Showing posts with label adik yat. Show all posts
Showing posts with label adik yat. Show all posts

Friday, November 4, 2011

Muaz Amsyar sepupu Esya

Memperkenalkan sepupu baru Esya iaitu Muaz Amsyar Bin Mohd Hazlim... anak kepada adik saya iaitu adik yat yang aku selalu dok cerita kat belog nie ha.. Syukur alhamdulillah tahun nie mak aku dapat sepasang cucu.. seorang perempuan dan seorang lelaki.. sebaya pulak tu weee tak dapat aku bayangkan betapa gembiranya mak aku.. kalaulah ada arwah ayah mesti dia pun gembira sama macam mak aku kan.. hurmm

Siang tadi kol mak.. gurau2 ngan mak.. aku cakap la.. pasni nie mak dah tak sayang esya.. mak dah ada cucu baru.. cucu lelaki.. mak aku gelak jer.. hepi bebeno suaranye tu.. sambil gelak2 tu mak aku mintak esya.. dia suh aku antar esya balik kampung duduk dengan dia.. aiseyman maaf yer mak tak dapat la nak kasi esya kat mak.. meroyan aku kat sini nanti hehehe

oh yer nie dia gambar fresh2 Muaz Amsyar yang aku curik daripada fesbuk papa dia.. eh papa ker abah ker babah haa??? belasah jelah...

kiut tak?? adeiii gerammm sangat rasa macam sekarang jugak nak terbang ke ipoh nak cium Muaz Amsyar.. nak bau baby newborn... wangi... ececece tetiba teringat esya masa newborn aritu.. tido je kojenye... haa tengok lah Muaz pon same tido jer tu... kiut! 


Teruja ok nak jumpa baby dan mama baby.. tapi apakan daya.. hujung bulan nie insyaallah baru dapat jumpa kot.. raya haji nie aku tak balik kampung.. lagipun cuti hanya 3 hari jer.. pastu nanti mesti jalan jem giler.. arghh malas la nak bersesak2 ngan jem tu.. baik aku balik time bukan perayaan.. highway lengang sket..

opsss tetiba teringin nak edit gambar 2 orang sepupu nie sebelah menyebelah.. haa amacam ada iras2 esya tak si muaz nie? hehehe gambar esya masa hari pertama lahir ke dunia...

cakkkk
yang si esya tak sabar2 nak bukak mata... si muaz sedap je lena kan... 

Ok baby muaz nanti kita jumpa yer.. nanti mak long nak peluk2 n kiss2 muaz tau! muaahhhh


Tuesday, January 11, 2011

Mereka sudah pulang dong


kidnap gambar depa dekat fesbuk adik Yat..

Nie lah dia pengantin baru yang datang umah aku hari ahad sampai semalam.. dorang datang tido kat umah aku semalam jer.. nie la dia orangnye yang masak pongpangpongpang kat dapur aku semalam.. hihi

terima kasih yer adikku..

balik umah semalam tengok umah aku clear... bersih.. baju sume dah berlipatt phewwwww lega no.. da tau da adik aku yang tecik nie memang rajin orangnye.. beruntung en mohaz dapat memilikinya :P (ayat bodek tak buleh belah punye)

bila dorang dah balik ke ipoh.. rasa sunyi plak rumah kami.. cewahhh macam la sebelum nie tak sunyi.. maklum ler dok berdua memang la sunyi.. lain la bertiga ker berempat ker.. mesti kecohnye.. tak pe tunggu bobo kuar nanti.. siap la bising tak hengat punya..

hihihihihi

Tuesday, January 4, 2011

Pengantin Ang-ang

Sekitar Majlis Bertandang Adik Yat & Mohaz di Manjung, Perak pada 1/1/2011 bersamaan hari sabtu yang lalu.. permulaan awal tahun baru weh..

