Tuesday, October 23, 2012

Amalan tuam perut baby

 Salah satu amalan berpantang yang aku amalkan daripada anak first lagi adalah tuam perut baby. Mak mertua aku yang ajar buat benda nie sebab katanya tuam baby boleh elakkan kembung perut dan memberikan keselesan kepada baby itu sendiri. Buat sehingga baby berusia lebih kurang 2 bulan lebih afdal hehe.

Biasanya selepas kita mandikan baby lapkan seluruh tubuh badan dia sehingga kering dan mula lah bertuam. Tuam kat bahagian perut, ari-ari, belakang badan, belakang betis dan juga tapak kaki. Selalunya aku buat lebih kurang 5 minit bergantung kepada keadaan baby. Kalau dia selesa aku lamakan sket... kalau dia dah hekhek tu aku cepat-cepatkan.. yelah baby nie dia ikut mood dia lah kan.

 Aku gunakan daun sirih dan juga pelita cina tu.. pasang api yang paling kecik supaya daun sirih tu tak berjelaga (kehitaman). Setengah orang gunakan seterika. Boleh juga. Aku gunakan seterika bila daun sirih dah abes.. aku amek tuala dan letak pada seterika bagi suam-suam dan tuam pada baby. Jangan ko tuam masa panas-panas tu terkojut baby nanti hehehe

Caranya lebih kurang beginilah... sedap bau daun sirih tu.. dan aku syak baby pon rasa sedap aje perut dia.. nie aku buat masa dekat rumah mertua lah sebab sana ada bekalan daun sirih.. kat sini mana nak cari.. nak beli dekat tepi jalan tu india yang jual takuit pulak kan.. so aku gunakan seterika sebagai alternatif.. baby aku nie kerap kembung so memang kena tuam dia.. bila dapat tuam nie kuranglah sikit kembung dia tu.. bukannya tak de kene kembung langsung.. tapi kurang dan jaranglah..begitu..

Sekarang nie kat on9 pun dah banyak dorang jual peralatan untuk tuam baby seperti tungku kat bawah nie. Sebelum nie tak terpikir plak nak beli tungku cenggini ha.. nampak macam senang dan mudah. Korang yang belum bersalin lagi nie boleh la try.

pic: credit tu pak cik gugel

Dan kat sini ada sedikit info berkenaan tuam baby yang aku jumpa tadi.. bolehlah aku share dengan korang kat sini kan untuk tambah ilmu.

********************************************************************************

Salah satu amalan berpantang adalah bertuam. Bayi harus di tuam bayi bagi mengelakkan dari mendapat kembung perut, kolik dan masuk angin. Bertuam juga akan membantu mengeringkan tali pusat bayi.
Panaskan bunjut tuam di seterika atau di atas periuk nasi yang sedang didih ataupun di api lilin. Rasakan pada tapak tangan anda sebelum ditekap pada badan bayi, kepanasan haruslah suam suam kuku.

Tuam bayi adalah yang terbaik jika disediakan dari bahan asli seperti Jintan Hitam (Habbatus Sauda), Dukung Anak, Daun Inai, Daun Mambu, Biji Ketumbar atau lain lain yang telah di proses bersih di sangai harum. Bayi tidak harus di tuam menggunakan bahan seperti pasir atau batu kerikil kerana di kemungkinan boleh menjalur kuman yang ada pada pasir/batu ke badan bayi ketika di tuam.

Mengikut kepercayaan orang dulu dulu, tali pusat yang jatuh setelah kering, haruslah disimpan selama-lamanya, dikumpulkan sekali semua tali pusat anak-anak agar adik beradik akan saling menyayangi dan tidak bertengkar lama. Boleh juga direndam dan di minumkan airnya sekiranya anak anak demam.
Bahagian yang harus di tuam adalah perut, dada, tapak kaki, paha, punggung, belakang badan dan bahagian kemaluan bayi.

