Showing posts with label Qaysara Aleesya. Show all posts
Showing posts with label Qaysara Aleesya. Show all posts

Tuesday, October 7, 2014

Pengalaman saya menjaga Sara kena chicken pox (Cacar Air)

Assalammualaikum semua dan salam ceria!

Apa khabar hari nie? dah puas makan rendang ketupat? Amboi seronoknya hampa noh... Kami sekeluarga tak kemana hanya berhari raya di rumah saja. Suami request buatkan rendang daging pada malam raya. Malam tu baru sebok pi beli bahan. Bahan apa pon takda sebab pegi kedai dah lewat semua barang pon dah licin uwaaaaa... cuma beli daging import tuh ja. Pakai perencah rendang adabi  ja uols... Nasib sedap uolsss... suami makan bertambah-tambah hehehe suka mak nak!

Ok sebenarnya nak cerita pasal anak kedua saya nie SARA. Khamis lepas masa amik dia daripada rumah pengasuh terpandang di perut dia ada bintik-bintik macam jerawat yang ada air dalam tu. Mak ai terus dalam hati terdetik..."Eh anak aku nie macam kena chicken pox jer" aduh rasa takut pon ada... bukan takut apa pon... takut berjangkit dengan kakak dia... 

Esoknya jumaat...saya bekerja macam biasa. Pagi tu saya terlupa nak bagitau pengasuh so saya pon wasap la dengan pengasuh. Agaknya pengasuh pon tak perasan sebab ramai sangat budak yang dia jaga kat situ maka dia pun suruh saya cepat2 amek sara dan bawa ke klinik. Saya pon bergegas la balik dan bawak ke Klinik Ajwa, Seksyen 15 tu.

Doktor sahkan memang Sara kena chicken pox atau cacar air dalam bahasa melayu dan beri saya pilihan sama ada untuk dapatkan ubat antivirus yang harganya RM76 atau makan ubat selsema/tahan sakit dan juga sapukan krim celamine seta virless cream tube. Ikutkan pendapat orang tua-tua hanya beri air kelapa muda supaya chicken pox akan keluar habis... oh tak sampai hati pulak tuh... tapi saya tetap amek ubat yang doktor beri cuma ubat antivirus tu je saya tak amek. Kata doktor kalau di hospital kerajaan depa tak bagi pon ubat tu. Cuma kalau saya nak cepat stopkan virus tu doktor boleh beri. Saya putuskan tak nak amek dulu.

Bermulalah pencarian ilmu berkenaan chicken pox bersama pak cik gugel. Kata orang tak kena batang hidung sendiri tak tahu. Nah... sedikit info yang dapat saya cari... terima kasih pakcik gugel!


Ini ialah jangkitan biasa yang berlaku di kalangan kanak-kanak yang disebabkan oleh virus. Virus cacar air juga dikenali sebagai virus varicella. Ia adalah virus sama yang menyebabkan kayap. Ia merupakan penyakit yang senang berjangkit dan boleh merebak dari seorang ke seorang. Seseorang yang dijangkiti virus ini akan mengalami demam dan timbul ruam lepuh (blisters).

Bagaimanakah penyakit cacar air merebak?

Ianya merebak:
* Melalui udara bila seseorang yang menghidap cacar air itu mengalami batuk atau bersin.
* Dengan menyentuh cecair yang keluar dari lepuh (blister) cacar air.
* Dengan menyentuh benda/permukaan yang dibasahi oleh cecair daripada lepuh tersebut.
Apakah tanda-tanda dan gejala?

Anak anda akan mendapat cacar air 13–17 hari selepas terdedah kepada seseorang yang mengidap cacar air. Cacar air boleh merebak 1–2 hari sebelum ruam kelihatan sehingga semua ruam berkeropeng dan kering. Kebanyakan kanak-kanak mengalami jangkitan yang tidak serius. Namun jangkitan cacar air bagi orang dewasa boleh menjadi lebih serius.

chickenpox

Gejala-gejala penyakit cacar air yang lain :

* Demam, rasa tidak sihat dan letih lima hari sebelum ruam timbul.
* Ruam bermula bintik merah yang kecil dan gatal (seperti jerawat) pada semua badan termasuk mulut. Biasanya ruam bermula di dada dan belakang, kemudian merebak ke muka, kepala, kedua-dua lengan dan kaki.
* Dalam masa 24 jam, ruam-ruam akan kelihatan seperti lepuh air (blister), kemudian pecah, kering dan menjadi keruping (4 -5 hari)
* Bintik-bintik baru akan terus timbul untuk lima hari dan mengambil masa dua minggu untuk hilang. Biasanya jangkitan cacar air ini menghasilkan pelalian seumur hidup. Walau bagaimanapun, virus ini mungkin bersembunyi dan berulang sebagai kayap (shingles) kepada orang dewasa dan kadang-kadang kepada kanak-kanak.

Apakah komplikasi penyakit cacar air?

