Monday, January 20, 2014

Kuih donut kesukaan Esya

 Amboi tajuk dia kemain lagi kan... macam la sedap sangat donut tu kan... hari sabtu cuba-cuba buat donut resepi kakak saya. Dah lama sebenarnya nak buat tapi asyikla tertangguh. Hari tu nekad nak buat. Nah hasilnya...........

Kuih donut jivebumz gebus-gebus tau!
 

 Selepas digoreng... tarraaaaaaa hangit ko hikhik


Tapi Esya suka jer.. tak habes2 cakap... sedap mama...sedap.. bangga mama ko nak 
 

Tak percaya sedap? haaa tengok la dia punya renyeh tu hehehe
Nak resepi? senang je uols...

1. Marjerin/planta 4 sudu makan penuh
2. Gula halus 1 sudu
3. Pukul kembang masukkan 2 sudu susu pekat
4. Masukkan sebiji telur kacau
5. Masukkan 4 cawan tepung gandum
6. Bancuh sepeket mauripan/yis dalam separuh cawan air.
7. Kacau dan uli jadikan doh
8. Bentukkan menjadi donut dan gorengkan.
9. Siap!!

Selamat mencuba :)

Kalau menjadi tag lah saya k

Saturday, January 18, 2014

Kenapa kita perlukan zink?

Assalammulaikum semua....

Selamat berhari minggu... tak keluar berjalan kah arinie? ahaa saya nak keluar jugak tapi tak tau nak pi mana.. tengok lah petang2 skit. Keluar awal2 panas biar redup sikit baru seronok berjalan bawak budak kecik..

Ok semua since saya dah terlibat secara langsung dengan SHAKLEE nie haruslah setiap entry saya berkisar pada produk shaklee kan. Bukan apa uols... saya nak sangat share produk yang bagus nie dengan uols... idokla saya sorang je yang tau kebaikannya gitu..

Zink sesuai untuk lelaki dan wanita
Saya mengenali "ZINK" semenjak bersalinkan Sara. Sebab kata orang nak cepat sembuhkan luka. Alhamdulillah saya dapat merasai bersalin normal ketika itu maka dapatlah saya berpantang seperti orang normal yang lain. Set pilihan saya pada waktu itu ialah Shaklee. Dulu masa Esya saya pakai nona roguy tapi time tu ceaser plak maka terpaksa lewatkan skit untuk memakainya sebab takut luka tang jahit tu belum sembuh. Itu pantang style ceazer. Ok bukan nak cerita pasal pantang ya hehe.

Disini ada beberapa kebaikan zink yang sangat bermanfaat untuk kita semua.

1. Mengaktifkan 200 jenis enzim - untuk memelihara metabolisma gigi dan pertumbuhan para remaja....

2. Membentuk Kolagen - Membantu pembentukkan protin dan kolagen untuk pertumbuhan dan perkembangan kulit, kuku dan organ.

3. Memperbaiki Diabetes - Membantu pengeluaran insulin, mengekalkan fungsi insulin seterusnya memperbaiki diabetis.

4. Bintik putih dikuku - Bintik putih kuku adalah tanda defisiensi zinc, yang boleh menyebabkan depresi, lemah daya ingatan, mudah sakit, pemulihan luka yang lambat, pembengkakan prostat, anemia, lemah penglihatan atau hilang daya penglihatan.

5. Mempertingkatkan sistem imun - membantu pengeluaran kelenjar thymus, kelenjar thymus mempertingkatkan sistem imun dengan pengeluaran T-cells untuk menentang kanser dan menghalang infeksi penyakit.

6. Mempercepatkan pemulihan luka - Luka dalaman dan luaran, pemulihan selepas pembedahan, memperbaiki alergi dan bintik dikulit. Hancurkan zinc dan tabur diluka untuk mempercepatkan pemulihan kulit.

7. Memperbaiki masalah prostat - Melindungi kesihatan prostat, memperbaiki dan menyembuh benign prostatomegaly dan keadaan kerap kencing.

8. Kemampuan seks lelaki - Pengambilan zinc untuk jangka masa yang panjang mampu memperbaiki kemampuan seks lelaki, impoten, meninggikan kitaran sperma.

9. Ovulasi wanita - Wanita memerlukan zinc untuk ovulasi. Zinc membantu pengucupan uterus mengembalikan daya ketahanannya.

