Sunday, July 31, 2011

Selamat Berpuasa 2011

Syukur alhamdulillah kerana masih dipanjangkan umur untuk sama2 menjalani ibadah puasa esok hari.. Tahun lepas puasa berdua bersama suami tahun nie udah bertiga bersama si bambam Qalesya :)

Selamat menjalani ibadah dibulan mulia kepada semua rakan2 bloger.. Marilah kita mengumpul pahala sebanyak mungkin dibulan yang penuh dengan keberkatan ini..

Ikhlas daripada jivebumz sekeluarga :)

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Friday, July 29, 2011

Shawl baru saya

Rehat tadi pegi menjamu mata kat kompleks PKNS.. Best uols! Jualan baju raya dah mula ok :)

Sempat la rembat 2 helai shawl baru.. Hii gedik nak pakai shawl plak sekarang neh hehe

2 helai only rm30 jer.. Ker ada lagi yang hege murah ek???

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Dah pandai pegang-pegang

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُ jumaat sume

Mesti hepi kan hari jumaat?? Esok kan coti pastu kan ada members sale plak tu kat Sogo! Wee rasa macam nak pegi la tapi.. Mesti ramai orang kan.. Parking mesti penuh punye nih hurmm tengoklah keadaan cane nanti sama ada nak pegi ke idok

Malam tadi kan weols 3 beranak tengok bola.. Esya pon layan bola gak sama mama ngan babah dia.. Sampai lah dia tertido dengan sendirinya.. Bagus anak mama tak sempat mama nak dodoikan.. Tido kejap jer pon time kitorang nak masuk tido dia dah terjaga dah.. So terpaksalah masuk Esya dalam buaian dia tu..

Malam tadi sebelum Esya tido aku main2 kejap ngan dia.. Ajar dia pegang barang.. Letak kat tangan dia pastu genggamkan.. Hee pastu tengok esya sedang berusaha nak angkat toy lady bird dia... Alo aloo sukenye dia.. Cepat2 ler mama dia amek kamera dan snap pic kat atas tu.. Maka dapatlah snap pic esya mata boolaat macam orang terkejut pon ada hehe

Lately aku suka giler amek gambo anak.. Gambo sendiri tak de pon tak per huhu coz dulu2 dah puas dah dok amek gambo syok sendiri :p

Psstt: rehat nie mau kuar jalan2 n makan2

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Thursday, July 28, 2011

Knowledge Sharing

Morning sume!
Pagi nie aku terlibat dengan Knowledge Sharing kat Bahagian ICT, SUK, Selangor.. Wee dah lama tak pegi sana kan.. Syok gak sekali sekali g out time opis neh.. Dok opis pon bukan boleh buat keje line tenet tak de lagi huh bosannya.. Seb baik ada bb.. Kalo tak da lagi la sengal hidupku ini..

Ohye pagi tadi Esya bangun awal giler.. Kui 6.15 pagi dah bangun.. Aku bancuh air sambil dokong Esya yang bam2 tu..

Pastu hantar babah g keje kat depan pintu.. So sweetlah :)

Selamat hari khamis uols n selamat berbaju batik :)

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Wednesday, July 27, 2011

Esya 100 hari

Hari ini genap Esya 100 hari! Bermakna aku dah melepasi 100 hari berpantang ekeke hari nie juga dah sebulan rambut Esya dicukur.. Rambut dah mula nampak panjang sket tu hehe mama Esya nie tak sabar nak tunggu Esya berambut panjang.. Mau ikat tocang la konon :)

Rindu kat belog korang lah.. Tak sempat nak singgah.. :(


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

WoRdLess WedNesDay

Sayang mama..
Sayang babah.. :)
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tuesday, July 26, 2011

Checkup Esya 3 bulan

Bosan la kat opis belum ada line tenet so kene pakai bb untuk apdet belog maka apdetnya pon pendek2 jela.. Harap korang mengerti yer

Semalam pegi klinik seksyen 7 cucuk Esya 3 bulan. Resultnye adalah seperti berikut:-

