Showing posts with label opis. Show all posts
Showing posts with label opis. Show all posts

Monday, June 11, 2012

Genap 5 tahun bersama....

Syukur ke hadrat illahi hari ini 11 jun 2012 genap 5 tahun saya berkhidmat di sini.. wahhhh terasa begitu senior la sangat kehkehkeh
perasan senior ok!

Akceli saya mula bergelar penjawat awam pada 24 Mei 2007.. masa tu lapor diri kat JPA eh JPA ke JPM eh..erkk konpius sudah mak.. macam lama sangat dah.. abes lupa semua..

Duduk putrajaya 3 minggu then dapat transfer ke negeri Selangor..yahuuuu! suka sangat sebab sebelum dapat keja gomen memang dah keja kat area shah alam nie.. so senang lah nak cari umah sewa semua tu..

Hari ini sedar tak sedar dah 5 tahun mencari rezeki kat sini.. kat Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor.. dikelilingi hakim2 yang arif lagi bijaksana hehe dan kawan2 serta bos yang disayangi.. best tau keja kat sini.. no more tension.. hepi2 sokmo..

Mudah-mudahan lama lagilah saya kat sini kan.. sebab malas nak pk nak tinggal kat mana apa semua tu..

Akhirkata..terimalah sekeping gambar senyuman saya hari ini.. dengan tudung yang kemek2 plus pipi tembam hehehe

pstttttttt: Semoga saya lebih rajin bekerja pada masa akan datang..aminnn

Tuesday, July 19, 2011

At neW Ofis

hikhik sori geng tadi ada masalah teknikal sket tu gambar tak kuar tu...

Sebelum.....

dan Selepas...

Alhamdulillah dah selamat berkemas :) di opis baru.. Hoho banyak lagi nk kena kemas lagi nie stor tak siap lagi ngeee

Ok tulah dia workstation aku sekarang.. Sebelum dan selepas.. Lepas nie pulun 5S pulakkk

Ok marilah bekerja dengan semangat baru! Caiyok caiyok :)

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Friday, March 11, 2011

Lawatan orang melaka

Petang baru dapat peluang nak apdet belog.. mencik taw! huhu

Pagi tadi ada lawatan daripada mahkamah syariah melaka yang terdiri daripada hakim2 dan pegawai2 atasan ke opis aku.. dorang datang satu bas persiaran semata2 nak melawat opis aku yang cantik ni.. erkkk cantik ker? haha tak de lah uols.. opis kat putrajaya sana lagi cantik2 ape..

Lawatan nie sempena nak tau lebih lanjut pasal jabatan kami.. oleh itu macam2 lah yang kami persembahkan kat dorang tadi.. tak pasal2 aku pon kene bagi sedikit taklimat pasal unit aku gak tadi.. almaklumlah bos tak de macam nie lah kena take over huhu

so far segalanya berjalan lancar.. semput2 aku present tadi rasa cam tak cukup napas..haha orang ngandung kalo bercakap memang termenggah2 cket la kan.. paham2 lah yer

selesai beri taklimat sume kitorang bawak dorang pegi bangunan baru kitorang yang dijangka siap pada bulan jun nanti.. insyaallah pindah opis baru le kami nanti.. yea yeaa

ini adalah model tembum.. saje la nak pose kat kubah tu.. patutnya amek gambar orang yang datang melawat tapi aku plak yang sebok2 :P

eh arinie bos baru aku dah datang lapor diri tau! akceli datang arinie jer.. masuk keje betui2 punya 30 hb nanti.. dia mintak tangguh dulu becoz nak selesaikan tugasnya di pejabat lama..

yang pakai baju kurung warna biru tulah nanti bos baru aku taw... yuhuuu

nie plak kawan aku daripada melaka..

peknen jugak minah nie baru 6 bulan.. tahniah yer ani!

apdet secara kelam kabut sebab ada benda nak buat nie..

k la uols.. selamat bercuti sume!!

papai

noted: arinie hari bizi aku.. daripada pagi sampai petang keje tak henti2 :(

Thursday, February 24, 2011

Meting terakhir kami bersama dengannya..

