Wednesday, October 31, 2012

Rezeki anak-anak






Alhamdulillah..inilah yang dikatakan rezeki anak-anak.. sebelum nie nak dapat 2,3 iklan pun payah..sekali dia bagi 4.. syukur.. harapnya lamalah sket BE nie menari-nari kat belog aku nih.. dah cukup nanti bleh cash out buat beli stroller untuk adik eceh..macam banyak benau..hahaha lantak laa asalkan ado..

  • Pssttt: petua dia kena rajin2 apdet jangan mengelat hehehe

Esya jadi pilot

Wah esya kemain kamu ya g econsave tak ajak mama hehe

BS esya mms gambo nih..kat econsave katanya beli barang dapur.. Angkut budak2 nie semua.. Troli penuh dengan budak2 mana lah nak letak barang2 tu yer? Hehe

Comel2 aje dorang nie tau! Gerammm..esya lak jadi pilot sebab tu dia dok depan haha
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tuesday, October 30, 2012

Kempunan nak makan ketupat dan rendang

Ahahaha ari raya tu kan aku ade tulis status kat fb yg aku kempunan nak makan ketupat dan rendang.. Tup2 hari ahad adik ipar wasap bagitau mil masak pastu nak datang umah kitorang..wehuuuuu

Syok..syoknyeee... Laki aku pon ape lagi siap perli2 aku la kan.. Tulis status camtu dlm fb pastu mak dapat tau mak kesian la kan hehehe.. Eleh dia pon suke lettew dapat makan jugek.. Nie semua tak da niat langsung aku nak menyusahkan mil. Aku saje2 jer buat status camtu.. Sebabnya dah kitorang pon tak balik sana raya berempat kat sini nak buat rendang memang tak la kan..

Mil masak rendang daging korban, kuah kacang ngan nasi impit.. Syukur dapat gak merasa.. Tapi ketupat pulut masih kempunan.. Itu mak aku kt kg yg teror buat.

Sampai sekarang rendang dan kuah kacang masih ada lagi dalam peti ais sat lagi bole sambung mkn dan x pyh masak hehehe

Tima kasih byk2 mak susah payah masak dan hantar kesini.. Sayangggg mak! ;)

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Friday, October 26, 2012

Aidiladha 2012

Pertama kali beraya aidiladha berempat. Apa pon xbuat..rendang ketupat nan ado lah yer..dengan anak kecik 2 org nie apa pon tak boleh! Phewwww

Lunch td makan mihun goreng..en bob yg masak..aku dah sediakan bahan2 bila time nak masak tu sara pon bangun nak menetek hurm alamatnya bye-bye lah dapur..

Lepas mkn masing2 terbongkang kemengantukkan..tp si esya tahan plak mata dia..hurm x guna jgk kalo aku mengantuk bagai nak rak tapi ada budak kecik yg tak nak tido.. Aku hanya dpt tido2 ayam sajok..sedihkan? Huhu

Kol adik kat kg..wah2 meriah korang yer dapat makan rendang, ketupat, mee kari.. Hoi sedapnya! Sedih aku tau beraya kat sini dah la tak seronok tak dapat makan sedap2 pon..huhuhu nangis

Oklah malas nak cerita nak sambung nangis...uwaaaaaa

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Thursday, October 25, 2012

Minum air gula selepas bersalin

Hai...
Aku kat kk sek 7 nie minum air gula.. Air gula lagi uwekkkk..

Sekarang tengah tunggu 2 jam utk amek darah dan lepas nie nak pegi scan breast pulak.. Doakan aku yer..

Tetiba risau + takut plak... :(

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tuesday, October 23, 2012

Amalan tuam perut baby

 Salah satu amalan berpantang yang aku amalkan daripada anak first lagi adalah tuam perut baby. Mak mertua aku yang ajar buat benda nie sebab katanya tuam baby boleh elakkan kembung perut dan memberikan keselesan kepada baby itu sendiri. Buat sehingga baby berusia lebih kurang 2 bulan lebih afdal hehe.