Berat - 6.7kg (yang ini konpemmm)
Tinggi - 62 cm (kalo xsalah aku)
Ukur lilit kepala - 33 cm ( ingat2 lupa)

Esya nanges kejap jer masa jarum masuk kat peha dia alhaamdulillah setakat pagi tadi esya tak demam.. Riso gak aku kot2 ler dia demam plak.. Sebelum nie pon cucuk tak demam harap2nye lepas nie pun ok jek

Ok tu jer dulu yang mampu aku apdet coz kebizian yang melampau sangat kat opis neh hadoiiii

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Monday, July 25, 2011

Kemas mengemas

Selamat hari isnin sume!

Macam biasa hari ini kerja mengemas masih diteruskan lagi selagi tak settle.. Tak dapat nak apdet banyak2 nanti bos jeling2 so marilah kita bekojo sekueknyo hiii

Petang nie check up Esya yang ke 3 bulan tau tak sabar nak g klinik nak tau berat esya dah bape kg dah

Ok keje sampai jam 1 pm sajork :)

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Saturday, July 23, 2011

Shoping kat OneBabyWorld

Hai uols.. Apa bikin hari minggu? Aku baru balik shoping kat kedai on9 onebabyworld nie. Best gilak banyak barang2 baby. Tujuan aku nak beli warmer jer tapi terbeli macam2 hehe biasalah kan rambang mata :p

Nie kedai on9 pertama yang aku pegi ok. Dah 2x beli secara on9 xpuas rasanya kalo tak tengok barang tu dengan mata kepala sendiri so bodek En bob ajak g sane hee mujur dia mau pegi.. Thanxs syg

Now ontheway ke rumah akak aku kat ampang nak tengok baby ani anak buah aku yang bersalin baru2 nie.. Pastu nak balik kajang umah mertua.. Petang nie ada celebrate bufday abg ipar aku plak.. Oh itu nanti aku stori yer..

K uols hepi weken!

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Friday, July 22, 2011

Cara penyimpanan susu ibu

Semalam BS Esya bagitau aku Esya tak berapa nak minum susu sangat.. risaunya aku.. buatnya dia tak nak minum botol balik karang susah pulak.. so aku suspect maybe aku bagi susu yang lama kot.. susu yang aku perah bulan lepas.. oleh itu aku pun cepat2 gugel pasal susu ibu nie dan cara penyimpanannya.. manalah tau kot2 susu tu dah tak sedap rasanya ker sebab tu esya tak nak..

kat bawah nie adalah serba sedikit info berkenaan penyimpanan susu ibu yang aku dapat daripada blog sajirahazlan mari lah kita kongsikan bersama supaya bertambah pengetahuan kita berkenaan EBM yer kawan2 :)


ASI = Air Susu Ibu
EBM = Expressed Breast Milk.
Fresh EBM = Susu yg baru diperah
Chilled EBM = Susu yg dah perah, disejukkan bhgn sejuk (bukan beku).
Chilled EBM akan membentuk dua lapisan, tapi ia bukan basi.
Frozen EBM = Susu yg di simpan di tempat beku.

APAKAH BEKAS YANG SESUAI DIGUNAKAN UNTUK MENYIMPAN ASI?

Bekas yang sesuai untuk menyimpan susu perahan:
- bekas kaca adalah yg terbaik tetapi agak sukar dikendalikan
- bekas plastik atau botol susu bebas BPA (Bisphenol-A)
- bekas plastik berbucu keras (seperti Tupperware)
- Bekas dadih - Ianya boleh digunakan sehingga 5 kali sebelum dibuang.
- breast milk storage liners khas untuk menyimpan EBM

BERAPA LAMA ASI BOLEH BERTAHAN DALAM SUHU BILIK?

Jika bilik tidak ber aircond (25o C - 37 oC), disarankan tidak lebih dari 4 jam
Jika bilik ber aircond (15 oC - 25 oC), boleh sampai 6-8 jam
catatan: suhu di atas harus stabil, cth bilik ber aircond, tidak dioffkan sepanjang botol ASI berada di dalam bilik tersebut.

