Showing posts with label susu. Show all posts
Showing posts with label susu. Show all posts

Wednesday, February 20, 2013

Susu ku untukmu Sara

 Sudah lama ku teringin nak abadikan kenangan susu-susuku di dalam belog ini akhirnya hari ini seakan terpanggil untuk membuat entry pasai susu nih...

Ehem..ehemmm tetiba nak bercerita pasai susu plak dah minah nie.. saya bukanlah orang yang hebat pasai pengendalian susu ibu.. saya pon masih belajar..walaupun dah punyai anak dua tapi rasanya macam banyak sangat benda yang saya belum tau dan tak tau.. ok tak pe pakcik gugel ada mai kita gugel sama-sama k

Setiap hari saya akan pam di opis sekurang-kurangnya 2 kali. Sesi pertama antara jam 10.30-11 pagi dan sesi kedua antara jam 4.00-4.30 petang. Kadang-kadang bila terlebih rajin saya akan pam 3 x. Tapi jarang-jarang lah sebab kekangan masa dan kerja diopis yang tidak mengizinkan :(

Untuk satu sesi perahan biasanya saya akan dapat 7oz..ikut rezeki lah kadang-kadang ada kurang dan ada lebihnya.. sikit atau banyak saya sangat bersyukur kerana masih dikurniakan rezeki untuk baby Sara.. kalo dapat banyak of kos saya hepi tapi bukan bermakna dapat sikit saya perlu bersedih.. saya perlu tingkatkan lagi usaha untuk keep on pumping gituuu 

nie hasilnya untuk sehari.. biasanya 3 botol x 5 oz susu.. kalau dapat pam 3 sesi mungkin lebih lagilah hasilnya kan.. tak pe sikit2 lama2 jadi bukit hehehe 

Port menyusu ketika diopis ialah bilik stor ict kehkehkeh.. port yang paling selamat...dan selesa walaupun tak ber ekon..
 
 eh gambar lebih kurang sama laa.. tapi hari lain2.. seronok tengok gambar susu sendiri sebenarnya sebab boleh jadi motivasi untuk diri sendiri..sekiranya diizinkanNYA saya nak sangat3 menyusu Sara sehingga usianya 2 tahun..amin

Akaknye dulu sempat fully BF 8 bulan aje..lepas tu saya peknen lepas tu susu pon drop :( sedih... tapi tak pe at least dapat jugak saya susukan Esya. Insyaallah mudah-mudahan Allah permudahkan segalanya.
Bagi saya bila baby banyak menghisap, banyaklah susu akan terhasil.. bayi kurang menghisap, kuranglah susu akan terhasil.. Sebab itu saya selalu kejutkan Sara menyusu.. Kalau ikutkan dia asyik nak tido aje.. kadang tu sampai dah kembang2 kuih mama dia nih tau.

Dalam pantang paling seronok buat stok susu.. alhamdulillah rezeki melimpah ruah.. sampai ada saya sedekahkan kepada kawan-kawan yang memerlukan.. macam gambar kat bawah nie.. nie susu masa pantang ritu, Si Esya sebok nak tolong kemas..

Sekarang stok dalam peties ada berbelas2 jer.. Sara jenis tak suka minum stok susu yg lama2.. so susu yang lama saya sedekahkan semuanya kat kawan saya.. dan saya sekarang nak mula buat stok baru.. huiii sangat mencabar ok nak kumpul stok bila kita dah start keje nie.. macam2 dugaannya.. yang penting kita sebagai ibu kene kuat semangat dan rajin. betul tak kawan2?

So ibu2 diluar sana mari kita lipat gandakan usaha untuk hasilkan yang terbaik buat anak kita.. kerana susu ibu adalah yang terbaik di dunia!!!

caiyok..caiyokkkk

 


Monday, June 18, 2012

Botol susu dan Esya

Dula masa baby esya boleh jer isap susu pakai botol.. tapi semenjak susu aku drop dia mula buat hal tak nak minum susu pakai botol.. so macam2 cara yang aku dan pengasuh buat.. sampai pengasuh beli alat yg macam nak minum ubat tu..ala apa namanya tah yg picit2 tu.. aku pulak bancuh susu dalam cawan dan bagi dia minum.. tak pun bancuh dalam botol pastu bukak penutup botol tu dan esya akan minum direct macam tu jer..

Punyalah payah dia nak terima puting susu tu..heii geramnya haku!