Biasanya selepas kita mandikan baby lapkan seluruh tubuh badan dia sehingga kering dan mula lah bertuam. Tuam kat bahagian perut, ari-ari, belakang badan, belakang betis dan juga tapak kaki. Selalunya aku buat lebih kurang 5 minit bergantung kepada keadaan baby. Kalau dia selesa aku lamakan sket... kalau dia dah hekhek tu aku cepat-cepatkan.. yelah baby nie dia ikut mood dia lah kan.

 Aku gunakan daun sirih dan juga pelita cina tu.. pasang api yang paling kecik supaya daun sirih tu tak berjelaga (kehitaman). Setengah orang gunakan seterika. Boleh juga. Aku gunakan seterika bila daun sirih dah abes.. aku amek tuala dan letak pada seterika bagi suam-suam dan tuam pada baby. Jangan ko tuam masa panas-panas tu terkojut baby nanti hehehe

Caranya lebih kurang beginilah... sedap bau daun sirih tu.. dan aku syak baby pon rasa sedap aje perut dia.. nie aku buat masa dekat rumah mertua lah sebab sana ada bekalan daun sirih.. kat sini mana nak cari.. nak beli dekat tepi jalan tu india yang jual takuit pulak kan.. so aku gunakan seterika sebagai alternatif.. baby aku nie kerap kembung so memang kena tuam dia.. bila dapat tuam nie kuranglah sikit kembung dia tu.. bukannya tak de kene kembung langsung.. tapi kurang dan jaranglah..begitu..

Sekarang nie kat on9 pun dah banyak dorang jual peralatan untuk tuam baby seperti tungku kat bawah nie. Sebelum nie tak terpikir plak nak beli tungku cenggini ha.. nampak macam senang dan mudah. Korang yang belum bersalin lagi nie boleh la try.

pic: credit tu pak cik gugel

Dan kat sini ada sedikit info berkenaan tuam baby yang aku jumpa tadi.. bolehlah aku share dengan korang kat sini kan untuk tambah ilmu.

********************************************************************************

Salah satu amalan berpantang adalah bertuam. Bayi harus di tuam bayi bagi mengelakkan dari mendapat kembung perut, kolik dan masuk angin. Bertuam juga akan membantu mengeringkan tali pusat bayi.
Panaskan bunjut tuam di seterika atau di atas periuk nasi yang sedang didih ataupun di api lilin. Rasakan pada tapak tangan anda sebelum ditekap pada badan bayi, kepanasan haruslah suam suam kuku.

Tuam bayi adalah yang terbaik jika disediakan dari bahan asli seperti Jintan Hitam (Habbatus Sauda), Dukung Anak, Daun Inai, Daun Mambu, Biji Ketumbar atau lain lain yang telah di proses bersih di sangai harum. Bayi tidak harus di tuam menggunakan bahan seperti pasir atau batu kerikil kerana di kemungkinan boleh menjalur kuman yang ada pada pasir/batu ke badan bayi ketika di tuam.

Mengikut kepercayaan orang dulu dulu, tali pusat yang jatuh setelah kering, haruslah disimpan selama-lamanya, dikumpulkan sekali semua tali pusat anak-anak agar adik beradik akan saling menyayangi dan tidak bertengkar lama. Boleh juga direndam dan di minumkan airnya sekiranya anak anak demam.
Bahagian yang harus di tuam adalah perut, dada, tapak kaki, paha, punggung, belakang badan dan bahagian kemaluan bayi.

*********************************************************************************

haa tu dia... kalo bab rendam tali pusat dan bagi minum tu tak koser aku nak buatnye baik amek ubat kat klinik aje huhu geli plak dah.. ok tu saje perkongsian ilmu kita hari ini..

selamat mencuba.. :)

Monday, October 22, 2012

Tamat sudah pantangku

Syukur alhamdulillah hari nie hari ke 45 maka tamatlah sudah sesi berpantang.. Perasaan??? Haaa gilo ko kalau cakap tak happy! Mestilah happy sangat ko

Ibarat katak dibawah tempurung yang akan keluar daripada tempurung tu dan tak kan masuk balik dalam tempurung tu hahaha

Semalam masak spaghetti sempena last day pantang..nasib baik shedappp..mana tau shedap? Ahaha sebab suami kite makan bertambah..tu makna dia sedap la kalo tak sedap makan sepinggan aje.. Lagipun dia bukan penggemar spaghetti.

