Thursday, October 31, 2013

Off to cherating

3 hari dua malam outstation ke cherating tinggalkan anak dan suami huhu. Buat pertama kalinya...alhamdulillah setakat nie esya dan sara ok xbuat masalah dekat babah.
Cuma aku jelah tak boleh nak call... kang nangeh pulak dengo suara mama dia nih kan... haru babah nanti. Hari nie hari kedua...tak sempat nak round2 cherating nie pon jadual pack! Oh yer arinie closing pulak tu... #shaklee la apa lagi kan... mudahan segalanya berjalan lancar kalo ada rezeki nak naik rank... nak nak NAKKK
Ok bye

Tuesday, October 29, 2013

ESP dan Alfalfa Pilihan SAYA dan ANDA juga :)

Teringat zaman saya menyusukan Esya dan Sara... Seronok sangat... rezeki melimpah ruah sampai terbuang-buang sebab tak cukup tempat nak letak. Saya tak ada deep freezer. Hanya peties biasa 2 pintu tu sajalah tempat saya menyimpan stok susu.  Disitulah tempat menyimpan ikan, ayam dan daging. Disitulah tempat menyimpan stok. Stok susu lagi banyak daripada makanan hehe. Sampaikan suami pon bising... tapi bila diterangkan barulah suami faham... tujuan buat stok tu. Untuk ringankan beban suami jugak kan...hemmm.... Start mula berpantang sehinggalah abes pantang saya dah mula kumpul stok. 

Seronok sangat... hari-hari pon pam... pam ibarat nyawa... kemana sahaja mesti ada dalam handbeg hehehe

ini testimonial sahabat karib saya... anaknya sekarang dah berumur 7 bulan masih menyusu badan sepenuhnya. Kawan saya nie hanya mengamalkan minum ESP dan alfalfa setiap hari. Tengoklah hasilnya penuh deep freezer tuh!

sangat kagummmm kan



 ESP nie banyak kelebihannya. Antaranya...

  1. Kekal Muda – Asid Amino membina otot manusia, kuku, rambut, darah, organ, kulit, kelenjar, 50,000 jenis protein, 20,000 jenis enzim dan lain-lain. Pengambilan Energizing Soy Protein Shaklee adalah kunci untuk mengekalkan kulit muda dan otot serta memastikan kita sentiasa bertenaga.
  2. Hormon Berasaskan Tumbuhan Semulajadi – kacang soya adalah tumbuhan yang hanya kaya dalam isoflavon yang sama dengan fungsi hormon wanita. Ia membantu dalam mengurangkan paras kolesterol dan mencegah osteoporosis dan penyakit jantung.
  3. Memulihkan Fungsi Prostat Lelaki - genistein dalam kacang soya telah membuktikan bahawa ia mempunyai keupayaan untuk menghalang pertumbuhan dan mencegah sel kanser daripada merebak. Ia memusnahkan radikal bebas dalam sel-sel kita sebelum radikal bebas bermutasi DNA sel-sel menjadi sel-sel kanser. Ia juga menjaga rahim dan ovari, kitaran haid dan prostat.
  4. Kulit berseri dan anjal – Merangsang regenerasi kulit dan otot, memulihkan kedutan, sebagai anti-penuaan, mengembalikan keserian kulit dan kelembutan-lembutan otot, sekali gus mempercepatkan pemulihan luka danmenghilangkan  parut.
  5. Pemberi tenaga segera – Membekalkan tenaga segera dan meningkatkan sistem imun, dengan itu ia memulihkan keletihan, migrain, insomnia dan tekanan gejala yang berkaitan seperti kemurungan, kebimbangan, ketakutan, dll.
  6. Memulihkan Pigmentasi – Melambatkan proses uban, rambut gugur, masalah keadaan rambut, pigmentasi, freckles.
  7. Memperbaiki Memori – Menguatkan ingatan, kecergasan, keupayaan seksual, dan sebagainya.



Manakala alfalfa mempunyai kebaikan seperti berikut....