Setiap hari aku berdoa mohon mudah-mudahan dibukakan pintu hatinya untuk menerima botol susu seadanya.. Alhamdulillah berkat doa seorang ibu baru nie esya dah mula menerima puting dan botolnya... phewww lega!




bermula 2 minggu lepas hari sabtu dan ahad tu.. tiba2 esya amek puting kosong terus masuk ke dalam mulut dia.. eh terkejut aku.. selama nie aku bagi selamber jer dibuangnya.. kalo kat rumah pengasuh memang pengasuh dia ada ajar isap puting kosong nie.. tapi kat rumah aku memang tak pernah dia naknye.. dia gelak2 dan campak jer.. ntah kenapa aritu dia nak pulak..

Ok fine tak pe.. aku ok jer.. kalo dulu masa aku fully bf memang aku tak de la nak kasi puting kosong nie.. nie sebab susu aku drop dan breast aku sangat sakit bila dia isap memang aku nekad nak pisahkan dia buat sementara waktu.. tunggu susu baru kuar nanti aku sambung bf balik :) bf dua orang.. adik dan kakak..insyaallah

hari isnin besoknye balik keje pengasuh esya bagitau dia cuba bagi esya minum susu pakai botol.. tengok2 esya elok jer isap.. tak tolak langsung.. siap rakam video tunjuk kat aku lagi tu.. Ya Allah hepinya aku... tuhan saja yang tahu..

So malam tu aku pun cuba bagi dia minum susu pakai botol... seperti gambar diatas nie.. alhamdulillah elok jer dia minum.. padahal kat umah pengasuh pakai botol avent.. kat umah pakai botol pureen jer.. eh minah nie tak confuse puting pulak.. eh eh eh

Suke sangat lah mama dia ni! gembira tengok anak sendiri dah boleh berdikari... tak putus2 aku bersyukur dan berterima kasih kepadaNya...


Now esya dah nampak perubahan yang positif.. banyak sangat perubahan dia.. aku hepi sangat.. mudah-mudahan lepas nie esya cepat2 boleh berjalan yer sebab mama dah tak larat nak dukung esya.. esya dah berat laa..hehehe

Note: jangan mudah putus asa! yakinlah anak kita boleh buat sesuatu yg kita tak sangka.. rajin berdoa mohon padaNya.. Insyaallah dia akan makbulkan doa seorang ibu..


Thursday, June 7, 2012

Yer saya masih menyusu walaupun sedang mengandung

Semenjak aku peknen untuk kali ke 2 nie aku lebih suka cari info pasal breasfeed... yelah anak aku kan kecik lagi.. baru nak masuk setahun 2 bulan kan.. tetiba maknye mengandung.. pastu nak pisahkan dia dengan "benda" yang dia paling nak sangat setiap kali lapar, dahaga dan nak tido.. oh no!!!

Memang aku tak sanggup!!! aku bagi jugak setakat yang termampu... bukan bermaksud aku tak campur dengan fm.. aku dah mula bagi fm semenjak esya berumur 8 bulan lagi.. masa tu kan susu dah drop.. aku pon tak mampu nak bagi dia susu lama2.. buat menimbulkan kemarahan dia jer.. yelah dia dok hisap2 tak de air.. tak ker dia marah hehe

Sedih giler kot bila susu drop...tsk tsk tsk... tapi sedih dalam gembira la.. gembira sebab nak dapat orang baru.. aku mengaku masa mula2 dapat tau esya nak dapat adik.. aku jadi blurrr sekejap... aku macam tak boleh nak pk apa2.. aku kesiankan esya yang masih kecil tu.. Ya Allah... hanya tuhan saja ah yang tau.. pastu aku mesti risaukan luka bersalin aritu... masih baru lagi kan.. ceaser plak tu.. Ya Allah.. tak tahu nak cakap lah.. hanya kepada tuhan tempat aku mengadu..

Setiap hari aku panjatkan doa memohon supaya dipermudahkan segalanya... mohon Allah pelihara kandungan ini sehingga lahirnya dia nanti.. dan moga tidak berlaku sebarang komplikasi yang akan membahayakan aku dan baby nanti.. amin..

Sekarang... aku bertambah yakin.. aku yakin aku dapat melalui pengalaman mengandung kali ke 2 ini dengan sebaik mungkin.. insyaallah... mujurlah suami banyak membantu di kala aku kepenatan melayan anak sulung yang semakin membesar dan lasak tu.. esya..esya.. dia mesti tak paham lagi kan.. hee tak pe nanti dah kuar adiknya nanti mesti bertambah meriah... mudah-mudahan...

Oh yer kat sini ada beberapa fakta berkenaan penyusuan susu ibu ketika mengandung yang sempat aku gugel.. korang boleh share info nie manalah tahu kot ade yang sama status macam aku ker kan hehehe

Insyaallah kalau kita yakin dan mampu kita boleh laksanakannya... insyaallah bila baby dah kuar nanti aku akan susukan kedua-duanya... sampai lah ke usia mereka 2 tahun.. moga Allah berikan kekuatan dan murahkan rezeki anak2 ku nanti... amin

 
1. Ketahui Fakta

Susu ibu bukanlah sumber tenaga utama bayi selepas usianya 6 bulan. Jika ibu mendapati dirinya mengandung selepas usia anak melebihi 6 bulan, ibu tidak perlu gusar tentang nutrisi untuk anak kecilnya. Ianya masa yang sesuai untuk anak belajar untuk menerima nutrien daripada makanan yang berkhasiat.

