Wednesday, November 13, 2013

Konvokesyen Kak Yon

Siapa Kak Yon???? tu dia yang pakai jubah konvo tulah... kak yon nie anak buah saya. Anak buah no 2. Tahniah kak yon kerana telah berjaya menamatkan pengajian dalam bidang business IT. Selamat datang ke alam pekerjaan yeayyy

Lepas nie sebok mencari koje la pulak... Tamat pengajian di UITM, Shah alam.. syabas yon!

Abang dan kakak pastinya gembira menyaksikan anak depa berjaya kan... hurmm terpk jugak esok2 anak2 aku camna dapat tak merasa konvo begini.. mudah-mudahan...

Aku nie kan seronok sangat tengok anak buah berjaya tamat belajar.. memandangkan opis pon tak jauh dengan uitm tu ku gagahkan jua datang tengok.. walaupun jarak antara parking dan juga dewan sangat lah jauh.. tak pa yang penting kita datang meraikan bagi dia hepi gitu.. tapi sorilah bunga tak dan beli hehe.


kak ju pon ada.. sanggup amek cuti lagi tu...

dah tau pakwe kak yon datang wajibbb bawak bunga kennn... so kami tak beli lah hehe



abang dan kakak dengan bakal menantu...

banyak gambar jelah aku nak share kat sini sebagai kenangan

loving kapel ahak ahak

lastly....ehemmmm yon bagi peluang aku pakai jubah konvo dia.. merasalah aku berkonvo untuk kali ke 3 lalalala

tu je pon... tahniah yon daripada maklong sekeluarga semoga yon tabah menghadapi liku2 untuk mendapat pekerjaan yang sesuai dan setimpal dengan kelulusan yon lepaih nie.. maklong dah lalui semua tu dulu tau eh eh hehehe
 

Friday, November 8, 2013

Pengasuh dera budak di taska

Malam tadi aku tengok berita pasal budak taska kena dera.. huiii tak sanggup kot nak tengok video tu.. pastu tadi jalan2 kat blog Ana Lyana terjumpa kisah ini. So terasa sangat dihati seorang ibu seperti aku nie... Ya Allah kenapalah kejam sangat manusia sekarang nie?? Sampai hati dia buat anak orang macam tu.... meh baca sini...

Copy n paste dari http://orlyloveshop.blogspot.com


GEMPAR PENGASUH MENDERA BUDAK DI TASKA PERMATA HARAPAN


Assalamualaikum.. Aku betul-betul geram .. Mula-mula aku nak ucap tahniah dan terima kasih kepada bapa anak kecil yang sanggup menjadi Detektif Conan untuk anak sendiri sehingga VIDEO tersebar untuk pengetahuan UMUM.. 


Anak-anak aku ada pengalaman buruk dengan TASKA PERMATA HARAPAN ni.. semua salah aku.. aku sedih dan nangis kenang anak aku kena dera tapi. .aku masih cakap anak aku mengada-ngada sebab terlalu manja.. 

Aku mencari taska di sekitar kawasan tempat aku tinggal.. aku ni jenis manusia yang sempoi pasal penjagaan anak-anak. Dari kecik anak-anak aku di hantar merata-rata untuk kasi orang jaga.. di sebabkan tiada siapa yang boleh jaga mereka di sebabkan aku bekerja dan suami pun bekerja.. Aku hantar anak-anak aku di taska tersebut sebab Yuran yang agak murah.. dari semua tempat di sekitar Taman Melati,.bagi aku .. anak-anak aku akan biasa.. walaupun mereka tidak biasa.. satu lagi sebab kenapa aku hantar mereka di TASKA tersebut sebab dekat dengan sekolah anak aku yang sulung.. so tak ler.. jauh sangat VAN nak hantar  dari sekolah..