Ada lebih lagi dalam peti ais..jap g aku nak repeat balik. Hai apa nk cerita nie ha? Sebab happy nye pasal tak tau apa dah nak taip nie..

Oklah misi seterusnya lepas pantang adalah nak potong rambut hehe tak sabar ok dah rimas dah ngan rambut panjang nie.. Rambut pendek senang sket nak jaga nak mandi apa pon senang hahaha

Minggu nie raya haji kan? Wah syoknya dah bleh melarams pakai baju kurung selim2..arghh tang perut still ada moncet lagi!! Gerammmm..jadi jangan la bergembira sangat sebab masih belum turun lagi berat badan yg ko idam-idamkan huhuhu *nangesss



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Friday, October 19, 2012

Mari merancang keluarga haha


Pagi tadi pegi klinik kesihatan seksyen 7.. minggu lepas masa aku bawak esya ngan sara cucuk aku ada tanya pasal perancang keluarga so nurse suh aku datang hari nie iaitu hari ke 42 berpantang. So pagi tadi ajak en bob temankan.. esya anta ke rumah BS dan aku bawa sara sekali..

Kt klinik pagi nie tak ramai orang so segala urusan adalah sangat cepat ok..seronoknya..selalu time check up peknen dulu kalo amek check up pagi jer mesti berduyun-duyun orang.. tu yang aku malas pegi belah pagi sanggup lagi amek belah petang.

pagi tadi.. mama dah mandi sara belom so sara ucuk-ucuk hehe

Macam biasa kene buat urine test, amek darah, tekanan darah pastu jumpa nurse.. berbincang lah dengan nurse mengenai kaedah apa yg aku nak pakai ken... ok tu tak payah cerita lah kot :p hehe maluuuuu

oklah lepas aku bagitau nurse yang breast aku belah kiri nie macam ada ketulan kecil.. aku baru perasan masa mengurut tempoh hari.. mak cik tukang urut tu pun rasa lain macam.. nak kata kelenjar susu macam bukan so dia cadangkan aku refer kat klinik.. kebetulan tadi dah teringat so aku buat sekali harung.. nurse check dan dapat rasa ketulan kecil tu.. dia pon referkan aku ke doc.

Doc pun check lah kan..tapi doc nie plak konpius dia cakap maybe kelenjar susu sebab pagi tadi  breast aku penuh ngan susu.. yelah bangun terus siap2 g klinik..biasanya aku akan pam dulu.. dia tak dapat nak pastikan betul2 sama ada itu kelenjar susu atau pon benda lain.. risaunya kalo bukan kelenjar susu kan huhuhu. Doakan aku yer mudah-mudahan tak ada apa2 lah... takutnyaa...

Doc bagi date untuk scan dan pastikan apa benda tu.. 25 oktober nie aku kena datang klinik lagi untuk detail scan.. masa tu doc akan tengok apa benda tu.. dan lagi sekali aku kene minum air gula.. pfffffttt... sebenarnya aku tak bagitau pon kat doc yang aku kene kencing manis masa peknen aritu.. tapi biasalah buku peknen kita kan ada dekat dia.. dia pon semak lah segala tau2 dia bagi date untuk minum air gula...hadoii mencik laa

Sebenarnya kalo nak tau sesiapa yg kene diabetik (kencing manis nie) dia mesti kena minum air gula selepas 6 minggu bersalin untuk make sure ada lagi tak benda tu. Memang tak boleh lari.. nie untuk kebaikan diri sendiri jugak.. sebab nanti kalo dorang nak bagi ubat ke apa ke kene tau jugak lah sejarah peknen kita nie..

