Wednesday, February 2, 2011

Selamat bercuti!

Bestnya esok cuti! tapi aku tak dapat balik kampung huhu nangeh.. tak pelah lain kali boleh balik lagi.. yang penting jaga suami disisi..
>
>
>
>
>
>
>
eh korang pernah tak beli topup pakai on9 bank pastu topup tak masuk2 tapi duit dalam bank dah tolak? aku dah terkena nie! kejadian waktu lunch tadi.. kol maxis center dorang kate aku tak de buat pembelian.. kol bank suk tunggu 24 jam kalo still tak masuk topup tu baru kol bank n buat repot.. hakalah bikin aku panassss jer laa.. baru plan nak gayut ngan mak aku malam raya nie huhuhu

sedih..sedihhh :(

oklah uols selamat bercuti doakan aku hepi kat sini yer walaupon tengah sedih :( nie

Hai obat

Assalamualaikum wbt...

Selamat hari rabu.. selamat bercuti kepada yang telah mula bercuti hari ini.. aku masih bekerja lagi ok! punya lah malas giler nak bangun pagi tadi.. hadoiii terasa macam ada magnet melekat2 kat kaki aku supaya jangan bangun.. tapi aku gagahkan jua..

Lewat aku gerak pagi tadi.. jam 7.40 am baru hegeh2 nak kuar rumah.. nasib jalan tak jem! clear weh mesti ramai yang dah bercuti awal.. sampai opis pagi tadi pon parking tak penuh.. kalo tak jangan haraplah mesti kene block kete orang lain huh

bestnya dorang yang dah bercuti tu kan.. mesti dalam perjalanan balik kampung or tengah tido sedap2 kat rumah kan? hurmm cuti lah katakan..

Eh nak stori pasal ubat la pulak.. melalut citer pasal lain hihi

akceli sepanjang nak masuk 3 minggu en bob tak sihat nie dah macam2 jenis ubat yang dia makan.. antaranya seperti di bawah..

dah 4 klinik pergi.. kadang makan ubat tu macam makan gula2 jer sakit tu langsung tak kurang huhu cian kan.. tapi makan jugak la.. dah sakit kan..

sampai ubat yang dah abes pon en bob tak buang.. dia biarkan jer kat dalam palstik beg ubat2 tu sume.. hiii nak wat koleksi ke apa..

selain daripada ubat2 klinik nie aku dah suh en bob pegi mengurut.. pegi jumpa ustaz.. pegi jumpa bomoh opsss ala2 bomoh g tu la.. macam2 laa kan nak baik nye pasal..

last sekali aku nak paksa en bob pegi buat scan MRI kat pakar.. tu je kot aku rasa yang boleh detect dia sakit apa.. hurmm nak pujuk en bob nie pun satu hal.. dia kalo dengar je nak pegi jumpa doktor mesti sakit tu tetiba jer baik.. musykil jugak nie!

oklah pepon aku takkan putus harapan.. setiap penyakit pasti ada ubatnya.. hai lah obat manalah ko???

Tuesday, February 1, 2011

Apam polkadot

Minggu lepas aku ade tempah apam kiut miut comel lote nie daripada Belog Qaseh Arieqa kononnya untuk buat majlis doa selamat sempena majlis pertunangan adik ipar aku yang sepatutnya berlangsung pada 29 Jan yang lalu.. tapi apakan daya apa yang dirancang tak semestinya menjadi.. kebetulan lagi 4 hari adik ipar aku nak bertunang, ayah mertua aku pula yang ditimpa kemalangan.. terpaksa la postponed tarikh bertunang ke suatu tarikh yang lain..

memandangkan aku dah order ini apam polkadot so aku bagi la sket kat kawan2 opis nie.. bagi sorang sket lebihnya aku makan sendiri dan bawak balik umah mertua bagi kat dorang..

sedap tau apam nih! lembut n wangi jer bau dia.. kecik2 masuk mulut memang tak cukup satu.. ko makan satu mesti ko nak lagi dan lagi dan lagi haaaa gitulah dia penangan apam pokadot hihi


aku order 150 biji... kalo korang nak try boleh ler tempah.. untuk 100 biji = RM 25 sajork!!

dia packing kat dalam kotak lutsinar cam kotak kat bawah nie...

try la uols.. beli sekali mesti nak lagi.. seswai untuk majlis kenduri kendara, makan2 ke apa majlis sekalipun.. kot le ada yang tak tau nak bagi apa masa g kenduri or rumah kawan2 boleh lah bagi apam polkadot yang comel ini..

ok sapa nak try boleh klik kat sini

eh kek pon ada tau! g la try terjah sana.. gerenti puas hati ko!

