Thursday, June 30, 2011

Good try Esya!

Salam khamis semua...

Semalam adalah sesi percubaan Esya minum susu badan menggunakan botol jenama Avent yang baru aku beli kat kampung baru2 nie.. sebelum nie aku dah kabo kat korang kan yang Esya dah tak nak minum susu pakai botol kan? risaunya aku kalo dia masih berterusan macam tu...

So aku pon tanyalah kawan2 sana sini.. ada yang bagitau macam tulah macam nilah.. thanxs korang bagi info yang sangat berguna untuk aku yang baru sangat menjadi mama nie! balik kampung aritu aku singgah la dekat kedai manjaku.. kedai barangan baby tu.. kebetulan ada sale 20% so dapatlah aku beli botol susu ngan puting baru untuk Esya.. Botol jenama Avent tu kan mahal.. daripada harga RM43 dapat la RM34 ok la kan.. kalo Esya boleh terima botol tu baru nak beli lagi satu.. nie kira testing la yer..

Bangun jer tido tengah hari semalam aku terus bagi Esya botol tu... mulanya dia macam tolak2 sket.. aku pujuk2 dia suap pelan2... alhamdulillah nak pulak dia nyotnyot puting botol tu! Ya Allah terkejutnya aku tak sangka dia nak... aku hepi sangat! gembira tak terkata.. aku masukkan 2 oz susu dia minum 1 oz.. ok la kan? dan dan tugak ju terus kol en bob.. pastu kol mak aku kat kampung bagitau esya dah nak minum susu dalam botol.. eksaited ko!

Harap2 Esya boleh terimalah botol tu seadanya yer sayang... senang hati mama bila dah masuk kerja nanti..hurmm jap lagi esya bangun tido aku nak suap dia dengan botol tu lagi harap2 kali ini dia minum sampai abes 2 oz yang aku perah tu..

nak amek gambo tengah susukan esya pakai botol tak sempat lak so gambar esya disamping botol avent tu pon aci la yer hihi

usaha tangga kejayaan! go go mama!!

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Wednesday, June 29, 2011

Budak botak itu Esya!

Assalammualaikum wbt sume..

Alhamdulillah kami 3 beranak dah selamat pulang ke kg dan selamat sampai ke rumah.. Berada di kampung selama 4 hari 3 malam tak puas rasanya.. Tapi apakan daya en bob kena kerja coz amek cuti 2 hari saja.. Tak per lah nanti raya nak balik lagi..

Sempena anniversary kami yang pertama kepala Esya dicukur.. Kitorang tak da buat kenduri cukur jambul pun sebab ingat nak buat kenduri akikah jer nanti.. Insyaallah ada rezeki nanti kitorang akan buat.

Sekejap jer nak dogolkan kepala Esya nie walaupun rambutnya lebat.. Tapi mengelupur jugak la si esya nie.. Yelah dogolkan kepala time dia sedar memang la susah sket.. Jap gerak sana gerak sini.. So mama dia terpaksa umpan dengan nenen baru lah duduk diam sket hihi

Sekarang kepala Esya dah botak rambut dah tak de baru senang sket nak mandikan dia.. Jap jer lap2 dah kering hihi sian esya pale botak yer.. Tak pe nanti tumbuh rambut baru yer sayang!

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tuesday, June 28, 2011

Balik sudah

Kami 3 beranak sedang dalam perjalanan pulang ke shah alam.. Baby esya sedang tido dengan nyenyaknya dipangkuan mamanye nie..

Cian tok esya tadi sedih nak lepaskan esya pulang.. Apa nak buat bertemu dan berpisah adat dalam kehidupan huhu

Doakan kami selamat sampai yer..

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Sunday, June 26, 2011

IlaiZat 1'st Anniversary

Syukur alhamdulillah hari ini merupakan hari ulangtahun perkahwinan kami.. Setahun sudah.. Kejap jer rasanya sudah dikurniakan seorang puteri.. Syukur padamu Ya Allah kerana memberi nikmat ini kepada hambamu..

Mudah-mudahan ikatan perkahwinan ini akan berkekalan hingga hujung nyawa.. Dan kami berdua dapat mendidik Qalesya Irdina dengan sebaiknya..

Amin

Mama luv babah luv esya! Muaaahhh

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Saturday, June 25, 2011

Qalesya balik kampung

Assalammualaikum wbt..

Hai sume.. Selamat hari minggu! Weols sekeluarga dalam kereta nie ontheway nak balik perak. 1'st time esya nak balik kampung tok dia.. Nak jumpa family ngan sedara mara kat kampung yeahhh

Doakan perjalanan kami selamat pergi dan selamat kembali yer..

Wah mama esya lagi exsaited ok!

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Friday, June 24, 2011

Last Day

Last day emak dekat rumah aku.. Esok mak dah nak balik kampung.. Tetiba aku rasa sayu bangat... Sayu memikirkan hidup aku dan Esya tanpa mak disisi lepas nie.. Tinggal lah kami berdua sementara en bob pergi mencari rezeki..

Mesti RINDU kat mak nanti... Sobsobsob

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Hepi Jumaat

Yeahhh today is friday! Suke tak korang?? Wah ramai yang suke nie sile LIKE hihi

Sape tak suke kan esok cuti.. Esok saya mau balik kampung Perak sampailah ari selasa. En Bob amek cuti 2 hari jer. Tak boleh nak amek cuti lama2 coz en bob dah kekurangan cuti kena simpan untuk anak kot2 sakit demam ke nanti kan.

So korang ape bikin this weekend?



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Thursday, June 23, 2011

Esya dan headband beso

Esya sebagai model headband..hiks

Seronok kan soping! Tak dapat soping kat soping kompleks.. Soping on9 pon jadik la.. Lagi senang dan jimat masa serta tenaga.. Tapi kena redha ler kalo tak dapat seperti apa yang kita nak kan..