1.Dikatakan tumbuhan terbaik yang mengandungi segala zat keperluan hariantubuh manusia.
2. Melegakan sakit sendi dan belakang.
3. Menghilangkan kelesuan dan tekanan.
4. Memberi sensasi ‘rasa sejuk’
5. Memberi kelegaan semasa haid
6. Merawat arthitis
7. Bagus untuk elergi dan ekzema
8. Merawat athma
9. Mencuci usus bagi membuang toksik
10. mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor disebabkan jangkitan buah pinggang
11. Meneutralkan asid dalam badan
12. Merawat masalah keputihan pada wanita
13. Membesar dan menegangkan payudara
14. Bertindak seperti kacip fatimah kepada para isteri
15. Memulihkan urat selepas bersalin
16. Membantu masalah penghadaman dan pencernaan
17. Meningkatkan stamina seorang suami
18. Melegakan sembelit
19. Membuang angin dalam badan


 gambar di bawah nie stok susu saya suatu ketika dulu....hehehe best... pam time opis hour... amek masa sket.. buat 2 ke 3 kali sehari


 dan ini kakak esya sedang mengira stok susu adiknya sara :)

Hubungi saya jika berminat...

ila kamilah
012 5417451
jivebumz@yahoo.com

saya sedia membantu anda :) :) :)

Monday, October 28, 2013

Permata hati ku Double Q

Dua permata hati ku
Double Q

QALESYA IRDINA & QAYSARA ALEESYA

Eh kenapa nak capital letter pulok hahaha 

Ermm lusa aku kena g outstation.. ke cherating... pestime nak tinggalkan double Q dan babahnye... babahnye ok la kan sebab dah besor... 

nak tinggalkan anak2 dengan babahnye nie yang buat aku risau.. ermm boleh ke suami aku nak jaga dorang sorang2 nih... risau tahap gaban jugak laa memikiornye pon... 

Aku harapkan mudahan En bob dapat jaga dorang dengan elok.. cukup makan semuanya hahaha. Makan macam biasa aku dah suruh dia beli aje kat kedai mamak bawah umah tu. Makanan sara aku boleh buat frozen nanti. Esya boleh makan makanan sama babah dia.. 

Riso sangat padahal nanti aku tak de ok jer pon... secara otometik semuanya berjalan lancar.. betui tak? bila kita ada memang semua kat bahu kita.. bila kita tak de pandai jer dorang nanti.. betui tak?? hehehe

Aku ke cherating gantikan bos... rabu sampai jumaat jadi urusetia kat sana.. tengok aturcara program macam santai aje... tapi tak taulah macam mana nanti.. ermm boleh lah kalo ada kesempatan aku update dari sana yer... share story hehe.

Sekarang time rehat aku malas nak kuar makan.. aku dah bawak bekalan pagi tadi.. so time rehat boleh la berehat sepuas-puasnya depan komputer kahkah

Rindu zaman berblogging dulu-dulu.... Ya Allah pliss kembalikan kerajinan aku...








Sunday, October 27, 2013

Siapa yang belum tahu pasal VITA-LEA?? Meh sini meh

VITA-LEA IRON FORMULA

TAHUKAH ANDA APA ITU VITA-LEA???

  • Adalah multi-vitamin dan mineral yang pertama dicipta di dunia.
  • Setiap tablet mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang    diekstrak daripada sayuran dan buah.
  • 12 Vitamin dan 7 mineral penting sebagaimana disarankan oleh RDA.
  • Setiap tablet disaluti dengan serbuk nutrisi - spirulina.
  • Ujian klinikal membuktikan, dengan pengambilan vita-lea shaklee selama setahun dapat mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65% (wow banyak tuh!!!)

KEBAIKAN MENGAMBIL VITA-LEA.

  • Penambahan tenaga segera - Pemberi tenaga, kecergasan tubuh, kekuatan mental dan membantu sistem memori (sesuai untuk pelajar,pekerja,ibu mengandung dan ibu menyusu)
  • Pelengkap Nutrisi - Kekurangan pelbagai vitamin dan mineral akibat amalan diet yang tidak seimbang.
  • Keupayaan sistem produktif - penting kpd kanan-kanak dan remaja yang sedang membesar.
  • Metabolisma - Melambatkan proses penuaan.
  • Elemen penting pada sel tubuh - Menyediakan asas nutrisi, memastikan sel hidup, pertumbuhan sel baru, membantu proses pembesaran, pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku dan hormon serta menjaga kesihatan tirod.
  • Melindungi organ - melindungi fungsi buah pinggang, jantung dan hati.
Untuk Keterangan lanjut boleh hubungi saya :)

Thursday, October 24, 2013

Bersalin dan berpantang dengan Shaklee memang terbaik






Ok diatas adalah gambo set bersalin & berpantang SHAKLEE.. Alhamdulillah anak kedua aku gunakan Set ini sepenuhnya. Masa anak pertama dulu aku tak tau.. tak pernah beli pon tapi tau2 gitu jelah.. tengok member opis makan specially member yang menyusu badan la kan.. sebab depa nak tambah susu badan..

