Showing posts with label Petua. Show all posts
Showing posts with label Petua. Show all posts

Wednesday, November 12, 2014

Kulit kayu manis rahsia awet muda

Assalammualaikum semua!

Nak petua kelihatan awet muda tak? Ok saya ada satu petua nak share dengan semua. Petua lama nih yang zaman nenek moyang kita dok buat dulu nih.

Tahukah korang bahawa kulit kayu manis merupakan rahsia awet muda? Jeng..jeng..jeng... selalu kita guna kulit kayu manis untuk masak2 aje kan..

Haa... sebagaimana namanya "kayu manis" herba ajaib ini menurut petua orang lama, boleh melambatkan proses penuaan dan anda akan tampak "lebih manis" dipandang!

Kulit kayu manis rahsia awet muda

 
kayu manis rahsia awet muda


Caranya mudah sahaja...

  •  sediakan serbuk kayu manis
  • 4 sudu madu (pastikan yang asli)
  • 3 cawan air
  • Rebus bahan-bahan tersebut sehingga sebati
  • Amalkan minum air rebusan itu setengah cawan 3 kali sehari sebaik-baiknya selepas makan (pagi, tengahari dan malam)
  • Air rebusan itu dikatakan dapat memberikan tenaga dan menyegarkan tubuh badan. Ia juga melembutkan kulit dan melambatkan penuaan.

Cubalah...pasti terasa lebih muda 20 tahun gitu! hehe


 
Hubungi saya untuk konsultasi percuma,
Ila Kamilah
Shaklee ID : 951481
Call/Msg/WhatsApp/Telegram : 012-5417451
Facebook Page : Jivebumz Vita shop

Tuesday, November 11, 2014

Petua atasi stress

Assalamualaikum semua!


Stress dalam kehidupan kita memang tak dapat dipisahkan. Tipu lah kalau kata tak stress langsung dalam hidup nie. Pastinya ada sahaja cabaran dan dugaan seharian yang kita hadapi.

Bercakap pasal stress nie apa agaknya korang buat yer kalau stress? Haa macam mana korang atasi stress tu? Ok sebenarnya banyak cara kita boleh atasi stress nie.

Cara atasi stress:

1. Ambil wudhu dan solat lah atau baca al quran. 

Nie memang perkara yang sangat3 bagus untuk kita lakukan sebagai orang islam. Inshaa Allah hilang stress bila kita bertemu sang pencipta.

2. Lihat alam semulajadi.

Perhatikan alam sekeliling anda.. seeloknya duduk di tempat yang mempunyai pemandangan hijau.  Hilang stress bila tengok tumbuhan hijau dan burung berkicauan.

3. Shopping online.

Erkkk yang nie penawar stress untuk kaum wanita khususnya. Klik2 order submit wahh memang tak ingat dah semua stress tu heee..

4. Jerit sekuat hati.

Serius kalau anda stress pastu pi jerit kuat2 kat dalam toilet pastu menangis sekali haa pasti hilang stress. Menangis tu satu cara kita luahkan apa yang terbuku dihati.

5. Makan sepuas-puasnya.

Ada sesetengah orang nie asal stress je makan. Bila makan otometik hang stress seolah-olah makanan yang dimakan tu menghadamkan stress sekali. Yang payahnya makan sampai tak ingat dunia hehe.

Ok cukup dulu 5 petua atasi stress daripada saya!

Jika tak nak gunakan petua diatas  boleh order vitamin b complex sebab ianya satu-satunya vitamin untuk saraf dan boleh mengurangkan stress.


Selamat mencuba!

Pm/wasap 012 - 5417451

Sunday, November 9, 2014

5 Petua melebatkan rambut yang anda harus cuba

Assalamualaikum semua dan selamat petang!

Sejak rambut kerap gugur nie saya pon rajin laa dok menggodek petua orang lama bagi mengurangkan rambut gugur nie. Cuma kena rajin jelah... nak buat atau tidak hahaha. Moh kita baca sama2 yer!


1. Anda cuma perlu ambil sekepal nasi dan setengah biji limau nipis dan rendamkan bersama secawan air dan sebuku garam. Kemudian, embunkan waktu malam. Pagi esoknya perah limau nipis tersebut bersama bahan yang telah diembunkan. Seterusnya basuh rambut anda dengan air campuran tersebut dan biarkan selama 3 jam. Kemudian bilas dengan air bersih.

2. Ambil sebiji kelapa tua dan perah pekat-pekat. Biarkan perahan tadi sehingga 1 jam agar patinya naik. Selepas itu, sapukan pada rambut anda. Gunakan jari atau sikat bergigi jarang. Balut dengan tuala bersih dan perap selama setengah jam. Kemudian, cuci sehingga bersih.

3. Campurkan minyak bijan bersama dengan bunga melur atau bunga melati serta daun pandan. Campuran ini akan mengharumkan minyak tersebut. Lumurkan minyak tersebut ke rambut dan biarkan selama setengah jam sebelum dibilas menggunakan air. Untuk mengelakkan rambut dari berbau hapak, pastikan sisa minyak dibasuh sehingga bersih.

4. Ambil daun bunga raya yang bersih dan ramas sehingga keluar lendir. Ambil lendirnya dan campurkan dengan sebiji telur ayam kampung beserta 1 sudu madu lebah. Gaulkan dan sapukan pada rambut anda. Perap dengan tuala lebih kurang 10 minit. Seterusnya cuci dan bilas rambut anda sehingga kering. Amalkan petua ini 2 kali seminggu.

5. Ambil beberapa helai daun bunga raya dan lidah buaya. Basuh hingga bersih dan kisarkan hingga hancur. Perap ramuan di atas kepala selama sejam. Lakukannya sekerap 2 kali seminggu.

Hah amacam rasa2 petua yang mana satu lebih mudah dibua? kalau dulu masa dekat kampung saya suka ramas daun bunga raya dan lumur dikepala.. hasilnya lambut lebat dan lembut gitu tak de la plak letak telur ayam kampung bagai hehe. Lagi satu cuci kepala dengan buah limau purut phewww kemain wangi rambut dan rasa segarr sangat! tetiba rindu buah limau purut depan rumah mak kat kampung ehh tetiba sangat kan hehe

Macam biasa nak order shaklee mai roger saya k
pm / wassup 012 - 5417451


Photobucket
© Design by | Nurulchumel Lovely Site