Thursday, October 9, 2014

Pertemuan ex askar wataniah PSP

 Assalammualaikum wbt dan salam ceria!

Entry raya puasa lepas... haha baru nak up sebab tetiba tengok gambar2 nie dan teringat dekat kawan-kawan lama PSP. PSP tu adalah singkatan kepada Politeknik Seberang Perai. Poli tempat saya menimba ilmu ketika belajar Sijil Teknologi Maklumat pada tahun 2001-2003. Dah bertahun tak jumpa depa nie. Ada lebih kurang 10 tahun.

Jadinya masak-masak lah kita... bihun sup ayam menunya dan sedikit kuih muih... exsaited ko jumpa kawan lama haha.


 Kami ada group whatsapp x askar wataniah PSP... dan baru2 nie admin (yang pakai baju pepel tudung cream tu) ajak jumpa. 


Depa semua nie kawan2 yang sama susah senang dulu masa saya aktif askar wataniah.. hidup di dalam hutan bersama...makan bersama... bersukan bersama... berkawad bersama... gelak2 bersama dan jahat pon bersama hahaha. Jahat tahap biasa2 ja kami nie tak la jahat tahap dewa tu! hehehe

 

Tak sangka masing2 dah beranak pinak selepas 10 tahun... saiz badan ada yang menten dan ada yang dah mengembang hehehe ai la tuuuu
 
 Seronok sesekali dapat jumpa dan borak macam nie... kalau lepak kedai makan tak dak peluang nak lepak macam nie sambil nengok album kawen ai lagi tu haishhh

 Bergambar kenangan... masing2 juga dah berjaya dengan hidup sendiri...alhamdulillah... semoga kekal bahagia bersama kehidupan masing2

 Yang pastinya memori bersama kalian tetap dalam ingatan terutama sekali "Memori Bukit Merah" hehehe hanya kami saja yang tahu.

 My bff ecah... pernah jadi juara kawad terbaik suatu masa dulu... tengok je kecik minah nih tapi mantopp ok. Mantop apa??? mantop kawad la baq hang...

Lepas geng ex askar wataniah nie pulang ada lagi tetamu lain yang datang... memang ku jemput datang semua sebab nak suh abeskan bihun sup seperiuk kat dapur tu laa.

 Dengan adik praktikal opis...

 Opismate saya... aril, wife n baby rania.

 Adik praktikal dan kakak saya..

 Za my opismate...

Anak2 buah dan kak ju

Ok tu saja penutup dengan gambar kenangan boleh? 

Selamat bekerja semua! hepi2 selalu...

Wednesday, October 8, 2014

Tips elakkan perut buncit selepas bersalin dengan herb-lax

 Assalammualaikum wbt dan Salam Ceria!

Pastinya ramai diantara wanita diluar sana yang mempunyai masalah sedemikian. Baru bersalin dua atau tiga orang anak perut buncit dan menggelebeh. Apa patut anda buat? Takkan nak tengok aje perut buncit tu kan. Pakaian lama sebelum mengandung pun dah tak muat. Seluar jeans pon dah makin sendat. Oh no pastinya mimpi ngeri untuk ibu muda semestinya.

Biasanya semasa berpantang anda pasti tak lupa pakai bengkung kan? Bila habis pantang bengkung entah kemana gitu? hehehe biasalah tu kan... sebab saya pon sama... Dalam pantang nak kurus punya pasal... lepas pantang lupa atau buat2 lupa... hasilnya nah perut buncit dan menggelebeh seperti gambar dibawah.


 Mimpi ngeri nihhh

  


 Jangan risau anda masih belum terlewat! Saya boleh bantu anda... Anda boleh amalkan pengambilan herbalax dimana herbalax ini membantu menyah toksin dalam badan anda. Ianya sangat berguna melancarkan sistem pembuangan anda. Sebab biasanya wanita yang lepas bersalin pasti akan mengalami sembelit. Sembelit yang berterusan menyebabkan makanan terkumpul dalam badan dan menghasilkan toksin. Oh mesti semua orang tak nak makan banyak2 pastu simpan dalam perut dan tak boleh buang.

Saya masa lahirkan Esya dulu ya ampun susahnya nak membuang! terpaksa pergi beli ubat dekat farmasi untuk cairkan najis tu. Nak tunggu dia keluar kemain lama. Ya Allah seksanya tuhan saja yang tahu. Bila bersalin kali kedua nie saya dah pandai skit hehe. Saya amalkan herbalax. Alhamdulillah telan sebelum tido esok pagi dah boleh membuang dengan gembiranya. 