Assalammualaikum wbt..

Pagi tadi unit aku ade meting.. bukan meting tergempar tapi meting yang telah dirancang bagi memenuhi keperluan blueprint jabatan.. kene la akur kan.. saya yang menurut perintah.. orang keje gomen nie memang kaya dengan meting.. bila meting ada la makanan free.. itu yang best tu! time makan jer best ok time meting zzzzzzzzzz hihihi

Akceli aku sebenarnya nak ucapkan sekalung TAHNIAH kepada bos aku En Rubik bukan nama sebenar kerana telah berjaya dinaikkan pangkat memangku F44 di JPA sana nun.. syukur alhamdulillah mungkin ini rezeki bos aku.. disaat dia menghadapi masalah (ada ler orang2 yang dengki dia kat sini tutttttttt) tiba2 dapat surat naik pangkat.. well kalo dah rezeki memang tak ke mana kan.. bagus sangat la bos terima jawatan tu..

setau aku dia dah lama berkhidmat sebagai pegawai ict kat unit aku nie.. lebih kurang 6 tahun ada la.. semenjak aku masuk bekerja kat sini iaitu tahun 2007 sampai ler sekarang nie 2011 En Rubik la bos aku.. memang tak de bos lain!

now kami sekeluarga kat unit ict kene terima hakikat yang bos kami dah tak de huhu

beliau akan mula berkhidmat ditempat baru bermula 1 mac 2011 nanti.. buat sementara waktu kitorang tak de bos la yerk.. so masing2 boleh berlagak nak jadi bos.. tak pon kalo ada sesiapa berminat buleh apply :)

inilah dia bos saya.. gambar lama nie tahun 2007 sebab tu la nampak hensem cket :P masa nie aku baru lagi masuk keje kat sini.. tapi dorang nie sporting abes asik nam amek gambar jer kejenya..hihi ye ke? (padahal diri sendiri yang suka amek gambar)

yang nie pulak weols ramai2 bergambar 1 unit masa jamuan hari raya tahun 2007.. gambar yang terkini tak de la.. dalam 5 orang nie yang perempuan pakai tudung kaler peach tu dah berhenti keja dapat offer lain..

pasni bos aku pulak akan menyusul.. yang pakai baju hitam tu..huhu

erkk nampak muka aku lain cket la time nie hihi baru mula keje gomen kan..


weols bergambar ramai2 campur dengan budak2 unit lain..

oh itu saje kot....

pesanan untuk bos,
harap bos dapat sesuaikan diri kat tempat baru nanti... mudah-mudahan rezeki bos lagi melimpah ruah kat sana yer.. pasal kami di sini usahlah bos risaukan.. pandai2lah kami jaga diri kami di sini tanpa bos di sisi cewahhhhhhh ayat tak boleh belahhh keh3x

Monday, February 21, 2011

Congratz kepada NEW MUMMY

Assalamualaikum wbt..


Saya nak wish kepada kawan2 opis yang telah selamat melahirkan BABY BOY pada tahun 2011 nie iaitu..

1. Cik Lis - Baby seberat 2 kg lebih ( aiyak tak ingat la berat dia betui2) pada 16 jan 2011
2. Kak Aini - berat baby 3 kilo lebih jugak ar bersalin pada 8 feb 2011
3. Sue - berat tak tau bersalin pada 20 feb 2011

Kesemuanya telah melahirkan anak secara operation uols.. ceaser ok! eh betui ka ejaan aku nih hihi belasah sajork..

ngeri plak bila dengo operate nih.. ngeeee pasni my trun plak huhuhu tak tow la normal ke operate ke hapa..

mudah2an semuanya selamat...

psttt: dorang sume pakat2 dapat baby boy nie.. aku plak? harus nak pegi scan nie..