(Serius) Krisis sebenar darurat di Mesir

oleh Abu Khuzaifah pada pada 31hb Januari 2011 pukul 8.07 ptg

Kalau anda membaca post ini, harap boleh sebarkan di facebook, twitter, blog, tumblr masing2. Kalau boleh biar satu Malaysia tahu sebab ianya sangat penting. Ini melibatkan keselamatan, maruah, nyawa dan masa depan lebih 6000 pelajar Malaysia di sana. Kita harap dengan tersebarnya maklumat pihak kerajaan dapat melakukan tindakan yang sewajarnya.

edit: angka sebenar jumlah pelajar Malaysia di sana tidak diketahui, tapi ada sumber memaklumkan terdapat 11,000 rakyat Malaysia tinggal di seluruh Mesir.

edit 2 : beberapa rujukan telah ditambah.

Ringkasan : Rusuhan dan darurat di Mesir adalah berpunca daripada revolusi rakyat menentang kerajaan pimpinan Hosni Mubarak. Revolusi ini diinspirasikan daripada revolusi tunisia baru-baru ini dan dijangka banyak negara timur tengah akan turut menurut jejak langkah rakyat Tunisia dan Mesir untuk ber-demo.

Hosni Mubarak ialah diktator yang memerintah Mesir selama 30 tahun, dan mungkin anda tidak tahu Hosni Mubarak adalah pemerintah kejam, perampas harta rakyat dan juga sekutu US dan juga menyokong Israel. Media Malaysia kurang melaporkan berita mengenai ini dan ramai yang tidak tahu, ingat Mesir…bunyi Arab tu semua aman…semua baik-baik ke? Dah jadi riot baru kecoh satu dunia.

1. Huru-hara dan rusuhan di hampir semua tempat di Mesir

Rusuhan berlaku merata-rata tempat, orang awam bertempur dengan polis dan tentera…ramai terkorban, ramai cedera parah. Orang yang tak bersalah pun boleh jadi mangsa tanpa sedar.

2. Internet, Komunikasi Telefon Bimbit disekat

Dah beberapa hari sejak kerajaan Mesir menyekat Internet dan komunikasi telefon bimbit serta servis blackberry. Menyukarkan orang ramai untuk berhubung.

Ramai ibu bapa di Malaysia risau keadaan anak mereka di Mesir yang gagal dihubungi dan tidak tahu keadaan terkini isu di sana.

3. 5000 banduan terlepas dari penjara

Antara kes “prison break” terbesar setakat ini…5000 banduan telah terlepas dari penjara. 5000 tu jumlah yang sangat ramai, dan agak-agak apa banduan yang dah lama kena penjara akan buat bila dah terlepas? Dengar2 banduan pula spesies ganas2 yang terlepas.

Tak mungkin mereka insaf…yang pasti keganasan meningkat dan ramai menghadapi ancaman teruk.

sumber: http://goo.gl/KDkfI

4. Pelajar Malaysia dirogol, dirompak

Dengar berita ada pelajar Malaysia di Mesir yang telah menjadi mangsa rogol dan rompak. Rumah yang didiami mereka dicerobohi dan mereka tinggal dalam ketakutan.

Ini bukan perkara main-main kerana melibatkan maruah dan nyawa rakyat kita sendiri. Minta pihak kerajaan Malaysia memandang serius perkara ini, sebab kalau ikutkan coverage di akhbar dan tv sekarang memang langsung tak dipandang serius.

edit : Berikutan ada menyangkal point ini…ada baiknya anda lihat blog Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita dan mungkin rujuk entri ini juga

http://goo.gl/iE5Y4 dan juga http://goo.gl/aU1uI

5. Darurat, krisis tempat tinggal dan makanan

Tahu tak apa masalah besar bila darurat berlaku? Ramai akan menghadapi masalah tempat tinggal sebab macam dinyatakan di atas, kena ceroboh, kena bakar dll. Nak makan pun susah, kedai mana yang berani buka time kecoh-kecoh macam nie.