PERUBAHAN BULAN PERTAMA ANAK-ANAK

- ANAK AKU SELALU MENGADU YANG CIKGU KETUK KEPALA dia.. 
Aku malas nak percaya aku sejukkan hati aku dan anak-anak.. ala.. siapa ketuk. tak adalah.. cikgu baik.. dia terketuk jer.. nanti mama marah ok 
(time tu anak aku si SARA(3 TAHUN) dan QALESYA (1 TAHUN LEBIH) sara masih pelat dan tunggu kakak Batrisyia jer yang akan cerita apa cikgu lakukan pada adik dia.. )

- ANAK AKU MENANGIS MERONTA-RONTA TAK NAK TURUN KERETA
Tiap-tiap pagi aku dan Hubby kena kejar si SARA keliling kereta sebab dia dah turun dan lari tak nak masuk TASKA.. aku ngan HUBBY ingat SARA MENGADA-NGADA.. sebab dia anak manja dalam famili.. aku dan HUBBY angkat dan HERET dia (sedih nyer aku kenang kisah tu,..,.AKU MAK YANG BODOH.. tak percaya cakap anak.. sebab aku SEMPOI tak nak pikir masalah)

- TASKA TANYA - Puan, susu guna jenama apa?.. Saya guna DUGRO.. 
 TASKA JAWAB - Sama ngan anak saya.. esok-esok tak payah bawak dalam container sikit-sikit, kasi jer sepeket.. nanti dah habis kami kasi tau.. (AKU TAKNAK KASI LEBIH SEBAB AKU TAHU ANAK PENGASUH TASKA MINUM SUSU YANG SAMA.. KALU AKU KASI LEBIH.. ANAK AKU TAK MINUM, ANAK DIA yang telan.. TAPI.. ITU YANG TERJADI.. ANAK PENGASUH TASKA ADA 6 ORANG dalam TASKA.. semua kecik2.. ) 

Aku belajar.. sebagai ibu , nak tahu anak kita minum susu ke tidak.. kasi ikut sukatan.. nanti kita tahu ler.. berapa sukatan yang habis.. maksudnya.. berapa kali anak kita minum susu sehari.. tapi.. menakjubkan.. SUSU dan PEMPES.. tiap-tiap hari habis.. anak aku lapar kebulur time aku ambik mereka dan pempes tiap-tiap hari minta lebih .. 


PERUBAHAN BULAN KEDUA ANAK-ANAK

- SARA bukan tak nak pegi taska.. dia bangun tidur terus mengamuk-ngamuk tak nak PEGI TASKA.. dia TAK NAK KELUAR RUMAH..  (AKU MAMA YANG BODOH .. masih HERET anak keluar rumah dan ANGKAT SARA MASUK TASKA.. DAN LARI MASUK KERETA.. Biar CIKGU yang pujuk.. aku tahu anak aku tak biasa.. baru sebulan.. masuk taska.. selama ni OPAH dia yang jaga.. )

- Kakak cerita CIKGU kurung anak dalam bilik.. tak kasi tidur dengan kakak sebab SARA suka menangis.. (mama masih sangka baik.. cakap .. tak aper.. sara ada kawan lain.. nanti dia biasa dengan kawan2 dia.. )

- Anak aku QALESYA.. ada GARIS PANJANG MACAM KENA KETUK dengan PEMBARIS tajam.. MUKA dan DAHI BERGARIS MERAH.. (Pihak TASKA cakap.. ada budak buat.. AKU TAK MARAH.. AKU CAKAP.. "Ala.. budak.. kalau tak jatuh bukan budak, kalau tak berkudis bukan budak.. AKU ORLYLOVE, adalah mak yang sempoi.. MACAM BODOH.. masih tak percayakan anak.. >> AKU BUKAN TAK NAK PERCAYA ANAK, AKU TAK SUKA MANJAKAN MEREKA .. Aku nak mereka KUAT.. JATUH bangun SENDIRI, KENA KETUK.. GOSOK SENDIRI.. TERANTUK.. GOSOK SENDIRI.. pendapat aku.. kalau mereka kuat.. mereka tak akan nangis untuk perkara-perkara kecik dalam hidup mereka.. 

- BAJU BUSUK.. dengan basah2 bau HANCING.. campur dalam bag.. 

- ANAK LAPAR TAHAP GABAN..tiap2 hari aku ambik petang.. anak nampak seronok sebab dapat main luar.. tapi.. hakikatnya.. mereka nak kebebasan dari di DERA.. 

-  SARA dah mula mengigau.. tidur malam dah cakap dalam tidor ... cakap cikgu tarik rambut.. cakap sorang-sorang sampai aku naik takut..  

- Aku dan HUBBY risau pasal SARA.. dia tak boleh bercakap sangat  tapi.. dok ngadu CIKGU TARIK RAMBUT.. 

- AKU PERGI BERUBAT DARUS SALLAM.. untuk ambik air penawar.. takut sara lemah semangat sebab tak serasi dengan TASKA BARU.. Nak pulih semangat dia.. TAPI>> Aku silap.. ggggeeerrr terasa nak sepak jer cikgu taska.. macam dalam video kat atas.. JANGAN PANGGIL CIKGU ler.. Woii,.,.korang ni aku gelas.. JINNap jer.. 

PERUBAHAN BULAN KETIGA ANAK-ANAK

- Aku masih mengejar SARA dalam kereta untuk keluar kereta.. Mengheret dia untuk masuk ke dalam TASKA PUAKA ni.. sampai muntah2 kat tepi kereta (CIKGU TASKA CAKAP.." AKAK PERGI JER KERJA PANDAI LE SAYA PUJUK)

- Ada seorang bapa kepada anak-anak yang menghantar anak merekadi sana.. cakap.. " KAK KALAU ANAK TAK NAK MASUK.. BAIK TUKAR TASKA ler.. mungkin tak serasi.." - Aku balik berbincang dengan HUBBY.. (ok..kita tukar taska.. tapi.. hujung bulan nanti kita tukar.. ) 

-  FINAL KEPUTUSAN  DICAPAI.. 
Satu petang, mak aku tolong aku mengambil anak-anak dari taska..sebab aku balik lewat.. sesampai aku di rumah.. mak aku cakap.. " ANAK DEMAM PANAS, SESAK NAFAS.. SEMPUT" 

Berderau hati aku.. sebab SARA kena serangan ASMA dan aku call cikgu taska.. dan marah kenapa tak call aku yang anak aku asma.. ??? cikgu taska dengan selamber sms.. " ANAK PUAN SAKIT PETANG.. dah nak balik.. dah..dan KENAPA puan tak sediakan UBAT dalam bag dia.. sebab dari pagi tadi puan hantar dia macam tak sihat.. tapi.. kami dah letak VICKs dekat dada dia 

Petang tu SARA kena ambik NEB di HKL.. 3 kali GAS baru OK.. kalau tak sure kena tahan wad.. aku tak layan TASKA terus aku berhenti kan anak2 aku 24 JAM.. aku tak contact cikgu dan cikgu tak contact ..just SMS, tanya.. kenapa tak hantar anak.. dan aku tak balas..

Pengalaman mengajar aku dan HUBBY, 
KEPADA IBU BAPA yang menghantar anak ke TASKA.. 

NASIHAT ORLYLOVE

 - JANGAN LER INGAT ANAK YANG MANJA itu mengada-ngada kalau tak nak ke TASKA..BUKAN DIA SENGAJA NAK MENGADA dan MANJA depan orang..  

- Kalau anak dah start mengadu cikgu buat itu dan ini.. tolong ler.. check.. 
- Kalau anak dah start tak nak turun kereta sebab tak nak masuk taska.. tolong ler tanya cikgu taska.. siapa yang suka buat anak.. cadangan aku.. tanya depan-depan cikgu .."CIKGU MANA YANG BUAT ADIK.... !! sure.. anak cakap nanti.. 
- Kalau anak dah start bercalar balar.. tanya,..,
- Kalau anak LAPAR sangat..tanya apa diorang makan.. 
- Kalau anak dah mula cakap sorang-sorang...
(SEMUA DI ATAS UNTUK IBU BAPA YANG MENGHANTAR ANAK-ANAK YANG BOLEH BERCAKAP dan BERCERITA..KALAU ANAK-ANAK KECIL yang masih BAYI?.. check ler.. kesan-kesan lebam.. itu jer.. cara.. tak leh nak tolong..cara lain.. )

TASKA DURJANA ni.. DI TAMAN MELATI SETAPAK KL
KONON nyer TADIKA BERDAFTAR dengan JKM
Cikgu nyer.. ORANG KEDAH.. anak 6 orang dan MEREKA memang TIDUR di dalam TASKA.. semua anak-anak di dalam jagaan beliau.. SUAMI tinggal sama dalam TASKA.. 
pekerja.. 3 orang .. termasuk cikgu nyer.. 4 orang 
MOOD SEBAK... 
SARA, QALESYA, BATRISYIA, MAAFKAN MAMA Sebab salah anggap dengan kalian.. dan tersalah PILIH PUSAT JAGAAN untuk kalian.. MAMA kena bekerja demi keluarga  KITA, Insyaallah.. kalau ada rezeki mama, mama akan berhenti kerja dengan melakukan sesuatu.. perniagaan sambil menjaga kalian semua.. doakan mama,, ok.. IMPIAN mama memang tak nak bekerja.. mama nak besarkan anak-anak mama dengan hasil keringat mama sendiri.. 

BUKA LAH MATA WAHAI JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT... JANGANLAH SUSAHKAN PENDAFTARAN TADIKA / TASKA untuk semua PENGASUH DAN PENGUSAHA supaya mereka senang mendaftarkan TASKA DAN TADIKA mereka. Mereka dapat di pantau..oleh JKM BERIKAN MEREKA pendidikan macam mana KAK ROSMAH nak kan anak-anak PERMATA NEGARA cemerlang dan terbilang.. Jangan lah tunggu LAPORAN baru nak buat pemeriksaan..

Thursday, October 31, 2013

Off to cherating

3 hari dua malam outstation ke cherating tinggalkan anak dan suami huhu. Buat pertama kalinya...alhamdulillah setakat nie esya dan sara ok xbuat masalah dekat babah.
Cuma aku jelah tak boleh nak call... kang nangeh pulak dengo suara mama dia nih kan... haru babah nanti. Hari nie hari kedua...tak sempat nak round2 cherating nie pon jadual pack! Oh yer arinie closing pulak tu... #shaklee la apa lagi kan... mudahan segalanya berjalan lancar kalo ada rezeki nak naik rank... nak nak NAKKK
Ok bye

Tuesday, October 29, 2013

ESP dan Alfalfa Pilihan SAYA dan ANDA juga :)

Teringat zaman saya menyusukan Esya dan Sara... Seronok sangat... rezeki melimpah ruah sampai terbuang-buang sebab tak cukup tempat nak letak. Saya tak ada deep freezer. Hanya peties biasa 2 pintu tu sajalah tempat saya menyimpan stok susu.  Disitulah tempat menyimpan ikan, ayam dan daging. Disitulah tempat menyimpan stok. Stok susu lagi banyak daripada makanan hehe. Sampaikan suami pon bising... tapi bila diterangkan barulah suami faham... tujuan buat stok tu. Untuk ringankan beban suami jugak kan...hemmm.... Start mula berpantang sehinggalah abes pantang saya dah mula kumpul stok. 

Seronok sangat... hari-hari pon pam... pam ibarat nyawa... kemana sahaja mesti ada dalam handbeg hehehe

ini testimonial sahabat karib saya... anaknya sekarang dah berumur 7 bulan masih menyusu badan sepenuhnya. Kawan saya nie hanya mengamalkan minum ESP dan alfalfa setiap hari. Tengoklah hasilnya penuh deep freezer tuh!

sangat kagummmm kan



 ESP nie banyak kelebihannya. Antaranya...

  1. Kekal Muda – Asid Amino membina otot manusia, kuku, rambut, darah, organ, kulit, kelenjar, 50,000 jenis protein, 20,000 jenis enzim dan lain-lain. Pengambilan Energizing Soy Protein Shaklee adalah kunci untuk mengekalkan kulit muda dan otot serta memastikan kita sentiasa bertenaga.
  2. Hormon Berasaskan Tumbuhan Semulajadi – kacang soya adalah tumbuhan yang hanya kaya dalam isoflavon yang sama dengan fungsi hormon wanita. Ia membantu dalam mengurangkan paras kolesterol dan mencegah osteoporosis dan penyakit jantung.
  3. Memulihkan Fungsi Prostat Lelaki - genistein dalam kacang soya telah membuktikan bahawa ia mempunyai keupayaan untuk menghalang pertumbuhan dan mencegah sel kanser daripada merebak. Ia memusnahkan radikal bebas dalam sel-sel kita sebelum radikal bebas bermutasi DNA sel-sel menjadi sel-sel kanser. Ia juga menjaga rahim dan ovari, kitaran haid dan prostat.
  4. Kulit berseri dan anjal – Merangsang regenerasi kulit dan otot, memulihkan kedutan, sebagai anti-penuaan, mengembalikan keserian kulit dan kelembutan-lembutan otot, sekali gus mempercepatkan pemulihan luka danmenghilangkan  parut.
  5. Pemberi tenaga segera – Membekalkan tenaga segera dan meningkatkan sistem imun, dengan itu ia memulihkan keletihan, migrain, insomnia dan tekanan gejala yang berkaitan seperti kemurungan, kebimbangan, ketakutan, dll.
  6. Memulihkan Pigmentasi – Melambatkan proses uban, rambut gugur, masalah keadaan rambut, pigmentasi, freckles.
  7. Memperbaiki Memori – Menguatkan ingatan, kecergasan, keupayaan seksual, dan sebagainya.



Manakala alfalfa mempunyai kebaikan seperti berikut....

1.Dikatakan tumbuhan terbaik yang mengandungi segala zat keperluan hariantubuh manusia.
2. Melegakan sakit sendi dan belakang.
3. Menghilangkan kelesuan dan tekanan.
4. Memberi sensasi ‘rasa sejuk’
5. Memberi kelegaan semasa haid
6. Merawat arthitis
7. Bagus untuk elergi dan ekzema
8. Merawat athma
9. Mencuci usus bagi membuang toksik
10. mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor disebabkan jangkitan buah pinggang
11. Meneutralkan asid dalam badan
12. Merawat masalah keputihan pada wanita
13. Membesar dan menegangkan payudara
14. Bertindak seperti kacip fatimah kepada para isteri
15. Memulihkan urat selepas bersalin
16. Membantu masalah penghadaman dan pencernaan
17. Meningkatkan stamina seorang suami
18. Melegakan sembelit
19. Membuang angin dalam badan


 gambar di bawah nie stok susu saya suatu ketika dulu....hehehe best... pam time opis hour... amek masa sket.. buat 2 ke 3 kali sehari


 dan ini kakak esya sedang mengira stok susu adiknya sara :)

Hubungi saya jika berminat...

ila kamilah
012 5417451
jivebumz@yahoo.com

saya sedia membantu anda :) :) :)

Monday, October 28, 2013

Permata hati ku Double Q

Dua permata hati ku
Double Q

QALESYA IRDINA & QAYSARA ALEESYA

Eh kenapa nak capital letter pulok hahaha 

Ermm lusa aku kena g outstation.. ke cherating... pestime nak tinggalkan double Q dan babahnye... babahnye ok la kan sebab dah besor... 

nak tinggalkan anak2 dengan babahnye nie yang buat aku risau.. ermm boleh ke suami aku nak jaga dorang sorang2 nih... risau tahap gaban jugak laa memikiornye pon... 

Aku harapkan mudahan En bob dapat jaga dorang dengan elok.. cukup makan semuanya hahaha. Makan macam biasa aku dah suruh dia beli aje kat kedai mamak bawah umah tu. Makanan sara aku boleh buat frozen nanti. Esya boleh makan makanan sama babah dia.. 

Riso sangat padahal nanti aku tak de ok jer pon... secara otometik semuanya berjalan lancar.. betui tak? bila kita ada memang semua kat bahu kita.. bila kita tak de pandai jer dorang nanti.. betui tak?? hehehe

Aku ke cherating gantikan bos... rabu sampai jumaat jadi urusetia kat sana.. tengok aturcara program macam santai aje... tapi tak taulah macam mana nanti.. ermm boleh lah kalo ada kesempatan aku update dari sana yer... share story hehe.

Sekarang time rehat aku malas nak kuar makan.. aku dah bawak bekalan pagi tadi.. so time rehat boleh la berehat sepuas-puasnya depan komputer kahkah

Rindu zaman berblogging dulu-dulu.... Ya Allah pliss kembalikan kerajinan aku...








Photobucket
© Design by | Nurulchumel Lovely Site