Tuesday, September 4, 2012
38 minggu...menanti saat kelahiran
Thursday, August 2, 2012
34 minggu = 8 bulan
Wednesday, July 25, 2012
Dua orang mak yong
Tuesday, July 17, 2012
Kencing manisss???
Friday, May 18, 2012
Alhamdulillah... esya akan jadi kakak
Friday, April 15, 2011
Antenatal check up kali ke 9
Semalam pegi klinik untuk check up antenatal kali ke 9.. nak review pasal check semalam secara detail rasa malas ler pulak.. so kita tengok tang berat badan la yer...
haishh berat acik dah naik sekilo lagi ok! daripada 76.2 kg kepada 76.6 kg! bersamaan dengan 77 kg yer kawan2
cepat jer naik kan.. lagi tak beranak lagi tu la berat naik mencanak.. makan pon asyik berselera jer.. mendengar denyutan jantung bobo terasa seronok sangatttt... dup dap dup dappp... zasttt zastttt.. weeee
nurse pon cakap yang perut aku dah turun.. tak lama dah nak bersalin...
alhamdulillah secara keseluruhan mama sihat.. bobo pon sihat..
semoga kami berdua sihat sampai lah hari nak bersalin nanti yer...
aminnnn
Monday, April 11, 2011
Kaki bengkak semasa hamil?
- 4. Rendam kaki dalam air sejuk.
- 5. Jangan menyilang kaki semasa duduk terutamanya dalam masa yang lama.
- 6.Regangkan kaki anda dan pusingkan pergelangan kaki anda, begitu juga jari-jari kaki anda. Gerak-gerakkan.
- 7. Minum air secukupnya.
- 8.Gunakan kasut dan stokin yang selesa. Jangan pilih yang ketat.
- 9. Kurangkan pengambilan garam dan makanan pedas.
- 10.Gunakan penyokong perut untuk wanita hamil untuk mengurangkan tekanan.
- 11. Amalkan senaman yang sesuai untuk wanita hamil.
- sumber: ratuhati.com
Friday, April 8, 2011
Antenatal check up kali ke 8
Ye Pn Amiys semalam saya pegi check up kat klinik kesihatan seksyen 7, shah alam.. waaa tak sangka ada blogger yang perasan saya..uhuhu terharu.. alaaa nape tak tegur kite? at least ada la kawan nak borak kang time menunggu turn.. ok tak pe nanti minggu depan ari khamis kalo jumpe sila tegur saya yer.. :)
Oh ye semalam adalah check up yang ke 8.. weee dah 8 kali tau pegi balik klinik tu tak termasuk pegi amek berat lagi.. kalo ikutkan dah berbelas kali rasanya pegi klinik tu..
hurm macam biasa info terkini perkembangan mama dan bobo setakat ini..
LK/LR : N
GULA : B
TEKANAN DARAH : 114/69 (minggu lepas > 115/67)
BERAT BADAN : 76.2 kg (minggu lepas> 74.5 kg) >> berat naik lagi sekilo! hebatt
TEMPOH HAMIL: 37+1 minggu (minggu lepas > 36)
TINGGI RAHIM: 37sm (minggu lepas > 38 sm) >> eh dah turun laa..nak bersalin dah per?
KEDUDUKAN/PRESENTASI: FPF
JANTUNG: 158
GERAK: +
nurse pesan kalo dah ada tanda2 bersalin tu sila ke hospital dengan segera.. carta pergerakkan anak continue sampai la bersalin.. ubat jangan lupa makan.. tu saje.. continue check up kali ke 9 pada 14 april nanti kalo masih belum bersalin jugak..
agak2 bile aku bersalin yer? saspen gak nie... menghitung hari la katakan :)
doakan kami berdua selamat yer korang...
muaahhh untuk korang taw! hihi
Thursday, April 7, 2011
Ingin ketahui tanda-tanda nak bersalin?
Semakin menghampiri saat2 bersalin semakin rajin aku menggugel maklumat.. nak tahu info punye pasal.. kene selalu banyak membaca..
Sekarang dah masuk minggu ke 37.. bila-bila masa dah boleh meletoppp so kat bawah nie ada sedikit info yang sempat aku gugel tadi.. mari kawan2 kita sama2 berkongsi maklumat..
credit to:http://portal.alamhamil.com
Tanda-tanda bersalin
Bersedia untuk kelahiran
Sebelum kandungan anda semakin berusia, adalah cukup bagus untuk anda mengetahui peringkat-peringkat kelahiran. Sekiranya anda ingin melahirkan dihospital, cuba buat ‘tour’ disekitar bilik bersalin anda.