Biasanya cacar air ialah masalah kesihatan ringan bagi kanak-kanak dan kebanyakannya akan pulih. Walau bagaimanapun, sesetengah orang berisiko mendapat komplikasi yang teruk, iaitu bayi yang baru lahir, orang dewasa dan seseorang yang mempunyai sistem pertahanan badan yang lemah.

Komplikasi lain yang boleh berlaku termasuk:
* Jangkitan kuman pada kulit
* Jangkitan pada darah
* Radang paru-paru
* Keradangan otak

Bagaimana jangkitan cacar air dirawat?

Amnya:

* Elakkan anak anda ke sekolah atau taman asuhan kanak-kanak sehingga ruam menjadi berkerak (lebih kurang tujuh hari daripada permulaan ruam). Jika tidak kemungkinan kawan-kawanya akan turut dijangkiti.
* Ambil ubat paracetamol untuk mengurangkan demam.
* Minum banyak air masak.
* Ambil makanan yang seimbang.
* Sentiasa membasuh tangan.

Untuk rasa gatal:

* Sapu losen kalamine di tempat ruam.
* Mandi dengan kerap dan sabun dengan menggunakan campuran ‘baking soda’ dengan air suam beberapa kali sehari untuk mengurangkan rasa gatal.
* Potong kuku pendek untuk mengelakkan kecederaan kulit semasa menggaru.
* Ubat antihistamine mungkin diberi oleh doktor jika rasa gatal yang teramat sangat sehingga anak anda tidak dapat tidur. Ubat antivirus untuk cacar air boleh didapati dan selalunya akan diberi oleh doktor kepada mereka yang berisiko mendapat jangkitan yang teruk, iaitu:
* Berumur 12 tahun ke atas.
* Mengidap penyakit paru-paru yang kronik. * Mereka yang mempunyai sistem pertahanan badan yang lemah. * Bayi yang baru lahir.

Itu dia serba sedikit info berkaitan cacar air atau chicken pox nie. Apa yang saya buat untuk sara ialah Mandikan dia dengan Basic H2 Shaklee setiap hari. Alhamdulillah hari nie hari ke 6 bintik2 chicken pox semakin kering. Ntah bila pecah pon tak perasan. Beri minum air kelapa muda pada hari kedua..tapi dia tak minum banyak pon 2 sudu adalah huhu. Cara nie tak berkesan untuk budak kecik umur 2 tahun.

Kemudian masa sara tido sapukan dengan celamine losyen tuh. Masa doktor bagi tu saya dah terus sapu memang cepat kering. Garu2 sket tu biasalah. Nak cepat baik kena cepat bertindak! Selepas nie saya akan sapukan dengan Herbal blend multipurpose cream pulak bagi hilang bekas2 chicken pox tuh. Mudahan ianya berkesan lah pada Sara. Insha Allah kita cuba sehabis baik. Mujur dia tak demam. Oh ye baru saya perasaan minggu lepas sara demam 2 hari pastu stop dan demam balik sehari rupanya nak keluar chicken pox yer... ahai tak pe sayang mama ada jangan risau...mama jadi doktor yang terbaik untuk awak yer.

Mandikan Sara dengan Basic H2 setiap hari...ianya tiada bau..natural dan selamat digunakan...very the organik! Saya yakin!

Sapukan herbal blend cream nie supaya kurang gatal-gatal dibadan Sara.. ianya berangin dan selamat untuk anak jangan risau yer!

Harapnya beransur sembuh lah sara kesayangan mama nie...Oh lupa pulak saya... makan pon kena jaga tau! no telur, ayam, seafood dan makanan yang gatal. Kata doktor kalau dia nak makan jugak bagilah cuma kena kurangkan. Jangan sampai tak makan pulak kesian anak.  Semoga entry ini bermanfaat untuk anda diluar sana.

Yeay mama cuti arinie!

ila kamilah 012-5417451

Nak tanya berkenaan produk boleh hubungi saya yer

Wednesday, September 17, 2014

Celebrate besday Sara 7.9.2014

 Assalammualaikum...
Punyalah lama ku peram peram akhirnya keluaq jugak entry nie... rasa rugi pulak tak abadikan dekat sini sebagai kenang kenangan di hari tua nanti..cewahh

Alkisahnya besday Sara anak kedua saya pada 7 September 2014. Kebetulan ianya jatuh pada hari sabtu. Tinggg...malam tu dapat idea untuk celebrate secara kecil kecilan bersama keluarga kecil kami. Malam tu jugak pulun buat kek coklat moist. Sejak dua tiga menjak nie memang terajin skit buat kek. Pakai tepung kek segera je uols... jenama  D rosni beli dekat mydin atau aeon big... tempat lain tak sure ada ke tak.

Semangat lain macam maklumlah besday anak ken... :) tadaaa nie lah kek nye




 Icing tu buat sendiri hokey! babah nye yang gugel dan buatkan sekali... saya tolong decor aje.. main hentam aje mana reti buat bunga atau corak.. first time kot buat icing nie... so kami buat ikut kata hati aje. Rupa tak penting...yang penting rasanya hehe. Serius memang sedap icing nie dan menjadi macam dekat kedai kek tuh haha.

 Tengok laa herot petot hasil decor mama dia... belasahhh

Kitorang tak jemput sesiapa pon.. memang buat untuk seronok2 jer... bagi anak hepi skit rasa air tangan mama babah nih.
 Sara bukannya nak makan kek sangat... dia lebih suka makan bunga dekat kek tuh huhu sabor jelah wahai anak ku.... penat mama bersilat kat dapur tau!

 Hari tu saya buat mee bandung muar. Pon pakai perencah segera jugak uols! hahaha mama ko nie semua main segera segera yer haha

Perencah nie adik saya yang bagi tahun bila ntah dah lama tersimpan lam almari tuh... apa lagi tinggg dapat idea nak makan mee bandung so kita buatkan jelah sebelum ianya expired bulan 12 nie.

 mee bandung muar air tangan ahkak

 Petang tu pulak babahnye senyap2 dekat dapur rupanya buat benda alah nie. Churros namanya... first time kitorang makan.. semuanya main gugel jer... tapi churros nie femes di restoran The Sumb tuh. Korang g la try makan dekat sana. Rasanya sedap sebab dalam tu ada butter ngan tepung gandum jer.. lemak2 gitu cicah plak dengan coklat... aummmmmmm

 memang tak cukup setakat 6 batang tuh... makan berulang ulang ko baru puas

dah banyak sangat cerita pasal makan... tak pasal2 gemss nanti.. tak pe shaklee kan ada haha...

Buat adik sara... mama sentiasa doakan sara berada dalam lindungan Allah swt... menjadi anak yang baik, mendengar kata, berjaya di dunia dan akhirat. Sayang mama, babah dan kakak. Membesar denga sihat dan selamat dalam apa jua perkara yang sara lakukan.
Doa mama sentiasa mengiringi mu nak...
Mama, babah dan kakak love you sangat2...muahhh



Monday, October 28, 2013

Permata hati ku Double Q

Dua permata hati ku
Double Q

QALESYA IRDINA & QAYSARA ALEESYA

Eh kenapa nak capital letter pulok hahaha 

Ermm lusa aku kena g outstation.. ke cherating... pestime nak tinggalkan double Q dan babahnye... babahnye ok la kan sebab dah besor... 

nak tinggalkan anak2 dengan babahnye nie yang buat aku risau.. ermm boleh ke suami aku nak jaga dorang sorang2 nih... risau tahap gaban jugak laa memikiornye pon... 

Aku harapkan mudahan En bob dapat jaga dorang dengan elok.. cukup makan semuanya hahaha. Makan macam biasa aku dah suruh dia beli aje kat kedai mamak bawah umah tu. Makanan sara aku boleh buat frozen nanti. Esya boleh makan makanan sama babah dia.. 

Riso sangat padahal nanti aku tak de ok jer pon... secara otometik semuanya berjalan lancar.. betui tak? bila kita ada memang semua kat bahu kita.. bila kita tak de pandai jer dorang nanti.. betui tak?? hehehe

Aku ke cherating gantikan bos... rabu sampai jumaat jadi urusetia kat sana.. tengok aturcara program macam santai aje... tapi tak taulah macam mana nanti.. ermm boleh lah kalo ada kesempatan aku update dari sana yer... share story hehe.

Sekarang time rehat aku malas nak kuar makan.. aku dah bawak bekalan pagi tadi.. so time rehat boleh la berehat sepuas-puasnya depan komputer kahkah

Rindu zaman berblogging dulu-dulu.... Ya Allah pliss kembalikan kerajinan aku...








Thursday, October 24, 2013

Bersalin dan berpantang dengan Shaklee memang terbaik






Ok diatas adalah gambo set bersalin & berpantang SHAKLEE.. Alhamdulillah anak kedua aku gunakan Set ini sepenuhnya. Masa anak pertama dulu aku tak tau.. tak pernah beli pon tapi tau2 gitu jelah.. tengok member opis makan specially member yang menyusu badan la kan.. sebab depa nak tambah susu badan..

Aku start berkenalan dengan Shaklee pon masa anak pertama iaitu Esya.. time tu susu drop.. so kawan2 cadangkan amek set untuk menyusu.. aku pon try lah kan.. tapi susu aku tetap begitu juga.. tak jadi pom milk boster... hurmmm sedihhhh

Rupa-rupanya aku mengandung lagi!! hehehe memang la kan... tak perasan kot.. ingatkan susu drop pasai apa.. rupanya mengandung.. memang tak boleh buat apalah.. tapi aku tetap amalkan makan set menyusu dengan harapan aku dapat jugak menyusu Esya disamping aku mengandung.. kuat semangat tau nak menyusu badan jugak. tak kira!! huh

Sepanjang kehamilan aku amalkan makan vitamin Shaklee nie.. alhamdulillah tak ada sebarang masalah.. cuma aku dapat menyusukan Esya sampai aku mengandung 7 bulan sahaja.. lepas tu susu pon tak berapa nak ada... Esya aku terpaksa bagi susu momooo (fm) huhu sedih kot time tu kalo dikenangkan...