Tak sabar nak g soping baju raya.. Tahun nie nak sambut raya bertiga so kena prepare awal2 lah supaya tak jadi macam tahun lepas.. Suami isteri berbaju lain2 kaler..huh

Gaji dah masyukkk kan wahai orang2 gomen??? Apa lagi jom2 kita pegi soping.. Kalo rasa2 malas jom soping on9 jer.. Zaman sekarang nie segalanya dihujung jari jer..

Ok lah mau cari baju kurung cantek2 untuk Esya lalalala

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tingkatkan Penghasilan Susu

Sumber: Blog kak engku


Sebagai panduan kepada semua mommies dan bakal mommies sume yer... ai like to share this..

Dalam usaha menyusukan bayi, anda perlu sematkan 2B dalam minda iaitu payudara (breast) dan bayi (Baby). Gabungan kedua-duanya sedikit sebanyak membolehkan anda memastikan bekalan susu ibu meningkat dan terus berkekalan sepanjang tempoh berpantang.

Rahsianya mudah sahaja. Sudah semestinya anda memerlukan payudara dan paling penting bayi untuk disusukan. Seperti yang umum sedia maklum, payudara perlu mendapat lebih banyak rangsangan daripada bayi bagi meningkatkan penghasilan susu. Selanjutnya, anda perlu melakukan beberapa perkara penting lain dalam usaha membuahkan hasil seperti yang diimpikan.


1. Kerapkan Menyusu

Susukan bayi sekurang-kurangnya setiap 3 jam pada siang hari. Jika bayi tidur lebih daripada 3 jam, kejutkan dia untuk menyusu. Pada waktu malam pula, kejutkan bayi untuk menyusu tambahan terutamanya jika dia tidur lebih daripada 4-5 jam.


2. Jangan Tunggu Payudara Penuh

Ada sesetengah wanita suka menjadikan payudara penuh sebagai petunjuk bahawa bayinya perlu disusukan. Itu salah! Yakinlah bahawa payudara sentiasa mengandungi susu dan apabila bayi disusukan, ia akan bekerja keras untuk menghasilkan lebih banyak susu. Kajian menunjukkan bahawa tahap lemak dalam susu adalah lebih tinggi apabila tempoh antara satu penyusuan dengan yang lain adalah singkat. Ini bereti, jika anda menyusukan bayi beberapa minit selepas selesai menyusukan bayi (ketika anda beranggapan payudara "kosong"), dia akan memperoleh susu tinggi kandungan lemak yang dapat membantunya menambah berat badan.


3. Menyusu Lebih Lama

Jangan hadkan masa setiap kali menyusukan bayi di sebelah payudara. Biarkan dia menyusu sebelah bahagian sehingga puas sebelum menawarkannya menyusu di bahagian payudara yang lain. Ini akan memberinya peluang untuk mendapatkan susu berlemak tinggi (hindmilk). Jika anda terlalu cepat menawarkan payudara sebelah lagi, dia hanya mendapat foremilk, di mana hanya perutnya sahaja yang penuh tetapi tidak memberi kalori mencukupi untuk tumbesarannya.


4. Penyusuan Dua Kali

Selepas anda menyusukan bayi, sendawakan dia. Langkah ini menjurus ruang di dalam perutnya untuk memuatkan lebih banyak susu. Kemudian, susu dia semula. Cara ini turut merangsang payudara untuk menghasilkan lebih banyak susu.


5. Bogelkan Bayi

Sewaktu menyusu, bogelkan bayi bayi (kecuali lampinnya). Sentuhan kulit ke kulit membantu bayi kekal sedar daripada lena. Untuk memaksimumkan sentuhan kulit, buka coli dan pakai baju yang mempunyai butang di bahagian depan. Bagi mengelakkan bayi kesejukkan pula, selimutkan dia ketika menyusu.


6. Penyusuan Malam

Amalan menyusukan bayi di waktu malam sangat bagus kerana ia merangsang peningkatan susu. Ini kerana di waktu malam, anda berdua lebih relaks lalu membolehkan bayi menyusu lebih lama dan kerap. Penyusuan malam turut merangsang hormon prolaktin yang memainkan peranannya menghasilkan lebih banyak susu.


7. Penyusuan Baby Sling

Bayi memang suka jika berada dekat dengan anda. Secara tidak langsung, ia boleh merangsang dia untuk kerap menyusu. Jadi, gunakan baby sling di antara waktu penyusuan walaupun ketika itu dia sedang tidur. Pasti anda terkejut apabila mendapati dengan cara ini dia menyusu dengan lebih baik.


8. Fikir Bayi Fikir Susu

Ketika menyusu, belailah bayi. Amalan ini dikenali sebagai grooming. Langkah ini tanpa disedari merangsang penghasilan susu. Antara lain, di antara waktu penyusuan dan sejurus sebelum sesi penyusuan bayangkan bayi sedang menyusu di payudara anda. Cara ini, akan merangsang payudara untuk mengeluarkan lebih banyak susu.


9. Urutan

Teknik urutan payudara yang betul akan membantu susu mengalir dengan lancar. Apatah lagi sewaktu anda mengalami bengkak susu ataupun sakit puting. Untuk itu, anda perlu menuam payudara dengan tuala yang telah direndam di dalam air suam. Anda boleh pelajari teknik mengurut menerusi www.breastfeeding.com


10. Minum Air

Pastikan anda minum banyak air sepanjang tempoh penyusuan mahupun pemerahan susu. Anda digalakkan minum 3.1 liter air iaitu kira-kira 13 cawan setiap hari.


Info

Susukan bayi sekerap mungkin iaitu 10 -12 kali dalam temph 24 jam.

Mula perah dari hari ke 4 selepas kelahiran. Namun, hal ini bergantung kepada penghasilan susu matang.