Friday, July 30, 2010

Seminar Penerapan Nilai-nilai Positif "Being Marvellous"

Hari nie aku menghadiri satu seminar motivasi yang sangat2 menarik anjuran Biro Sosial Akrab & Biro Helwa Bakemas.. kat PJ... bagi aku kalo motivator tu bleh buat aku gelak sepanjang seminar bermakna motivasi itu berjaya membawa aku menyelami apa mesej yang beliau nak sampaikan..

alhamdulillah tak sia2 aku menghadiri seminar tersebut.. memang best giler lah! wa cakap sama lu! hihi

motivasi nie berkenaan dengan penerapan sikap positif ataupun dalam maksud english "BEING MARVELLOUS"

ianya lebih kepada penerapan sikap positif dalam bidang pekerjaan dan kehidupan kita seharian.. seminar tersebut disampaikan oleh seorang pakar motivasi yang bukan calang2 orangnya iaitu DR HJ RIDZUAN BIN MOHD SAGIR (ASA). Beliau merupapak mantan pensyarah UKM dan motivator tetap di Selangor FM pada sekitar tahun 2006-2009. Beliau juga turut menulis buku-buku motivasi bersama pakar motivasi yang lain seperti HM Tuah. Serba sedikit pasal diri beliau yang aku ingat :)

sepanjang ceramah tersebut ada la sedikit jualan amal.. so pas ceramah bleh ler soping apa yang ada..

kebanyakkan yang buka gerai nie terdiri daripada kaum kerabat budak2 opis aku.. orang luar pon ada jugak





macam2 lah ada! aku beli anak tudung kat bawah nie sehelai sajork..rm 10... beli kek coklat rm 10.. pewangi umah rm 6 dan pelekat svasroki eh cemana nak eja ar? alaa benda cam manik blink2 tu nak lekat kat tudung plain haku tu :P rm 8 jer

eh tu sume je dah abes rm 34 hengget.. huhu cemana nak jimat nie? asal ade jualan jer nak beli huh




ape aku merapik nie? haha

ok la secara keseluruhannya seminar motivasi cam gini memang sangat best ok! bisa membuka minda yang sekian lama dah tak termotivate nih! time belajar dulu2 selalu ler ada program cenggini.. bila dah kerja huh payah nak dapat peluang..



paling tak boleh lupa kami diminta untuk menyanyikan lagu nie beserta gaya (ikut gaya motivator)...


Demi Matahari

Demi Matahari & Sinarnya di pagi hari
Demi Siang hari bila menampakkan dirinya
Demi malam apabila menutupi
Demi langit beserta seluruh binaannya
Demi bumi serta yang ada dihamparannya
Demi jiwa & seluruh penyempurnaannya (3 x)

Allah (Tuhan) mengilhamkan
sukma kefasikan & ketakwaan
Beruntung bagi yagn mensucikannya
Merugi bagi yang mengotorinya (2 x)

ada sapa2 pernah nyanyi lagu nie tak?


peserta masing2 cuba menghayati lagu tersebut...


apa yang boleh aku kongsikan dengan korang adalah seperti kat bawah nie..

Segalanya berpunca dari... SOAL HATI


Sikap positif

BREAKING ONE'S LIMIT : PECAHKAN BATASAN DIRI
EVALUATING : MUHASABAH DIRI
INTELLIGENCE : KECERGASAN (PQ, IQ, EQ, SQ)
NEW PERSON : ORANG BARU
GOAL : MATLAMAT
MOTIVATION: MOTIVASI
ATTITUDE : SIKAP
RELIGIOSITY : KESOLEHAN
VALUE SYSTEM : SISTEM NILAI
EXCELLENCE : KECEMERLANGAN
LEARNING : PEMBELAJARAN
LOVE : KASIH SAYANG
ORGANIZING : MENGURUS DIRI
UNITY : KESATUAN
SYNERGY : PADUAN TENAGA


korang aplikasikan lah satu2 tu dalam kehidupan seharian..insyaallah marveles!!

bersama Dr Ridzuan (motivator)

abg jaafar onn pon ada.. bagi sedikit talk pasal kecantikkan diri... time nie aku kat luar soping kat jualan so tak dengar apa yang disampaikannya..

see weols sopingggg

eh ada lagi laa gambar tengah kyusuk follow motivator..



dan kenangan bersama urusetia program..

ok itu saja.. kelamkabut sket la entry neh! hadoii

lastly sedikit mutiara kata..