ramai yang wat majlis kawin tarikh nie.. yelah sempena tahun baru gitu kan.. date pon cantek jugak.. 1 hb 1 tahun 2010.. kira jadik 1.1.2011 camtu haa senang nak ingat.. dorang la senang nak ingat.. kita nie susah sket la nak ingat kehkehkeh

tak ketinggalan adik Yat dan suami turut memilih tarikh tersebut.. nak nak pulak hari jumaat tu malaysia cuti umum sempena kemenangan bola sepak negara piala suziki AFF maka dapatlah kami sekeluarga bertolak sehari awal ke Manjung sane..

kalo ikutkan perancangan kami nak gerak pagi2 lepaih subuh ari sabtu tu ke Manjung.. ate dah cuti haruslah pegi awal sehari.. makan angin kat sana dulu hihi

kat sana kami disediakan homestay yang sangat2 best! rumah teres 2 tingkat beserta ekon setipa bilik.. eh setiap bilik ker? eheh sesetengah bilik saje loh tapi termasuk bilik aku dan en bob.. kat hall pon ada ekon.. pendek kata tak panas langsung la bermalam kat sana.. sume cool sajer..

majlis dorang berlangsung pada keesokkan harinya... sepanjang perjalanan dari homestay ke rumah pengantin lelaki ditemani oleh abg2 mat motor TZM.. adeii gambo lupa nak aplod da.. tak per lah korang imagine udah ler.. abg2 TZM nie kawan kepada mohaz, adik ipar aku tu.. kire kitorang berarak naik kete ramai2 dorang (kawan2 mohaz) naik moto kat depan kitorang..

sampai kat trafik light siap tahan kete2 yang lain supaya benti n bagi jalan kat kitorang lagik.. maklum ler rombongan pengantin katakan.. cewah

ops lupa nak bagitau nie haa si blogger pn honeysour n family pon ada gak tau! kebetulan dia balik kg so dia datang ke manjung n join sekali..

time nie kitorang ngah tgu rombongan pengantin lagi satu.. adik pompuan mohaz pon kawen pada hari yang sama.. so 2 pasang pengantin akan berarak bersama2.. rombangan dorang dari Melaka..

sambil tgu sume sampai kami sempatlah mengedixs dulu.. masa kenduri kat perak aku tak sempat nak gedixs2 amek gambar tau! maklumla bizi time nie nak pose manyak2


pengantin serba merah.. merah ang-ang you!

nie adik mohaz dan pasangan..

kedua2 rombongan belah perak + melaka.. bercampur2 dah

cam biasa ada acara silat..

pengantin naik pelamin.. weols adik beradik tak sempat posing kat sini sebab lepas tu ada majlis berendoi anak buah mohaz dorang gantung buai betui2 kat depan pelamin.. so tak dapek la nak tunggu sampai ke petang..

makan time.. dapat ler makan kat tempat VIP tu ha walaupon kat hujung2 hihi

anak buah aku dan sedara mara..

pengantin baru tersenyum riang... raja sehari la katakan..

pengantin lama.. baru 6 bulan kawen nih :) baru lagiii hihi

makanan sume terbaek!

2 pasangan raja sehari

acara bergambar bersama ahli keluarga ku yang super ramai.. dimulakan dengan anak2 buah yang memang kaki posing! ntah ikut genetik sapa lani :P

candid.. sofea

adik beradik yang ada.. ada 3 oranglagi tak dapat datang majlis nie.. ada urusan lain..

hepi nye muka pengantin sambil buat senaman mulut.. gigi tersengih hihi

kami...

dan lastly sebelum bertolak balik ke shah alam kami singgah kat tepi pantai.. tempat nie namanya marina.. tak ingat nama penuhnya.. cantik sangat seswai kalo nak outdoor kat sini.. tak jauh ngan teluk batik..

perasan artis..lalala





haa tu dia sekali harung... kasi muntah korang tengok gambaq banyak2..

dah settle kenduri kedua belah pihak.. lega..