*********************************************************************************

haa tu dia... kalo bab rendam tali pusat dan bagi minum tu tak koser aku nak buatnye baik amek ubat kat klinik aje huhu geli plak dah.. ok tu saje perkongsian ilmu kita hari ini..

selamat mencuba.. :)

Monday, October 22, 2012

Tamat sudah pantangku

Syukur alhamdulillah hari nie hari ke 45 maka tamatlah sudah sesi berpantang.. Perasaan??? Haaa gilo ko kalau cakap tak happy! Mestilah happy sangat ko

Ibarat katak dibawah tempurung yang akan keluar daripada tempurung tu dan tak kan masuk balik dalam tempurung tu hahaha

Semalam masak spaghetti sempena last day pantang..nasib baik shedappp..mana tau shedap? Ahaha sebab suami kite makan bertambah..tu makna dia sedap la kalo tak sedap makan sepinggan aje.. Lagipun dia bukan penggemar spaghetti.

Ada lebih lagi dalam peti ais..jap g aku nak repeat balik. Hai apa nk cerita nie ha? Sebab happy nye pasal tak tau apa dah nak taip nie..

Oklah misi seterusnya lepas pantang adalah nak potong rambut hehe tak sabar ok dah rimas dah ngan rambut panjang nie.. Rambut pendek senang sket nak jaga nak mandi apa pon senang hahaha

Minggu nie raya haji kan? Wah syoknya dah bleh melarams pakai baju kurung selim2..arghh tang perut still ada moncet lagi!! Gerammmm..jadi jangan la bergembira sangat sebab masih belum turun lagi berat badan yg ko idam-idamkan huhuhu *nangesss



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Friday, October 19, 2012

Mari merancang keluarga haha


Pagi tadi pegi klinik kesihatan seksyen 7.. minggu lepas masa aku bawak esya ngan sara cucuk aku ada tanya pasal perancang keluarga so nurse suh aku datang hari nie iaitu hari ke 42 berpantang. So pagi tadi ajak en bob temankan.. esya anta ke rumah BS dan aku bawa sara sekali..

Kt klinik pagi nie tak ramai orang so segala urusan adalah sangat cepat ok..seronoknya..selalu time check up peknen dulu kalo amek check up pagi jer mesti berduyun-duyun orang.. tu yang aku malas pegi belah pagi sanggup lagi amek belah petang.

pagi tadi.. mama dah mandi sara belom so sara ucuk-ucuk hehe

Macam biasa kene buat urine test, amek darah, tekanan darah pastu jumpa nurse.. berbincang lah dengan nurse mengenai kaedah apa yg aku nak pakai ken... ok tu tak payah cerita lah kot :p hehe maluuuuu

oklah lepas aku bagitau nurse yang breast aku belah kiri nie macam ada ketulan kecil.. aku baru perasan masa mengurut tempoh hari.. mak cik tukang urut tu pun rasa lain macam.. nak kata kelenjar susu macam bukan so dia cadangkan aku refer kat klinik.. kebetulan tadi dah teringat so aku buat sekali harung.. nurse check dan dapat rasa ketulan kecil tu.. dia pon referkan aku ke doc.

Doc pun check lah kan..tapi doc nie plak konpius dia cakap maybe kelenjar susu sebab pagi tadi  breast aku penuh ngan susu.. yelah bangun terus siap2 g klinik..biasanya aku akan pam dulu.. dia tak dapat nak pastikan betul2 sama ada itu kelenjar susu atau pon benda lain.. risaunya kalo bukan kelenjar susu kan huhuhu. Doakan aku yer mudah-mudahan tak ada apa2 lah... takutnyaa...

Doc bagi date untuk scan dan pastikan apa benda tu.. 25 oktober nie aku kena datang klinik lagi untuk detail scan.. masa tu doc akan tengok apa benda tu.. dan lagi sekali aku kene minum air gula.. pfffffttt... sebenarnya aku tak bagitau pon kat doc yang aku kene kencing manis masa peknen aritu.. tapi biasalah buku peknen kita kan ada dekat dia.. dia pon semak lah segala tau2 dia bagi date untuk minum air gula...hadoii mencik laa

Sebenarnya kalo nak tau sesiapa yg kene diabetik (kencing manis nie) dia mesti kena minum air gula selepas 6 minggu bersalin untuk make sure ada lagi tak benda tu. Memang tak boleh lari.. nie untuk kebaikan diri sendiri jugak.. sebab nanti kalo dorang nak bagi ubat ke apa ke kene tau jugak lah sejarah peknen kita nie..

Ok berbalik kepada perancang keluarga tadi.. sebenarnya aku nak amek suntikan untuk 3 bulan tu pastu dah datang period nanti buat iucd (pasang alat dalam rahim) untuk 3 tahun.. tapi selepas berbincang dengan doc aku tak boleh buat semua tu even makan pil perancang sekalipun.. sebabnya doc nak pastikan dulu ketulan kat breast aku nie.. kalo sekiranya kanser (takut nak taip tapi kene jgk huhu) dia akan membesar kalo aku amalkan makan pil dan suntikan tu. Ok boleh paham tak apa yg aku cuba nak story nie? huhu


kita tunggu minggu depanlah tengok macam mana.. aku pon cuak jugak nak scan2 nie..dah la scan breast plak tu kan..

dan pagi tadi dapatlah menapau roti canai.. sedapnyaaaaaaaa lama gila tak makan.. sekali order sampai 2 keping sorang! haha. Pastu tadi aku ade timbang kat klinik..hurm berat sama je tak naik tak turun huhu sedehhh


 nak diet macam mana lagi pon tak tau... biorlah.. 61.2 kg berat terkini!

sekian...

psttt: tapi nurse semua dok puji2 aku kate kurus..hei aku gemuk lagi la.. nak berat 55 kg pelissss!

Thursday, October 18, 2012

I miss u mak


Tahun lepas masa aku pantang kat Esya mak datang sini temankan aku.. masa tu ari ke 40 dah pon.. mak datang dengan abg chik dan family dia.. mak tinggal dengan aku lebih kurang sebulan.. dan hari nie hari ke 41 tetiba aku teringat kat mak.. kalau mak ada kat sini kan best.. boleh temankan aku.. borak2...makan2....

tak da sapa nak anta mak ke sini.. masing-masing bizi.. mak plak tak berani naik bas sorang2.. tak pelah mak.. kita jumpa bulan depan yer.. masa tu kenduri kak long (anak buah) boleh lah mak lepak sini lama-lama kan.. tapi mak nak ke? mak kan sayang nak tinggal rumah mak kat kampung tu...hehe

apepon akak nak bagitau nie... akak sayang mak... akak rindu mak...sobsobsob

Wednesday, October 17, 2012

Sudah 40 hari

Yeay adik sara sudah berusia 40 hari.. dan mama dia juga sudah berpantang selama 40 hari maka tinggal 4 hari saja lagi untuk mengucapkan selamat tinggal sayang... eceh.. selamat tinggat pantang semoga ko tak datang lagi buat masa terdekat nie.. tunggu lepas tiga tahun ok! HAHA gelak besar

Ada orang kata pantang 100 hari bukan 44 hari.. ok it's up to u lah kan.. kalo ko mampu ko pantang lah sampai 100 hari.. aku tak mampu.. kaki nie pon dah menggigil nak keluar berjalan-jalan.. kalo pantang bersama tu bolehlah 100 hari.. tapi cik abang bleh tahan ke ha? hahaha mak ok jer


Sara makin hari makin macam2 pening kepala mama.. sekarang dah pandai amek perhatian suh dukung kalo lambat sket menangis huhuhu

pastu barut pon tak nak pakai...kalo aku pakaikan menangis macam kene ape jer stress haku! sudahnya pakai pampes sudah barut kita kasi simpan.

Kakak Esya plak lagi 2 hari genap lah 18 bulan...dah besar dah anak dara aku yang sulung tu kan..hai sekejapnya... nanti adik dah setahun kakak plak 2 tahun weee bestnya nampak macam sebaya gitu kan.. tak per lah masa sekarang nie  biar aku stress  nanti bila dorang dah besar harap2 senanglah... boleh aku goyang kaki biar dorang buat keje rumah plak HAHAHA


Sebagai seorang ibu aku sangat mengharapkan mereka membesar dengan sihat dan sempurna.. mudah-mudahan mereka menjadi anak2 yang berjaya di dunia dan akhirat.. sesungguhnya aku teramat sayang kedua-duanya...love...


Photobucket
© Design by | Nurulchumel Lovely Site