Ok berbalik kepada perancang keluarga tadi.. sebenarnya aku nak amek suntikan untuk 3 bulan tu pastu dah datang period nanti buat iucd (pasang alat dalam rahim) untuk 3 tahun.. tapi selepas berbincang dengan doc aku tak boleh buat semua tu even makan pil perancang sekalipun.. sebabnya doc nak pastikan dulu ketulan kat breast aku nie.. kalo sekiranya kanser (takut nak taip tapi kene jgk huhu) dia akan membesar kalo aku amalkan makan pil dan suntikan tu. Ok boleh paham tak apa yg aku cuba nak story nie? huhu


kita tunggu minggu depanlah tengok macam mana.. aku pon cuak jugak nak scan2 nie..dah la scan breast plak tu kan..

dan pagi tadi dapatlah menapau roti canai.. sedapnyaaaaaaaa lama gila tak makan.. sekali order sampai 2 keping sorang! haha. Pastu tadi aku ade timbang kat klinik..hurm berat sama je tak naik tak turun huhu sedehhh


 nak diet macam mana lagi pon tak tau... biorlah.. 61.2 kg berat terkini!

sekian...

psttt: tapi nurse semua dok puji2 aku kate kurus..hei aku gemuk lagi la.. nak berat 55 kg pelissss!

Thursday, October 18, 2012

I miss u mak


Tahun lepas masa aku pantang kat Esya mak datang sini temankan aku.. masa tu ari ke 40 dah pon.. mak datang dengan abg chik dan family dia.. mak tinggal dengan aku lebih kurang sebulan.. dan hari nie hari ke 41 tetiba aku teringat kat mak.. kalau mak ada kat sini kan best.. boleh temankan aku.. borak2...makan2....

tak da sapa nak anta mak ke sini.. masing-masing bizi.. mak plak tak berani naik bas sorang2.. tak pelah mak.. kita jumpa bulan depan yer.. masa tu kenduri kak long (anak buah) boleh lah mak lepak sini lama-lama kan.. tapi mak nak ke? mak kan sayang nak tinggal rumah mak kat kampung tu...hehe

apepon akak nak bagitau nie... akak sayang mak... akak rindu mak...sobsobsob

Wednesday, October 17, 2012

Sudah 40 hari

Yeay adik sara sudah berusia 40 hari.. dan mama dia juga sudah berpantang selama 40 hari maka tinggal 4 hari saja lagi untuk mengucapkan selamat tinggal sayang... eceh.. selamat tinggat pantang semoga ko tak datang lagi buat masa terdekat nie.. tunggu lepas tiga tahun ok! HAHA gelak besar

Ada orang kata pantang 100 hari bukan 44 hari.. ok it's up to u lah kan.. kalo ko mampu ko pantang lah sampai 100 hari.. aku tak mampu.. kaki nie pon dah menggigil nak keluar berjalan-jalan.. kalo pantang bersama tu bolehlah 100 hari.. tapi cik abang bleh tahan ke ha? hahaha mak ok jer


Sara makin hari makin macam2 pening kepala mama.. sekarang dah pandai amek perhatian suh dukung kalo lambat sket menangis huhuhu

pastu barut pon tak nak pakai...kalo aku pakaikan menangis macam kene ape jer stress haku! sudahnya pakai pampes sudah barut kita kasi simpan.

Kakak Esya plak lagi 2 hari genap lah 18 bulan...dah besar dah anak dara aku yang sulung tu kan..hai sekejapnya... nanti adik dah setahun kakak plak 2 tahun weee bestnya nampak macam sebaya gitu kan.. tak per lah masa sekarang nie  biar aku stress  nanti bila dorang dah besar harap2 senanglah... boleh aku goyang kaki biar dorang buat keje rumah plak HAHAHA


Sebagai seorang ibu aku sangat mengharapkan mereka membesar dengan sihat dan sempurna.. mudah-mudahan mereka menjadi anak2 yang berjaya di dunia dan akhirat.. sesungguhnya aku teramat sayang kedua-duanya...love...


Tuesday, October 16, 2012

Kakak Zhulian

Hari jumaat yang lepas ramai yang datang melawat adik sara. Aku pon seronok lah sebab ramai yang datang rumah aku..antaranya budak2 opis yang paling rapat dengan aku la kan.. pastu ada sorang akak nie pon nak datang jugak...

