Wednesday, June 13, 2012

Birthday party BS Esya, Cyrus & Atiya

 Ahad lepas bersamaan 10 Jun 2012 ada 3 jemputan birthday party pfttttttttt kenyang perut makyong nie tau.. First pegi umah BS esya.. itu pun dah lambat.. janji nak datang pukul 3.. pukul 3 lebih baru aku sampai.. semua gara-gara esya yang bangun tido lambattttt sangat.. tido pukul 12 bangun pukul 3 bagusss anakku

sesampainya kami dirumah BS esya.. oh ye kenalkan BS esya nie bernama ELLY.. nama glamer.. nama penuh ALIANA ALIAS.. tulisan sengaja dibesarkan :) semua tetamu sedang menanti kek di potong.. tunggu kitorang lettew hehe maaf yer korang semua.. nie ha budak tecik buat hal.. bangun lambat plak dia nie :P


opss comel tak BS esya??? somel kan??? hehehe apsal lah bedak aku tu tebal sangat arrr  nampak putih semacam jer

esya nie kan menyombong plak dengan BS dia aritu.. BS dia nak dukung langsung dia tak nak.. hiii mentang2 ada mama dia kat situ


sesi memotong kek.. oh yer kek itu disponser oleh saya sebagai hadiah kepada bufday girl.. kek cokelat moist bendera jerman.. Si Elly minat sangat dengan negara jerman agaknya sebab dia yang rekues nak gambar tu.. layankan ajelah yer

Kitorang makan..makan..dan terus makan... esya pon makan jugak.. ngalahkan mama dia :P
yang paling syok ade laksa penang.. sedapppppppppppp

lepas makan2 semua kitorang cargas ke umah blogger cikpuanmiera pula.. bufday party anak beliau.. makan sikit jer sebab perut dah full dengan laksa tadi..

jumpa blogger honeysour... then gerak ke umah ain pula untuk bufday anaknya.. atiya...

sampai dah maghrib........

makan..makan...makan... solat...


then balik sampi umah pukul 9 lebih...

abes... makan..makan..makan

Monday, June 11, 2012

Genap 5 tahun bersama....

Syukur ke hadrat illahi hari ini 11 jun 2012 genap 5 tahun saya berkhidmat di sini.. wahhhh terasa begitu senior la sangat kehkehkeh
perasan senior ok!

Akceli saya mula bergelar penjawat awam pada 24 Mei 2007.. masa tu lapor diri kat JPA eh JPA ke JPM eh..erkk konpius sudah mak.. macam lama sangat dah.. abes lupa semua..

Duduk putrajaya 3 minggu then dapat transfer ke negeri Selangor..yahuuuu! suka sangat sebab sebelum dapat keja gomen memang dah keja kat area shah alam nie.. so senang lah nak cari umah sewa semua tu..

Hari ini sedar tak sedar dah 5 tahun mencari rezeki kat sini.. kat Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor.. dikelilingi hakim2 yang arif lagi bijaksana hehe dan kawan2 serta bos yang disayangi.. best tau keja kat sini.. no more tension.. hepi2 sokmo..

Mudah-mudahan lama lagilah saya kat sini kan.. sebab malas nak pk nak tinggal kat mana apa semua tu..

Akhirkata..terimalah sekeping gambar senyuman saya hari ini.. dengan tudung yang kemek2 plus pipi tembam hehehe

pstttttttt: Semoga saya lebih rajin bekerja pada masa akan datang..aminnn

Thursday, June 7, 2012

Yer saya masih menyusu walaupun sedang mengandung

Semenjak aku peknen untuk kali ke 2 nie aku lebih suka cari info pasal breasfeed... yelah anak aku kan kecik lagi.. baru nak masuk setahun 2 bulan kan.. tetiba maknye mengandung.. pastu nak pisahkan dia dengan "benda" yang dia paling nak sangat setiap kali lapar, dahaga dan nak tido.. oh no!!!

Memang aku tak sanggup!!! aku bagi jugak setakat yang termampu... bukan bermaksud aku tak campur dengan fm.. aku dah mula bagi fm semenjak esya berumur 8 bulan lagi.. masa tu kan susu dah drop.. aku pon tak mampu nak bagi dia susu lama2.. buat menimbulkan kemarahan dia jer.. yelah dia dok hisap2 tak de air.. tak ker dia marah hehe

Sedih giler kot bila susu drop...tsk tsk tsk... tapi sedih dalam gembira la.. gembira sebab nak dapat orang baru.. aku mengaku masa mula2 dapat tau esya nak dapat adik.. aku jadi blurrr sekejap... aku macam tak boleh nak pk apa2.. aku kesiankan esya yang masih kecil tu.. Ya Allah... hanya tuhan saja ah yang tau.. pastu aku mesti risaukan luka bersalin aritu... masih baru lagi kan.. ceaser plak tu.. Ya Allah.. tak tahu nak cakap lah.. hanya kepada tuhan tempat aku mengadu..

Setiap hari aku panjatkan doa memohon supaya dipermudahkan segalanya... mohon Allah pelihara kandungan ini sehingga lahirnya dia nanti.. dan moga tidak berlaku sebarang komplikasi yang akan membahayakan aku dan baby nanti.. amin..

