Showing posts with label emak. Show all posts
Showing posts with label emak. Show all posts

Tuesday, January 29, 2013

Mak kena kayap

Aku baru pulang dari kampung..  23hb balik perak.. balik ke sini 27hb selepas asar tengah malam jam 12 baru sampai shah alam.. syukurlah jalan tak jem cuma kereta jer banyak.. mujurlah aku balik kampung minggu lepas.. plan asalnya nak balik time raya cina nanti..

Aku memang tau mak demam... tapi tak sangka pulak rupanya demam nak jadi kayap.. balik kampung tadi baru lah dapat sendiri rupa kayap tu macam mana.. rasanya dah dekat 2 minggu mak sakit kayap.. sorang pon tak tau mak jadi kayap.. semuanya ingat mak sakit biasa saja.. adik lelaki aku ada bawa mak pegi klinik kesihatan kat kampung.. dorang kat klinik tu pun tak tau mak sakit apa.. boleh dorang bagi mak ubat kaler pepel tu.. tu bukan ke ubat cuci luka?

Kemudian adik aku bawak mak ke klinik swasta pula.. doktor situ pun macam blur2 jugak.. bagi ubat sapu dan ubat makan.. doktor suspek mak kene gigit ngan semut merah yang halus tu.. ok tak palah.. mak makan ubat dan sapu ikut masa.. 

Hari sabtu tadi adik aku yang pompuan pula bawa mak pegi klinik pakar kulit.. bermula dari situlah yang kitorang dapat tau sebetulnya mak kena kayap.. Ya Allah... Subhanallah... masa tu mak dah start sakit2 bila kayap tu menyerang.. maksudnya dah mula sakit saraf lah.. aku pun terus gugel pasal kayap nie.. Ya memang sama sebijik seperti apa yang mak sedang alami sekarang.. sedih sangat bila mak menangis pabila sakit dibahagian saraf tangannya sebelah kiri tu.. kulit di siku melepuh seolah-olah terbakar.. kesan daripada garu.. yelah dah gatal sangat mak tak tahan terpaksa lah garu.. cuma paling aku risau kat bahagian dalamannya.. sebab dah serang saraf kan..

Buat masa sekarang nie mak aku berada di ipoh.. di rumah adik perempuan aku.. mujur mak nak ikut itupun jenuh aku memujuknya huhu..  mak masih makan ubat yang diberi oleh doktor pakar kulit tu.. tapi ubat tu pun tahan 3 hari jer.. hari nie dah habis la ubat tu semua.. perubatan tradisional pon kami ada buat juga.. macam gunakan daun delima, daun melur di lenyek menggunakan tempurung di atas pasu bersama dengan beras.. di sapu di atas tempat yang kena kayap tu.. adik aku bagitau tadi luka tu dah semakin kering.. cuma sesekali akan ada serangan kat saraf tu.. kesian mak.. bila mak sakit serta merta air mata mak mengalir tak dapat menahan rasa sakit tu.. aku sendiri pon tak mampu nak tengok mak aku nangis.. secara tak langsung aku pun menangis sekali.. 

Aku anak sulung.. tapi aku pulak yang jadi ratu air mata... adik lelaki dan adik perempuan aku tu nampak macam kental sikit hurmm... aku harap mak aku cepat sembuh.. walau apa cara sekalipun kami 3 beradik akan berusaha untuk sembuhkan mak.. kawan2 kat luar sana kalo ada cara / petua / ubat yang mujarab boleh kongsi dengan aku.. kalo boleh untuk pulihkan sakit dibahagian saraf tu.. luka diluar dah hampir kering..