Penyusuan susu ibu masih diteruskan demi memenuhi keperluan emosi kedua dua pihak dan ianya masih menyumbang kepada nutrisi hariannya.

Selain itu, penyusuan susu ibu tidak mempunyai kaitan dengan keguguran juga perlu diketahui oleh ibu. Dapatkan lebih informasi mengenainya daripada konsultan atau kaunselor laktasi anda.



2. Rasa Sakit Pada Puting

Kebanyakan ibu mengalami rasa tidak selesa pada bahagian putting pada setiap kali sesi penyusuan. Ini kerana puting menjadi lebih ‘fragile’ dan membesar semasa mengandung demi persediaan untuk penyusuan anak didalam kandungan.

Ibu boleh mengalihkan perhatian daripada rasa sakit dengan cara melakukan perkara lain ketika menyusukan seperti sambil membaca majalah atau menonton TV. Ketahui bahawa rasa sakit pada bahagian puting tersebut adalah untuk menjadikan puting lebih ‘tough’ untuk penyusuan bayi seterusnya.



3. Posisi Yang Selesa

Berikutan pertambahan saiz pada bahagian perut dan keadaan fizikal yang kurang mengizinkan, ibu perlu menyesuaikan posisi penyusuan mengikut keselesaan. Posisi mengiring dan meletakkan sebiji bantal pada bahagian belakang badan mungkin membantu!



4. Nikmati Momen Penyusuan

Tangan kecil yang meraba perut anda semasa menyusu adalah antara momen indah sepanjang membesarkan sikecil. Berkomunikasi dengannya (walaupun ketika sedang menyusukan!) bahawa mama sedang mengandungkan adiknya didalam perut supaya dia boleh mempunyai kawan bermain. Dia memahami setiap apa yang ibunya rasa bermula sejak dia berada didalam perut lagi!



5. Tanamkan Azam Untuk Tandem Nursing

Tandem Nursing ialah menyusukan anak ketika sedang hamil seterusnya menyusukan kedua duanya (atau mungkin lebih) selepas bayi lahir. Kelebihan tandem nursing ialah antaranya hubungan antara kedua dua anak yang lebih erat apabila mereka pernah berkongsi sesuatu yang ‘penting’ apatah lagi susu ibu! Selain itu, tandem nursing juga membantu emosi ibu selepas melahirkan dan emosi anak yang lebih besar sebaik sahaja menerima kehadiran ‘orang baru’ dalam rumahnya. Dia tidak ketinggalan dalam apa apa jua aktiviti ibu dan bayi baru.

Tandem nursing selepas melahirkan turut membantu ibu mengurangkan risiko bengkak susu dimana anak yang lebih besar mempunyai lebih kemahiran untuk ‘membantu’ ibu mengosongkan payudara.



Tips Pengekalan Susu Semasa Hamil

Tidak dinafikan terdapat perubahan pada kuantiti susu ibu semasa ibu mengandung. Bahagian dalam payudara ibu hamil mempunyai kurang keupayaan untuk menyimpan susu yang menyebabkan kuantitinya tidak lagi sebanyak sebelum itu.

Percaya pada rezeki, penyusuan susu ibu adalah lebih kepada kualiti berbanding kuantiti (pada usia anak melebihi 6 bulan).

Teruskan penyusuan susu ibu semasa anda bersama anak dan antara tips yang boleh digunakan ialah:



‘Sediakan Air Kosong Untuk Anak’

Komposisi susu ibu yang hamil yang mengandungi lebih sodium akan menyebabkan perubahan rasa iaitu sedikit masin yang menyebabkan anak berasa dahaga walaupun selepas menyusu.



Selamat meneruskan penyusuan semasa hamil kerana ianya bukan perkara yang bertentangan dengan penyusuan susu ibu. Rasa bahagia kerana kehamilan anda ‘ditemani’ si kecil juga adalah anugerah!



pstttt: yer aku setuju sangat dengan kata2 yg terakhir nie.. rasa sangat2 bahagia bila kita dapat menyusukan si kecil kita semasa kita mengandung nie kerana ia adalah pengalaman yang sangat berharga :) kerana tak semua orang dapat merasai pengalaman seperti ini..