BERAPA LAMA ASI BOLEH BERTAHAN DALAM FRIDGE/FREEZER?

Susu ibu yang disimpan dengan baik akan menjadikan susu tahan dengan lebih lama.

1. Bekas penyejuk (cooler bag/box 0-4 °C), tahan sehingga 12-24 jam

2. Peti Sejuk (2 pintu)
- freezer (-18 hingga -20 °C) - 3 bulan
- fridge (0- 4 °C) - 5 hari

3. Peti Sejuk (1 pintu)
- freezer - 2 minggu
- fridge - 5 hari

4. Deep freezer (-20C)- tahan sehingga 6 bulan

Jika ibu menyimpan susu di dalam freezer yang mempunyai suhu sehingga -1 darjah celcius, susu boleh tahan selama 1 tahun.

PERINGATAN: susu yang dah dicairkan tidak boleh dibekukan semula dan susu yang dipanaskan tidak boleh disimpan sejuk semula.


BAGAIMANA CARA MENYIMPAN ASI YANG BETUL?

- Pastikan kuantiti susu mencukupi untuk sekali penyusuan.
- Simpan dalam bekas yang bersih dan bertutup.
- Labelkan bekas dengan menyatakan tarikh dan masa pemerahan.
- Simpan dalam peti sejuk. simpan di bahagian paling atas dan paling dalam kerana suhunya lebih stabil. Jangan simpan di bahagian pintu peti sejuk kerana suhu di bahagian pintu tidak stabil.
- Jika susu ingin dibekukan, pastikan bekas simpanan susu tidak terlalu penuh. Pastikan ada ruang kosong untuk pengembangan berlaku bila susu membeku.

BAGAIMANA RASA ASI YANG SUDAH BASI?

Sebenarnya jika ibu mengikut cara penyimpanan yg betul, ASI tidak mungkin akan basi. ASI yang disimpan/disejuk bekukan akan berlaku perubahan warna dan rasa, tapi itu tak bermakna ASI sudah basi.ASI yang telah basi akan berbau masam dan berketul-ketul. Asalkan ibu menjaga kebersihan semasa mengepam, menyimpan ASI dalam botol yg steril & bertutup rapat, dalam jangka waktu yg ditetapkan seperti di atas dan memanaskan EBM dgn betul, insyaAllah ASI terjamin khasiatnya. Dibandingkan dgn susu formula, ASI lebih tahan lama dan EBM lebih baik daripada susu formula..

pssttt: susu ibu tahan lama ok! aku baru cadang nak buang susu yang kat dalam fridge tu manalah tahu kot rasanya dah tak sedap ker kan..huhu tak jadik la..

Thursday, July 21, 2011

Akhirnya Esya sudah terima botol itu

Pic Esya disusukan oleh BS dia iaitu umi :)

Wajib nak belogkan pasal Esya dah terima susu botol :) bermula hari isnin tadi 18/7/2011

Yelah sebelum nie kan aku selalu dok cerita yang Esya tak nak minum susu pakai botol kan so harinie aku rasa sangat2 hepi.. Ye aku akui usaha yang berterusan dan doa adalah kunci kejayaan.. Sebelum nie rasa frust sangat.. Bagi susu pakai botol tapi tak diminumnya.. Siap tolak2 dengan lidah lagi hishhh geramm aku tau!

Sabar jer lah.. Now bila dah duduk rumah BS Esya dah pandai minum susu pakai botol.. Syukur alhamdulillah terima kasih umi kerana membantu saya mengajar Esya.. Umi tu panggilan untuk BS Esya. Kalo tak mesti hati aku tak tenang nak bekerja.. Asyik teringatkan Esya jer..