10. Memperbaiki radang kulit - Kajian menunjukkan pengambilan zinc sebanyak 4-8 tablet akan memperbaiki radang kulit seperti akne dan jerawat.

11. Mengekalkan deria bau - untuk mengekalkan deria bau yang sihat dan sensetif seperti rasa dan bau.

Ok sudah tahu kebaikkan zink moh kita cuba untuk diri dan juga suami :)

Friday, January 17, 2014

Kenapa saya pilih SHAKLEE?

 Assalammualaikum wbt...

Selamat Hari Jumaat semua. Selesai solat dhuha pagi nie saya terpanggil untuk membuat entry nie. Sebelum nie macam2 dalam kepala dok rancang. Antaranya entry2 produk lah kan...hehehe

Baiklah mari kita bercerita sementara anak2 dan suami sedang lena diulit intan. Kalu depa mangkit satg habis laa tak dapat mama nak pegang lappy lagi :(

Begini ceritanya... saya berkenalan dengan produk shaklee ketika saya menyusukan Esya lagi. Time tu saya beli online dengan seorang akak nie daripada Miri. Saya kenal dia melalui kawan sepejabat. Selalu tengok dia memang rajin order ngan akak tu. Paling best order hari nie esok dah sampai atas meja sekali dengan free gift plak tu. Oh my... baiknya akak tu... masa tu saya tak tau apa-apa pun berkenaan shaklee. Paling sadis saya tak tahu pun yang shaklee nie MLM bisnes hahaha. Kesian.

Bermula Mac 2013 saya ada kursus di PJ. Ada kawan pejabat ajak temankan dia. Saya pun ikutlah dia ke HQ Shaklee di Empire Subang. Dan disitulah bermula cinta pertama saya terhadap Shaklee. Sebelum tu makan aje tak cinta lagi baru sayang hehe. Bulan depannya saya decide nak jadi ahli dan saya menjadi ahli dibawah kawan sepejabat saya itu. Gembira lah dia dapat sorang anak baru yang memang guna produk shaklee nie iaitu saya.

 Walau bagaimanapun saya akak terlewat start enjin. Saya ingat nak jadi ahli beli untuk diri sendiri aje tak pernah terdetik nak meniaga langsung sebab pk tak reti nak niaga pffftttttttttttttttt

Tolonglah uols jangan PK macam saya PK tu ok!! not good!!!

Bermula Julai saya pun start enjin.... enjin motor je uols idokle panas sangat. Saya mula mempromote di pejabat dan juga di fesbuk. Masa tu agak malu juga nak mulakan. Maklumlah nak suruh orang beli bukannya senang. Tapi saya masih ingat kata2 upline saya. Bukan suruh jual tapi suruh share kebaikkan produk. Bila kita share secara tak langsung orang berminat nak cuba. Ok saya teruskan sharing di fesbuk dengan gembiranya.

Dan mulai bulan julai saya sudah merasa bonus. Bonus yang buat saya tambah semangat nak share produk. Alhamdulillah walau tak banyak mana tapi saya gembira dengan hasil titik peluh di mana suami turut sama membantu mencari order dikalangan rakan pejabatnya. Seronok kot tetiba macam ramai ja nak beli dengan saya. Rezeki alhamdulillah.

Dan saya mula mendapat anak dibawah saya seorang demi seorang. Semuanya bukan saya yang ajak tetapi mereka yang NAK. Alhamdulillah Allah permudahkan segala urusan saya. Dipendekkan cerita, tanggal Oktober 2013 saya berjaya naik RANK yang pertama iaitu Supervisor dan dalam masa yang sama upline saya dapat naik rank Senior Supervisor. Hebatnya dia terus lompat rank. Sebab itu saya selalu jadikan dia idola untuk terus mara ke hadapan hehehe. Dia tak tau nih!

Apa yang menarik tentang bisnes shaklee yang boleh saya sharekan disini ialah....

1. Tak perlu beratur panjang semata-mata nak beli stok. Bermula Oktober 2013 tak silap saya dah boleh buat pembelian secara online di website shaklee. Penghantaran kurang daripada seminggu. So kena sabar sikit la tunggu barang sampai janji kita tak keluar tenaga drive pi beli barang.