Kisahnya begini..malam jumaat tu akak nie ada wasap aku..dia bagitau nak datang tengok baby..ok aku story sket pasal akak nie yer.. aku kenal masa nak dekat raya aritu dekat plaza alam sentral. Masa tu dekat butik first lady aku dok cari2 jubah..sekali akak tu tegur aku so kitorang berboraklah.. borak punya borak tak sangka kampung akak tu dekat ngan kampung aku. Haa lagi bertambah ramah lah.. memang kena sangat dengan aku yang banyak mulut nie ken. So kitorang bertukar2 no hp. Aku macam tak de lah nak syak apa2 kan sebab orang kampung..so bagi jelah...

Tup2 dia wasap aku..ekceli ada la dalam 2 kali dia wasap.. tu pun dia mula2 tanya pasal aku dah bersalin ker..sebab aku kan letak gambar baby sara kat profile aku tu.. dan malam jumaat tu adalah kali ke 2 dia wasap.

Hari jumaat tu dia pon datang ke rumah.. berdua dengan kawan dia..ntah kenapa malam tu aku macam terdetik macam ada sesuatu jer ngan akak nie.. tapi aku diam2 kan aje.. dengan en bob pon aku tak bagitau yang akak nie nak datang.. 

Akak nie sampai dalam 5 minit macam tu kawan2 opis aku pun sampai... aku pun sangat lah lega..sebab kan aku ade nampak akak nie ada bawak fail apa ntah dalam henbeg dia.. Sah kata hati aku tepat.. konpem akak nie nak jual barang..abes la aku jap lagi nak tepis nie huhuuuuuuuuu

Aku buat air semua dan borak2 ngan akak berdua tu.. dalam masa yang sama borak jugak dengan kawan2 aku.. kawan2 aku nie macam biasalah lah buat rumah aku macam rumah dorang.. siap tapau nasi ayam makan kat rumah aku lagi tu.. hari tu kan rehat panjang so sorang lepak sampai 2 lebih.

Dalam kitorang dok berborak tu akak tu pon mula lah keluarkan fail dia dan bercerita pasal satu perniagaan MLM nie.. adoiii aku dah agak dah..terus terang aku cakap aku memang tak suka orang bisnes2 MLM ngan aku nie.. sebab aku memang tak percaya akan hasilnya.. adik beradik aku dah berapa ramai yang join benda2 macam nie tapi tak nampak pon hasilnya huhuhu duit abes lagi adalah... untung tarak! maaf lah kalo ada orang berjaya MLM nie terbaca belog aku..huhu

Akak berdua nie bagi penerangan bla bla bla..biasalah kawan2 aku nie dorang pandai haha sorang2 lari masuk bilik aku.. ada yg nak solat la..pam susu la.. makan laa.. aku??? aku jelah tadah telinga melayan akak berdua tu! huu stresss

Dipendekkan cerita...kawan2 aku balik opis jam 2 lebih.. akak berdua tu macam tak da tanda2 nak mintak diri pon lagi.. aku plak tak makan nasi lagi..perut nie kemain lapar lagi ko...terpaksalah tahan.. lepas tu boleh akak tu suruh aku makan..hoi cemana aku nak makan kalo korang ada??? nak masak lagi..tak kan nak biarkan korang plak..hishhh 

 Akak tu bagi aku ubat nie..dia kata bagus untuk orang bersalin.. ubat nie harga dia dia rm94.. hadiah untuk aku katanya.. 

Aku agak dorang mesti nak tarik aku jadi ahli nie.. kan betul... hai pandai sungguh dorang memujuk tau.. serius aku macam terpukau aje.. puas aku tepis tapi tak berdaya.. napa tah? selalu tu aku boleh je buat bodoh.. mungkin jugak sebab perut aku yang terlalu lapar?? hahaha

Kalau boleh aku nak cepat jer dorang nie balik...masa tu dah pukul 4 petang.. kalo aku tak join ahli agaknya pukul 8 malam pon masih belum balik kot



 hasilnya...aku bayar rm68 kepada akak tu dah menjadi ahli zhulian..padan muka! hahaha

eh aku tak isi pon borang tu tau! akak tu mintak ic kebetulan ic aku ada kat en bob so dia isi borang tu tanpa ic aku lah.. dia yang isikan hokey! stresss mak incik!!!