Dah 4 hari Esya tinggal bersama BS sepanjang aku bekerja.. Alhamdulillah tak da sebarang masalah.. Nangis sket2 tu biasalah.. Nangis nak minun susu tu je lah.. Oh ye anak aku nie tak sabar sket nak minum susu so korang rasa patut tak aku beli warmer untuk letak kat umah BS dia?

Hurm ingat hari minggu nie nak pegi belilah.. Dah tengok2 kat www.onebabyworld.com ada jenama little bean tu.. Sape yang pernah guna or ada suggestion? Boleh la share2

Thanxs uols :)


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Hari Khamis

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُ sume

Selamat Hari Khamis uols!
Hari nie orang gomen pakai baju batik yer ahaaa dah lama tak pakai baju batik you :p hari nie kobar2 yer coz nak pakai selendang baru beli kat tesco lunch semalam.. Murah jer uols RM 10 plus anak tudung RM 5.. Murah giler kan?

Hihi ok sume mari kita mulakan hari ini dengan senyuman.. Peace yo!!
:)

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Wednesday, July 20, 2011

WordLess Wednesday

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tuesday, July 19, 2011

At neW Ofis

hikhik sori geng tadi ada masalah teknikal sket tu gambar tak kuar tu...

Sebelum.....

dan Selepas...

Alhamdulillah dah selamat berkemas :) di opis baru.. Hoho banyak lagi nk kena kemas lagi nie stor tak siap lagi ngeee

Ok tulah dia workstation aku sekarang.. Sebelum dan selepas.. Lepas nie pulun 5S pulakkk

Ok marilah bekerja dengan semangat baru! Caiyok caiyok :)

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Esya 3 Bulan

Wah sekejapan sudah Esya sudah berusia 3 bulan hari ini.. Cepat kan.. Tak terasa masa berlalu begitu pantas.. Sebulan macam seminggu jer kan

Perkembangan Esya..
- Suka bercakap ngan mama ngan babah.. Membebel sorang2..hee
- Berat makin bertambah.. Bulan lepas dah 5.9 kg rasanya bulan nie mesti dah cecah 6 kg lebih.. Nextweek ari isnin check up esya 3 bulan..
- Kuat tido minah nie.. Bangun kejap2 jer tido yang lebih waktu siang hari.. Waktu malam suka berjaga
- Manja sangat ngan mama ngan babah dia :) sukeee!
- Dah tukar pampers saiz M coz dah bam2
- Suka isap jari pastu sembur2 air liur dia
- Masih kuat yak2 seperti masa lahir dulu hehe
- Dah pandai minum susu mama guna botol (mulai date 18/7 iaitu semalam)

Haaa itu jelah yang aku ingat nanti next month apdet lagi mybe time tu lagi banyak perkembangannye kan

Hepi 3 month years old anak mama syg.. Semoga jadi anak yang baik yer syg.. Mama n babah luv u so much!! Muaaahhh

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Monday, July 18, 2011

Alhamdulillah :)

Pagi tadi aku kol BS tanya Esya camne.. Dia nangis tak? Minum susu pakai botol ok ker? Dia tolak tak? BS Esya cakap dia elok jer.. Minum susu sebotol pastu tido balik.. Itu pagi tadi..

Pukul 1 tadi kol lagi tanya keadaan Esya.. BS cakap susu ada lagi sebotol jer lagi weee macam tak caya jer.. Pagi tadi aku bekalkan 5 botol dalam tu ada 2 oz jer.. Haa patutla tak cukup.. Pastu aku g anta lagi 5 oz hasil perahan pagi tadi.. Syukur alhamdulillah rasa gembira sangat coz Esya nak terima susu botol..

Aku tanya BS dia pakai puting yang mana satu coz tadi aku bagi botol avent dan juga NUK.. Alhamdulillah Esya nak terima puting NUK tu.. :) hee suke.. Dan aku bersyukur kerana doaku telah dimakbulkan.. Terima kasih Ya Allah..