Thursday, December 30, 2010

Selamat pengantin baru adikku..

Tanggal 25 Disember 2010 adik Yat telah selamat disatukan dengan pasangan chenta hati beliau Mohd Hazlim Bin Wahi.. ate orang manjung, perak asalnye..

Majlis berlansung dengan meriahnya.. alhamdulillah sume tetamu yang hadir cukup makan.. makan bertambah2.. sume hepi2 la.. adik-beradik sume bertungkus lumus sebaik mungkin bagi memastikan majlis tersebut dapat berjalan lancar..

kami buat majlis secara gotong royong.. hanya terdiri daripada saudara mara terdekat dan juga jiran2 yang datang menolong.. jiran pun tak ramai sangat kat kampung aku tu.. yang ramai datang sume adik-beradik.. syukurlah kalo tak da dorang tak tau la cemana..

hei penat tau kenduri kendara nie.. dulu time aku jadik pengantin idok ler penat rope ini hiks

penat buat kerja lagi lebih2 tau daripada penat melayan tetamu sume tu.. hadei sakit pinggang den.. apapun yang majlis tu meriah ok!

haa nie dia sekeping gambar pengantin untuk tatapan korang.. sori ek ada sekeping jer kat dalam henpon aku nie.. maklum la masa kenduri aku bizi bangat tak sempat nak snap sana sini.. biase la kan kakak pengantin hihi

layanzzzzz


dan sekeping lagi cilok kat fesbuk adik Yat..

to adikku: semoga kalian berdua dilimpahkan rahmat dan rezeki yang melimpah ruah serta berbahagia selalu hendaknya.. amin

insyaallah kalo tak da aral kita ke manjung plak 1.1.2011 menganto pengantin pompuan lak.. kali nie kena snap muka mak buyong lebih2 sket! haha

Wednesday, December 22, 2010

Jemputan Perkahwinan ADIK SAYA

ENTRY TERBARU ADA KAT BAWAH YER KAWAN2.. SILA LER SCROLL DOWN EH

Assalamualaikum wbt..

Jemput semua kawan2 blogger sekalian datang ke majlis perkahwinan adik saya pada 25 Disember 2010 bertempat di Parit Buntar, Perak.

Ate datang la beramai2 ke majlis adik bongsu kami ini bagi memeriahkan lagi majlis beliau.. sori la lambat menjemput korang sume.. akaknya bizi mem"beso"kan badan hikhik sampai terlupa adik mau naik pelamin :)

weh tak lama dah sabtu nie jer... huhuhu tetiba rasa sedeyyy.. sebab adik aku yang bongsu akan menamatkan zaman bujang.. sobsobsob


kad seperti dibawah nie>>>


dan lokasinya.. yang mana dah dekat2 area situ datang la.. boleh kita jumpa-jumpaan gitu.. mana yang jauh tak pe aku pahammmm eceh


k jumpa kat kenduri adik aku SABTU nie!

mood sekarang>>> mood nak balik kampung khamis nie mood keje yilek :P

Thursday, October 8, 2009

magik magik magikkkkk

Gediks di hari pertunangan adik Yat :P kononnye nak wat magik la tu kannnn heheheh



amacam ok tak kalo macam nie?





macam nie pulakkk

dan macam nie...



macam-macam daaa....... ngeh ngeh ngeh




haaa baru clear nampak muka aku tut tut tut :P


poyo sekejap owh :P


aku mau tido sebentar ya...
papai

Monday, September 28, 2009

Selamat bertunang adik ku cayang

Tanggal 22 September 2009 bersamaan dengan hari raya ke 3 aidilfitri adik kecik aku yang bongsu melangsungkan majlis pertunangan bersama jejaka pilihan hatinya.. majlis pertunangan berlangsung jam 3.30 petang selepas selesai majlis tahlil untuk arwah ayahku dan arwah pak ngah (ayah akak iparku kak ton isteri kepada abg cik) alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar walaupun agak sedikit kelam kabut... almaklum sajalah majlis pertunangan nie diadakan di rumah abg cik aku.. pertama kali buat majlis macam nie.. tak da pengalaman lagi...

