Monday, January 20, 2014

Kuih donut kesukaan Esya

 Amboi tajuk dia kemain lagi kan... macam la sedap sangat donut tu kan... hari sabtu cuba-cuba buat donut resepi kakak saya. Dah lama sebenarnya nak buat tapi asyikla tertangguh. Hari tu nekad nak buat. Nah hasilnya...........

Kuih donut jivebumz gebus-gebus tau!
 

 Selepas digoreng... tarraaaaaaa hangit ko hikhik


Tapi Esya suka jer.. tak habes2 cakap... sedap mama...sedap.. bangga mama ko nak 
 

Tak percaya sedap? haaa tengok la dia punya renyeh tu hehehe
Nak resepi? senang je uols...

1. Marjerin/planta 4 sudu makan penuh
2. Gula halus 1 sudu
3. Pukul kembang masukkan 2 sudu susu pekat
4. Masukkan sebiji telur kacau
5. Masukkan 4 cawan tepung gandum
6. Bancuh sepeket mauripan/yis dalam separuh cawan air.
7. Kacau dan uli jadikan doh
8. Bentukkan menjadi donut dan gorengkan.
9. Siap!!

Selamat mencuba :)

Kalau menjadi tag lah saya k

No comments:

Photobucket
© Design by | Nurulchumel Lovely Site