2. Boleh bersama dengan anak-anak. Contohya nak ke pejabat pos, cod barang, pegi kelas (jarang ada kelas bergantung kepada permintaan ahli group) boleh angkut anak sekali. Suami pon boleh join tak da masalah. Anak berlari2 semasa ibunya belajar itu perkara biasa. Tu yang membuatkan saya sangat suka bisnes ini.


Esya ikut mama ke kelas leader 

3. Ada MASTER yang guide kita. Sekiranya kita tak reti tak paham apa2 yang berkaitan boleh refer dengan master tak pun kita gugel cari sendiri. Senang bukan semuanya dihujung jari. Henpon canggih2 semuanya pon hehehe. Paling best ada group FB bersama geng shaklee. Banyak ilmu boleh korek kat sana.


4. Dapat bonus dalam bentuk $$$ setiap bulan. Bergantung kepada usaha kita kalau banyak usaha maka banyaklah ganjarannya. Selain itu ada car bonus dan juga insentif yang lain seperti pergi melancong, umrah haa best kan. Kalaulah aku dapat...........haa mula simpan angan2 daripada sekarang.

 
Sesi menuntut ilmu


Gembira bersama mama di dalam kelas tapi puting still tak lupa adoiii


5. Dapat ramaaaai kawan yang positif dan bersemangat untuk cari duit lebih dan ramai antaranya bercita-cita nak jadi WAHM iaitu women at home moms. Aku? Tunggu betul2 berjaya mau jugak jadi gitu. Jaga anak sendiri hantar ke sekolah.. Ok ada masa lagi 4 tahun daripada sekarang. Insyaallah sebelum Esya darjah satu. Amin.

6. Tiada had masa. Suka hati saya boleh buat bila2 masa dan dimana-mana sahaja tak da sapa nak marah.

Bersama kak Zaliza yang sangat bersemangat waja


Bersama MASTER COORDINATOR saya iaitu Pn Wan Fatihanum

Bersama sebahagian daripada group leader Lady Comel in Biz saya

Itu saja yang dapat saya sharekan yang saya ingat kalau ada lagi nanti saya update kendian. Seronok rupanya bisnes shaklee nie disamping tambah pendapatan dapat juga saya tambah ilmu berkenaan produk dan dapat berkenalan dengan rakan2 lain dari seluruh malaysia melalui group facebook. Diorang semua pastinya mempunyai impian yang sama seperti saya nak cari duit lebih nak bayar hutang nak sara keluarga. Yer walau pun kita sudah bekerjaya tetap tapi tak salah kalau kita nak membuat side income. Tepuk dada tanyalah selera, kalau selera anda besar gaji tak cukup untuk sara keluarga meh join shaklee insyaallah anda tak  kan menyesal dengan rm75 yang anda laburkan untuk menjadi ahli itu. Pastinya berganda dan berbaloi hanya untuk orang2 yang NAK sahaja!!!

Dimana ada KEMAHUAN disitu ada JALAN. 

Sila pilih nak jalan lama atau highway??? hehehe

itu sahaja bebelan untuk pagi nie nak buat kerja rumah...nak buat kerja rumah...nak buat kerja rumah.....

Sunday, January 12, 2014

Berkongsi Tips untuk mendapatkan zuriat

TIPS UNTUK MENDAPATKAN ZURIAT
========================

Terdapat 6 tips cepat hamil telah teruji dengan baik yang layak dan boleh untuk anda pertimbangkan:

1. Rancanglah Waktu Hubungan Anda...
========================

Salah satu tips terpenting untuk cepat hamil adalah dengan merancang waktu untuk melakukan hubungan dengan pasangan. Sperma dapat hidup selama maximum 5 hari di dalam rahim. Kerana itu untuk meningkatkan kebarangkalian terjadinya kehamilan, lakukan hubungan 2 hari sebelum masa ovulasi/ keluarnya sel telur.

Untuk mengetahui bila terjadinya ovulasi, ada beberapa cara yang dapat digunakan:
- sistem calender
- suhu tubuh basal /Body Temperature
- Pengeluaran cecair lendir serviks
- dan yang terbaru, strip penguji masa subur (biasanya dapat dibeli di farmasi terdekat)

2. Berhenti Merokok dan Minuman Beralkohol
===========================

Berdasarkan kajian yang dikeluarkan oleh ESHRE (Human Reproduction & Embryology) di Barcelona, minuman beralkohol dapat menurunkan kebarangkalian wanita untuk cepat hamil secara normal sebanyak 44%, dan 28% untuk wanita yang merokok. Bahkan merokok bukan sahaja menurunkan peratusan untuk hamil, malah ianya akan meningkatkan risiko kepada janin yang dikandungkan.