Perah setiap 3 jam. Jika bayi mahu menyusu ketika memerah, berhenti. Susukan dia dan kemudian sambung semula sesi pemerhan susu.

Tidak sesekali memberi bayi, susu perahan menggunakan botol. Sebaliknya hanya susukan terus daripada payudara.

Percaya kepada konsep bekalan dan permintaan. Semakin kerap kosongkan payudara semakin banyak susu dihasilkan.

Berdisplin ketika memerah susu. Jangan sesekali "ponteng" sesi pemerahan.

Kerapkan sesi pemerahan sekitar jam 12 tengah malam hingga 6 pagi. Ini kerana hormon prolaktin banyak dihasilkan ketika ini.

Pastikan bayi disusukan sejam pertama selepas kelahiran. Saat ini amat penting untuk memastikan penghasilan susu seterusnya.

Pengambilan suplemen dibolehkan tetapi pastikan ia daripada bahan alami yang tidak menyebabkan bayi mengalami kembung perut. Antaranya moringay (daun kelo).

Latih diri untuk menyusu dan perah susu serentak menggunakan pam payudara elektrik.

Jadikan teknik Marmet sebagai amalan wajib kerana ia terbukti boleh menghasilkan lebih banyak susu. Dengan hanya menggunakan pam, cuma 60 - 70% susu boleh dikumpul tetapi dengan teknik Marmet selepas menggunakan pam, ia dapat mengoptimumkan pengumpulan susu anda sehingga 100%.

Pastikan payudara benar-benar kosong selepas menyusukan bayi / selepas memerah bagi merangsang otak meghasilkan susu seterusnya. Ia dapat dipastikan dengan hanya titisan susu yang keluar.

psttt: kena banyakkan membaca lagi nih tambah ilmu didada hoho

Wednesday, June 22, 2011

Cuti dah nak abes

Assalammualaikum wbt...

Cuti 90 hari! Lama ker???? hihihi
Aku rasa macam cepat giler... tup tap tup lagi 3 minggu aku akan mula bekerja.. huh cane lah nanti mesti kelam kabut punya.. dulu boleh lah uruskan diri sendiri dengan buatkan secawan air nescafe untuk en bob jer.. lepas nie ada tugas baru yer.. kejutkan Esya.. susukan dia dan hantar ke rumah BS dia.. hopefully Esya elok2 jer nanti.. mujur opis aku dekat jer 10 minit dah sampai bolehlah aku kuar lambat sket nanti kalo Esya buat hal la..

Esya dah berusia 2 bulan.. So far tak susah sangat nak jaga dia.. biasalah budak kecik kalo nangis tu mestilah dia lapar nak susu.. pampers dia basah.. dia yak yak.. pastu kembung.. tu jelah.. setakat nie aku dah boleh membiasakan diri dengan tanggungjawab sebagai seorang ibu.. Alhamdulillah boleh lah sket2... orang kata belajar daripada pengalaman kan.. tak gitu? hihi

Buat masa nie aku rasa ok lah nak buat kerja rumah semua senang sebab ada emak yang boleh tolong tengokkan Esya.. lepas nie siaplah.. entah2 kain baju pun tak sempat nak lipat.. melayan anak punya pasal.. Sabtu nie nak balik kampung Perak nak anta mak aku.. mak aku dah tak sabar2 dah nak balik umah dia.. maklumlah dah tinggal lama mesti rindu punya.. duduk sini boring katanya rumah macam penjara.. terkurung jer tak boleh nak kuar-kuar.. kalo duduk bawah boleh kuar berjalan kat laman rumah ker kan.. huhu sian mak mesti dia dok teringat rumah kat kampung tu..

oklah mak sabtu nie kita balik rumah mak yer... ala mak aku ade mintak nak jaga Esya la.. dia suh Esya duk kampung.. ohh no mak! soriiii banyak2 mana bleh mama berpisah dengan Esya.. meroyan aku nanti..

ok lah tu jer dulu borak2 kosong petang2 nih...

lastly gamba tok nah dan cucu sulungnya... :)


Tuesday, June 21, 2011

Minum petang

Petang nie malas nak buat cekodok ke apa ker cukuplah sekadar biskut oreo cecah secawan milo.. Minum bersama emak tersayang sambil menunggu cinta hati pulang dari tempat kerja..

Esya tengah sedap tido tu.. Jap lagi nak mandikan esya.. Sementara tu jom minum dulu! Jemput sume...

Alamak belum solat asar lagi la.. Cepat2 minum dan solat sebelum si kecik tu bangun..

Beginilah bila dah ada anak semua kerja kena buat laju2.. Makan laju2, minum laju2 semuanya laju2 hihi

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Monday, June 20, 2011

Esya 2 bulan

Sepatutnya entry nie kuar semalam iaitu 19 Jun 2011 genap Esya berusia 2 bulan. Tapi mama dia bz plak xsempat nak karang entry so kuar arinie pon xpelah yer

So siang tadi aku dengan mak pegi klinik seksyen 7 bawa Esya untuk cucuk yang 2 bulan tu.. Niatnya nak buat appointment dulu tapi nurse cakap buleh cucuk terus.. So ok la kan xpayah aku ulang alik ke klinik lagi..

Masa cucuk tadi Esya rilex jer.. Nangis sket masa jarum masuk ke peha dia pas jarum tu kuar senyap lah dia.. Alhamdulillah lega aku.. Riso gak kalo dia nangis kuat2 tadi

Haa nak tau brapa berat Esya sekarang? 5.9 kg ok! Sket je lagi nak cecah 6 kg! Patutla makin bambam sekarang nih :)
Berat mama dia terlupa nak tanya tadi adeii selalunya nurse cakap kat kita tadi tak pulak.. Aku membelakangkan penimbang tu sebab tu tak nampak bacaannye huhu.. Kalo ikut penimbang berat kat rumah aku nie 55 kg.. Ok lah tu berat tu :)

Next cucuk plak pada 25 Julai 2011.. ok tu saje lah kot laporan untuk bulan nie hihi

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Sunday, June 19, 2011

Selamat Hari Bapa

Hari nie hari bapa.. So saya nak ucapkan "Selamat Hari Bapa" kepada semua bapa2 di seluruh Malaysia..