Ini adalah tip mudah untuk anda menyiapkan diri untuk kelahiran anda:
- Menghadiri kelas antenatal
- Berbincang dengan kawan yang pernah melahirkan
- Tonton video kelahiran
- Amalkan pernafasan and relaksasi.
Tanda bersalin sebenar Vs Tanda bersalin tidak benar
Sekiranya anda merasa keliru yang mana satu tanda kelahiran benar atau tidak, anda bukannya berseorangan. Memang ramai yang tidak begitu pasti tentang tanda awal bersalin. Ramai yang mengadu mengalami tanda seperti mahu bersalin tetapi tidak tahu samada masa sudah benar-benar tiba atau cuma mengalami masalah sakit perut biasa sahaja.
Sekiranya merasa ragu, jumpa saja dengan doktor, tak perlu rasa malu sekiranya ia terbukti bukan masanya lagi. Yang penting, jangan tidak mengendahkan tanda-tanda tersebut.
Tanda-tanda hendak bersalin
Kontraksi Rahim
Kontraksi adalah tanda awal dan isyarat yang paling penting yang menunjukkan anda sudah sampai masa untuk bersalin. sekiranya kontraksi sudah ada, cuba perhatikan masa, tempoh dan berapa minit jarak diantaranya. Kontraksi yang sebenar berlaku secara teratur dan pada jarak yang konsisten. sekiranya ia berlaku setiap 5 min secara teratur dan semakin kerap, pergilah berjumpa dengan doktor untuk mendapat kepastian.
Kontraksi biasa atau Braxton Hicks contraction agak berbeza, ia kurang menyakitkan dan tidak teratur dan akan hilang dengan sendirinya tidak lama kemudiannya.
Sakit Belakang
Sakit belakang sering menjadi masalah utama wanita hamil, tetapi ia juga mungkin satu tanda kelahiran. Sakit ini akan semakin kerap dan kuat dan rasa lebih teruk pada bahagian bawah belakang.
Pecah ketuban
Dalam cerita drama atau filem,wanita selalunya sedar yang mereka bakal melahirkan apabila ketuban mereka pecah. Tapi ia bukan realiti sebenar.
Kebanyakkan wanita langsung tidak mengalami pecah ketuban sehinggalah disaat-saat akhir proses bersalin. Yang kerapnya, doktor yang akan memecahkan ketuban anda untuk mempercepatkan proses bersalin.
Pecah ketuban berlaku pada segelintir wanita hamil sahaja dan sekiranya anda mengesyaki yang ketuban sudah pecah, jumpalah dengan doktor dengan segera.
Bloody Show
Disaat awal anda bakal melahirkan, selalunya terdapat lendir pekat bercampur darah keluar dari faraj. Ini adalah pluk mukus yang menghadang sebarang kemasukkan asing kedalam cerviks. Ia juga menghalang sebarang kuman dari merebak kepada bayi. sekarang pluk ini sudah tiada dan bayi sudah boleh bergerak kebawah dengan perlahan-lahan.
Serviks terbuka
Sebaik sahaja kontraksi berlaku, pangkal rahim anda akan menjadi lebih lembut dan lebih nipis. Walaubagaimanapun, cuma doktor sahaja yang boleh mengetahui perubahan ini semsa pemeriksaan faraj.psstttt: kalo korang ada lebih daripada nie bolehlah maklumkan pada aku yer.. TQVM
Friday, April 1, 2011
Antenatal check up kali ke 7 = 9 Bulan
Semalam adalah check up yang ke 7 yer kawan-kawan.. aku amek appointment waktu petang iaitu pukul 3. Kali nie tak ramai sangat orang buleh la.. banyak lagi kerusi kosong.. cuma parking jer tak de so aku terpaksa park kat tepi2 divider jalan tu..
LK/LR : N
GULA : B
TEKANAN DARAH : 115/67 (minggu lepas > 119/60)
BERAT BADAN : 74.5 kg (minggu lepas> 74.5 kg) >> berat menten der!
TEMPOH HAMIL: 36 minggu (minggu lepas > 35+3)
TINGGI RAHIM: 38 sm (minggu lepas > 36 sm) >> kejap jer dah panjang 2sm kan?