malas dah nak cakap banyak..then aku bagitau lah yg aku memang malas nak aktif benda2 macam nie kan dorang cakap tak ape nanti cari jer kawan2 then kalo nak beli apa kol jer kitorang.. pakai produk nie utk sendiri pon tak pe.. boleh dapat bonus.. hurm ntah lah.. betui ke idak..


dan inilah dia salah sorang daripada akak berdua tu.. dia nie pangkat paling tinggi katanya RCD.. yg sorang lagi tu akak yg  wasap aku tu pangkat ke 2 tinggi.. hai macam2 lah dorang story pasal bisnes dorang nie malas plak aku nak cerita lagi..

yang pastinya aku dah jadi ahli so sape2 nak membeli produk nie nanti boleh beli dengan aku dan aku bagi harga ahli aje yer hahaha sempat lagik ko kan!

ok malas dah nak cerita.. akhirkata sampai sekarang akak tu dah tak wasap aku lagi..seronok lah dia ada sorang lagi ahli bawah dia kan.. aku doakan dia berjaya dengan bisnes dia..amin

dan lepas nie aku nak kene tampal "JURUJUAL DILARANG MASUK" kat pintu rumah ok tak???? hahahaha

Monday, October 15, 2012

Hai baru nak pakai pilis

Inilah dia kalo berpantang xde org yg amek tau dan ingatkan semua jd haru-biru. Hari ke 30 lbh kot aku bru start pakai pilis tak berapa nk ingatlah bila tp minggu lepas la kan.

Kisahnya..aku baru jumpa pilis nie dekat peti ais..lapik peti ais aku nie ade poket so kat celah2 poket tulah..hahaha yg tahun lepas punya masa anak first ritu. Ko ada??? Hihi

Menyesal tp pakai dpd hari pertama sebab banyak khasiatnya tau! Antaranya mengobati kepala pusing (copy dpd belakang bungkusan pilis nih), pandangan kabur, mata berkunang-kunang (mata kabur agaknya)

Haa itu dia khasiatnya..bila pakai rasa berangin jer beshhh sgt..hai rugi x pakai dpd awal.. Oleh kerana dah lewat memakai maka aku berazam nak pakai sampai hari ke 44 nanti.. Tp ari minggu xpakai la kan..barut pun sama.. Bila ada esya ngan babah jer otometik hari minggu menjadi kelam kabut.. hehe

Mesti abeskan! Xkan nak tgu anak ke 3 keluar baru nak abeskan ye tak? Hahaha

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Thursday, October 11, 2012

Check up adik dan kakak

Semalam pegi klinik check up dan cucuk adik kakak. Adik cucuk sebulan dan kakak plak cucuk 18 bulan. Buat dua2 sekali senang.. Tapi huru-hara sket la kan bila dua2 buat hal..kelam kabut.. First time kami keluar berempat hehehe

Alhamdulillah keduanya sihat.. Berat adik sara sudah 4.9 kg..tak boleh calen berat kakak esya dlu sebulan 5.1 kg.. Tp ini pon dah kira bambam n semangat dah..ok sgt dah..jgn berat sgt kang xlarat aku nak dokong..

Berat kakak esya 9.6 kg..last timbang 7 kg lebih.. Syukur lah naik jgk beratnya semenjak dia kuat menyusu skg nie dan makan pon dah berselera.. Masa cucuk esya babah dia yg pegang.. Mujur x nanges rilex je dia.. Siap main2 lagi kt dalam bilik nurse tu.. Yg si adik plak aku yg pegang.. Nangis jgk la kejap..cuak jugak aku.. Mase esya dlu babah yg pegang semua tp sekarang dh tak boleh la.. Kene handle sorang satu ken..