 Disamping pengambilan herbalax anda perlu mengikuti beberapa tips seperti dibawah:-

1.  Makan makanan yang betul - Kita perlu makan makanan yang seimbang untuk membuang lemak dibahagian perut. Makanan yang betul mengandungi karbohidrat kompleks, fiber, vitamin dan mineral, "lean protien", ikan dan sayuran hijau.

2. Tinggalkan makanan ringan! - makanan ringan adalah sangat tidak baik untuk kesihatan dan akan membuatkan lemak berkumpul didalam badan jika diambil berlebihan. Kita sepatutnya perlu elakkan daripada mengambil karbohidrat yang diproses, gula, makanan bergoreng (deep fried food), makanan segera dan apa jua makanan berlemak.

3. Berhenti makan lewat malam - Kita selalunya akan tidur selepas makan lewat malam. Ini bermakna lebihan gula yang dimakan pada lewat malam akan bertukar menjadi lemak kerana badan tidak boleh membakar lemak ketika kita tidur.

4. Kurangkan minuman bersoda, jus atau bergula - Minuman bersoda, jus asli dan bergula mengandungi banyak "kalori" dan menganngu kita dalam proses mengempiskan perut. Banyakkan minum air kosong atau air mineral.

5. Lakukan senaman kardio - Melakukan senaman kardio amat penting untuk mengempiskan perut dimana senaman ini dapat membakar kalori lebih banyak daripada senaman perut. Contoh jogging, berjalan dan menaiki tangga.

Cubalah 5 tips dan lihat hasilnya selepas beberapa bulan. Perut anda akan kembali kempis dan slim!



Paling penting anda haruslah berdisiplin!! nak kempiskan perut punya pasal kan haaa perlu buat tips diatas selain pengambilan supplimen.

ila kamilah 012-5417451
Nak tanya berkenaan produk boleh hubungi saya yer

Tuesday, October 7, 2014

Pengalaman saya menjaga Sara kena chicken pox (Cacar Air)

Assalammualaikum semua dan salam ceria!

Apa khabar hari nie? dah puas makan rendang ketupat? Amboi seronoknya hampa noh... Kami sekeluarga tak kemana hanya berhari raya di rumah saja. Suami request buatkan rendang daging pada malam raya. Malam tu baru sebok pi beli bahan. Bahan apa pon takda sebab pegi kedai dah lewat semua barang pon dah licin uwaaaaa... cuma beli daging import tuh ja. Pakai perencah rendang adabi  ja uols... Nasib sedap uolsss... suami makan bertambah-tambah hehehe suka mak nak!

Ok sebenarnya nak cerita pasal anak kedua saya nie SARA. Khamis lepas masa amik dia daripada rumah pengasuh terpandang di perut dia ada bintik-bintik macam jerawat yang ada air dalam tu. Mak ai terus dalam hati terdetik..."Eh anak aku nie macam kena chicken pox jer" aduh rasa takut pon ada... bukan takut apa pon... takut berjangkit dengan kakak dia... 

Esoknya jumaat...saya bekerja macam biasa. Pagi tu saya terlupa nak bagitau pengasuh so saya pon wasap la dengan pengasuh. Agaknya pengasuh pon tak perasan sebab ramai sangat budak yang dia jaga kat situ maka dia pun suruh saya cepat2 amek sara dan bawa ke klinik. Saya pon bergegas la balik dan bawak ke Klinik Ajwa, Seksyen 15 tu.

Doktor sahkan memang Sara kena chicken pox atau cacar air dalam bahasa melayu dan beri saya pilihan sama ada untuk dapatkan ubat antivirus yang harganya RM76 atau makan ubat selsema/tahan sakit dan juga sapukan krim celamine seta virless cream tube. Ikutkan pendapat orang tua-tua hanya beri air kelapa muda supaya chicken pox akan keluar habis... oh tak sampai hati pulak tuh... tapi saya tetap amek ubat yang doktor beri cuma ubat antivirus tu je saya tak amek. Kata doktor kalau di hospital kerajaan depa tak bagi pon ubat tu. Cuma kalau saya nak cepat stopkan virus tu doktor boleh beri. Saya putuskan tak nak amek dulu.

Bermulalah pencarian ilmu berkenaan chicken pox bersama pak cik gugel. Kata orang tak kena batang hidung sendiri tak tahu. Nah... sedikit info yang dapat saya cari... terima kasih pakcik gugel!


Ini ialah jangkitan biasa yang berlaku di kalangan kanak-kanak yang disebabkan oleh virus. Virus cacar air juga dikenali sebagai virus varicella. Ia adalah virus sama yang menyebabkan kayap. Ia merupakan penyakit yang senang berjangkit dan boleh merebak dari seorang ke seorang. Seseorang yang dijangkiti virus ini akan mengalami demam dan timbul ruam lepuh (blisters).

Bagaimanakah penyakit cacar air merebak?

Ianya merebak:
* Melalui udara bila seseorang yang menghidap cacar air itu mengalami batuk atau bersin.
* Dengan menyentuh cecair yang keluar dari lepuh (blister) cacar air.
* Dengan menyentuh benda/permukaan yang dibasahi oleh cecair daripada lepuh tersebut.
Apakah tanda-tanda dan gejala?

Anak anda akan mendapat cacar air 13–17 hari selepas terdedah kepada seseorang yang mengidap cacar air. Cacar air boleh merebak 1–2 hari sebelum ruam kelihatan sehingga semua ruam berkeropeng dan kering. Kebanyakan kanak-kanak mengalami jangkitan yang tidak serius. Namun jangkitan cacar air bagi orang dewasa boleh menjadi lebih serius.

chickenpox

Gejala-gejala penyakit cacar air yang lain :

* Demam, rasa tidak sihat dan letih lima hari sebelum ruam timbul.
* Ruam bermula bintik merah yang kecil dan gatal (seperti jerawat) pada semua badan termasuk mulut. Biasanya ruam bermula di dada dan belakang, kemudian merebak ke muka, kepala, kedua-dua lengan dan kaki.
* Dalam masa 24 jam, ruam-ruam akan kelihatan seperti lepuh air (blister), kemudian pecah, kering dan menjadi keruping (4 -5 hari)
* Bintik-bintik baru akan terus timbul untuk lima hari dan mengambil masa dua minggu untuk hilang. Biasanya jangkitan cacar air ini menghasilkan pelalian seumur hidup. Walau bagaimanapun, virus ini mungkin bersembunyi dan berulang sebagai kayap (shingles) kepada orang dewasa dan kadang-kadang kepada kanak-kanak.

Apakah komplikasi penyakit cacar air?

Biasanya cacar air ialah masalah kesihatan ringan bagi kanak-kanak dan kebanyakannya akan pulih. Walau bagaimanapun, sesetengah orang berisiko mendapat komplikasi yang teruk, iaitu bayi yang baru lahir, orang dewasa dan seseorang yang mempunyai sistem pertahanan badan yang lemah.

Komplikasi lain yang boleh berlaku termasuk:
* Jangkitan kuman pada kulit
* Jangkitan pada darah
* Radang paru-paru
* Keradangan otak

Bagaimana jangkitan cacar air dirawat?

Amnya:

* Elakkan anak anda ke sekolah atau taman asuhan kanak-kanak sehingga ruam menjadi berkerak (lebih kurang tujuh hari daripada permulaan ruam). Jika tidak kemungkinan kawan-kawanya akan turut dijangkiti.
* Ambil ubat paracetamol untuk mengurangkan demam.
* Minum banyak air masak.
* Ambil makanan yang seimbang.
* Sentiasa membasuh tangan.

Untuk rasa gatal:

* Sapu losen kalamine di tempat ruam.
* Mandi dengan kerap dan sabun dengan menggunakan campuran ‘baking soda’ dengan air suam beberapa kali sehari untuk mengurangkan rasa gatal.
* Potong kuku pendek untuk mengelakkan kecederaan kulit semasa menggaru.
* Ubat antihistamine mungkin diberi oleh doktor jika rasa gatal yang teramat sangat sehingga anak anda tidak dapat tidur. Ubat antivirus untuk cacar air boleh didapati dan selalunya akan diberi oleh doktor kepada mereka yang berisiko mendapat jangkitan yang teruk, iaitu:
* Berumur 12 tahun ke atas.
* Mengidap penyakit paru-paru yang kronik. * Mereka yang mempunyai sistem pertahanan badan yang lemah. * Bayi yang baru lahir.

Itu dia serba sedikit info berkaitan cacar air atau chicken pox nie. Apa yang saya buat untuk sara ialah Mandikan dia dengan Basic H2 Shaklee setiap hari. Alhamdulillah hari nie hari ke 6 bintik2 chicken pox semakin kering. Ntah bila pecah pon tak perasan. Beri minum air kelapa muda pada hari kedua..tapi dia tak minum banyak pon 2 sudu adalah huhu. Cara nie tak berkesan untuk budak kecik umur 2 tahun.

Kemudian masa sara tido sapukan dengan celamine losyen tuh. Masa doktor bagi tu saya dah terus sapu memang cepat kering. Garu2 sket tu biasalah. Nak cepat baik kena cepat bertindak! Selepas nie saya akan sapukan dengan Herbal blend multipurpose cream pulak bagi hilang bekas2 chicken pox tuh. Mudahan ianya berkesan lah pada Sara. Insha Allah kita cuba sehabis baik. Mujur dia tak demam. Oh ye baru saya perasaan minggu lepas sara demam 2 hari pastu stop dan demam balik sehari rupanya nak keluar chicken pox yer... ahai tak pe sayang mama ada jangan risau...mama jadi doktor yang terbaik untuk awak yer.

Mandikan Sara dengan Basic H2 setiap hari...ianya tiada bau..natural dan selamat digunakan...very the organik! Saya yakin!

Sapukan herbal blend cream nie supaya kurang gatal-gatal dibadan Sara.. ianya berangin dan selamat untuk anak jangan risau yer!

Harapnya beransur sembuh lah sara kesayangan mama nie...Oh lupa pulak saya... makan pon kena jaga tau! no telur, ayam, seafood dan makanan yang gatal. Kata doktor kalau dia nak makan jugak bagilah cuma kena kurangkan. Jangan sampai tak makan pulak kesian anak.  Semoga entry ini bermanfaat untuk anda diluar sana.

Yeay mama cuti arinie!

ila kamilah 012-5417451

Nak tanya berkenaan produk boleh hubungi saya yer

Monday, October 6, 2014

Ketahui keistimewaan ESP Soya non-GMO

Assalammualaikum wbt...

Salam ceria dan salam Aidiladha kepada semua pengunjung blog jivebumz. Pagi nie saya nak cerita pasal ESP iaitu Energizing Soy Protein. ESP ini adalah produk yang terlaris laris (macam iklan d herbs pulak hehe) dikalangan warga ibu menyusu dan wanita/lelaki diluar sana yang sangat mementingkan kesihatan dan kecantikan.

Bulan nie anda bertuah sebab Shaklee ada buat promo. Beli 6 percuma satu! Sekirannya anda berminat untuk menjadi ahli shaklee secara percuma inilah masanya! Haa nak tahu caranya mai follow ceq naaa.

CARA INGIN JADI AHLI PERCUMA

  • Beli 6 percuma 1. Total dapat 7 canister.
  • Anda layak menerima keahlian percuma.
  • Anda jimat rm75 iaitu yuran keahlian.
  • Yuran keahlian adalah seumur hidup.
  • Bulan berikutnya anda layak menerima CASH BONUS!
  • Secara keseluruhannya anda untung RMXXX
  • Sekiranya anda ingin menjadikan SHAKLEE sebagai bisnes anda memang bijak! Sebabnya anda dah jimatkan yuran keahlian dan tidak perlu membayar apa-apa untuk menjadi ahli. 
Haa senang tak uols? senang jer tuh kalo nak seribu daya... oh sebelum saya terlupa.. mealshakes juga masih ada promo iaitu beli 3 percuma 1. So bulan nie ada dua promo meletops hehehe.

Baiklah jom kita lihat apa keistimewaan ESP nie... kata orang banyak khasiatnya...jom baca satu persatu supaya lebih faham. Dah faham mungkin akan jadi jatuh cinta :)

KEISTIMEWAAN ESP

  • Sumber “Protein Lengkap” dengan 9 amino asid penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan dan sukar diperolehi dari diet seharian.
  • Berasaskan tumbuhan (non-GMO soya) yang semulajadi rendah lemak dan bebas kolesterol.
  • Terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga berjam-jam lamanya untuk kehidupan yg aktif.
    Membantu mengekalkan kepejalan otot, pemulihan tisu badan dan fungsi enzim dan hormone yang sempurna.
  • Membantu mengekalkan paras gula yang normal dalam darah.
  • Kandungan lemak dlm ESP sangat minimum iaitu (1gm).
  • Tanpa laktosa di mana kadar penghadaman yang tinggi dan diserap terus ke dalam darah.
  • Paling penting tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna dan pengawet.
  • Mengandungi 5 vitamin B, 2 mineral dan 8 gram karbohidrat untuk tenaga
Ni pula kesan sampingan..

1. Kulit muka cantik, halus,gebu dan berseri
2. Membantu hilangkan parut jerawat di muka.
3. Memberi tenaga berpanjangan menjadikan badan semakin sihat dan kurang letih.
4. Menganjalkan kulit dan menganjalkan kembali payudara yang kendur.
5. Cepat kenyang dan membantu dalam pengurusan berat badan.
6. Menyokong kesihatan imunisasi badan.
7. Mengawal paras kolesterol.
8. Menyokong kesihatan jantung dan prostat.
9. Membantu meningkatkan penghasilan susu ibu lebih cepat dan banyak
10. Membantu menghasilkan susu yang lebih pekat dan berkrim menjadikan bayi anda akan cepat kenyang dan kurang meragam.
11. Membantu perkembangan fetus dan memastikan kesihatan ibu mengandung di tahap optimum.
12. Untuk yang alami masalah kesuburan, ESP bantu membentuk tisu rahim serta sel ovum dan sel sperma yang sihat dan sempurna sekaligus menaikkan tahap kesuburan dan meningkatkan peluang untuk hamil.


ESP peneman setia saya dikala breakfast....kesannya mestilah kulit semakin sihat kan...nak tahu meh cuba dulu baru tau khasiatnya...gitu..

Diakhiri dengan testimoni customer saya....

Jika berminat ingin tahu lebih lanjut berkaitan harga dan sebagainya sila hubungi saya di talian 012-5417451 Call/MSG/Wasap/Telegram

ila kamilah
Your Shaklee Independant Distributor
ID: 951481

Saturday, October 4, 2014

Anakku sukar tidur malam! Ada petuanya

Assalammualaikum wbt...

Ya Allah betapa hebatnya ujianmu... setiap malam anak-anakku akan tidur lewat... kalau depa penat sangat barulah ada peluang kami suami isteri tidur awal... itu pon bangun mengigau dan menangis lagi... allahuakbar!!! sabar jelah

Pelbagai usaha telah saya lakukan...  contohnya beri anak makan lebih awal... sebelum pukul 7 malam misalnya... pujuk dan ajak masuk ke bilik pukul 10 malam (sori tak layan) depa keluar balik huhuhu. Ajak bercerita kat dalam bilik. Nie tahan kejap jer hahaha. Pastu mama dia pon blur tak tau apa nak cerita. Mungkin kena beli buku cerita. Bacakan 3 qul... doa dan lain-lain.

Kat sini ada satu artikel yang saya baca dekat satu forum nie dia ada share petua tidurkan anak. Nak tahu apa petuanya? Jom kita baca sama-sama ye!

Petua menidurkan anak

Apakah petua untuk menidurkan si kecil dan mengelakkannya daripada kerap terjaga atau mendapat mimpi ngeri?


SETIAP bayi memerlukan 14 hingga 15 jam untuk tidur setiap hari. -


KANAK-KANAK yang tidak memperoleh tidur yang mencukupi lebih cenderung menjadi terlalu letih sepanjang hari dan kerap mengantuk. Dalam sesetengah kes, mereka juga kerap menukar lokasi tidur pada waktu malam atau mempunyai lebih banyak masalah tidur. Berikut petua untuk menidurkan anak.

Pastikan anak memperoleh tidur yang mencukupi

Berdasarkan Yayasan Tidur Kebangsaan Kanada, setiap bayi memerlukan 14 hingga 15 jam untuk tidur pada setiap hari. Kanak-kanak pula memerlukan tidur selama 12 hingga 14 jam sehari manakala pelajar pra-sekolah memerlukan 11 hingga 13 jam sehari bagi membolehkan tubuh mereka berfungsi dengan baik.

Tidurkan waktu dia mengantuk

Sebaik-baiknya rutin tidur bayi anda patut bertahan selama 30 hingga 60 minit bagi setiap kali tidur manakala bagi kanak-kanak yang sudah memasuki alam persekolahan pula, rutinnya adalah di antara 20 hingga 30 minit.

Cahaya mentari sebagai loceng

Cahaya mentari memainkan peranan yang penting untuk membetulkan pola harian tidur si anak. Pendedahan anak kepada sinar matahari sebaik sahaja dia terjaga dari tidur boleh memberinya petanda natural bahawa hari sudah siang.

Persekitaran tidur selesa

Ini bermakna persekitaran tidur yang baik adalah dingin, gelap, senyap dan selesa. Pastikan juga si kecil tidur di atas tilam yang selesa dan memakai baju tidur yang tidak menganggunya sepanjang waktu tidur.

Persekitaran yang selamat

Periksa bilik tidur anak terlebih dahulu dan pastikan bilik tidurnya bebas daripada barangan yang bersepah sehingga menganggu keselesaan untuk tidur.

Ajar anak cara tidurkan dirinya

Teruskan mendidik anak tentang kepentingan mempunyai rutin tidur yang menenangkan. Berikan juga tumpuan kepada kesan berkaitan tidur yang mungkin mempengaruhi tabiat tidur anak anda. Galakkan anak belajar menenangkan diri sekiranya terjaga pada waktu tengah malam. Kira-kira satu pertiga daripada kanak-kanak yang sudah bersekolah masih memerlukan bantuan ibu bapa untuk kembali kepada tidur setelah terjaga.

Tetapkan rutin tidur

Waktu tidur untuk si kecil atau kanak-kanak yang sudah memasuki alam persekolahan sepatutnya bermula antara pukul 6.30 petang hingga 7.30 malam. Namun, dalam sesetengah kes istimewa seperti jika terdapat majlis khas, elakkan daripada membiarkan anak tidur lewat terlalu kerap. Ini bagi mengelakkan pola aktiviti harian mereka terjejas.

Jangan abaikan tidur petang

Apabila anak anda tidak lagi mengamalkan tabiat tidur petang, anda boleh menggalakkannya menggantikan tabiat tersebut dengan masa untuk bersantai. Dengan ini, masa santai itu bukan sahaja memanfaatkan si anak malahan anda berdua.

Makanan yang betul

Jika anda menghidangkan makanan berkarbohidrat kompleks bersama protein, anda sebenarnya memberi anak anda snek yang dibekalkan dengan 'kuasa' berpanjangan.

Ini akan mengelakkannya daripada terjaga pada bila-bila masa. Berbeza dengan makanan kaya protein atau gula, tenaga yang diperoleh daripada makanan-makanan ini akan menyukarkan rutin tidurnya daripada berjalan lancar. Seperkara yang perlu diingati ialah perhatikan waktu pengambilan hidangan berat agar tidak terlalu dekat dengan waktu tidur.

Aktiviti fizikal penggalak tidur

Wujudkan peluang untuk anak anda melakukan aktiviti fizikal pada siang hari agar dia dapat tidur lena pada sebelah malam. Berikan peluang kepada bayi anda untuk melakukan sedikit senaman ringan di atas lantai, misalnya merangkak.

Gangguan teknologi

Gajet seperti komputer mahupun televisyen boleh menganggu ketenteraman sebelum masuk tidur. Jadi, elakkan anak-anak terlalu terpengaruh kepada aktiviti gajet.









Setuju sangat yang last tu! Gannguan teknologi! yer budak zaman sekarang kan... dulu kita main pondok-pondok, panjat pokok, terjun parit dll aktiviti lasak. Budak sekarang terutamanya di bandar tak dapat rasai semua tu. Kesian kan...anak-anak saya... hanya dapat main dalam rumah sahaja. Nak main dekat luar sorilah mama tak berani nak oi nak lepaskan kamu semua..takuttt huhu. Sekarang kan macam-macam naik risau bila baca paper kan culik sana culik sini... Ya Allah mintak simpang la daripada berlaku perkara macam nie.



Akhirkata saya harap ibu bapa diluar sana dapat mempraktikkan petua diatas agar kita sama-sama dapat melatih anak-anak kita tidur awal dan cukup setiap malam. Kerana tidur yang cukup dapat hasilkan minda yang cergas! sapa tak nak anak cergas kan??


Oklah jom cuba...


Nak cuba vitamin shaklee untuk kesihatan anda dan keluarga serta ingin menjana pendapatan sampingan boleh hubungi saya. Insha Allah saya sudi membantu... 

Call/msg/wasap saya 012-5417451
Photobucket
© Design by | Nurulchumel Lovely Site