Aku start berkenalan dengan Shaklee pon masa anak pertama iaitu Esya.. time tu susu drop.. so kawan2 cadangkan amek set untuk menyusu.. aku pon try lah kan.. tapi susu aku tetap begitu juga.. tak jadi pom milk boster... hurmmm sedihhhh

Rupa-rupanya aku mengandung lagi!! hehehe memang la kan... tak perasan kot.. ingatkan susu drop pasai apa.. rupanya mengandung.. memang tak boleh buat apalah.. tapi aku tetap amalkan makan set menyusu dengan harapan aku dapat jugak menyusu Esya disamping aku mengandung.. kuat semangat tau nak menyusu badan jugak. tak kira!! huh

Sepanjang kehamilan aku amalkan makan vitamin Shaklee nie.. alhamdulillah tak ada sebarang masalah.. cuma aku dapat menyusukan Esya sampai aku mengandung 7 bulan sahaja.. lepas tu susu pon tak berapa nak ada... Esya aku terpaksa bagi susu momooo (fm) huhu sedih kot time tu kalo dikenangkan...

Tapi tak pe untuk anak kedua aku nekad nak teruskan... menyusu badan bila baby lahir nanti... jadi aku teruskan makan vit nie sampai Sara lahir...

nie lah dia baby Shaklee kite... tulang dia kuat tau! tengok lengan pon dah tau kan hihikk

Perkembangan dia pon luar biasa... semuanya cepat dan pantas... beza betul dengan si kakak. Sebab time kakak aku tak amek apa2 supliment...

Aku sarankan kepada kawan2 diluar sana yang sedang mengandung boleh consume dengan vit shaklee nie sebab dia very the organik tak de bahan kimia.. dijamin selamat dan paling penting dijamin halal...insyaallah

Ok masa dah time.. got to go...

nah picca sara baby shaklee hihuuu bersama mama tombam



lastly... sara 1 year 1 month bersama mama dan kakak esya... hai omaknye paling over...


k bai...

Monday, October 21, 2013

Shaklee collagen powder memang power baq hang!!!






 Asslammualaikum wbt...

Arinie aku cuti.. cuti sebab bs esya sara balik kampung.. start jumaat lagi dah pon.. en bob plak outstation ke pahang.. memang teerbaiklah kan menjadi supermomy gitu hurmmmm

First time la kot jaga sorang2 tanpa teman.. selalu dia pi outstationh ari kerja nie hari minggu.. jadi aku terpaksa lah melayan kebosanan tahap gaban ini dirumah saja.. nak keluar bawak dua orang princess nie sorang2 memang tak la kennn huhu

Ok sebenarnya aku nak kongsi skit pasal produk shaklee nie.. aku dah cuba 6 shacet weh.. tapi dia punya kesan.. tu dia baq hang memag power aih!!! terasa lembuttttt sangat kulit aku nih haha perasan



 Setiap malam sebelum tido aku akan makan 1 sachet bersama mealshakes pon daripada produk shaklee.. kalo nak telan gitu jer memang tak berapa sedap la kan sebab collagen nie daripada sisik ikan merah. Mesti campur dengan apa2 baru sedap. Tapi dia xdelah bau hanyir ke apa pon... cuma perasan aku je tu.. maklumlah sisik ikan.. cer ko bayang sisik ikan camna ghupa..mesti tak lalu jugak kan.. nak cantik punya pasal abaikan saja sisik ikan tu hehehe








 Gambar hari raya korban tadi.. masa nie baru mula makan hehe

gambar dibawah nie pulak hari ke 4... haa tanpa edit yo... ada orang kata.. ala muka dah putih buat apa nak makan lagi.. eh eh bukan takat nak putih tapi aku nak awet muda hahaha

 Antara kebaikkannya yang boleh aku kongsikan bersama korang semua yelah.. Shaklee collagen powder mampu membantu kulit kita mengekalkan elastiliti semulajadi dan memperlahankan kehadiran kedut-kedut. Yang aku paling perasan aku memang ada garis-garis halus la kat muka nie.. alhamdulillah semakin berkurang.. 