"Tanpa mengenali diri dengan mendalam, kita tidak akan dapat menyerlahkan kecemerlangan diri yang sebenar!"


dah itu jer... agak2 lepas nie.. nak ubah sikap ker tak? haha

Monday, May 24, 2010

Genap 3 tahun

Alhamdulillah hari ini tanggal 24 mei 2010 genap 3 tahun saya berkhidmat sebagai penjawat awam.. cepat sangat masa berlalu.. terasa macam baru jer saya berada di sini.. tup tap tup tap dah 3 tahun... 3 tahun beb!! satu jangkamasa yang sangat singkat ok

Perasaan saya selama 3 tahun berkhidmat... sangat heppi dan bahagia di sini..

semoga kebahagian ini sentiasa menjadi milik saya...
amin..

saya sayang JAKESS!

Thursday, May 20, 2010

Hari sejuk

Hari nie adalah hari sejuk seopis! daripada pagi sampai ke petang pakai stokin tak lekang... sejuk ler napa tah... owh sebab aku pose kot arinie.. badan tak menghasilkan haba.. tak makan nasik ler katakan... ngeh ngeh ngeh


pastu petang2 nie plak ujan... minggu nie setiap petang hujan... balik keja mesti hujan.. jammed usah ditanya ler konfem!!

anggaplah ia sebagai hujan rahmat pembawa rezeki..

jap g 5 tepat nak cabutttt... kalo lambat2 kang lagi ler jammed.. tak suke!!

erm berbuka nanti nak makan apa yer? hurmmm

Wednesday, February 10, 2010

Arghhh jem

Salam uols...

Sori lah ai lama tak apdet... eh lama ker? baru sehari je kan? tapi dah ada orang tanye napa tak apdet nie!! hikhik cam penting sangat blog jibam di mata korang yer.. bukan di hati tapi di mata! auwwwww vangganya mak nyah :P

Hurm apa nak cerita ya? banyakkkkk sangat kalo nak cerita apa yang terjadi setiap hari.. tapi kalo nak cerita sume cam mustahil jugak lah.. cerita yang best2 sudah.. kang ada orang cakap aku nie saja nak menunjuk2 apa yang aku buat setiap hari.. even bergambar di kedai makan sekalipun.. padahal aku pegi jer makan kat suma kedai makan tak kisah murah ke mahal ker.. mamak ker johnny ker? hiks asalkan aku mampu dan tak kaco duit orang! tak gitu yer kawan2.. so aku apdet yang aku rasa "patut-patut" sajalah yo!

Wehhhhh giler arghh kalo tiap2 hari jem cam nie!!! stresss wehhh korangggg (tukar topik on the spot!)


korang alami situasi cam aku tak? lately nie aku rasa jalan raya daripada umah aku ke opis bertambah2 sesak! apa hal ntah? ker semakin ramai yang beli kete nie?? huhuuuu pegi balik mesti jemmm!!

Walaupun aku gerak jam 7.15 pagi aku totap akak sampai jam 8 tut tut.. oh tidakkkkk

Sib baik arinie aku sampai awal sket jam 7.58 pagi! kalo idak mau MERAH punch kad aku tu.. ohhh tidakkk waktu balik tak pelah.. pegi tu jer penting tau nak kejar punch kad..

korang tengok lah tu.. kena beratur panjang jalan semput2... tak suke!!

so apa tindakan aku lepas nie??

1) Bangun lebih awal daripada biasa, biasa jam 6.30 pagi dah bangun maybe lepas nie jam 6.15 pagi kot..
2) Bertolak jam 7 pagi ke opis.. biasa jam 7 suku tak pon 7.20 baru hegeh2 nak gerak hihihi
3) Pindah umah cari kat area2 opis tak pun tido aje kat opis! wakakakaka

hohoho cadangan ke 3 tu aku tak sanggup!
better amek cadangan yang ke 2 dan ke 3 itu..

adios :)

Saturday, October 31, 2009

Nak bagi tau korang satu rahsia

Heheh tetiba aku nak bagi tau satu rahsia kat korang.. nak tau tak apa dia??? sila angkat tangan.. hihi yeahhh mesti nak tau punye kan..lalalalalala