Lagi parah bila ada kemalangan, luka-luka dan terkena penyakit. Silap-silap dari sakit ringan-ringan boleh maut sebab tak dapat rawatan sebetulnya.

6. Airport, Balai Polis, Kereta diserang, dibakar

Lapangan terbang diceroboh dan di serang, dan segala urusan penerbangan banyak yang terpaksa di batalkan atas sebab keselamatan. Yang selamat hanya mereka yang ada pesawat peribadi.

Balai-balai polis dan kereta serta kenderaan di jalanraya banyak yang dibakar oleh perusuh. Terdapat juga insiden pihak tentera melanggar perusuh dengan kereta.

7. Bloggers seluruh Malaysia, take note!

Sebarkan maklumat berikut; dan minta kerajaan Malaysia memberi priority sebaik mungkin untuk isu ini.

Kita memohon supaya kerajaan Malaysia memandang serius hal ini. Bukan sahaja di Mansoura, malah di seluruh Mesir keselamatan rakyat kita terancam.

Segala update berkenaan keadaan di sana boleh dibaca melalui blog Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita

Jika ada cadangan di luar sana untuk membantu kami mendapatkan perhatian kerajaan Malaysia, sila hubungi Nurul Nadia Binti Md Zin di 017-3193923

Atau melalui:

Facebook: Nuvul Nadiva Dizavch

Twitter: DyyaDizarch

Blog: Nadia-ism

YM: nadia_mdzin2001@yahoo.com

Please let all Malaysians know about this. I will do the same but I need your help too especially to all the bloggers out there. May Allah save our citizens there.

- Nadia

8. Sebar-sebarkan berita mengenai ini

Mintak tolong sebar berita ini di facebook, twitter, yahoo messenger, email dll. Nak copy paste tak bagi kredit pun tak kisah kali ini, yang penting kita nak maklumat ini tersebar.

9. Bacaan berguna

Bagi yang tak tahu menahu mengenai isu ini boleh baca beberapa link berikut:

1. Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita

2. Facebook Pages – Selamatkan Pelajar kita di Egypt

3. What’s happening in Egypt

4. Ariffshah : Krisis Mesir Nasib Pelajar Kita

5. Obefiend – revolusi piramid bukan MLM Mesi.

dipetik dari

http://jomphp.com/serius-krisis-sebenar-darurat-di-mesir-sebarkan-kepada-semua.html

*marilah kita sama-sama sebarkan berita nie.. ngeri pulak bila diingat2!

Hari nie dah 28 minggu

Assalamualaikum wbt..

Hei cepatnya masa berlalu (ayat nie selalu di ulang2 bila terasa masa tu cepat sangat meninggalkan kita :P) tak sangka aku dah peknen 28 minggu bersamaan dengan 7 bulan..

Weeee makin bertambah bulan makin terasa debarannya.. tak lama lagi kuarlah bobo mama nih.. persiapan apa sume tak buat lagi.. ingat dah nak mula membeli sikit2 tapi en bob pulak tak berapa sihat.. hurmm tak per la tunggu la cuti raya cina nanti kot en bob dah ok cket bleh ajak dia pegi menyoping baju untuk bobo..

kalo still tak sihat gak lagi aku kene la pegi soping sorang2 dulu.. kang dibuatnya bobo nak kuar awal tak ke naya aku nih..

sepanjang usia kandungan 7 bulan nie aku dah rasa badan nih berattt semacam.. bila dapat duduk nak bangun susah kemain.. berat jer vontot nie rase... kalo dapat baring aduhaiii nikmatnya.. kalo boleh nak keje sambil baring boley? hihi ngade2

pic terbaru.. amek semalam saje nak tayang peyut mak yong :)

dan pic terkini bobo kat dalam perut mamanye.. camnie la kot gayanye..




ramai yang tanya aku baby apa? sebenarnya aku tak de pegi scan dah pun.. rasa cam malas nak scan lagi coz aritu scan bobo rileks jer tak mau gerak2.. doktor pon payah nak carik anu dia.. tengok lah nanti kot aku tetiba rasa nak scan aku pegi la yer.. kang aku kabo2 kat korang yer kalo dah tau resultnye..

itu jer dulu perkembangan mama dan bobo.. kalo ada lagi kang aku apdet lagi yer :)
Photobucket
© Design by | Nurulchumel Lovely Site