3.Ambillah Vitamin
===========

Untuk cepat hamil, ambillah vitamin secara konsisten dan disertakan dengan jenis-jenis makanan yang mengandungi zat-zat yang sangat-sangat diperlukan untuk kesuburan. Dan kedua-duanya harus amalkan….Anda dan juga pasangan anda. Antara contoh vitamin yang menggalakkan kesuburan ialah:-

Vitamin C – dipercayai dapat meningkatkan kualiti sperma.
Vitamin E - dapat meningkatkan kesuburan para suami dan isteri.

Dan wanita yang mengamalkan pengambilan asid folik, akan meningkatkan lagi kebarangkalian untuk cepat hamil berbanding mereka yang tidak mengambilnya. Asid folik juga berperanan penting dalam pembentukan otak janin di dalam kandungan kelak..

Bagi anda yang sedang dalam usaha untuk cepat hamil, ambillah vitamin anda bermula daripada sekarang. Saya ada menyediakan set untuk preggy moms yang mengandungi vitalea (multivitamin yang lengkap dengan iron, b complex yang lengkap dengan asid folik, vitamin C dan juga kalsium).

4. Pilihlah Posisi yang Tepat ketika Berhubungan
===============================

Untuk pasangan yang sangat mendambakan kehadiran cahaya mata, missionary adalah posisi yang paling disarankan untuk cepat hamil. Posisi ini memungkinkan penetrasi yang cukup dalam sehingga rahim dapat menyimpan sperma untuk waktu yang lebih lama. Dan….sebaiknya hindari posisi woman on top, kerana akan mengurangkan kemungkinan rahim untuk menyimpan sperma.

5.Kawal Berat Badan Anda
================
Berat badan yang normal atau seimbang dapat meningkatkan peluang terjadinya kehamilan. Sering kita dengar sebahagian besar pasangan yang memiliki masalah dengan berat badan, umumnya juga akan menghadapi masalah untuk cepat hamil. Ini kerana, berat badan berlebihan akan membawa pengaruh yang kurang baik bagi kesuburan anda. Jadi, usahakanlah untuk mencapai berat badan yang ideal terlebih dulu untuk meningkatkan peluang anda untuk cepat hamil. Anda boleh cuba Mini Budjet Slimming Set yang saya sediakan..

Dan….sebaliknya, jika terlalu kurus juga membawa pengaruh negatif yang sama…Jadi, bagi anda yang mempunyai berat badan terlalu ringan, berusahalah untuk menaikkan berat badan anda secara sihat. Dan saya sarankan anda mengambil Mealshake, b complex dan vitalea. Dan saya akan guide anda..Insya-Allah…

6.Amalan berdoa kepada Allah
====================

Perlu diakui setiap rancangan dan kejadian ini Allah yang menentukan. Puas kita merancang dan berusaha tapi kita lupakan Allah. Allah adalah tempat kita sebagai hambanya mengadu memohon pertolongan.

Selamat mencuba!
 
 

Thursday, January 9, 2014

GLA Complex sesuai untuk kesuburan


Bercakap soal anak pastinya setiap pasangan yang mendirikan rumahtangga mahukan anak. Namun begitu tak semua keinginan kita dipenuhi yang maha Esa. Ada seseorang tu senang sangat dapat anak. Tak kurang juga yang susah sangat nak lekat (dapat anak). Apa pun kita hanya berusaha dan Allah yang menentukan segala.

Baiklah bercerita pasal anak nie saya nak share vitamin daripada shaklee yang sangat baik untuk kesuburan wanita. Iaitu GLA Complex.

GLA Complex diestrak dari borage yang mengandungi lebih dari 2 kali ganda GLA dalam EPO. Borage juga adalah 3 kali lebih dari segi bioavailabiliti dan 3 kali lebih berkesan dari EPO. EPO tu Evening Primrose Oil.

Setiap kapsul mengandungi lebih 300mg GLA yan mana ianya hanya sumber terbaik Omega-6. Ianya digabungkan dengan minyak sunflower dan vitamin E untuk meningkatkan keberkesanan dan kestabilannya.

MANFAAT UTAMA GLA COMPLEX:

1. Herba tradisi yang dipercayai -  Borage adalah herba kegemaran orang barat. Ianya merawat ulser, mengeluarkan virus, melegakan kelesuan, membersihkan kahak, meringankan kebas urat saraf dan meningkatkan stamina.

2. Mengawal selia estrogen dan testosteron- GLA membentuk prostaglandin untuk mengawal selia hormon lelaki dan wanita, memperbaiki simptom PMS seperti kesakitan, mood swing, retensi air dan sakit payudara.

3. Melambatkan menopous 

4. Membantu mengurangkan keradangan pada sendi - Sesuai untuk orang yang mempunyai masalah  arthritis dan penyakit gout.

5. Melembapkan kulit - Sekiranya mengamalkan GLA insyaalah kulit akan lebih moist dan tak cepat kering. Terdapat kajian yang dibuat atas bayi yang mengalami cradle cap atau kerak kepala selepas 2 minggu disapukan borage oil, cradle cap itu hilang.

6. Membantu mengimbangkan hormon serta mengembalikan period yang teratur.


GLA bergabung dengan VIT E hasilnya MELETOP!!! hehe


7.  Membantu mengatasi kencing tak lawas.

Secara kesimpulannya GLA membantu meningkatkan lendir servik yang berkualiti untuk kesuburan. Insyaallah sangat sesuai kepada pasangan yang ingin mempunyai anak.

Selamat mencuba... :)


Tuesday, January 7, 2014

Kenali alfalfa complex shaklee

 Assalammualaikum wbt...

Yeahhh malam nie dapat update blog! #lompatbintang hahaha

Suami dan anak2 dah lena diulit intan...alhamdulillah malam nie anak2 tido awal plak. Malam tadi depa bantai tido jam 3 pagi fuhhh dapat la mama lelap 3 jam. Biasalah kan budak tengah membesar. Sabor jelah hukhuk.

Baiklah sempena dengan promosi shaklee bulan nie ialah alfalfa complex so mai kita sembang pasai alfalfa. Tahukah korang yang alfalfa nie berasal daripada mana? haa mai sini cek nak habaq mai.

Alfalfa complex diperbuat daripada tanaman alfalfa (medicago sativa) secara organik di california yang bebas dari pestisid, herbasid dan menggunakan bahan kompos / baja bebas kimia. Alfalfa juga dikenali sebagai "Raja Segala Tumbuhan". Ini kerana medicago sativa ini memiliki gred yang paling tinggi dikalangan tumbuhan alfalfa. 

tumbuhan alfalfa : sumber en gugel
Tumbuhan ini mengambil masa sekurang-kurangnya 2 tahun untuk membesar dan akarnya boleh mencapai sehingga 20 kaki ke dalam tanah untuk menyerap pelbagai nutrisi. Daun alfalfa dari shaklee hanya dituai apabila telah mencapai satu tahap kematangan yang sesuai.  Daun alfalfa yang telah matang kaya dengan klorofil. Seterusnya daun-daun ini dikeringkan dengan udara secara semulajadi bagi mengekalkan nutrisi yang terkandung di dalamnya. Manakala bahagian lain yang tidak penting dilupuskan.

Kemudian daun-daun yang telah dikeringkan akan dibiarkan menjadi serbuk sebelum dikompres menjadi tablet. Keseluruhan proses ini dijalankan dibawah pengawasan dan kawalan shaklee yang sangat ketat dan teliti. Setiap tablet mengandungi 300mg alfalfa.


sumber : en gugel


Terdapat pelbagai khasiat alfalfa antaranya ialah:-

1. Mencuci hati, darah dan usus - Ini adalah makanan yang sangat beralkali yang boleh mengembalikan kenormalan badan yang berasid, menghilangkan toksin dari badan, membersihkan hati, kolon, darah dan mencantikkan kulit dan otot.

2. Melawan alahan -  Memperbaiki keadaan kulit dan hidung sensitif, kurap, bau badan dan ulat air (athlete's foot) dengan berkesan.

3. Baik untuk perubahan patologi di dalam usus dan perut - Memperbaiki masalah saluran penghadaman seperti kembung, hyperacidity, ulser gastrik, hepatitis dan sembelit.