Psstt kat atas tu gambar Esya ngah tido time aku g anto susu tadi.. Nyenyaknye anak mama zzZzZ.. Cepatlah pukul 5 tak sabar mau peluk Esya.. Uwaaa

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

My 1'st Day Working

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُ

Hari nie hari pertama saya bekerja phewwww perasaan usah ko tanya gigil abes ko!

Tadi anto Esya kat BS dia tido jerk tak sempat nak susukan dia.. Hopefully Esya ok dan boleh terima susu pakai botol..

Oh yer uols arinie aku masuk opis baru lalala ok la nak kemas2 barang dulu yer

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Sunday, July 17, 2011

Persiapan hantar Esya ke BS

Haa tu dia persiapan nak anta ke BS dia besok. Aku sediakan pakaian untuk seminggu punya.. Pampers tu bagi 1 pek jer uols bukan 2 seperti di dalam gamba.. 1 pek tu simpan kat umah buat stok :)

Huii berdebar2 plak aku rasa nak menanti esok hari.. Berdebar nak tinggalkan Esya kat BS dia pastu berdebar nak masuk opis baru.. Opis aku dah berpindah ke bangunan baru minggu lepas so aku terus rasmi opis baru la kan.. Tu nanti aku citer k

Ohyer entry kat bawah nie kalo korang perasan tajuk lain tapi isi dalam dia lain plak hahaha biasala taip entry time menyusu anak otak da ke laut.. Memang aku nak buat contest.. Insyaallah nanti aku bagitau eh

Ok uols jom tido jom esok nak bangun awal.. Dup dap dup dap

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Saturday, July 16, 2011

Kalo saya buat contest..

Haiyooo lepak dirumah sajork petang nie coz my en bob capek.. Penat katanya kuar tengah hari tadi g tukar tayar kete aku pastu hantar cuci sekali.. Kesian pulak nak paksa dia kuar petang2 nih dah ler ada bola plak jap g nie.. Malaysia vs Liverfool hurm konpem tak jadi kuar nih

Oh yer jemput makan kek lapis yer uols.. Sedapp ler ini kek lapis perisa oreo.. Tapi tak de la rasa oreo sangat pon.. Hehe
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tabaloi

Hai sume.. Selamat hari minggu..

En bob telah selamat sampai malam tadi jam 12 lebih jugak la. Time tu si minah tecik Esya dah selamat tido. Kalo tak payah sungguh dia nak lelap tapi malam tadi senang plak dia tido. Bagus sempat la mama layan Anugerah Planet Muzik. Tapi tak puas hati la time Dato ct berucap time tulah ada gangguan siaran cis! Last2 abes macam tu aje huuu

Ok lupakan pasal APM.. En bob beli apa yang aku pesan iaitu tabaloi hehe. Sape pernah makan tabaloi mesti tau cemana rope dia kan? Ini gara2 baca entry kat blog marziey lah nie terus tekak nih mintak nak mamam tabaloi hikhik

En bob belikan pelbagai perisa.. Ada pandan, coklat dan susu. Malam tadi dah mamam perisa coklat sedappp rasa dia ranggup gitu macam biskut.

Hari nie plan nak pegi ampang nak ziarah anak sedara aku yang baru bersalin tu. Pastu ingat nak singgah kedai www.onebabyworld.com lah nak beli barang untuk Esya sket. Tengoklah macam mana nanti. Sebelum tu nak singgah umah kak ct mau anto baju raya.

So uols apa bikin? Selamat beristirehat ya :)

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Friday, July 15, 2011

The Bald Baby Contest

Saya mau cuba contest ini.. contest yang pertama untuk Esya.. jom kawan2 kita join sekaki :)

THE BALD BABY CONTEST

6 JUL - 6 AUG 2011


Objektif: Bagi menghargai bayi-bayi botak atau kurang rambut sedunia oleh Amir.


First time Amir nak buat contest :) So sebab first time, kita bermula dengan yang paling simple;

1) Post satu gambar anak / anak buah / anak kawan anda semasa 'botak'/selepas cukur rambut/atau memang takde rambut macam Amir DAN letak caption yang menarik / funny / attractive tidak lebih dari 10 perkataan. The simpler the better. State nama baby juga as identification.