KEDUDUKAN/PRESENTASI: FPF
JANTUNG: +
GERAK: +
begitulah dia resultnya.. berat tak naik menten jer.. tinggi rahim yang naik 2sm.. patutlah peyut makin besor.. erm pastu kene jumpa dengan doktor.. doktor cek jantung bobo semuanya ok.. then check jantung mama bobo pulak.. ada bad new la uols.. sampai 2 orang doktor check jantung aku.. dua2 doktor tu tak berani nak confirm apa2.. dorang kata jantung aku ada masalah cket.. denyutan terlampau laju.. so dorang mintak aku datang klinik isnin depan untuk refer dengan doktor pakar.. weeee saspen weh! aku rasa aku sihat2 jer.. cuma sejak 2,3 hari nie aku dijangkiti selsema.. mungkin sebab tula pernafasan aku jadik tak betul cket.. hurmmm dalam pada tu aku riso jugak kalo ada apa2 penyakit lain ker nanti..
korang tolong doakan untuk aku yer.. aku berharap sangat aku sihat dan dapat lahirkan bobo dengan selamat...
"Ya Allah ya tuhanku hanyalah kaulah tempat aku memohon pertolongan...jauhilah aku dan anakku ini daripada sebarang penyakit..."
aminnn...
Thursday, March 24, 2011
Mak yong hari ini

Gambar panas mak yong hari ini setelah berat naik lagi 3 kg menjadi jumlah berat terkini aku kepada 74.5 kg! Wow bestnyaaa berat.. Berat asal 56 kg you menjadikan peningkatan berat badan sepanjang peknen adalah sebanyak 18.5 kg.. Sket lagi mau cecah 20 kg uols!! Macam megik jer rasa.. Tak per pas bersalin nanti kita tengok turun ke idok..
Antenatal Check up yang ke 6
Semalam kan aku pegi antenatal check up yang ke 6 kat klinik seksyen 7.. haa inilah dia resultnye... sajalah untuk tatapan aku bila dah bersalin nanti.. bukan saje2 nak tunjuk kat sini..
LK/LR : N
GULA : B
TEKANAN DARAH : 119/60 (2 minggu lepas > 108/61)
BERAT BADAN : 74.5 kg (2 minggu lepas> 71.3 kg) >> berat naik giler2 yes yes :)
TEMPOH HAMIL: 35+3 minggu (2 minggu lepas > 33+1)
TINGGI RAHIM: 36 sm (2 minggu lepas > 33 sm)
KEDUDUKAN/PRESENTASI: FPF
JANTUNG: +
GERAK: +
alhamdulillah mama dan bobo sihat.. kaki pon tak de bengkak.. cuma bobo sekarang nie makin lasak kat dalam peyut mama dia.. kick tak main la pelan2.. kasi kuat punya sampai terkejut mama dia.. alhamdulillah harap2nya bobo sihat walafiat sampailah deliver nanti..
oh ye mulai sekarang aku dah kene pegi klinik seminggu sekali tau.. so next appointment pada 31 mac nanti.. aku amek jam 3 petang jugak.. lantak lah lambat ke panas ker menunggu kat klinik tu.. sebab aku rasa pegi waktu pagi lagi lama kat klinik tu.. mau 2,3,4 jam jugak.. baik aku pegi petang.. baru 2 jam lebih sket camtu..
hehe semalam kemain lagi aku komplen ramai orang la pegi petang2 sekarang nak plak g klinik petang2..
erm berat aku naik 3 kg!
terkejuttt mak!
nie mesti balik kampung aritu bantai makan tak hengat.. memang aku perasan latelty aku lagi kuat makan berbanding bulan2 sebelum nie.. haha siapla sebelum deliver aku bertukar menjadi belon hikhik
Friday, March 11, 2011
Soduku ku
Aku ade beli buku nie.. sebelum beli kemain semangat lagi nak beli buku nie.. tapi bila dah beli buat "dek" jer kat buku nie..
iks iks kesiannn buku nie kan.. tuan punya dia wat tak tau ja kat dia no..
aiseyman bila tengok nombor jer jadi malas.. nak pitam pon ada.. adeh cemana la nak latih bobo teror matematik nie sedangkan mama dia pon tak minat..
apo daaa?? hauhauhau
Wednesday, March 9, 2011
Antenatal Check up yang ke 5
Hari nie pegi check up bersama en bob tersayang.. fuhh seb baik en bob mau temankan guwe kalo tak ntah dapat parking ker tak tadi tu.. sapa2 yang pernah pegi klinik seksyen 7 tu tau lah keadaan dia macam mana kan? hazab menunggu macam mana..