Akceli baru2 nie aku dapat offer daripada ketua jabatan (KJ) untuk pergi ke oversea.. yahuuuuuuuuu bukan senang nak dapat peluang.. sebab aku nie masih baru lagi kat opis tu.. keutamaan kepada staf yang terlibat dengan program tu dan sesiapa yang KJ pilih la... alhamdulillah aku antara yang tersenarai.. tak kisah la kan walaupun nama aku berada di kedudukan terkebawah pun.. hiks

Sebelum nie berangan jer nak pegi obersea nun dan akhirnya akan bakal tercapai jua.. walaupun hanya ke seberang laut.. hihihi

cuba teka aku mau pegi mana???? sape dapat jawab dia memang BIJAK!!!

Thursday, October 15, 2009

Aku seorang photografer?


Layakkan aku menjadi seorang photografer??
Tak layak langsunggggg
Berangan jela weh :P
Bergambar buleh laa... hihih
Pstttt pinjam kamera opis sat no.. nak melarammm

gambar kat dalam paper tu kan aku just snap pakai henpon je tak bape nak clear so aku kasi yg betul2 clear nie ha.. zasssttt

motip taruk gambar nie? sebab nak tayang kat uols aku yang pakai baju kaler biruuuu tu nampak takkk?? hihi giler glamerrr

:P

Wednesday, September 30, 2009

Gegaran tsunami!!

Petang tadi waktu aku ngah borak2 ngan kawan kat opis tetiba terasa bangunan bergoyang.. time tu lebih kurang jam 6 suku camtu laa.. mulanya kawan aku si salmi yang terasa dulu.. aku ngah duduk kat kerusi time tu.. salmi plak ngah berdiri sebab tula dia lagi terasa.. kecut perut jugak dibuatnya tadi.. rasa dan dan tu nak turun bawah.. bangunan tempat keja aku di tingkat 6.. ingatkan kami berdua saja terasa goyang.. rupanya si aril opismate aku pun turut terasa sama.. serammmmm gak la kami.. cepat2 turun bawah.. dah ramai dak opis yang dah balik time tu.. so kami jela yang sempat rasa gegaran tu..

Teringat kisah 2 tahun lepas semasa trajedi tsunami pada 26 dec 2006 kalo tak salah aku la kan date tu.. aku kat kampung masa tu ngan mak aku.. tetiba umah bergoyang.. aku ngan mak cepat2 kuar daripada umah sambil berpelukkan.. siap mengucap lagi.. Ya Allah kecut perut la masa tu tak tau nak cakap apa.. hanya ingat Allah dan mati saja lah..

Lepas kejadian tu kami bukak tv baru tau rupanya tsunami melanda acheh.. hiii seriau betul la kan.. tapi itu suma kuasa Allah.. dengan izinnya tak mustahil benda tu akan terjadi kan..

Berita tv3 malam tadi pon dah bitau ada amaran tsunami kat beberapa negara termasuk malaysia.. Ya Allah lindungilah setiap hamba mu ini... amin

Hurm itu saja la nak bitau uols.. masuk nie kali kedua aku rase gegaran tu.. sape2 yang ada rasa gegaran tu bleh la kongsi cite ngan aku k..

Thursday, May 14, 2009

Panas panassss

Arinie aku bekerja dalam kepanasan..
dah 2 hari aircond kat opis nie wat hal.. huhu
panas wehhhh.. tak tahan
ini baru panas dunia....
kat akhirat esok cemana la kan.. nauzubillah
kat umah panas..
kat opis panas...
kat mana sejuk??? :P
dalam peti ais kot....


seb baik ada kipas angin cap kenduri kawen nie..

sangat berjasa ok :)

Thursday, May 7, 2009

Terbaekkk dari pangkor

Ada lagi ole-ole dari Pangkor.. muahaha

no caption.. picture only :)










bila nak pegi jalan lagi nih?? seronok lak wat trip camni

Sunday, May 3, 2009

Pulau Pangkor tunguuu akuuu

Tajuk tak boleh blah!!

muahaha saje nak hangatkan korang jer neh.. hari nie aku g pangkor nun.. masa korang bace entry neh aku mybe dah dekat2 nak sampai Lumut dah kot.. :p Pepon korang doakan aku selamat pegi dan selamat kembali ye..

