Menurut berita di Buletin Utama malam tadi, Menteri Kesihatan DS Liow Tiong Lai umumkan pengharaman botol susu bayi polikarbonat kerana mengandungi bahan kimia 'Bisphenol A' (BPA) yg boleh mengganggu fungsi hormon dan saraf bermula 1 Mac 2012.
Sebenarnya fungsi bahan kimia ini diguna utk botol lebih keras dan nampak lutsinar. Yang bahayanya Bisphenol A ni senang terurai pada suhu tinggi atau tercalar pada permukaan botol.
Kod-kod Plastik Yang Perlu Anda Tahu1 | PET –> PolyEthylene Terephthalate
*) hanya untuk sekali pakai. tidak tahan panas.
*) panas -> melelehkan polimer -> zat karsinogenik -> penggalak cancer
*) botol plastik jernih/transparan untuk botol jus, air mineral
2 | HDPE –> High Density PolyEthylene
*) hanya untuk sekali pakai
*) lebih tahan terhadap panas dibandingkan dengan PET -> karsinogenik
*) kuat, keras, tahan suhu tinggi, contoh : botol susu, bekas air minum, tupperware
3 | V –> PolyVinyl Chloride
*) hanya untuk sekali pakai. tidak tahan panas
*) mengandung DEHA -> terurai pada 150°C -> langsung bereaksi dengan makanan yang dikemas -> berbahaya bagi ginjal dan hati
*) digunakan sebagai plastik pembungkus (cling wrap)
4 | LDPE –> Low Density PolyEthylene
*) dapat dipakai ulang. tahan panas
*) sukar berinteraksi dengan makanan
*) kuat, agak tembus cahaya, fleksibel, permukaan agak berlemak. banyak dipakai sebagai tempat makanan dan botol-botol yang lembut
5 | PP –> PolyPropylene
*) dapat dipakai ulang. tahan panas
*) botol transparent tp tidak jernih (berkabut), kuat, ringan, stabil suhu tinggi. banyak dipakai untuk botol susu bayi
6 | PS –> PolyStyrene
*) nama populer = styrofoam
*) hanya sekali pakai. tidak tahan panas.
*) mengganggu hormon estrogen dan bagi perkembangan saraf
7 | OTHER –> styrene acrylonitrile (SAN), acrylonitrile butadiene styrene (ABS), polycarbonate (PC)
*) SAN : resisten suhu tinggi, resisten pada banyak reaksi kimia, kuat. Biasanya digunakan pada mangkuk mixer, pinggan, alatan makan, pembungkus termos, berus gigi.
*) ABS : resisten suhu tinggi, resisten pada banyak reaksi kimia, kuat. Biasanya digunakan untuk paip.
*)
PC -> dipanaskan -> pelepasan Bisphenol-A -> merosak sistem hormon, penurunan produksi sperma, mengubah fungsi imunitasi. Banyak digunakan pada botol susu bayi, bekas makanan dan minuman.
Info MOH: Panduan Penggunaan Botol Susu Bayi Polikarbonat
a) Kenalpasti Botol Susu Bayi Polikarbonat
Botol susu bayi polikarbonat bersifat keras dan lutsinar di mana ianya mengandungi Bisphenol A (BPA). Botol susu ini boleh dikenalpasti melalui kod identifikasi plastik yang biasa didapati di bawah botol susu bayi seperti berikut:
1. Nombor 7 -
2. Nombor 7 dan PC -
3. Nombor 7 dan ‘other’ -
Botol susu bayi yang bebas BPA biasanya dilabelkan dengan perkataan ‘BPA free’ atau bebas BPA.
b) Pengendalian Botol Susu Bayi Polikarbonat
1. Steril botol susu bayi polikarbonat mengikut arahan pengendalian yang terdapat pada label atau yang diberikan oleh pengeluar sekiranya ada. Jika tiada, pengguna perlu merendam botol susu bayi polikarbonat dalam air yang mendidih selama 5 hingga 10 minit.
2. Elakkan menggunakan air panas secara terus dalam botol susu bayi polikarbonat untuk membancuh susu.
3. Guna peralatan mencuci botol susu yang sesuai seperti span dan berus yang lembut bagi mengelakkan permukaan dalam menjadi rosak dan bercalar.
4. Sentiasa periksa permukaan dalam botol susu dan sekiranya terdapat kesan calar atau rosak, botol susu perlu diganti. Sekiranya tiada kerosakan, botol susu perlu diganti setiap 6 bulan.
Namun, pengguna juga boleh membuat pilihan awal dengan menukarkan penggunaan botol susu bayi polikarbonat kepada botol susu bayi yang bebas BPA mengikut kemampuan masing-masing. Terdapat pelbagai alternatif botol susu bayi di pasaran yang diperbuat daripada polypropylene (PP), polyethersulfone (PES), polyamides (PA), kaca dan lain-lain.
Sumber google:
botol susu bayi polycarbonate, botol susu polikarbonat bahaya
tadi akak aku kol ajak beli botol susu jenama tupperware yang macam kat bawah nie.. tak per lah biar mahal sket asalkan selamat.. hurm macam2 hal lah kan sejak akhir2 nie..