Semoga aku kuat dan tabah menghadapi dugaan ini.. inilah kali pertama mak aku sakit teruk macam nie dan tak pernah seumur hidup aku tengok mak menahan sakit begitu... Ya Allah kau kuatkanlah semangat kami  3 beradik... demi mak tersayang..

 amin

Thursday, October 18, 2012

I miss u mak


Tahun lepas masa aku pantang kat Esya mak datang sini temankan aku.. masa tu ari ke 40 dah pon.. mak datang dengan abg chik dan family dia.. mak tinggal dengan aku lebih kurang sebulan.. dan hari nie hari ke 41 tetiba aku teringat kat mak.. kalau mak ada kat sini kan best.. boleh temankan aku.. borak2...makan2....

tak da sapa nak anta mak ke sini.. masing-masing bizi.. mak plak tak berani naik bas sorang2.. tak pelah mak.. kita jumpa bulan depan yer.. masa tu kenduri kak long (anak buah) boleh lah mak lepak sini lama-lama kan.. tapi mak nak ke? mak kan sayang nak tinggal rumah mak kat kampung tu...hehe

apepon akak nak bagitau nie... akak sayang mak... akak rindu mak...sobsobsob

Wednesday, June 8, 2011

Terima kasih emak

Assalammualaikum wbt...

Korang buat apa petang2 nih? ahaa aku baru nak mengadap belog nie.. bila anak dah tido senang sket nak buat kerja sume.. mujur ada mak aku kat sini boleh la tolong tengok2kan si kecik tu.. nanti kalo mak aku dah balik kampung konpem kelam kelibut punyalah... entah2 aku dah tak dapat nak masak lagi.. kena tunggu en bob balik kerja baru dapat masak.. anak aku nie nak orang ada dekat2 dia baru lena tido.. kalo tak da sesapa sure dia dah hekhek

tak perlah nanti bila mak aku dah balik kampung aku makan roti jer la kalo esya tak bagi peluang mama dia dok kat dapur huhuhu

mak aku datang sini masa aku berpantang hari ke 40... maknanya mak aku jaga aku 4 hari ajelah.. manakala mak mertua aku jaga aku 40 hari.. eh silap 38 hari tolak 2 hari kat spital :p



pic mak aku bersama cucu sulungnya...

ekceli Esya adalah cucu pertama mak aku.. harus sayang lebey nih! yelah dah cucu pertama mesti la mak aku sayang banget... itu memang tak boleh dipertikaikan.. bila Esya nangis sket2 jer mak aku dah riso.. pastu yang paling best kalo malam2 Esya buat hal tak nak tido ker kembung ker aku terus ke bilik mak aku.. bagi Esya kat mak aku.. pastu aku kroh kroh hihi sangat buruk perangai!

masa pantang ngan mertua mana berani nak hulur anak malam2 kat mertua.. malu siot! ngan mak sendiri selamba jer lalalala

oh yer tadi mak mertua aku sms bagitau dia rinduuuu sangat kat Esya.. alahai kesian plak aku.. yelah sape tak rindu cucu wei.. dah la dia jaga esya lama mesti dok terbayang2 wajah cucu kesayangan nih.. hurmmm lepas nie giliran mak aku plak merindu2 si Esya nie... hadoii apa nak buat memang macam nie la.. kita kalo dah selalu jaga baby tu mesti akan teringat2 dan terbayang2 bila baby tu dah tak de depan mata nanti...

nie mertua aku.. masa hari yg ke 40 berpantang.. time nie aku dah nak balik rumah..


dah masuk kerja nanti aku plak yang meroyan kot... hihihi tak per aku boleh balik tengah hari tengok anak.. oh lupa nak bagitau aku dah dapat cari pengasuh untuk Esya nanti.. Jiran aku kat kuarters nie jugak.. dia jaga 4 orang budak masuk Esya dah 5 orang.. harap2 dia boleh jaga dan asuh Esya dengan sebaiknya... harap sangat2!


pepon aku nak ucapkan berbanyak TERIMA KASIH kepada mak aku dan mak mertua kerana sudi jaga aku dan Esya semasa dalam pantang... jasa kalian tidak ternilai.. hanya Allah yang mampu membalasnya...

luv u mak!
(dua-dua mak ai luv taw!)



Photobucket
© Design by | Nurulchumel Lovely Site