Untuk pertama kalinya En bob menjadi bapa.. Selamat hari bapa kepada suamiku.. Semoga menjadi bapa yang terbaik kepada anak ku..

Didiklah anak kita dengan ilmu dunia dan ilmu akhirat mudah2an anak kita menjadi anak yang solehah.. Amin

Bosannya tak kuar g mane arinih! Huh melepak dalam rumah ler jawabnya.. Korang kuar celebrate hari bapa x?

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Saturday, June 18, 2011

Ke salon lah kite

Assalammualaikum wbt..

Hai korangggg wat pe arinie? Ahaa arinie aku dah keluar tengok dunia.. En bob keje la pulak maka aku angkut mak dan Esya ke salon nie ha mau ptotng rambutlah.. Rimas!

Memang dah lama nak potong nie tunggu masa yang seswaii jer dan inilah masanya hihi

First time bawak kete selepas 2 bulan nih.. Rasa len macam jer tadi.. Mujur ada mak bleh tolong pegangkan Esya..

Korang lak buat pe arinie? Oklah nak potong rambut sependek-pendeknya dan nak cuci sekali..

Babai
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Friday, June 17, 2011

Tempat simpanan stok EBM Esya

Oh yer ada blogger yang tanya mana saya simpan stok ebm saya.. Guna peti ais apa? So nie dia peti ais yang saya guna untuk simpan sume susu perahan saya tu.. Peti ais jenis 2 pintu.. Yang bahagian beku tu kat bawah.. So ai konker hat bahagian bawah tula hihi

Opsss dapuq sapa la yang bersepah tu ha? Hahaha

So kepada mama yuyu hepi EBM!!
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Stok EBM Esya

Syukur alhamdulillah.. Semuanya untuk Esya.. Harap2 Esya boleh habiskan kesemuanya nanti.. dan harap2 Esya boleh terima botol susunya nanti..huhu
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Wednesday, June 15, 2011

Adei cane nie Esya dah pandailaa

Tadi aku bagi botol susu kat Esya.. kat dalam tu aku masukkan susu perahan.. bagi kat dia minum sekali dia tolak2 ngan mulut.. macam tak nak jer.. adeiiii camne nie? sebelum2 nie nak jer dia minum susu aku dalam botol tu.. sekarang nie dia macam dah pandai beza pulak... dia nangis2 tak nak susu dalam botol tu.. dia nak nenen aku jugak.. huhu kalo macam nie susah lah aku nanti...

Baru aku perasan sejak aku balik sini aku dah jarang bagi susu dalam botol.. selalu sangat kasi nenen dia macam dah lupa dekat botol tu.. salah aku jugak! hukhuk

Nak buat macam mana yer? Ada tak sesiapa yang pernah mengalami keadaan macam nie? boleh tolong bagi pendapat dan cadangan tak?

Aku ada lagi sebulan lebih nak latih Esya minum susu guna botol kalo dia still tak nak susah la babysitter dia nanti..

Ya Allah Ya Tuhanku kau permudahkanlah segalanya....


Tuesday, June 14, 2011

Teringat saat getir itu

Tiba-tiba aku teringat saat2 getir aku menanggung kesakitan sewaktu nak melahirkan Qalesya Irdina.. hari selasa bersamaan dengan 19 April 2011... sakit selang 3 minit yang membawa aku ke Hospital Serdang keesokkan harinya... sesudah subuh aku dan suami dah terpacak dekat depan pintu dewan bersalin Hospital Serdang..


Saat aku disorong masuk ke dalam bilik bersalin kononnya nak bersalin normal.. pastu disorong masuk ke bilik bedah pulak untuk di ceaser huiii kenangan itu masih segar di dalam ingatan.. kalo boleh lah kan aku tak nak di ceaser lagi... kalo boleh laa... eceh cakap macam nak peknen lagi jer ekekeke... nak memang nak tapi nanti dulu la.. bagi Esya kenyang minum susu mama dia nie dulu ok hihi

bila tengok gambar aku terbaring macam nie rasa seriauuu sangat nak ceaser lagi.. yelah orang bersalin normal dah laju jer pegi tandas aku lak terbongkang kat atas katil macam nie haa.. time tu aku demam tau.. demam panas kaw2 punya.. sampai la keesokkan harinya baru suhu badan turun cket..

dan sekarang sudah hampir 2 bulan kenangan itu.. cepat sangat masa berlalu pergi.. bila masa cepat berlalu maka tak lama lagi aku akan mula bekerja.. oh no! macam manalah bila dah mula keja nanti.. mesti tak tentu arah hidup aku.. yelah nak biasakan diri tanpa anak disisi...



mesti rindu kat anak kan kan kan???
korang cane ar? mesti same perasaan macam aku gak kan? hihi


oh ye minggu depan Esya dah masuk 2 bulan nak kene bawa g klinik nak cucuk... tak sabar plak nak tau berapa berat esya dan berapa berat mama esya... ooyeahhhh




Esya udah tido

Bila budak tecik nie dah tido senanglah mama ngan tok dia nak buat keje..

Ok jom ke dapur! Masak..masak weh :)
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Projek EBM

Dah sampai pun benda yang ditunggu2 nie tak sabar nak penuhkan kesemua botol2 tersebut weeee bestnyaaa EBM!

Tak percaya?? Cubalahhh

Hanya untuk mama yang BF anak sahaja! Kepuasan amatlah dirasai :)

Syukur alhamdulillah...