Appointment hari nie pukul 9 pagi.. biasanya aku amek jam 8 pagi tapi aritu masa nak booked time dah penuh ler pulak.. maka terpaksalah amek yang pukul 9 punya.. kalo tak aku pegi sorang jer check up nie sebab dok pikirkan parking tak de tu yang terpaksa ajak en bob tu hehe terpaksa konon.. dalam hati memang nak sangat suami temankan :P
muka "heppi" sebab suami disisi.. lalalala eh korang nampak tak? muka aku makin bam2 kan? nampak tak? tu tudung tu pun rasa macam dah tak muat lagi huhu
aku da gumuks!
hari nie check up yang paling lamaaaaaaaaaa gilerrrrrrrr... sampai klinik jam 8.55 pagi.. settle sume jam 12.45 tengah hari!
panas jer en bob menunggu aku tau... sian dia..
nie pulak laporan untuk check up kali ini
LK/LR : N
GULA : B
TEKANAN DARAH : 108/61 (2 minggu lepas > 112/66)
BERAT BADAN : 71.3 kg (2 minggu lepas> 71 kg) >> berat tak naik!!?&^%$#
TEMPOH HAMIL: 33+1 minggu (2 minggu lepas > 30+6)
TINGGI RAHIM: 33 sm (2 minggu lepas > 31 sm)
KEDUDUKAN/PRESENTASI: FPF
JANTUNG: +
GERAK: +
sebab lamaaaaa gilerrrrrr kat klinik tu, doktor nak scan baby dalam perut nie.. mulanya risau jugak napa doktor nak scan2 plak nie.. rupanya doktor nak pastikan kedudukan baby kat dalam perut sebab aku kan dah lama tak scan.. last scan bulan doblas aritu..
alhamdulillah semuanya ok.. aku sihat.. baby pon sihat.. cuma doktor pelik sket la sebab berat badan aku tak naik banyak.. ntah la sekarang nie aku macam tak berapa nak ada selera makan sangat.. kalo dulu mula2 peknen asyik nak makan jer manjang.. sekarang dah ujung2 tak nak plak..
nurse pun dah bagitau tanda2 nak bersalin sume tadi.. siap suh aku standby baju baby sume kat dalam keta kot2 nak bersalin nanti kan senang..
apa lagi minggu nie nak kena beli sume kelengkapan baby tak boleh tangguh2 lagi maunya terberanak awal bulan depan kang naya haku! errkkk
next check up plak pada 23 mac aku booked jam 3.00 pm.. abih check up nanti bleh terus cabut balik rumah tak payah masuk opis..hihi
Monday, March 7, 2011
Baju untuk my bobo
hasilnya ini jer dulu sebagai permulaan.. memandangkan aku pegi sorang2 en bob tak de koje lagi so beli sikit2 jer dulu janji ado.. nak kasi semangat kat en bob nie supaya lepas nie bawak aku pegi soping beli baju bobo lagi..
bukan apa uols.. soping pakai duit aku tak berapa best sangat tapi kalo pakai duit en bob lagi afdal.. tak dela aku nak gigil2 time bayar nanti :P
hihihi
Friday, February 25, 2011
Jom pi Shoping!
Hai semalam orang2 gomen kat luar sana dah dapat gaji kan???? kan kan???
aku????
mestila dapat jugekkk.. kan ai pon salah sorang daripada mereka2 itu hihihi
so apa planning???
mestilah nak shopping!!
nak beli barang2 untuk BOBO nie satu hapa pon tak beli lagi nih! adeiiiii en bob pulak kene keja hari minggu nie.. kat Kompleks Kraf, Jalan Conlay sane ada Hari KRAF Kebangsaan.. ade jualan macam2 kat sana.. sape berminat boleh terjah.. di buka 10 pagi hingga 10 malam.. jalan ler puas2! >ai sempat lagi tolong promote untuk laki sendiri :)
baru dok plan nak ajak en bob pegi shoping.. hancur musnah harapanku.. sobsobsob
tak perlah kejap lagi waktu rehat aku nak pegi ronggeng ngan kawan2 kat PAS sane kalo dapat sehelai dua baju yang comei2 untuk Bobo bagus jugak kan..
tak sabar nak beli barang sume2 nie.. seperti gambar dibawah...hurmmm

kredit gambar nie kat belog http://zatie8384.blogspot.com/ sori tak mintak izin nanie nak kopi gambar nie hihi jangan mare yer!
adios!
jom koranggg kite pegi shopingggggg :)
Wednesday, February 23, 2011
Antenatal Check up kali ke 5
ini repot antenatal check up pada 9 feb 2011 yang lalu..