2) Tinggalkan comment di entry ini (The Simple-est Contest Ever!! THE BALD BABY CONTEST) as a record of your paticipant.


Inilah dia gambar Esya si botak mama...



"ESYA RASA BOTAK ITU CUTE APE!"

QALESYA IRDINA BT KHAIRUL AIZAT
D.O.B : 19 APRIL 2011

Syarat:
1) Gambar yang dipertandingkan haruslah gambar baby (0-12 months). Tidak Mengapa kalau bukan gambar current, gambar masa baby pun boleh :)
2) Satu penyertaan sahaja bagi setiap peserta.
3) Tarikh tutup : 6 AUG 2011 sebelum 4.00PM
4) The best picture and caption will be chosen as the Winner! Only ONE winner.
5) Keputusan Amir (pengadil) adalah muktamad tau.

Simple je kan? :)


Hadiah:

Mothercare Sleepsuits - 3 packs

*Design and Size (age) may differ from the picture based on the winner. Say baby girl wins, organizer will choose appropriate design for her :) Amir has a great taste so don't worry.


pstttt: saja seronok2 mencuba nasib.. jomlah join kawan2! tapi aku tengok ramai dah yang join..huhu belasah jer lah..

Risau

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُ

Hari nie dah jumaat esok lak sabtu pastu ahad pastu isnin.. Aku dah mula keja..weee cepatnya.. Dah cukup 90 hari maka tamatlah cuti bersalin aku pheww

Serius aku blom rasa nak masuk keje lagi masih 50-50 coz my baby nie masih tak nak minum susu guna botol.. Risaunyeeee!

Dah puas aku dok latih dia dalam tempoh sebulan nie.. Kalo babah dia yang susukan guna botol nak pulak diminumnye.. Esya oi esya mama susah hati la camni.. Kesian kat kat mama nie sayang.. Hari2 perah susu untuk kamu nak oi.. Minumlah sayang nanti mama keje kamu lapar...huhu

Minggu depan kalo esya still tak nak terima botol jugak nampak gaya aku kene balik jugak menyusu dia.. Harap sangat semoga terbuka pintu hati esya untuk menerima botol.. Amin

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Thursday, July 14, 2011

RiNDu

Pagi tadi jam 4 tengah sedap lena tido tetiba Esya nangis.. Kuat giler dan teresak-esak.. Cemas gak aku dibuatnya.. Mata pejam tapi mulut nangis wawaaaawaa

Esya RiNDU babah yer? Mama pon rindu jugak sayang.. Sabar yer sayang besok babah balik k

Aku peluk Esya dan pujuk dia perlahan-lahan.. Akhirnya Esya terlena dipangkuanku..

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Wednesday, July 13, 2011

Esya bersama aunty Hannan

Malam nie kami bertiga dirumah.. Aunty hannan merangkap kawan baik aku kat opis datang menemani kami..

Alhamdulillah En Bob telah selamat sampai di Serawak.. Tengah miow-miow kat sana agaknya..

So malam nie kitorang nak borak2 dan lepak macam orang bujang boleh?? Hehe
Boleh ke kalo ada si kecik nih?

Oklah nak makan dulu, aku masak sadin, telo grg, sayo bayam ngan sup bebola ayam semalam punye.. Jemput makan sume! En bob mesti sedang makan sedap2 kat sana kan.. Nomnomnom

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

WordLess Wednesday #2 Qalesya si botak ku :)

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tuesday, July 12, 2011

Suamiku outstation

Esok sampai jumaat En Bob outstation ke Sarawak huhu tinggal ler aku berdua dengan Esya.. Mujur ada sorang member nak datang temankan kami dua beranak kalo tak membosan la aku esok nie..

Now jam dah kui sebelas lebih si kecik esya blom nak tido lagik mau temankan babah dia mengemas baju.. Macam tau2 jer babah dia tak ada besok malam..