Semestinya tampak lebih muda kalo guna collagen nih.. hehehe mesti la nak kan.. almaklumlah dah masuk 3 series... yang paling penting rasa lebih muda...kahkah

Tak rugi kalo nak mencuba sebab ianya terbukti berkesan untuk memperbaiki tekstur kulit wajah dan menghilangkan kedutan. Aku punya gatal2 kat muka nie pon dah hilang.. alhamdulillah tak payah pening2 nak pk makan ubat apa lagi..


  • 90% meningkatkan kelembapan 
  • 75% mengurangkan kekasaran & kekeringan
  • 71% meningkatkan dalam penampilan keseluruhan
  • 69% meningkatkan kelembutan dan kelicinan
  • 60% meningkatkan pemakaian kekal mekap
  • 55% meningkatkan keanjalan, ketegangan dan elastisiti
  • 54% meningkatkan ketebalan rambut
  • 50% meningkatkan keserian dan tona kulit 
  • mengurangkan garis-garis halus dan kedutan.


Okla tu saja yang mampu aku kongsikan nak cerita lebih2 anak2 aku nie sorang2 buat hal.. ada jer benda yang dorang nak amek perhatian aku nih kan.. ok ok nanti kita share lagi yer..

Kalo berminat boleh hubungi saya harga menarik menanti anda hehehe



Wednesday, October 9, 2013

Shaklee i love u

Assalammualaikum... hai semorang hehehe senyum...

Ok hari nie nak update blog. Saja la kan nak sembang2.. dah lama tak buat sesi luahan perasaan kat blog. Kalo dulu time bujang ada ja benda yang nak diluahkan dan diemokan kat sini. Sekarang nie agak limit sket masa tu nak bebel2 kat sini.. korang pon paham ken hurmmm.. mengeluh...

tetiba pulak ken nak mengeluh bagai... tadi dok sembang2 ngan adik opis aku cerita pasal bisnes MLM pastu teringat satu cerita yang aku pernah publish kat blog tahun lepas masa aku dalam pantang.. haha sesapa nak tau boleh baca kat sini http://jivebumz.blogspot.com/2012/10/kakak-zhulian.html 

Bila baca balik entry tu ghasa nak gelak guling2..mana pi ntah akak tu senyap ja hahaha

Tu kisah lama... setahun yang lalu... mentaliti tahun lalu... tup tup tahun nie aku terJOIN dengan SHAKLEE... haa nindia nak habaq hang... bermula kisahnya sebab aku nak beli untuk makan diri sendiri.. pastu tolong member opis.. belikan untuk dorang... tu tujuannya...

Secara jujurnya aku baru sahaja join sebagai ahli pada bulan 4 yang lalu.. bulan 5, 6 tu tak dak membeli apa pon.. so start bulan 7 tu aku rasa aku dah beli skit demi skit... tu pon untuk member opis aku, member opis asben dan family. Alhamdulillah semakin bertambah.. ada sahaja orang yang nak beli dengan aku.. sampai aku rasa eh bior betui.. hari nie pegi esok ada lagi orang order.. eh eh macam tak percaya.. haa macamtu.. sampaikan dalam seminggu tu wajib la pegi sekali dua..

HQ shaklee dekat empayar subang sana... dekat sangat dengan umah aku nie.. so tak da masalah.. time tu orang tak ramai sangat macam sekarang nie.. sekarang nak beli barang pon kena tunggu 2 atau 3 jam.. orang punyalaaaa ramainya pon.. awat ntah?? aku syak fenomena shaklee telah melanda sebab aku dah join ahli kot wakakaka perasan

Seriusss ramai sangat.. aku pegi sebab nak beli barang nak dapat on time nak bagi customer.. nak on9 kena tunggu barang so nak capat cepat kena la korban masa jiwa raga kat situ ken.. hurmm hambek ko 3 jam menunggu dengan penuh kesaboran... Lepas nie memang tak la kan... aku on9 aje.. jimat masa jimat tenaga...

Okla time rehat dah nak abes... aku cuma nak bagitau yang aku dah jatuh cinta dengan SHAKLEE.. sebab aku dah nampak potensi shaklee tu sendiri dan juga arah tujunya.. InsyaAllah jika diberi kesempatan aku nak berusaha untuk lebih maju lagi dalam bisnes nie.. aku tak peduli apa orang kata.. aku mesti coba!! haha semangat nih...

Korang doakan aku berjaya yer... mudah-mudahan inilah kerjaya baru aku nanti... amin... hanya Allah sahaja yang maha mengetahui...

k babai luv uols


Photobucket
© Design by | Nurulchumel Lovely Site