Walau apapon majlis pertunangan mereka simple & meriah gitu.. maklum la hari raya mesti ramai sedara mara yang berkunjung.. kire over sket la daripada majlis aku aritu kan.. over tetamu yang datang ok! bukan dia yang over dari aku! kehkehkeh

Pagi majlis tunang tu aku adalah antara yang paling sebokkkkk.. haha ini bukan buat2 sebokkk tapi aku memang betui2 sebokkkk owh

Ke hulu ke hilir bangun seawal pagi.. g beli buah-buahan untuk hantaran g cari bunga idup.. payah nau nak cari bunga idup tau kat kampung aku tu! sume kedai tak bukak plak pagi tu.. sampai terpaksa aku ke nibong tebal.. melangkah ke kawasan penang.. umah aku sempadan ngn penang + kedah.. sib baik ada jugak bunga yang di cari tu.. memang riso jugak la time tu takut tak de bunga idup tu terpaksa pakai tepak sireh.. huh padahal sireh dah siap cuma nak tambah2 dengna bunga idup jer lagi.. balik tu aku cepat2 siapkan sireh junjung.. sebenarnya aku tolong cucuk2 bunga idup saje.. :p tolong abg ipar n akak aku.. dorang yang wat kan.. pastu tolong repair2 hantaran adik aku tu.. kemas2 bilik dia pastu mandi n siap2 n bawak adik aku g make up kat kedai pengantin... haaa tu dia jadual aku pagi tu.. very the bz ok! kalo korang tak percaya lagi tatau laaa nak kata apa dah..hikhikhik


weols sampai agak lewat kat kedai pengantin tu.. pelanggan pun tak ramai time tu.. masuk adik aku ada la dalam 2 orang yang nak di make up.. huh legaaa kedai pon sejuk mata memandang.. aku bersama photografer adik aku iaitu abg ehsan & anak buah aku iaitu kak cik jadi pemerhati adik aku yang sedang di touch up..

Sambil menunggu sambil layan tv.. sambil2 jenguk adik aku di make up akak2 poms..mak andam adik aku nie lelaki yang ala-ala gitu.. tak kasi aku panggil abang.. panggik kakak owh.. kak wanda ker kak njang ke hapa tah nama dia nie.. lupa plak.. mulut pun bleh tahan laser jugak minah nie kelakar pon ada...

standard make up 2 jam la kan.. weols sampai pon dah lewat dalam jam 12 tengah hari gitu.. siap2 pakai tudung sume gerak balik dah dekat jam 2 petang cam tu laa.. time nie abg2 aku dah sebok2 tipon bitau pihak lelaki dah sampai.. saje gertak jer tu.. nak suh kami balik cepat2.. padahal pihak laki jauh lagi..

tarrraaaa wajah adik ku sentuhan tangan mak andam ala-ala gitu

so sweet macam kakak dia jugek kan? :P ada jugak yang perasan nie kang.. heheh

ada sapa2 yang nak cakap muka kami serupa? hahah ada la iras2 kan adik badik kan

Lepas siap make up sume tu aku cepat2 drive balik... time tu majlis tahlih dah habes tak sempat nak suh abg ehsan tu snap barang sekeping dua gambar.. sebab dia pon ikut weols g make up kan.. so tak de la gambar nak tunjuk kat korang..