Sekarang... aku bertambah yakin.. aku yakin aku dapat melalui pengalaman mengandung kali ke 2 ini dengan sebaik mungkin.. insyaallah... mujurlah suami banyak membantu di kala aku kepenatan melayan anak sulung yang semakin membesar dan lasak tu.. esya..esya.. dia mesti tak paham lagi kan.. hee tak pe nanti dah kuar adiknya nanti mesti bertambah meriah... mudah-mudahan...

Oh yer kat sini ada beberapa fakta berkenaan penyusuan susu ibu ketika mengandung yang sempat aku gugel.. korang boleh share info nie manalah tahu kot ade yang sama status macam aku ker kan hehehe

Insyaallah kalau kita yakin dan mampu kita boleh laksanakannya... insyaallah bila baby dah kuar nanti aku akan susukan kedua-duanya... sampai lah ke usia mereka 2 tahun.. moga Allah berikan kekuatan dan murahkan rezeki anak2 ku nanti... amin

 
1. Ketahui Fakta

Susu ibu bukanlah sumber tenaga utama bayi selepas usianya 6 bulan. Jika ibu mendapati dirinya mengandung selepas usia anak melebihi 6 bulan, ibu tidak perlu gusar tentang nutrisi untuk anak kecilnya. Ianya masa yang sesuai untuk anak belajar untuk menerima nutrien daripada makanan yang berkhasiat.

Penyusuan susu ibu masih diteruskan demi memenuhi keperluan emosi kedua dua pihak dan ianya masih menyumbang kepada nutrisi hariannya.

Selain itu, penyusuan susu ibu tidak mempunyai kaitan dengan keguguran juga perlu diketahui oleh ibu. Dapatkan lebih informasi mengenainya daripada konsultan atau kaunselor laktasi anda.



2. Rasa Sakit Pada Puting

Kebanyakan ibu mengalami rasa tidak selesa pada bahagian putting pada setiap kali sesi penyusuan. Ini kerana puting menjadi lebih ‘fragile’ dan membesar semasa mengandung demi persediaan untuk penyusuan anak didalam kandungan.

Ibu boleh mengalihkan perhatian daripada rasa sakit dengan cara melakukan perkara lain ketika menyusukan seperti sambil membaca majalah atau menonton TV. Ketahui bahawa rasa sakit pada bahagian puting tersebut adalah untuk menjadikan puting lebih ‘tough’ untuk penyusuan bayi seterusnya.



3. Posisi Yang Selesa

Berikutan pertambahan saiz pada bahagian perut dan keadaan fizikal yang kurang mengizinkan, ibu perlu menyesuaikan posisi penyusuan mengikut keselesaan. Posisi mengiring dan meletakkan sebiji bantal pada bahagian belakang badan mungkin membantu!



4. Nikmati Momen Penyusuan

Tangan kecil yang meraba perut anda semasa menyusu adalah antara momen indah sepanjang membesarkan sikecil. Berkomunikasi dengannya (walaupun ketika sedang menyusukan!) bahawa mama sedang mengandungkan adiknya didalam perut supaya dia boleh mempunyai kawan bermain. Dia memahami setiap apa yang ibunya rasa bermula sejak dia berada didalam perut lagi!



5. Tanamkan Azam Untuk Tandem Nursing

Tandem Nursing ialah menyusukan anak ketika sedang hamil seterusnya menyusukan kedua duanya (atau mungkin lebih) selepas bayi lahir. Kelebihan tandem nursing ialah antaranya hubungan antara kedua dua anak yang lebih erat apabila mereka pernah berkongsi sesuatu yang ‘penting’ apatah lagi susu ibu! Selain itu, tandem nursing juga membantu emosi ibu selepas melahirkan dan emosi anak yang lebih besar sebaik sahaja menerima kehadiran ‘orang baru’ dalam rumahnya. Dia tidak ketinggalan dalam apa apa jua aktiviti ibu dan bayi baru.

Tandem nursing selepas melahirkan turut membantu ibu mengurangkan risiko bengkak susu dimana anak yang lebih besar mempunyai lebih kemahiran untuk ‘membantu’ ibu mengosongkan payudara.



Tips Pengekalan Susu Semasa Hamil

Tidak dinafikan terdapat perubahan pada kuantiti susu ibu semasa ibu mengandung. Bahagian dalam payudara ibu hamil mempunyai kurang keupayaan untuk menyimpan susu yang menyebabkan kuantitinya tidak lagi sebanyak sebelum itu.

Percaya pada rezeki, penyusuan susu ibu adalah lebih kepada kualiti berbanding kuantiti (pada usia anak melebihi 6 bulan).

Teruskan penyusuan susu ibu semasa anda bersama anak dan antara tips yang boleh digunakan ialah:



‘Sediakan Air Kosong Untuk Anak’

Komposisi susu ibu yang hamil yang mengandungi lebih sodium akan menyebabkan perubahan rasa iaitu sedikit masin yang menyebabkan anak berasa dahaga walaupun selepas menyusu.