Boleh layari www.onebabyworld.com
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Monday, June 13, 2011

Gud Morning!

Gambar Esya terbaru..

Assalammualaikum wbt...

Gud morning semua.. Selamat menjalankan rutin harian.. Kepada yang bekerja tu kerja elok2 yer! Don't play2 ok! Hihi

Aku pun nak buat kerja jugak nie almaklumlah suri rumah sepenuh masa untuk 3 bulan sahaja.. Ooyeahh

Oklah baru nak pi mandi..

Mulakan HARI ANDA dengan senyuman! Peace no war! :)

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Sunday, June 12, 2011

Bubur kacang mak buat

Petang2 camni tekak nie memang teringin nak makan macam2.. So sementara mak saya ada disini maka mintak tolong mak saya buatkan bubur kacang.. Nak manja2 gitu hihi

Jemput makan sume.. Sedapppp :)

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Saturday, June 11, 2011

Pembakar semangat!

Hasil paling terbaik setakat ini menggunakan manual breastpump medela harmony.. Syukur alhamdulillah kau kurniakan nikmat ini Ya Allah...


saya akan teruskan BF!!
Insyaallah....

Ya Allah permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku dan permudahkanlah untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah engkau syariatkan.. Amin...


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Selamat Pengantin Baru Wahai Sahabat

Arinie majlis kawen kawan lama aku kat Perak dan aku betul2 frust tak dapat hadir coz dia susah payah anto kad kat aku.. Walaupun dah glamer tapi still ingat kawan lama dia..

Aku doakan semoga perkahwinan kalian kekal hingga akhir hayat.. Kalo pegi boleh bergambo sakan ngan artis2 kat sana.. Wah bajet artis ramai datang ke majlis kawen Fetri Yahya :) hihi

Arinie xbest coz lepak rumah sajork.. En bob tido.. Esya tido.. Aku ngan mak aku jer masih tak tido2..


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Friday, June 10, 2011

Yea yea Cik ain and the geng datang!

Assalammualaikum wbt...

Malam tadi ada tetamu datang rumah kitorang mau lawat baby Esya.. bertuah Esya balik jer rumah dia ramai yang nak datang menjengah... tetamu malam tadi agak istimewa kerana beliau adalah seorang blogger. Meh aku perkenalkan kepada kalian.. sapa lagi kalo bukan cik ain daripada qasehsyahnia.blogspot.com boleh klik belog beliau untuk berkenalan dengan lebih rapat lagi..

Akceli pertemuan pertama kami dulu kat dalam lif kuarters umah aku nie.. pastu saling komen mengomen kat belog masing2.. at last sampai lah jugak cik ain ke rumah aku nie.. ini pun sebab ada baby Esya kalo tak mesti cik ain malu nak datang umah akak kan kan kan :)

Cik ain datang bawak geng..
bergambar kenangan dengan Esya yang baru berusia 52 hari... Esya plak merosakkan gambar dengan memandang ke arah lain... hikhik sori yer cik ain Esya tak pandai posing lagi.. nanti mama dia ajar eh :P


oh TERIMA KASIH yer Cik Ain kasi adiah kat Esya eh.. mudah2an murah rezeki cik ain nanti..

kesian dorang datang minum air teh dan kerepek ubi jer.. hoho sori banyak2 yer mama esya tak sempat nak prepare pape..

oklah korang jangan serik2 datang umah akak yer.. bila2 senang datanglah bleh kita borak2 lagi..

nak baca entry Esya kat blog cik ain boleh klik kat sini http://qasehsyahnia.blogspot.com/2011/06/melawat-baby-junior-jivebumz-aka.html


Thursday, June 9, 2011

Lebih bersemangat dengan Breast Pump Medela Harmony

Barang dah sampaiiii! Aku beli manual breast pump medela harmony dengan blog Kak Engku.. Cepat jer sampai.. Hari isnin bayor hari rabu dah ada kat depan mata!

Sebelum nie aku pump pakai pureen guna adaptor.. Laju gak tapi sakit tek.. Now pakai manual.. Lajuuu tapi tak sakit tek.. Harga promosi RM 190 aje uols! Sapa2 yang nak beli boleh kontek kak Engku bidan bersalin di talian 0192077643 yer..

Ok lah baru lepas pump nie nak ke dapur pulak memasak.. Petang nanti mau pump lagi lah! Go go caiyok!

Hidup EBM!! :)

pssttt: special thanxs tu princess N kerana mempromote pump nie utk sy :)


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Wednesday, June 8, 2011

Terima kasih emak

Assalammualaikum wbt...

Korang buat apa petang2 nih? ahaa aku baru nak mengadap belog nie.. bila anak dah tido senang sket nak buat kerja sume.. mujur ada mak aku kat sini boleh la tolong tengok2kan si kecik tu.. nanti kalo mak aku dah balik kampung konpem kelam kelibut punyalah... entah2 aku dah tak dapat nak masak lagi.. kena tunggu en bob balik kerja baru dapat masak.. anak aku nie nak orang ada dekat2 dia baru lena tido.. kalo tak da sesapa sure dia dah hekhek

tak perlah nanti bila mak aku dah balik kampung aku makan roti jer la kalo esya tak bagi peluang mama dia dok kat dapur huhuhu

mak aku datang sini masa aku berpantang hari ke 40... maknanya mak aku jaga aku 4 hari ajelah.. manakala mak mertua aku jaga aku 40 hari.. eh silap 38 hari tolak 2 hari kat spital :p



pic mak aku bersama cucu sulungnya...

ekceli Esya adalah cucu pertama mak aku.. harus sayang lebey nih! yelah dah cucu pertama mesti la mak aku sayang banget... itu memang tak boleh dipertikaikan.. bila Esya nangis sket2 jer mak aku dah riso.. pastu yang paling best kalo malam2 Esya buat hal tak nak tido ker kembung ker aku terus ke bilik mak aku.. bagi Esya kat mak aku.. pastu aku kroh kroh hihi sangat buruk perangai!