Semoga selamat pergi dan selamat kembali suamiku sayang.. Mama dan Esya setia menanti kepulanganmu..

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

NewBorn... Congratzz Ani Dan Sepol

Syukur alhamdulillah hari nie aku dapat lagi sorang anak buah... baby girl pulak tu.. lahir pada jam 11.50 pagi tadi..

yeahh boleh geng dengan Esya... so bertambah lah rakyat jelata keluarga kami tahun nie..

Apa lagi bertambah ler duit raya mak sedara dan pak sedara sume yer :)

Nie ibu baby iaitu Ani anak akak aku yang duduk kat ampang sane.. gambar 2 bulan lepas semasa melawat aku dalam pantang.. yang ini babynya yang ke 2.. yang first lelaki.. okla dah cukup sepasang.. wee bestnya..

wah aku pulak yang kemain exsaited kan.. so baby tunggu kedatangan tok long yer..muahhh

Monday, July 11, 2011

Mood soping untuk raya dah mari

Assalammualaikum wbt sume...

Tinggal lagi seminggu untuk aku masuk bekerja semula :(

oh tidakkkkkk!!! komengaaaaaa cepatnya nak sampai 90 hari! huh

Ok mari kita lupakan pasal kerja sume tu yer... semalam adalah hari minggu yang paling BEST! sebab apa BEST SANGAT tu?? haha bestla sebab aku berjaya pujuk en bob pegi soping kat JAKEL yeahhh

Ikutkan nafsu hari sabtu lagi aku nak pergi sana.. yelah sekarang kan tengah promosi hari raya mesti best soping sekarang kan.. bulan depan dah nak puasa nanti penat plak jalan di bulan puasa bawak anak kecik pulak tu kan

Maka semalam lepas servis keta viva aku tu (dah setahun tak servis rupanya.. terlupa acik :p) ke Jakel shah alam lah kami 3 beranak..

Sampai sana parking full! 2,3 kali memusig carik parking.. orang punyalah ramai giler kat dalam Jakel tu.. semuanya nak soping baru raya..

Minah kecik Si Esya nie tido jer sepanjang kami bersoping kat dalam Jakel tu.. pheww lega senang keja mama nak memilih kain.. tapi.. kesian babah sampai lenguh2 tangan dukung si Esya tu haha kasihannn

tengoklah tu sedapnya dia tido.. sampai senget2 kepala

Aku plan nak survey2 jer dulu.. sekali TERBELI ler pulok.. haa kebetulan Jakel ada buat hepi hour untuk kain cotton ko! rugi tak amek.. dengan berat hatinya aku pun amek jugak lah hehe.. bukan senang nak dapat kain cotton yang cantik dan mahal tetiba jadik murah lalala

inilah dia hasil rembatan kami di Jakel semalam.. 2 pasang untuk aku, sepasang untuk en bob, sepasang untuk emak dan sepasang untuk emak mertua. Amacam adil bukan?? hehe

Sampai rumah dah jam 6 lebih.. terus mandikan esya dan susukan dia.. sampai ke malam dia tido nyenyak.. pelik gak aku selalu tu payah nau dia nak tido malam... sampai ke pagi tadi bangun pukul 10 biasa pukul 9 dah siap mandi.. hari nie sedap jer dia layan tido..

penat agaknya pegi soping semalam.. macamlah dia yang soping kan.. padahal tido jer sepanjang jalan hihi

So.. Tema kami sekeluarga tahun nie adalah "COKLAT" korang kaler apa yer???


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Friday, July 8, 2011

Tangan montel

Genap 80 hari usia Qalesya Irdina so arinie mama nak tanggal sume sarung tangan esya yer.. boleh dah merasa isap2 jari dan pegang mainan esya tu yer

Tetiba rasa nak gigit jari anak sendiri hahah sebab geramnye pasal!
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Thursday, July 7, 2011

Meragam

Malam tadi Esya meragam... Puas pujuk supaya dia tido.. