Showing posts with label terawih. Show all posts
Showing posts with label terawih. Show all posts

Thursday, September 10, 2009

Terawih malam ke 20

Syukur alhamdulillah malam tadi aku berkesempatan menunaikan solat terawih berjemaah di surau kat umah aku.. tak ramai jemaah yang datang berbanding minggu pertama berpuasa.. mungkin masing2 sebok membikin kuih raya agaknya.. yela kan raya tak lama lagi.. Bagi aku orang bujang kuih raya tu beli saja.. kuih tunjuk orang kata.. nak buat tak reti.. haha so aku tolong melariskan jualan kuih raya kawan2 kat opis nie pon dah ok :p

Malam tadi sewaktu aku solat terawih rakaat yang ke 3.. tetiba aku dikejutkan dengan suara tangisan.. serta merta aku dah tak kusyuk.. rupa-rupanya pak imam baca surah sambil suaranya teresak-esak.. sebaknya aku rasa saat itu.. kalo lah aku paham makna ayat-ayat al-quran tu mesti aku paham kenapa imam tu menangis kan.. lepas rakaat yang ke 4 tu aku berbisik la ngan member kat sebelah aku nie.. dia pon sama macam aku tertanya2 napa pak imam tu nangis.. tapi kami diam2 jela tak kan nak borak2 pulak kan.. lepas tu terus tukar imam lain.. sebab aku perasaan jugak suara imam yang ke dua tu lain sket daripada imam yang pertama tu..

Hurm itu sajalah nak cite kat uols.. boleh tak dikira sebagai kenangan pada tarikh 09/09/09?? aci la kan..hiiii

Wednesday, August 26, 2009

Melentur buluh biarlah dari rebungnya

Pepatah melayu ada mengatakan.. "melentur buluh biarlah dari rebungnya" sama juga dengan maksudnya kalo nak didik anak2 biarlah daripada kecik.. nanti dah beso panjang susah nak bentuk.. buluh kalo dah jadik rebung pun payah nak lenturkan.. tak gitu kawan2 sume? hihihi apa aku merepek nie daa..

Meh layan gambar anak buah aku g terawih malam semalam.. lepas bebuka kt umah kak ju kitorg g terawih ramai2.. aku, kak ju dan anak2nya..

tetiba amek gambar kat surau.. hehe kebetulan aku ada bawak henfon time g umah akak aku tu.. sebelum jemaah lain datang aku cepat2 la snap gambar depa nie.. kalo tak tak de maknanya aku nak angkut henfon sampai ke surau..

tengok la bukan main lagi anak buah aku tu.. duduk saf yang belakang sekali.. terawih 4 rakaat saja kata dorang..

yang tutup muka tu farrah.. saje jer tutup muka time aku nak amek gambar dia.. malu-malu konon :p

hah tengok tu dah macam tu gayanya plak.. aksi kuak lentang.. tak pelah asalkan dia mau ke surau.. belajar daripada kecik yer tak? jangan dah beso pemalas nak g surau udah..hihihi

tak lupa muka tuan tanah.. tetiba nak jugakkkkk tempek kat sini..lariksss

itu saja untuk malam ini

sekian :)
Photobucket
© Design by | Nurulchumel Lovely Site