masa pantang ngan mertua mana berani nak hulur anak malam2 kat mertua.. malu siot! ngan mak sendiri selamba jer lalalala

oh yer tadi mak mertua aku sms bagitau dia rinduuuu sangat kat Esya.. alahai kesian plak aku.. yelah sape tak rindu cucu wei.. dah la dia jaga esya lama mesti dok terbayang2 wajah cucu kesayangan nih.. hurmmm lepas nie giliran mak aku plak merindu2 si Esya nie... hadoii apa nak buat memang macam nie la.. kita kalo dah selalu jaga baby tu mesti akan teringat2 dan terbayang2 bila baby tu dah tak de depan mata nanti...

nie mertua aku.. masa hari yg ke 40 berpantang.. time nie aku dah nak balik rumah..


dah masuk kerja nanti aku plak yang meroyan kot... hihihi tak per aku boleh balik tengah hari tengok anak.. oh lupa nak bagitau aku dah dapat cari pengasuh untuk Esya nanti.. Jiran aku kat kuarters nie jugak.. dia jaga 4 orang budak masuk Esya dah 5 orang.. harap2 dia boleh jaga dan asuh Esya dengan sebaiknya... harap sangat2!


pepon aku nak ucapkan berbanyak TERIMA KASIH kepada mak aku dan mak mertua kerana sudi jaga aku dan Esya semasa dalam pantang... jasa kalian tidak ternilai.. hanya Allah yang mampu membalasnya...

luv u mak!
(dua-dua mak ai luv taw!)



Tuesday, June 7, 2011

Kaulah ratuku

Malam nie Esya nak manja2 ngan mama dia lah.. Alolo sampai sekarang dia tak nak tido lagi.. Nak melekat jer ngan mama dia eh.. Tak pe syg mama suke jer kamu manja2 ngan mama.. Malam kang sure tido lena nih kalo sekarang pon xnak tido lagi..

Pssttt: congratz to blogger Ain butterfly kerana telah selamat melahirkan baby girl seberat 3kg di hospital putrajaya pada jam 6.50 petang tadi. Yeahh Esya ada geng nanti!
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Friday, June 3, 2011

Pantang ceaserian ala jivebumz

Assalammualaikum wbt...

Tiba-tiba aku terpanggil untuk membuat entry khas pasal pantang ceaser nih.. kenapa?? sebab nak kongsi pengalaman dengan seorang blogger nie iaitu EFFA yang bakal di ceaser isnin depan.. hohoho saspen kan sebab dia dah tau date nak ceaser tu.. lain lah aku last minit baru tau... at least dia boleh buat persiapan rapi untuk cari maklumat berkenaan pantang bersalin ceaser nih.. aku plak memang zero tak tau apa2...

oklah meh kita imbas kenangan aku mase berpantang aritu... macam lama jer abes pantang padahal baru lepas 2 hari jek hahaha

SAKIT??

Masa operate memang tak sakit apa2... lepas kena bius tu terus tak rasa kedua-dua kaki nih tapi lepas tu.... ha meh sini aku nak cerita..

malam pertama di wad hospital serdang aku demam panas.. series ni adalah demam terkejut sebab baru kuar daripada OT.. malam tu baby aku di jaga oleh nurse sebab aku memang tak dapat bangun.. terbaring dan lemah longlai di atas katil.. esoknya seawal jam 7.30 pagi doktor datang nak bukak plaster yang menutupi luka ceaser tu... punyalah serammmm! aku ingatkan biar jer plaster tu seminggu dua rupa-rupanya nak kena bukak jugak.. lepas doktor bukak plaster tu doktor sembur dengan spray apakebendatah rasa sejuk2 jer.. pastu nurse pon bukak beg plastik air kencing.. doktor pesan suh belajar berjalan ke toilet secara perlahan-lahan.. bangun jangan mengejut.. kalo rasa pening2 duduk dulu...

perghhh time nak bangun ke toilet tu memang hazab.. yang aku perasan aku jalan membongkok.. tak boleh nak tegakkan badan... pelan-pelan jalan memang tak dapat la nak jalan laju2.. aku tengok orang yang bersalin normal tu lajuuu jer pegi toilet.. so aku nasihatkan jalan pelan-pelan pastu kalo boleh cuba tegakkan badan dan jangan bongkok sebab doktor pon pesan cam tu.. aku jer yang tak boleh nak ikut coz terasa sakit sangat..

oh lupa nak bagitau masa nak bangun tu pegang ler besi palang kat tepi katil tu.. tarik kuat2 dan kuatkan semangat.. yelah kaki baru lepas kena bius memang berat sket nak bangun dan mula berjalan balik..

CARA PEMAKANAN

Aku berpantang kat rumah mertua.. semua makanan dimasak oleh mak mertua aku.. minggu pertama makan sup ikan haruan dan nasi panas. Hurm itulah makanan aku selama seminggu. Masuk minggu kedua dah mula makan ikan goreng.. makan ikan yang tak gatal... seperti ikan selar, ikan tenggiri dan ikan merah. Ikan tu kalo boleh tak nak berminyak yer kena lapkan dekat tisu sampai tak de minyak.. pastu dah mula makan sayur sawi. Sayur sawi tu buat sayur air jer taruk ikan bilis. Itulah makanan aku tiap2 hari... Masuk minggu ke tiga aku dah mula makan ayam.. tapi secara skit2 la.. ada orang kata makan ayam tu gatal.. tapi ada yang kata tak gatal.. alhamdulillah aku makan ok jer tak de plak rasa gatal2 kat luka tu.. so aku teruskan makan secara sket2 sampai minggu ke 4.. ayam tu plak wat masak kicap taruk lada hitam,halia, bawang putih dan bawang merah banyak2.. time nie aku rasa makanan dalam pantang yang paling sedap adalah ayam masak kicap! selain daripada rebus2 tu sume memang tak lalu da... pastu aku juga mula makan daging.. mak mertua aku masakkan daging goreng kering2 bersama halia, lada hitam, kunyit hidup, bawang putih dan bawang merah.. lepas tu dah mula makan ikan masak kari kering2 tak de santan... ikan bilis goreng.. haa itu jer kot makanan aku.. makan nasik sket jer takut tak leh buang ayor besor :p ada setengah orang tak makan lada hitam takut luka lambat kering la apa la tapi alhamdulillah aku makan nampaknya ok pastu lada hitam nie kan bagus untuk panaskan badan kita..