Tapi tak pe untuk anak kedua aku nekad nak teruskan... menyusu badan bila baby lahir nanti... jadi aku teruskan makan vit nie sampai Sara lahir...

nie lah dia baby Shaklee kite... tulang dia kuat tau! tengok lengan pon dah tau kan hihikk

Perkembangan dia pon luar biasa... semuanya cepat dan pantas... beza betul dengan si kakak. Sebab time kakak aku tak amek apa2 supliment...

Aku sarankan kepada kawan2 diluar sana yang sedang mengandung boleh consume dengan vit shaklee nie sebab dia very the organik tak de bahan kimia.. dijamin selamat dan paling penting dijamin halal...insyaallah

Ok masa dah time.. got to go...

nah picca sara baby shaklee hihuuu bersama mama tombam



lastly... sara 1 year 1 month bersama mama dan kakak esya... hai omaknye paling over...


k bai...

Monday, September 23, 2013

Cara-cara membuat puree ala jivebumz


Ok fine tengah tiup aura rajin kat tepi telinga nie untuk update belog hahaha

Entry nie dah lama terperuk kat dalam draft.. dah lebih beberapa bulan since sara start mamam puree lagi kahkah..  sekarang sara dah umo setahun dan dah makan bubur yang tak perlu di blend lagi see punya la pemalaih kahkah

Ok meh kita cerita pasai puree.. aku nie tak la pandai sangat cuma banyak gak refer kat blog orang lain.. so kat sini ada skit2 cara yang mana korang boleh gunapakai untuk bagi baby korang ala jivebumz ahaha nak jugak kennn


Carrot...kentang dan juga buah pear. Paling senang carrot ngan kentang la kot kalo buah2 tak do.. dan 2 benda nie wajib ada dalam peties aku kat umah yer


kena rajin sket potong kecik2 begini... ahaha nanti nak blend jugak kan.. so ikut la korang nak potong empat segi ke tiga segi sukati..


Masukkan dalam bekas dan kukuskan ia..


agak dah lembut biarkan sejuk dan blend campur air masak.. aku pakai blender biasa ja.. xda la beli blender khas pon.. tapi make sure blender tu bersih sebersihnya... maklum la pakai untuk blend cili semua tu kan.. kalo boleh siram ngan air panas dulu


dah blend tu sila tapis dulu yer.. hampas apa semua tu kasi buang...kang tersedak pulak babynya..

pastu masukkan ler ke dalam bekas2 comel macam nie.. syukurlah masa aku kawen aritu dapat hadiah tuppaware comel2 begini haha.

puree kentang dan pear

puree carrot

lepas tu simpan dalam beku tahan 2 minggu... biasanya kalo aku seminggu jer dah abes.. masa esya dulu aku tak pernah kot buat macam nie... bagi makan bubur nasi aje tiap2 hari masak.. sekarang anak ke dua pandai skit laa.. buat frozen hehehe...

tengok sara pon elok aje... makan ok perut ok tak da masalah makanya projek frozen foof diteruskan sehingga lah sekarang phewwww buat bubur nasik frozen :)
seronok buat puree nih.. nak pulak dapat anak pemakan macam si sara nie.. lagi bersemangat emaknya nak membuat.. ok semua ibu2 berkerjaya di luar sana boleh cuba cara ini...

bye bye

Wednesday, September 11, 2013

Sara 1 year

 Hai... Assalammualaikum semua.. masih kenal jivebumz?? hehehe tenggelam timbul dah jivebumz nih huhuhu

Malas dah nak bagi alasan.. sebab memang malas pon nak update blog..kehkehkeh

Baiklah.. korangggg... nie haa anak kesayangan ambo dah setahun ok! Syukur alhamdulillah pada 7 september 2013 genap setahun... sekejap jer masa berlalu (ayat selalu orang cakap). Pejam celik dah setahun..

Perkembangan terkini Sara..
  • Belum pandai berjalan
  • Merangkak laju giler
  • Berdiri dan berjalan sambil pegang sofa/rak tv
  • Suka meminta. Pandai tunjuk apa yang dia nak.
  • Suka main peties huhu abes basah dapur
  • Suka menjerit kalo dia boring
  • Cepat mengikut apa yang kakak buat
  • Suka makan sendiri tak bagi aku suap pftttt
  • Pemanja...
  • Penghibur mama, babah dan kakak esya
  • dan banyak lagi yang tak tertaip hehe
 Sayang sangat3 budak tecik nih tau!

adik dan kakak tak boleh pisah.. macam kembar dah depa dua nie.. apa yang kakak makan itulah yang adik nak.. even aku beli biskut khas untuk baby tu coco crunch kakak juga yang dia nak.. sara...sara


Seronok tengok anak membesar di depan mata.. walaupon aku ibu yang bekerja tapi aku rasa puas dapat membela dan menjaga anak sendiri. Biar penat sikit tapi hati gembira..

To Sara: Semoga menjadi anak yang mendengar kata dan berjaya di dunia akhirat.. mama babah dan kakak sayang kamu sangat3 hingga akhir hayat..

Ok next entry tatau bila hehe.. thanxs uols yang masih sudi baca blog jivebumz nih.. Ghasa nak tutup tapi BE masih menari2 sayang pula maka aku biorkan ajelah blog nie hehehe

chow dulu

Thursday, March 21, 2013

Yeay Sara dah bersunat!


Phewww lega weh bila selesai sunatkan Sara.. dah lama plan nak g sunatkan dia asyikla tertangguh... umur makin lama makin meningkat.. kaki makin lama makin menggedik mana aku tak risau.. so pagi nie aku tekadkan hati bawak juga Sara pegi klinik biarpun tanpa babah di sisi hukhuk

Babah keje jauh so tak payah susahkan babah biar mama aje yang bawak asalkan Sara selamat disunatkan.. see betapa kentalnya mama sara buekkk haha


Sara.. sebelum..semasa dan selepas di sunatkan...

Nangis kejap aje.. sebab sakit kan.. dapatlah aku tengok camna doktor tu sunatkan.. alahai sikit aje pun.. syaratnya setitik darah.. dulu masa Esya aku tak berani tengok kali nie memang aku tengok sendiri.. kental kan?? hakhak

Macam biasa klinik yg menjadi pilihan mestilah klinik Ajwa Seksyen 15.. Bayaran rm32 sahaja.. masa esya dulu rm30 so dah naik 2 hengget yer..

Lega sesangat aih... dengan ini oficially Sara dah bergelar anak dara yeayyyy di usia 6 bulan 11 hari :)

Thursday, March 14, 2013

First solid food untuk Qaysara Aleesya


Semalam aku bekalkan Sara puree.. pestime buat puree kot.. dulu esya aku buat bubur nasik jer terus.. kali nie rajin sket so marilah kita berpuree pulak ken hehehe

Puree pertama yang aku berjaya hasilkan ialah apple campo susu ibu.. senang aje buatnya pon.. apple tu kasi kukus dulu pastu blend sekali dengan susu ibu.. agak2 aje susu tu tak perlu banyak tapi jangan lembik sangat lah.. rasanya ermmmm sedapppp.. kalo tak letak susu agak masam sket lah.. nie aku pakai apple merah tu.. apple hijau tak sesuai pulak nanti terlampau masam untuk baby.

Nie lah dia puree apple + susu mama eh eh 

Malam tu dah try bagi dia mamam... amboi kemain suka lagi dia mamam habis semangkuk kecil.. aku mulanya macam takut2 nak bagi makan dah jadi bersemangat nak buat puree lagi bila tengok dia berselera.. oklah lepas makan sara popoo dengan meriahnya..

tapi petang semalam BS sara mms gambar nih.. badan sara merah2... tak pasti lah sama ada dia gatal sebab makan puree nie ke hapa... malam tu elok aje dia makan.. lepas makan tido so tak nampak la dia alergik ke apa kan.. siangnya baru tau.. tapi tu tak sure lagi sama ada apple adalah penyebabnya...hurmm

kesian sara abes merah2 badan dia.. gatal2 sume.. arinie aku stop bagi makan dulu.. esok baru buat puree lain pulak.. kalo nak tau dia memang alergik ngan apple makanya aku kene buat puree apple lagi lah kan.. tapi elok buat hari cuti lah kan nanti boleh aku pantau.pheww


tak pelah budak tecik baru nak belajar makan.. beginilah.. kena try satu2 dulu.. kalo boleh aku nak bagi dia rasa buah-buahan dulu nanti dah beso sket baru nak buat bubur nasik.. tak nak bagi awal2 nanti dia bosan macam kakak dia dulu tak suka makan sobsobsob

 

Thursday, February 7, 2013

Qaysara Aleesya 5 bulan

 7 Februari 2013 genap Sara 5 bulan. Sekejapnya dah besar anak bongsu mama nie kan.. eh bongsu ker? hehehe 

Petang kang nak bawa Sara check up kat klinik kesihatan sek 7.. tak sabar plak nak timbang berat dia.. agak2 nya dah berapa kg anak mama nie kan.. dekat 7 kg ada gak nih..

Syukur alhamdulillah.. perkembangan Sara seperti baby2 yang lain diluar sana jugak.. dah pandai meniarap ketika diusia 4 bulan 8 hari..time tu mama dia tak sempat nak update.. nie kira sekali harung update untuk usia 4 hingga 5 bulan lah yer nak.. nanti sara dah besar sara baca entry mama nie yer sayang! hehe

Dah pandai nak berdukung..pantang letak tak mau dia.. menjerit2 mintak dukung.. Sara nie jenis jarang nangis payah giler nak dengar suara dia tapi kalo tetiba nangis boleh bikin mama gugur jantung tau!

Suka senyummmm...manjang nak senyum dan suka ketawa bila di agah.. kalo kita sembang dia pon sebok nak sembang dengan kita..amboi ramahnya dia..

 Rambut seciput.. rambut jenis halus tak macam kakak esya dulu time 5 bulan rambut dah lebat.. tak pelah nanti lama2 banyak lah tu..

Alhamdulillah masih fully breast feed.. mama masih gigih mengepam di opis dan juga dirumah.. kadang ada rezeki lebih kadang sikit begitu... harap2nya dapatlah fully BF sampai umur dia 6 bulan dan terus sambung ke 1 tahun..aminnnn (mama harap sangat3 sayang sebab kakak Esya dulu dapat fully BF sampai umur dia 8 bulan saja pastu mama peknenkan adik sara)

Pantang nampak ada objek didepan mata mulahlah exsaited terlebih..contohnya nampak henpon mama, ipad.. barang mainan kakak esya lah paling digemari..hehe

Kakak pon pandai main2 dan agah adik.. kakak cak sikit aje adik dah over gelak mengekek.. so sweet sangat... dulu sebelum sara keluar macam2 yang aku pikirkan..tak dapat handle la..apa la.. now bila lihat sara semakin membesar aku rasa segala benda yg susah2 aku pikirkan tu serta merta hilang.. semuanya under control..semuanya ok aje.. alhamdulillah syukur sangat kepada yang maha esa.. Terima kasih Allah... dan terima kasih suami yg banyak membantu menjadi orang kanan mama bila diperlukan..cewah..hehe

Arinie juga hampir sebulan mak tak sihat.. kena kayap tu.. perkembangan terkini mak masih berada di ipoh.. kesihatan bertambah baik..luka semakin kering.. cuma luka di bahagian dalam saja belum sembuh sepenuhnya.. kalo tak da aral aku nak amek mak datang sini.. nak jaga mak sehingga sembuh.. Mudah-mudahan mak cepat sembuh.. dah sembuh nanti baru boleh balik kampung yer mak..



Monday, December 3, 2012

7 Destinasi

Percubaan untuk keluar bershopping pada hari sabtu adalah GAGAL.. maka hari ahad wajib keluar jugak!! stress mak nak..asal nak keluar aje ada sahaja dugaan dan rintangannya..biasalah budak kecik nie macam2 ragamnya.. sara ok tido aje minah tu tapi si kakak nie haa asyik nangis aje..bila ada benda yang dia tak kena tu siaplah memang moody sepanjang hari... atenye tak jadi la nak keluar hari sabtu tu..pfftttttttttt.. sabar jelah.

Sebenarnya nak pegi 3 tempat nak beli barang budak2 nie aje at last pegi 7 tempat.. haa hambek ko berjalan sakan kami.. Selepas zohor aku dah mula siapkan anak2.. tukar baju tukar pampes segala sap2 soi kitorang keluar rumah jam 2.. keluar jam 2 adalah paling hebat bagi kami. Biasanya petang2 dah nak gelap baru nak keluar tau..tapi semalam aura lain macam sket..hehehe tak sabor nak keluar lettew :p

mama  kepada 2 orang puteri yaw!

Mula-mula sekali pegi tesco stadium nak beli pampes ngan susu.. tengok2 semua dah habis. Pet2 saiz L ngan M licin lansung tak de.. susu dugro madu pon clear!! perghhh dasyat jugak penangan tesco punya promosi nih.. dah la semalam last day plak tu harga murah.. alah murah dalam seringgit je kot.. 

Plan nak terjah tesco shah alam pulak tapi sebelum tu nak pegi kedai onebabyworld dekat seksyen 13 tu dulu nak beli barang baby sket.. aku nak beli puting nyot2 untuk sara nie sebab jumaat nie kan dah start keje.. risau lah jugak kalo dia asyik dok ingat nenen aje. Pastu nak beli cooler bag sekali.. cooler beg yang time esya dulu dah koyak rabak ganas sungguh  aku nie hehe. Tak pe untuk anak ke 2 kita beli yang baru lalalala baru semangat nak pam dekat opis nanti ecehhh.

Pastu terbeli lak dry rack shomel kaler pink hewhew..kalo ikut nafsu aku nie macam2 aku nak beli nak2 plak tengah ada banyak sale sekarang nie tau.. haa kalo tak percaya g buka website onebabyworld tengok la apa2 yang korang kenan hehe. Target gaji nanti nak pegi lagi.. nak beli baju nursing, nursing pillow dan sterilizer haaa hambek ko.. kasi beli semua! HAHA

Lepas g onebabyworld tu kitorang ke tesco shah alam pula. Misi membeli pampes dan susu diteruskan lagi. Sampai sana esya dah tido.. ngantuk sangat dah dia. Masa dekat onebabyworld tu dah jerit2 ngamuk nak apa benda tah kat situ. Kitorang wat tak layan jer...last2 bagi susu sebotol terlelap dalam keta phewwww lega. So sampai tesco en bob sorang jer yang turun. Kami bertiga tunggu dalam keta. Tak lama lepas tu en bob sampai bagitau pet2 dan dugro madu dah clear..licin!! perghhh dasyat jugak nie sampai 2 tesco dah abes. Wooo mentang2 la orang swasta dah gaji korang sebat semua ya?? huhuhu.. ok xpe en bob kata kita singgah mydin lah jap g yer syg..

Kitorang pon terus ke jusco eh bukan jusco dah sekarang AEON bukit raja.. arghh tak sedap la panggil AEON nie nak panggil jj jugak haha

Kat sana aku nak cari tilam untuk katil baby nak letak kat umah BS Sara nanti. Oh yer BS Sara dah sediakan katil baby cuma dia suh aku beli tilam aje.. baik kan BS sara nie? haa i loikeeee sangat susah nak cari budak macam nie tau! BS Sara nie samalah ngan BS Esya


Budak yang hepi sebab dah puas tido dapat makan dan minum

Settle beli tilam dan serba sedikit barang untuk persiapan menganto Sara ke BS dia nanti kitorang pon gerak nak ke mydin pulak.. mujur lah esya tido sepanjang jalan.. esya dalam stroller dan Sara kitorang gilir2 dukung.. huiii lenguh jugak la sendi2 aku nie... sebab sara kan semakin bambam.. tengah pk nak beli stoller lagi satu tapi pk jugak nak campak dekat mana sebab kereta kecik huhu. Adakah perlu tukar kereta besar?? HAHA aminnn

Maka ke mydin la kita..... haa destinasi yang ke 5.. sebelum tu nampak kedai mamak kami singgah dulu.. lapar bebeno dah sebab pagi tu makan nasik lemak aje.. nasi lemak aje?? hehehe

Kitorang makan2 dulu pastu masuk mydin..kat sebelah kedai mamak tu aje..

adik haus la mama.. nak susu!!!

shawl sebagai tempat persembunyian sara ketika menyusu.. sangat berguna!

Eh mydin punya susu pun dah naik harga tau!!! hailaaa pandai dorang yer.. baru minggu lepas datang masih murah lagi minggu nie ko dah naikkan harga pffffffftttttttttt

Laki aku nie dia memang tak nak lah kalo benda tu mahal kalo kat tempat lain benda yang sama tapi harga lebih murah.. dia akan beli kat tempat yang murah tu jugak.. so ke tak jadi beli di mydin ke speedmart lah kita.. situ harga susu memang camtu aje tak naik tak turun setakat nie.. untuk dugro la susu lain aku tak tau.. pampes tak jadi beli tunggu tesco buat promosi lagi lepas nie tak boleh lambat2 lagi yo..

balik rumah sampai jam 9.. penat gilerrrrrrr.. frust tak dapat beli pet2 murah tapi puas hati dapat beli barang2 untuk baby...yeahhh enjoy my hari minggu :)

Thursday, November 29, 2012

Adik kakak sayang

Gembira melihat perkembangan anak-anak di depan mata.. syukur alhamdulillah kerana kurniakan saya nikmat yang tidak terhingga ini.. Saya akui memang agak penat hendak membesarkan mereka ini tapi disebalik kepenatan itu ada kegembiraan yang menanti...ecewahhhh ayat ko tak boleh belah.

Hari nie mood aku rajin sket..eh rajin banyak laa.. rutin seharian selama bercuti nie bangun subuh, antar suami dan esya ke pintu, pam susu, susukan sara, kemas rumah pastu wajib sambung tido balik. Tetapi hari nie rasa sayang pulak nak sambung tido.. masa sara tido nie lah masa terbaik untuk aku update dan juga blogwalking hewhew

Lagi pun cuti pon dah nak abes.. ada lagi seminggu jer lagi nak bersenang lenang..jumaat depan dah kembali berkhidmat.. mudah-mudahan segalanya berjalan dengan lancar. Kerja ok..anak-anak pun ok. Amin...



Esya nie kan nampak gaya macam dia sayang sangat kat adik dia nie. Setakat nie tak da la benda2 pelik yang dia buat dekat adik dia. Setakat cabut sarung tangan dan stokin adik tu perkara biasa. Tu jelah benda paling ganas dia buat.. tapi aku totap kena berhati2 sebab kadang tu bila tido sebelah menyebelah laju dia kaki esya nak naik ke atas badan adik huiiii seram mak nak! walaupun aku dah caver dengan bantal sebagai penghadang..

Aku harap sangat esya dapat jaga adik dia nanti kat rumah BS. Main2 dengan adik dan lindungi adik daripada perkara yang tak diingini. Walaupun esya hanya budak setahun jagung hehehe. Mama harap sangat kakak!

 Mama love both of u sayang...muaaahhhh

Thursday, November 1, 2012

Anak kembar saya?



Kembar ke? haa idak la.. nie gambar adik-beradik... 2 keping kat atas tu BS si esya yang edit dia amek gambo kat dalam fb.. yang last no 3 nie aku lah yg edit time bosan2 tak de keja.. anak tido aku pon cepat2 on lappy.. anak bangun menggagau tutup.. hati tak tenang mahu on9 kalo anak terbuntang mata dia ok hehehe

oklah anak aku dah bangun pulak dah tak sempat nak merapu meraban panjang2..

bye

Wednesday, October 17, 2012

Sudah 40 hari

Yeay adik sara sudah berusia 40 hari.. dan mama dia juga sudah berpantang selama 40 hari maka tinggal 4 hari saja lagi untuk mengucapkan selamat tinggal sayang... eceh.. selamat tinggat pantang semoga ko tak datang lagi buat masa terdekat nie.. tunggu lepas tiga tahun ok! HAHA gelak besar

Ada orang kata pantang 100 hari bukan 44 hari.. ok it's up to u lah kan.. kalo ko mampu ko pantang lah sampai 100 hari.. aku tak mampu.. kaki nie pon dah menggigil nak keluar berjalan-jalan.. kalo pantang bersama tu bolehlah 100 hari.. tapi cik abang bleh tahan ke ha? hahaha mak ok jer


Sara makin hari makin macam2 pening kepala mama.. sekarang dah pandai amek perhatian suh dukung kalo lambat sket menangis huhuhu

pastu barut pon tak nak pakai...kalo aku pakaikan menangis macam kene ape jer stress haku! sudahnya pakai pampes sudah barut kita kasi simpan.

Kakak Esya plak lagi 2 hari genap lah 18 bulan...dah besar dah anak dara aku yang sulung tu kan..hai sekejapnya... nanti adik dah setahun kakak plak 2 tahun weee bestnya nampak macam sebaya gitu kan.. tak per lah masa sekarang nie  biar aku stress  nanti bila dorang dah besar harap2 senanglah... boleh aku goyang kaki biar dorang buat keje rumah plak HAHAHA


Sebagai seorang ibu aku sangat mengharapkan mereka membesar dengan sihat dan sempurna.. mudah-mudahan mereka menjadi anak2 yang berjaya di dunia dan akhirat.. sesungguhnya aku teramat sayang kedua-duanya...love...


Thursday, October 4, 2012

Untie datang melawat sara

Semalam masa lunch hour budak2 opis datang melawat Sara.. hai adalah jugak kawan2 yg sudi datang ken.. dekat seminggu aku balik sini sapa sorang pon tak de lagi kawan2 opis yang datang... sedih... ngada2 lah ko nak sedih2 pulek.. dorang kan bizi bekerja.. ko duduk umah diam2 ok! haha

Dorang datang kejap bebeno tak sempat aku nak buat air.. kesian dorang entah sempat makan ke tak tu.. sebab dorang balik daripada umah aku dah pukul 2.. haa konpem tak sempat.. sian korang.. maafkan aku yer tak sediakan korang makanan.. time tu pun aku tak makan nasik lagi hokey.. kelam kelibut duduk sorang2 nie ken


Sara.. time kawan2 aku datang sedap pulak dia tido.. tapi bila dorang balik jer sebok nak bukak mata besar2 huhu tak sempat mama nak goreng ikan bilis tau

dorang datang ber3.. hannan, syitah dah juga sara.. yg pakai tudung awning kelabu tu pun namanya sara jugak.. sebab tu dia exsaited nak jumpa dengan sara jr hehehe

terima kasih yer korang sudi jugak datang... haa besok hari jumaat waktu rehat paling lama aku nak tengok sapa pulak nak datang ken.. kahkahkah tak malu suh orang datang melawat.. ehhh biarlahhhh

sebenarnya bosan kot....

Monday, September 24, 2012

Beberapa jam sebelum melahirkan....

Kisah pengalaman aku melahirkan Qaysara Aleesya korang dah baca kan? haa nie dia gambar yg aku curik daripada fesbuk opismate aku.. gambar nie diambil beberapa jam sebelum aku bersalin.. lebih kurang jam 9 pagi macam tula dan aku selamat bersalin pada 2.22 petang..



Mase nie kawan2 aku kat meja sebelah nie ngah gurau2 ngan aku.. kitorang makan nasi ayam pagi tu pastu sempat lagi kutuk2 aku ken.. cakap lepas makan nasi ayam nie dah boleh beranak lah.. haa masin kot mulut dorang nie.. memang betul2 aku bersalin hari tu hehehe

time nie aku tengah sakit giler tapi wajah tak menggambarkan kesakitan yg aku sedang hadapi cewahhhh ayat tak boleh blah :p

walau apapon ia tetap akan menjadi kenangan manis aku sampai bila2.. bila tengok balik gambar nie terus teringat sakit nak beranak tuh huhuhu

Lepas nie turn korang plak yer...kiri kanan aku yg tiga orang nie masing2 sedang peknen sekarang nie tau..due dorang bulan 2 dan 3 tahun depan.. haa merasalah korang plak yer.. mudah-mudahan semuanya dipermudahkan k.

Photobucket
© Design by | Nurulchumel Lovely Site