Selamat meneruskan penyusuan semasa hamil kerana ianya bukan perkara yang bertentangan dengan penyusuan susu ibu. Rasa bahagia kerana kehamilan anda ‘ditemani’ si kecil juga adalah anugerah!



pstttt: yer aku setuju sangat dengan kata2 yg terakhir nie.. rasa sangat2 bahagia bila kita dapat menyusukan si kecil kita semasa kita mengandung nie kerana ia adalah pengalaman yang sangat berharga :) kerana tak semua orang dapat merasai pengalaman seperti ini..

Wednesday, June 6, 2012

Arinie Transit Planet Zuhrah, 6 Jun 2012

Kat opis pagi tadi kecoh pasal transit planet zuhrah.. so jabatan mufti kat sebelah opis aku nie ade buat satu program melihat planet zuhrah menggunakan telescope... betul2 kat depan opis aku nie.. so meh la kita beramai2 memeriahkan suasana..

time aku nengok planet zuhrah pakai telescope nie dah pukul 10 lebih.. masa tu sedikit mendung lah.. awan dah menutupi matahari so tak nampak la planet zuhrah yang kecik cenonet tu..


wajib bergambar dulu sebagai kenangan.. payah tau nak dapat peluang macam nie.. sekali seumur hidup kot.. sebab fenomena nie hanya berlaku pada tahun 2117 atau 105 tahun daripada sekarang..

Subhanallah..sungguh ajaib kan.. kuasa Allah...

sayangnya tak dapat lihat dengan mata kepala sendiri.. ada member opis yang sempat lihat pada jam 9 pagi tadi..  rezeki dorang kan.. syoknyaa.. mesti kagum kan.. kalau lah aku dapat lihat sendiri alangkah gumbiranya...

jadinya kami posing jelah kat sebelah telescope tu beramai2...



balik opis terus gugel pasal transit planet zuhrah nie.. dapat la sedikit info

korang kalau nak tahu dengan lebih lanjut boleh baca kat sini http://kulanzsalleh.com/transit-planet-zuhrah-venus-6-jun-2012/
dan banyak lagi lah kalau korang rajin mengugel...
pic kredit tu en gugel..

kalau dapat lihat tadi macam nie la ropenya.. yang bertanda hitam tu lah planet zuhrah.. kecik jer kan..padahal saiz planet tu sama besar ngan bumi

bestnya kalau dapat lihat..huhuh tak polah dapat lihat kat tenet pon jadik lah hukhuk

Tuesday, June 5, 2012

Sembang-sembang

Assalammualaikum wbt..

Korang dah makan? Aku baru lepas makan nih.. nasi ayam jer tapi rasa macam makan kfc dah.. sedap tak terkata.. mungkin sebab teringin punya pasal kan.. arinie malas nak keluar pegi beli makanan.. tiba-tiba pening kepala sebab mencari senarai kehadiran miting tak jumpa2 huhu frustttttttttttt! frust sebab careless.. mencik taw! selalu tu elok jer aku simpan.. ntah kali nie nape ntah.. huhu selalu sangat lupa.. hurmm ini mungkin sebab faktor usia.. tak pon sebab peknen :P

Dah lama kan tak menaip kat sini.. dalam kepala nie macam2 nak cerita.. tapi tulah.. aku tidak berdaya.. hendak menjadi blogger tegar lagi.. mesti korang pon bosan kan? bukak belog aku jer tak de benda yang menarik... apa boleh buat.. dulu lain sekarang lain.. dulu bujang sekarang dah kawen hewhewhew

Itu semua alasan tak boleh pakai yer uols... sila abaikan yer....

Sekarang usia kandungan aku dah masuk minggu ke 26.. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar.. tiada alahan yang teruk2... so far ok lah berbanding yang pertama dulu.. eh yang pertama dulu pon tak de alahan jugak... cuma badan nie lah rasa penat sket.. bila balik rumah tu rasa lembik jer kaki nie.. yelah mana nak layankan anak...suami..buat keje umah..itu ..ini..hurmm.. tapi kalo kat opis nie ok lagi lah.. laju jer berjalan ke sana kemari.. sebab tu best lagi duduk opis kekekeke

Aku masih menyusukan esya.. tapi bukan sepenuhnya lah.. menyusu bila dia nak aje.. kadang tu bila dia gian sangat aku bagi la.. itu kalau hari minggu bila aku bersama dengan dia.. tapi.. bila malam hari... esya mesti cari aku.. mesti nak nenen dulu baru dia boleh tido... kesian dia.. susu aku kan dah merudum.. ntah banyak manalah yang dia dapat minum tu.. ntah2 1oz pon tak sampai kot.. perit tu usahlah ko tanya... memang perit sangat.. sabar jelah.. demi anak.. aku tak sampai hati nak pisahkan dia.. Insyaallah lepas bersalin nanti kalo ada rezeki bolehlah dia berkongsi dengan adik dia.. harap sangat2.. mudah-mudahan Allah permudahkan...

Amin...

Photobucket
© Design by | Nurulchumel Lovely Site