Hari ke 42 nanti nurse suh datang klinik utk amek perancang keluarga.. Haa kali nie aku nekad nak amek perancang hehe tak berani dah rancang sendiri takut kelaut jadinya.. Sesiapa ada pengalaman boleh share x? Pelissss *kelip2 mata


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Sunday, October 7, 2012

Qaysara Aleesya sebulan

7 oktober genap Sara sebulan.. Syukur alhamdulillah cepat masa berlalu.. Dan ada 14 hari lagi masa utk berpantang. Lepas tu dah boleh kuar jalan2 yeahhh bestnya.. Tak sabar tau! Hehe

Perkembangan Sara setakat ini.. Alhamdulillah senang dijaga berbanding akaknya..mungkin sebab aku dah ada sedikit pengalaman hewhew. Suka tido.. Kalo tido lama sangat sampai kene kejut bangun menyusu. Kalo dibiarkan memang kembang setaman cik B aku nih.

Walau pon begitu sehari wajib kena pam sehari 2x.. Sama ada pagi, petang atau malam.. Pilih la mana2.. Kalo dibiarkan nanti susu memancut dia memang x suka.. Pastu tersedak..hadoi tekanan aku.. Bukan perlahan suara dia kemain kuat lagi mcm suara budak 1 thn tersedak tu ha. Kus semangat mama! Kuat berak budak nie.. Kalo tukar pampes wajib dia berak.. Abes bila masa pampes dia bersih ntah..mmg xla kecik2 nie kan.. Kuku pun cpt la pjgnye..

Kalo mengeliat plak punyalah bising.. Boleh dengar satu kuarters nie..kalo kentut pon sama hehe comel jer kan baby kentut..cuba kalo org tua yg kentut mesti jd buruk hehehe

Macam dah nampak..bila kita panggil nama dia macam tengok kita.. Sebab mata dia tu betul2 pandang kt kita. Dulu esya masa sebulan kepala lembik lagi.. Nie kepala dah tegak.. Aku plak yg risau tgk dia dok angkat2 kepala hehe. Kalo bg mandi dalam tab mandi tu kaki dia asyikla dok menolak tab tu.. Hai kuat sgt ke kaki kamu nie syg? Mama plak yg ngeri takut terlanggar kepala..

Ok tu je kot yg aku ingat..selebihnya budak sebulan nie tido jer.. Oh ye rabu nanti nak pegi cucuk sebulan.. Tak sabar nak timbang sara dah brapa kg dah anak aku nie kan..pastu nak bwk kakak esya skali utk cucuk 18 bulan. So mama pegang Sara..babah pegang Esya masing2 ada henbeg ok :)

Sblm terlupa arinie kepala Sara dah selamat dibotakkan oleh babah dia..patutla sedap je tido arinie sampai time myusu pon dibantainya tido..tau lah kepala tu dah ringan ken..

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Friday, October 5, 2012

Bos i datang melawat

Petang tadi bos wasap bgtau nak dtg rumah nak melawat baby..yeayyy! Suka suka sebab ada jugak yg sudi datang..

Terima kasih bos sudi jenguk anak buah.. Dan siap pujuk supaya aku amek cuti 2 bulan sajork hehehe

Insyaallah bos..sekiranya ok tak de sebarang masalah bulan 11 saya masuk keja.. Kalo sekiranya penyakit M tu datang saya tambah lagi sebulan yer kikiki


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

EBM untuk Qaysara Aleesya

Alhamdulillah rezeki anakku..

Start dpd minggu pertama berpantang aku dh buat stok untuk Sara.. Sebabnya rezeki Sara sangatlah murah.. Susu kejap aje dah penuh.. Bila dia minum asyikla tersedak.. Nak tak nak aku mmg kene perah.. Kalo tak perah kesian sgt kat dia.. Minum dan tersedak huii takuittt

Sehingga hari nie hari ke 29 peti ais tu tu dah makin penuh dengan susu.. Alhamdulillah.. Seronok tengok hasil sendiri :) sehari kena perah 2x sekurang-kurangnya..