4. Menyingkirkan lemak dan kolestrol - Kajian klinikal terbukti bahawa penggunaan jangka panjang daripada alfalfa akan menghapuskan lemak, mengurangkan kolestrol, mencegah penyakit jantung, strok dan darah tinggi. Hanya alfalfa sahaja yang mempunyai saponin, seperti span yang bertindak sebagai serat yang menyerap kolestrol.

5. Melawan tumor - Memakan 30-50 tablet akan mengalkalikan badan, dengan itu memperbaiki sel-sel kanser dan membuang tumor.

6. Melegakan keletihan - Melegakan keletihan dan sebagai rawatan kepada kebanyakkan penyakit.

7. Mencegah / merawat atritis - Melegakan sakit atritis dan kesakitan.

Nah sudah tahu khasiatnya bukan??? apa lagi ditunggu mehla cuba...beri pada diri sendiri, suami, isteri, mak, ayah dan mertua pastinya sangat berbaloi.. kalau beli pada bulan ini lah... lebih jimat wang anda gituuu hehehe

Ianya ada dalam 2 botol yang bersaiz besar dan kecil. Bagi botol kecil ada 330 tablet manakala untuk botol besar ada 700 tablet. Insyaallah tahan lama. Aku beli bulan 4 tahun lepas pon belum habis lagi tau.. tu namanya makan skip2... not good ok! sekarang dah tau khasiatnya sumpah tak nak skip2 makan vitamin nie lagi :)


Tak sah kalo tak da testimoni kan? cer baca testi dibawah. Nie untuk orang yang mengalami resdung sangat sesuai ok.





Ingin dapatkan khidmat nasihat saya sudilah menghubungi talian ini 012-5417451 

K bai semua...sweet dream

Saturday, January 4, 2014

Masih belum terlambat nak ucap... Selamat Tahun Baru 2014


Rasanya masih belum terlewat nak ucapkan Selamat Tahun Baru 2014 kepada semua pembaca blog sekalian. Tahun nie genap 5 tahun aku berblog. Semenjak zaman anak dara sehinggalah anak dua. Teringat zaman anak dara dulu banyak gila masa dihabiskan dengan berblog. Sehari adalah 5 entry yang berjaya aku siapkan untuk auto publish. Nikmat sangat time tu sebab ramai sangat kawan2 kat blog. Sekarang.... hurmm paham2 lah... tak koser dah nak buat 5 entry sehari dapat satu entry pon dah bersyukur sangat2..


Ok uols apa azam tahun baru?? Pagi tadi aku tengok satu rancangan kat tv alhijrah. Pengacara dia Farah brit2 tu.. dan dorang lagi ta kenal sapa. Dorang ada bercerita pasal azam tahun baru bersama dengan seorang pakar motivasi terkenal nie. Tapi sori aku terlupa sangat nama dia hehe. Dalam perbualan mereka ada bercerita pasal azam.

Setiap orang ada azam masing2. Nak2 pulak awal tahun baru. Wajib lah kan buat azam. Tapi sejauh mana azam tu tercapai? wah gitu... menurut pakar motivasi tersebut. Azam hendaklah dibuat setiap hari, setiap minggu, setiap bulan dan setiap  tahun. Nampak tak? Azam bukan untuk setahun punya. Kalau azam setiap minggu bila minggu nie tak tercapai minggu depan boleh capai. Haa bagus kan? Lepas tu azam kene tulis dalam sekeping kertas. Tulis kesemua azam yang kita nak capai dalam tahun nie dalam sekeping kertas kemudian lipat dan simpankan dia dekat tempat yang tersorok. Tahun depan 2015 pi cari kertas tu dan baca balik tengok sama ada azam yang kita target untuk tahun 2014 nie tecapai atau tidak! Wah menarik bukan...

Baguslah gitu sebab selama nie asyik berazam tapi tak jelas. Bila kita tulis insyaallah kita akan ingat apa yang kita target dan insyaallah akan tercapai kata penceramah motivasi tersebut. Dan2 aku nak tulis azam aku dan simpan ketat2 dalam almari baju hehehe.

Seronok kan kalau apa yang kita azamkan itu tercapai. Rasa nak lompat bintang gitu.. Semoga azam kalian juga tercapai dan marilah kita bersama2 berazam dan melaksanakan azam tersebut dengan jayanya. Wah dah rope pakar motivasi plak aku nie kan hahaha.

Akhirkata... selamat maju jaya kawan2 blog semua..



Photobucket
© Design by | Nurulchumel Lovely Site