Friday, July 22, 2011

Cara penyimpanan susu ibu

Semalam BS Esya bagitau aku Esya tak berapa nak minum susu sangat.. risaunya aku.. buatnya dia tak nak minum botol balik karang susah pulak.. so aku suspect maybe aku bagi susu yang lama kot.. susu yang aku perah bulan lepas.. oleh itu aku pun cepat2 gugel pasal susu ibu nie dan cara penyimpanannya.. manalah tau kot2 susu tu dah tak sedap rasanya ker sebab tu esya tak nak..

kat bawah nie adalah serba sedikit info berkenaan penyimpanan susu ibu yang aku dapat daripada blog sajirahazlan mari lah kita kongsikan bersama supaya bertambah pengetahuan kita berkenaan EBM yer kawan2 :)


ASI = Air Susu Ibu
EBM = Expressed Breast Milk.
Fresh EBM = Susu yg baru diperah
Chilled EBM = Susu yg dah perah, disejukkan bhgn sejuk (bukan beku).
Chilled EBM akan membentuk dua lapisan, tapi ia bukan basi.
Frozen EBM = Susu yg di simpan di tempat beku.

APAKAH BEKAS YANG SESUAI DIGUNAKAN UNTUK MENYIMPAN ASI?

Bekas yang sesuai untuk menyimpan susu perahan:
- bekas kaca adalah yg terbaik tetapi agak sukar dikendalikan
- bekas plastik atau botol susu bebas BPA (Bisphenol-A)
- bekas plastik berbucu keras (seperti Tupperware)
- Bekas dadih - Ianya boleh digunakan sehingga 5 kali sebelum dibuang.
- breast milk storage liners khas untuk menyimpan EBM

BERAPA LAMA ASI BOLEH BERTAHAN DALAM SUHU BILIK?

Jika bilik tidak ber aircond (25o C - 37 oC), disarankan tidak lebih dari 4 jam
Jika bilik ber aircond (15 oC - 25 oC), boleh sampai 6-8 jam
catatan: suhu di atas harus stabil, cth bilik ber aircond, tidak dioffkan sepanjang botol ASI berada di dalam bilik tersebut.

BERAPA LAMA ASI BOLEH BERTAHAN DALAM FRIDGE/FREEZER?

Susu ibu yang disimpan dengan baik akan menjadikan susu tahan dengan lebih lama.

1. Bekas penyejuk (cooler bag/box 0-4 °C), tahan sehingga 12-24 jam

2. Peti Sejuk (2 pintu)
- freezer (-18 hingga -20 °C) - 3 bulan
- fridge (0- 4 °C) - 5 hari

3. Peti Sejuk (1 pintu)
- freezer - 2 minggu
- fridge - 5 hari

4. Deep freezer (-20C)- tahan sehingga 6 bulan

Jika ibu menyimpan susu di dalam freezer yang mempunyai suhu sehingga -1 darjah celcius, susu boleh tahan selama 1 tahun.

PERINGATAN: susu yang dah dicairkan tidak boleh dibekukan semula dan susu yang dipanaskan tidak boleh disimpan sejuk semula.


BAGAIMANA CARA MENYIMPAN ASI YANG BETUL?

- Pastikan kuantiti susu mencukupi untuk sekali penyusuan.
- Simpan dalam bekas yang bersih dan bertutup.
- Labelkan bekas dengan menyatakan tarikh dan masa pemerahan.
- Simpan dalam peti sejuk. simpan di bahagian paling atas dan paling dalam kerana suhunya lebih stabil. Jangan simpan di bahagian pintu peti sejuk kerana suhu di bahagian pintu tidak stabil.
- Jika susu ingin dibekukan, pastikan bekas simpanan susu tidak terlalu penuh. Pastikan ada ruang kosong untuk pengembangan berlaku bila susu membeku.

BAGAIMANA RASA ASI YANG SUDAH BASI?

Sebenarnya jika ibu mengikut cara penyimpanan yg betul, ASI tidak mungkin akan basi. ASI yang disimpan/disejuk bekukan akan berlaku perubahan warna dan rasa, tapi itu tak bermakna ASI sudah basi.ASI yang telah basi akan berbau masam dan berketul-ketul. Asalkan ibu menjaga kebersihan semasa mengepam, menyimpan ASI dalam botol yg steril & bertutup rapat, dalam jangka waktu yg ditetapkan seperti di atas dan memanaskan EBM dgn betul, insyaAllah ASI terjamin khasiatnya. Dibandingkan dgn susu formula, ASI lebih tahan lama dan EBM lebih baik daripada susu formula..

pssttt: susu ibu tahan lama ok! aku baru cadang nak buang susu yang kat dalam fridge tu manalah tahu kot rasanya dah tak sedap ker kan..huhu tak jadik la..
Photobucket
© Design by | Nurulchumel Lovely Site