Oh yer jangan lupa makan ubat seperti ubat gamat healin tu pastu pati ikan haruan polleny bagus untuk sembuhkan luka.. buah oren pon sangat bagus juga.. aku beli ubat gamat healin tu sekali jer sebab mahal :P pastu pati ikan haruan baru start makan nie lepas pantang hihi

PENJAGAAN LUKA

Bab luka nie kita kena jaga betul2 yer.. bukan apa takut la kan luka tu bernanah ke apa nanti.. sebab tu kita kena amek berat pasal pemakanan.. jangan makan benda yang gatal2.. kalo badan kita tahan tak per lah.. boleh lah makan telur dan sebagainya.. eh aku ade termakan telur jugak tapi bila dah lepas 20 hari la.. elok jer.. ikut badan jugak kot..

Mandi? takut giler nak mandi weh! takut air mengalir kena tang luka tu.. tapi kan aku mandi jugak.. mana tahan berpantang dalan cuaca panas mesti nak kena mandi jugak kan.. tapi aku mandi pada hari ke 4 kalo tak salah aku.. kat bahagian luka tu tutup dengan kain.. bagi air tak kena direct tang luka tu.. aku mandi duduk atas kerusi plastik tak berani nak berdiri atau duduk cangkung.. mandi pon sehari sekali waktu pagi jer.. petang dah tak mandi dah.. sampai la aku rasa luka tu dah betul2 kering baru aku mandi 2x sehari.. tu pun lepas 2 minggu rasanya...

Lepas mandi wajib lap luka tu kering2 guna tuala yang berlainan.. tuala yang bersih sebelum pakai seluar.. pastikan seluar dalam mesti diatas perut supaya tak kena bahagian luka tu.. sampai sekarang aku dah tak berani pakai seluar dalam bawah daripada perut.. takut gak tergesel ngan luka tu huhuhu

Pastu jangan letakkan sebarang ubat kat luka tu.. aku memang tak berani nak taruk ubat apa pun kat situ.. takut bernanah wei! ada member syorkan sapu jeli gamat kat situ.. tapi aku tak buat pun.. apa yang penting mesti kena selalu pastikan luka tu sentiasa dalam keadaan kering.. kalo berpeluh ke apa cepat2 keringkan dekat kipas angin taw!


BERURUT & BERTUNGKU

Untuk berurut bagi orang yang bersalin ceaser nie kena cari mak bidan yang pandai urut.. kebetulan dekat rumah mertua aku tu ada la mak cik nie pandai urut orang ceaser.. tapi syarat dia hendaklah selepas 2 minggu pantang... so pada hari ke 15,16 dan ke 17 berpantang aku mula berurut.. best wooo bila dah mula mengurut nie.. hilang lengguh2 badan aku.. aku juga bertungku.. mak bidan tu la yang buat semua.. guna tungku batu kecik jer tapi berat dia boleh tahan la.. kata mak cik tu kalo bersalin normal berat lagi batu tungku tu.. mak bidan tu selamba jer tungku dekat perut aku dan dekat luka ceaser aku tu.. aku punyalah takut! tapi kata mak bidan tu kalo tungku kat tempat luka tu boleh bagi luka tu cepat kering.. so far alhamdulillah lepas 3 hari bertungku tempat luka aku tu kering elok.. itu pun kalo korang berani la yer dan dapat mak bidan yang berani macam mak bidan yang urut aku tu.. kalo mak bidan yang tak pandai dinasihatkan janganlah buat yer.. salah langkah mau terburai plak hihi tak dela guro jer..

BENGKUNG

Aku mula pakai bengkung pada hari ke 5 berpantang.. percaya atau tidak itulah kenyataannya.. time tu ada sorang mak cik nie datang melawat aku.. kebetulan dia nie mak bidan.. dia nak tengok luka dan perut aku pastu selamba ja dia suh aku pakai bengkung.. bengkung yang ikat2 tu tau! mulanya aku memang tak nak tak berani takut dan sebagainya.. tapi mak cik tu ye ye jer cakap tak de apa2 la macam2 la.. tah cemana aku leh termakan dengan hasutan dia cis hihihi. Aku pon dipakaikan bengkung oleh mak cik tu.. siap lumur kapur campur air perahan limau nipis lagi tu! mak cik tu suh aku pakai 1 hari 1 malam jangan bukak.. tang luka tu tak kena bengkung.. bila nak duduk bangun rasa macam selesa sangat.. kalo tak ya Allah susahnya nak bangun.. rasa macam nak letak tali kat kepala katil tu.. tapi kan korang tak berani jangan lah pakai bengkung awal2... yelah mana tau kalo salah ikat kena tang luka tu naya jer! aku pon sempat pakai 2 hari jer.. esoknya akak aku datang melawat dia bebel2 kat aku dah suruh bukak bengkung tu huhuhu padahal aku dah rasa selesa sangat pakai bengkung tu.. senang nak bangun.. so pastu aku dah tak pakai dah.. pastu ramai plak yang komen kat fesbuk cakap tak boleh pakai lagi bengkung if kita nie ceaser kena tunggu luka dah elok betui2 baru boleh.. aku pon stop laa.. sekarang nie aku dah tak pakai bengkung tu.. malas nak ikat2.. aku pakai yang jenis stripe tu jer senang. Mujur perut aku tak moncit sangat so rasa tak payah pakai yang ikat2 tula.. aku lumur pati halia yusmira dan pakai bengkung stripe tu jer.. kempis jugak perut nie.. jangan riso la uols! boleh kurus jugak hihi