Sepatutnya pihak lelaki sampai lepas zohor tapi disebabkan musim perayaan nie jalan raya yang tak penah2 jem hari biasa tu bleh jadi jem pada ari raya kan.. so family belah aku terpaksa bersabar menantikan kedatangan rombongan belah lelaki.. mana2 sedara mara yang tak sanggup tunggu tu lepaih makan sume pakat2 balik.. mana2 yang sabar tu dorang tunggu sampai selesai majlis.. syabasss hihih

Sambil menunggu tu weols bergambar dulu.. bukan apa nak kurang kan debaran di dada adik aku tu.. paham2 la orang nak darah manis nie.. suspen nye melebih2.. kejap2 tengok cermin.. ala bukan ape takut make up dah cair ke hapa kan.. hihi jangan mare yer dik make up ang totap menten! walaupon lipstik tu dah lebur sket laa.. kekekeke

aku nampak bese-bese... serupa tak make up.. original maa

adik yat disamping hantaran hatinya sebanyak 19 dulang sumenye.. gileeee banyak tak larat aku tengok..hikhik

Dipendekkan cite.. letih weh menaip panjang2 nie.. hikhik

lebih kurang jam 3.30 petang camtu la rombongan lelaki daripada Setiawan pon sampai.. agak terlewat sket laa.. ate orang perak daa.. nasib pak long aku bleh bersabarrr lagi.. pak long aku nie kire jurucakap yang dilantik bagi wakil belah pompuan




yang pakai baju jubah putih berserban 2 dari kanan tu la pak long aku.. ngeh ngeh ngeh seriesss wehhh dia aku takut :p

Owh lupa nak cite hantaran belah perempuan yang kaler ijau tu haa.. yang belah lelaki kaler pink.. sumenye 19 dulang belah pompuan berbalas 17 dulang dari pihak lelaki.. dorang wat banyak2 hantaran nie sume sebab nanti time nikah tak perlu bagi hantaran lagi.. bagi time tunang sume sekali harung la gitu..

dah siap2 bicang2 letak hege sume..

tibalah acara menyarung cincin.. part yang paling di tunggu2.. owh adik aku menten rilex jer weh.. time nie aku perhati dari jauh sajork.. bagi can dia berdebar2..heheh




dah konfem jadi tunang orang!! adik yat dapat 2 bentuk cincin.. sebentuk cincin risik dan satu lagi untuk tunang.. ala lebih 1 daripada aku jer tu... :p


pas sarung cincin dorang bergambar bagai laa..

yang ini adik yat bersama family belah tunang dia.. kalo uols nak tau baby bertiga tu kembar tau! kembar tiga beb!! anak kepada abang tunang dia.. 1 lelaki dan 2 perempuan..

lepas acara sarung cincin tu plak dorang suh adik aku kuar bilik g salam2 ngan sedara mara sume.. masak la dia kene interprem.. time aku dulu rombongan belah lelaki tak ramai so selamat sket.. sekali time dia rombongan belah lelaki punye la ramai.. hambek ko.. kene sopan2 gitu ler jawabnya..

weh letih dah menaip nie.. nak ending dah nie hahah kejaammmm

sebahagian daripada ahli keluarga aku


dan inilah tunangnye... mohaz


duduk kat luar umah saja.. dah settle bincang & sarung cincin sume baru dia di panggil masuk dalam umah..

lebih kurang jam 5 petang cam tu la rombongan lelaki mintak diri nak pulang..

kami sekeluarga hantar dorang kat depan umah.. sambil tu nak ambik kesempatan menyelit masuk dalam kamera neh..heheh






haaa tu saje banyak lagi gambar nya biar la tuan punye badan upload kat blog dia sendiri nanti yer... tak sabar nak ending dah nie.. hehehe

kepada adik ku di ucapkan...

"Selamat bertunang dan Selamat hari lahir yang ke 24 tahun pada 24 September 2009 yang lepas.. semoga berbahagia selalu hendaknya bersama tunang tersayang... dan semoga inilah jodoh yang sebaik-baiknya di tentukan oleh Allah untuk mu.. " Insyaallah...


luv u muaahhhh
Photobucket
© Design by | Nurulchumel Lovely Site