LK/LR : N
GULA : T (kencing ada sikit kotor laa)
TEKANAN DARAH : 100/60 (bulan lepas > 102/60)
BERAT BADAN : 70.6 kg (bulan lepas> 68.8 kg)
TEMPOH HAMIL: 28+6 minggu (bulan lepas > 27+3)
TINGGI RAHIM: 28 sm (bulan lepas > 26 sm)
KEDUDUKAN/PRESENTASI: FPF
JANTUNG: +
GERAK: +
yang ini pulak check up hari ini punya yang ke 5.. owh sekejapnyaa
LK/LR : N
GULA : B (kencing dah ok tak de kotor daa)
TEKANAN DARAH : 112/66 (2 minggu lepas > 100/60)
BERAT BADAN : 71 kg (2 minggu lepas> 70.6 kg)
TEMPOH HAMIL: 30+6 minggu (2 minggu lepas > 28+6)
TINGGI RAHIM: 31 sm (2 minggu lepas > 28 sm)
KEDUDUKAN/PRESENTASI: FPF
JANTUNG: +
GERAK: +
yeahhh berat ai maintain taw! hihi tu jer nak cakap.. ok next appointment on 9 MAC 2010 mungkin berat akan naik lagi tapi tak banyak dah kot.. weeeee nak masuk 8 bulan peknen dah la.. tatuttttnyeee
tadi kan mase check jantung ngn perut nurse tu cakap perut aku comel jer tapi dah nak masuk 31 minggu dah.. heheh kembang2 vontot aku bila puji2 comel nie kan..haha
Friday, February 18, 2011
Buku nama-nama indah
dalam ribu2 nama kat dalam nie aku ada terbekenan beberapa nama.. kiut miut nama tu hihi (perasan sendiri) tapi yang penting makna tu mesti yang elok2
kalo nak tau kene tunggu bobo kuar dulu lah yer.. aku dah standby nama untuk boboy n gegurl.. en bob pon tatau lagi nih! hihi tak sabar2 plak mama bobo yer :P
walau apepon tungguuuuuuuuuuu :)
Bobo dah 30 minggu taw..
Minggu nie kita keja 4 hari jer kan? best kan? kalo tiap2 minggu macam nie adalah sangat best gitu.. heheh melampau yer nak keja 4 hari tapi bergaji penuh :P
Nak apdet pasal perkembangan bobo saya.. now dah masuk 30 minggu yer.. kejap jer kan.. minggu depan dah masuk 31 minggu.. pastu 32, 33, 34 dan sampailah masanya... ntah bobo nak kuar time brapa minggu itu hanya Allah saja yang tahu.. oh risonyeee coz rasa cam tak ready plak lagi.. baju apa sume tak beli pon lagi..hurmmm tak pe ada masa lagi.. saya selalu cakap ngan bobo tiap2 hari supaya jangan kuar lagi.. tunggu mama buat persiapan dulu yer sayang..hihi kalo dia dengar la..
pic kat atas nie yang terkini tau..
Bobo sekarang dah suke mengeraskan badan dia.. tendang pon bukan tendang pelan2 tendang kuat2 yer.. selalunya memang saya akan terkejut.. tendangan bobo pon semakin kerap.. kadang2 tu sampai senak2 rasa nak terkencing sume ada.. hiii seronok eh dia kat dalam perut mama dia nie.. tak terbayang cemana rope bobo kat dalam sana..
nie gambaran kat dalam perut saya sekarang nie.. lebih kurang cam gini la kan.. patutla makin notti rupanya kaki bobo kat atas daa..

Tido malam pon dah tak berapa nak lena.. kejap2 mesti terjaga terasa bobo menendang.. pastu kena lapik perut dengan bantal lain.. perut dah berat kan.. tido mengiring jela.. kejap pusing kanan kejap pusing kiri..
kaki pon kadang2 ada cramp tapi tak selalu la.. orang kate minum susu supaya dapat kurangkan cramp tu.. so en bob belikan saya susu kambing..
yeahh ai like! satu hari minum sekali jer bawak g kantin opis suh abg tukang bancuh air kat kantin tu buatkan..hee
sampai sekarang nie aku dah tak pi scan untuk tau jantina baby.. rasa malas nak pegi scan lagi.. tak pelah ai redha je sama ada boy or girl..
korang tak nak teka ker? hihi meh teka meh kalo betul nanti aku bagi adiah.. nak tak? hihihi
hadiah kena tunggu bobo kuar dulu yer :)
Tuesday, February 8, 2011
29 weeks
esok mau pegi klinik for 4th check up yer.. kene minum air gula untuk kali ke dua oh tidakkkk
malam nie nak puasa selepas jam 10 pm... harap2 esok segalanya berjalan lancar
pic terbaru minggu lepas korang kate tak nampak perut kan meh sini aku show dari tepi.. nampak tak? nampak tak? hihi
hope mama sihat bobo pon sihat :)