Oleh kerana aku dah nak masuk 3 kali pegi cni.. so aku dah dapat bayangkan keadaan masa kat sana nanti..


Lebih kurang macam nie la rupanya pada kawan2 yg tak penah sampai lagi nie..

Ok aku nak g mandi laut dulu eh.. nanti balik aku upload gambo2 kat cna :p

Tata

kawan-kawan,
Selamat Hari Pekerja sumeeeeee


uit korang mintak mahap yer.. entry nie aku salah masuk tarikh dalam schadule.. patut la tak kuar kuar rupa-rupanya date aku taruk 1/4/09... hihi nie aku betulkan balikkk

tapi sekarang aku dah balik dari Pangkor.. :p

Thursday, April 30, 2009

Hari nie saya PINK

Hari nie saya pakai baju batik kaler PINK ok.. walaupun saya suka kaler hijau tapi still layan jugak kaler pink neh :p

gambar pagi tadi.. muahahaha

baju batik sedondon.. kak ijan yang ajak pakai sebab baju orang lain kat opis nie tak siap lagikkk.. sori yer pada kawan2 ku cayang.. aku pakai dulu :)

me with kak ijan..

dorang sume jeles kan kak baju kite dah siap.. hihi
berpinau mate tengok kaler pink neh.. adeiiii

Tuesday, April 21, 2009

Berkemas!!!

Balik lewat skit arinie.. kena kemas-kemas opis dulu wehhh sok ade audit nak datang.. hohoho
harus takuttttt

Bos saya ciap cakap lagi tak payah kemas-kemas sangat.... dorang bukan nak tengok pon :p
hahaha tapi kan tengah rajin nie harus la kemas jugak


vacum.. susun fail dan kemas apa yg patut aje.. kalo kemas lebih2 karang oditor tu pelik pulak karang.. :p

bukan gambar terbaru tapi boleh la kan uols imagine keadaan opis saya nih

Ok settle.. kejap jer nak kemas.. tapi letih jugak laaa huh

Monday, April 13, 2009

Batik sedondon dah ciap

Saja nak tayang... eh hari nie hari tayang menayang ker?? lalalala

kat luar tengah ujan.. mate pon ngantukkk

eh bukan nak cite pasal ngantuk tapi nk tayang baju batik sedondon guwe yg dah ciap la....
kepada kawan2 seopis ku.. baju ku udah ciap.. bila nak pakai neh???

tak sabar....tak sabar.... :P

separuh jer boleh??? hihihi

baju kurung pahang jer uols... ok tak? tudung pink pon dah beli... huissshhh tak sesabo nak pakai nih

Friday, February 27, 2009

Apa nak cari

Nie saya ngh rilex2 jap.. tak de motivasi nak keje ptg2 jumaat nie.. pale ingat nak coti jer.. hihi
Tadi waktu rehat orang laki sibuk nak pegi semayang jumaat kami yang pompuan2 nie sebok nak bersoping.. Tadi sempat la pegi Ole-ole sek 18 tu.. round2 tapi tak jumpa pon barang yg dicari .. Ampunnnn.. tapi terjumpa ngn menda lain plak.. itu untuk diri sendiri loh..

tak pe jap g nak jalankan misi yg seterusnya.. nak pegi Alam Sentral lak.. seb baik si Ratna ngn Za nak ikut lagi.. salmi pon nak join jugak.. jom la korang kita g ronggeng! :p kalo nak balik pon sure jalan jem giler.. ari jumaat clalu jem..

so meh kita cepat2 kemas meja, tutup pc... cabuttttttt

eh nak g solat dulu la..hehe

Tuesday, February 10, 2009

Selamat kembali bekerja

Hai sume.. seronok ker keje arinie?? hihih
Saya seronok owh..lalala
Ok sume keje rajin2 k.. semangat sket!!



caiyok caiyok.. :P
Photobucket
© Design by | Nurulchumel Lovely Site