LAIN-LAIN

Erm apa lagi yer.. oh yer bab penjagaan anak kita memang perlukan bantuan suami dan family kita sama ada mak atau mak mertua kita.. mujur lah mak mertua aku yang buatkan semua untuk aku.. mandikan anak.. dan jaga anak masa lepas 2 hari aku kuar hospital.. masa tu aku memang tak mampu nak uruskan anak langsung.. nak angkat anak pon tak larat.. nak menyusu anak lagi lah.. kalo boleh biar ada orang yang tolong angkatkan anak tu kasi pada kita.. better susukan sambil duduk diatas kerusi dan bersandar.. tak pun berlunjur dan bersandar kat kepala katil tu.. eh lupa plak time tido pakai 2 biji bantal yer.. tinggikan skit kepala tu baru selesa sebab orang ceaser nie memang kena tido telentang jer tak boleh nak pusing kiri kanan.. sakit..

oh yer jangan nak angkat yang berat2! tapi kan aku selalu terangkat cerek air yang berat tu.. sebenarnya ringan jer tapi bila dah ceaser nie rasa macam berat pulak.. yelah tak kan aku nak nyusahkan mak mertua aku pulak apa yang boleh aku buat.. aku akan cuba buat.. tapi macam basuh baju.. sapu sampah tu aku tak da la buat sampai la dah ujung2 pantang baru ler buat skit2..

makan jamu aku tak de amalkan.. aku dah try makan jamu air buatan mak bidan tu tapi sumpah tak boleh nak telan.. teruknya rasa dia! huhu cuma sekarang nie aku dah mula minum air akar kayu produk nona roguy tu (dah aku beli set nona roguy terpaksalah habiskan sume)

apa lagi yer?? hurm paling penting mental mesti kuat ok! sebab diawal pantang tu memang rasa stress sangat pastu emosi pon tak stabil asyik nak emo jer.. air mata usah ko tanya asyik nak mencurah2 jer.. nak nak pulak terkenangkan emak kandung di kampung..huhu tah hapahapatah aku nie..

oklah tu aku rasa cukup sudah sampai di sini.. nak cerita banyak aku pon baru anak sorang.. tak pro lagi.. so inilah serba sedikit pengalaman aku untuk dikongsikan bersama kalian.. mungkin korang pantang kaw2 punya kan aku nie biasa2 ja..

ok kepada effa.. selamat berpantang! :)

pssttt: tak sangka panjang berjela pulak entry aku hari nie.. sambil2 anak tido sambil menaip :P tapi kureng sket la gambo nan ado..



Thursday, June 2, 2011

Dah habis pantang

Assalammualaikum wbt...

Eh dah abes pantang ker? ahahaha dah la uols.. hari nie hari yang ke 45 tau! aku dah malas nak pakai stokin.. dah mula pakai seluar.. kalo tak manjang pakai kain batik yu hahaha so sekarang sudah bebas daripada pantang... cuma makan still kena jagalah sebab aku kan menyusu badan 100% so tak boleh la nak makan yang berangin kang anak kembung pulak.. nak bantai ais pon tak berani takut urat2 dalam rahim nie mengembang.. oh no! ramai yang tak bagi aku minum ais dulu.. yelah aku kan ceaser kena banyak pantang larang.. ikutkan hati mau jer aku belasah ais kat dalam peti ais nih.. adoyaiii sabar jelah yer...

Alhamdulillah sepanjang pantang aku dapat melalui segalanya dengan baik sekali.. walaupun kadang2 rasa macam... oh bosannnn... oh penatnya.. macam2 lah perasaan seorang ibu nih.. jap2 sedih la apa la... bukan senang nak menjaga anak ropenya.. perlukan segala pengorbanan.. kesabaran yang tinggi dan lain2..

Sekarang aku dah rasa stabil sket.. maksud aku perasaan aku laa... dah pandai jaga anak sket2.. paling best time menyusukan anak dan mandikan anak.. aku suka sangat! terus feeling2 ibu mithali kau! hahaha

Eh dah abes pantang maksudnya dah boleh kuar jalan2 kan? huiii tak sabarnya nak kuar g jalan2 kat luar sane tu.. tapi bila tah? en bob still bz lagi minggu nie dengan promosi kerja kawen kat kraf tu.. mujur ada emak aku kat sini.. bolehlah temankan aku dan esya.. tak de la aku terkejar sana terkejar sini buat kerja rumah semua nie..

Esya sekarang nie dah mula hek hek time tengah malam... payah nak tidokan dia balik.. nak kene henjut2.. aku rasa macam perlukan buaian laa... yelah budak makin lama makin berat kan so aku tak mampu nak henjut2 dia lama2.. so apa kata korang kalo kita gunakan buaian untuk tidokan anak kita? korang ada cara lain tak kalo nak tidokan anak selain daripada pakai buai? kalo sape ada cara lain tu kabo2 kan lah yer

psttt: tadi dah sms en bob suh pi usha2 buai kat kedai baby kat PKNS tu :)

Wednesday, June 1, 2011

Bahagia di rumah sendiri

Oh alangkah indahnya bila pulang ke rumah sendiri.. Nak buat apa pon boleh.. Nak terbongkang sana sini sume boleh.. Best sangat! Hari nie mama Esya last day berpantang tau! Esok dah tamat tempoh berkurung!!! Yabedabeduuuu
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Photobucket
© Design by | Nurulchumel Lovely Site