Dan sekarang aku dh mula bg susu pakai botol waktu siang hari supaya dia akan biasa nanti bila aku anto ke pengasuh. Hai beginilah kalo kita nie bekerja nak tak nak kene ajar daripada awal jgn terlalu lewat sgt nanti baby dah pandai kita yg susah..hewhewhew

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Thursday, October 4, 2012

Untie datang melawat sara

Semalam masa lunch hour budak2 opis datang melawat Sara.. hai adalah jugak kawan2 yg sudi datang ken.. dekat seminggu aku balik sini sapa sorang pon tak de lagi kawan2 opis yang datang... sedih... ngada2 lah ko nak sedih2 pulek.. dorang kan bizi bekerja.. ko duduk umah diam2 ok! haha

Dorang datang kejap bebeno tak sempat aku nak buat air.. kesian dorang entah sempat makan ke tak tu.. sebab dorang balik daripada umah aku dah pukul 2.. haa konpem tak sempat.. sian korang.. maafkan aku yer tak sediakan korang makanan.. time tu pun aku tak makan nasik lagi hokey.. kelam kelibut duduk sorang2 nie ken


Sara.. time kawan2 aku datang sedap pulak dia tido.. tapi bila dorang balik jer sebok nak bukak mata besar2 huhu tak sempat mama nak goreng ikan bilis tau

dorang datang ber3.. hannan, syitah dah juga sara.. yg pakai tudung awning kelabu tu pun namanya sara jugak.. sebab tu dia exsaited nak jumpa dengan sara jr hehehe

terima kasih yer korang sudi jugak datang... haa besok hari jumaat waktu rehat paling lama aku nak tengok sapa pulak nak datang ken.. kahkahkah tak malu suh orang datang melawat.. ehhh biarlahhhh

sebenarnya bosan kot....

Tuesday, October 2, 2012

Berat terkini

Hoyeahhhh...berjaya menurunkan berat badan sebanyak 18 kg kahkahkah

Woit tu berat last peknen aritu iaitu 78 kg.. Campur berat baby..berat air ketuban, uri bla bla bla

Now berat terkini 60 kg.. Tu naik sikit nak ke 1 tu sebab aku baru lepas makan nasik tau so sila abaikan hahaha

Target aku 55 kg oklah..baru muat suar jeans aku tu.. Kalo mcm skg nie masih gemuk lagi.. Patut la balik sini aritu aku pakai suar slack tapi rasa ketat huhu

So mulai sekarang mari kita mendiet.. Time nie la pon nak diet nanti dah masuk keje balik jgn harap la..payah kemain kot!

Ini adalah azam aku sebelum abes pantang 44 hari!! Mesti turun!!! :)

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Monday, October 1, 2012

Hari ini bermula menjadi surirumah sepenuh masa

Yer saya dah kembali ke rumah sendiri.. Fuhhhh lega dan seronok sgt balik ke rumah sendiri..tak kisah lah walau pon penat 2x ganda.. Yang penting kepuasan tak terkira.. Apa nak buat sesuka hati semua pon boleh hehehe

Tapi..masih berpantang.. Apa yg mampu kita buat lah yg tak mampu tolak tepi.. arinie Esya dah ku hantar ke rumah BS dia.. Kesian Esya..mama mintak maaf yer syg..mama xmampu nak jaga dua2 anak mama utk setakat nie..nanti bila mama dah kuat skit bolehlah.. Harap kakak Esya faham situasi mama ok

Tugas surirumah macam biasa la mengemas, sapu sampah, mop lantai..opss yg ini aku buat pelan2 dalam takut juga sebab lantai berhabuk gilerr kotor so buat jgk lah.. Matikla kalo en bob tau! Lepas tu basuh baju..sidai..lipat je blom sempat lagi nie..longgok jer dlu kang mlm2 sket aku lipatlah..

Time makan agak ke laut sket lah.. Sara kejap tido..kejap bangun menyusu..haa begitulah.. Budak kecik ken timing dia tak menentu.. Alhamdulillah so far ok lagilah..pantang sendiri still bleh handle cewahhh

Arinie aku masak ikan bilis goreng jer pastu taruk bawang, halia dan carrot.. Yummehh sedap jugak dengan nasik panas2 taruk lada phewww baru peluh menitik

Malam kang plak nak masak kari ayam.. Boleh buat bekal esya kat rumah BS dia besok..aku pon xpayah masak dah makan lauk tu je besok kan..

Oklah harap2 tak de sebarang masalah sepanjang aku nak ngabiskan pantang lagi beberapa hari je nie..

Insyaallah...


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Photobucket
© Design by | Nurulchumel Lovely Site