeysour tanya dia kat mana.. ehem2 weols memang dah planning awal2 nak jumpa disana.. yelah aku mana kenal prince N nie malu gak kalo pegi sane tak de sape kenal.. fuhhh seb baik ade honeysour ngn dani yang comel itu :)

sampai2 makan sume dulu baru dapat jumpa honeysour.. makan tak henggat sebab lapar pastu lauk pauk dia sume terbaek! series cakap memang sedap2

pengantin time tu baru lepas bersanding.. so sempat la jumpa pengantin masa kat meja makan.. auw romantiknye korang! hihi jeles ai :P

princess N nie terlampau fanatik dengan kaler pink! sana sini aku nampak PINK sesaje!

kek pink yang cantik!

dan lastly pic wajib ada.. blogger bergambar bersama pengantin hihi

tak sangka jumpa dengan blogger tegar yang selama nie aku baca jer blog dia.. haaa sapa lagi kalo bukan ceeramoon



ceera dan ciput.. semakin booolaat ko yer.. neway nampak seksis n cantek :)


dan juga blogger honeysour.. yang nie dah kenal lama so tak de la malu2.. ngan ceera aku agak malu2 sket hihi

dan juga dani emir.. anak puan honeysour.. sampai tetido budak nie kat pangkuan aku taw! sian dia panas2 tido..

dan bersama my laling.. wajib ado!

suka pic nie.. macam anak sendiri plak.. eheh

to princess N: Selamat pengantin baru moga kekal bahagia hingga hujung nyawa! uols memang cun + cantek sekali berbaju PINK kaler!!

Thursday, May 27, 2010

Walimatulurus - ILaIZat

Assalammualaikum wbt...

Kepada rakan-rakan blogger sekalian anda semua dijemput untuk memeriahkan lagi majlis perkahwinan saya dan en bob pada 27 June 2010 ( sebelah saya) dan pada 4 julai 2010 ( sebelah en bob)

Sesiapa yang sudi hadir sila lah amek kad di bawah yer.. kalo ada yang nak kad betui2 tu boleh ler anto alamat kalian ke email saya : jivebumz@yahoo.com

Insyaallah saya akan pos kad tersebut dengan kadar segera! :)





plan ke majlis sebelah saya..


plan ke majlis sebelah en bob..


kehadiran kalian amatlah dialu-alukan.. makan nasik minyak pree weh!
hihi

Tuesday, January 5, 2010

Pengantin minang

Jemputan kenduri kawen pertama untuk permulaan tahun 2010.. terima kasih kepada keluarga cik ratna kerana sudi menjemput aku dan housemate ke majlis berkenaan.. makanan ala minang sedia terhidang.. aku sampai2 aje terus ngappp..hihi bangun tido saja terus g mandi then siap g kenduri... haaaa jimat belanja makan aku tengah hari ahad lepas taw :p

ini bukan majlis kawen ratna ok.. tetapi adalah majlis kawen abg kepada ratna.. so pada sesapa yang nak berkenalan ngan beliau boleh lagi masih ada peluang ok sebab dia masih lagi single! hihi ratna jangan marah yo! i promote u lah

Jom layan gambar kenduri pengantin minang nie ha


cik ratna sedang bermain cak cak dengan ku :p




aku dan zai

weols sampai awal jam 12.00 tengah hari menunggu pengantin berarak jam 1.30 petang..huhuh lama gak tu.. sampai rase sengal tak tau wat ape lagi dah.. nak lepak lama2 kat khemah pon serba tak kena.. so kami masuk ke dalam rumah.. sambil snap gambar pelamin pengantin yang cantik itu..

simple tapi sangat menarik.. gabungan marron + putih

sila abaikan minah yang perasan kat pelamin tu :P

dah puas lepak kat dalam umah pengantin sambil tunggu pengantin tak sampai2 lagi aku dan zai pon dah mula rasa bosan.. malu pun yer jugak.. satu jam dok saje tak de wat apa.. so kami minta diri nak balik.. ratna puas pujuk aku jangan balik dulu.. suh tunggu pengantin sampai.. katanya abang dan kakak ipar dia pakai baju minangkabau.. hurm tu yang den lomah tu.. sebab aku tak pernah tengok secara life pengantin minang cemana rupanya.. hehe

oleh kerana tak sabar2 nak tengok rupa pengantin minang dan juga tak sabar nak balik rumah sebab dah janji nak jemput anak mak cik aku kat LCCT petang tu nak anto dia balik sekolah asarama kat cyberjaya nun so ratna bawak aku g umah tumpangan tempat pengantin make up..

maka dapatlah aku melihat rupa pengantin minang ini.. mak ai terasa berat plak bila pakai cam gitu.. sempat aku tanya pengantin berat tak benda alah tu.. berat gak katanya.. haaa apa bleh buat dah memang cam gitu perhiasannya kan..

apepon pengantin tetap vougue gitu! cantikk

dan inilah dia abg ratna

pengantin nie kecik2 belaka comel gitu.. time dorang berarak ke rumah pengantin laki aku ngan zai dan berarak balik.. sempat dengar kompang kejap pastu blah.. nak rush g lcct plak petang tu kan.. kang meraung sepupu aku tunggu kat sana.. aku tak sampai2 hihi itu next entry aku cite yer

tetiba saje gatal nak tayang gambar aku ngan ratna naik pelamin.. nak jugak gambar kami naik pelamin publish kat sini..hihi petang sebelum kenduri tu iaitu hari sabtu aku g rumah ratna jap jer nak anta baju yang dia mintak tolong aku anta kat tukang jahit area umah sewa aku tu.. sempat la weols verangan naik pelamin.. tapi pakai baju tah pape kan.. tak feel pengantin la camni..hiks


ok itu dulu yer :)
Photobucket
© Design by | Nurulchumel Lovely Site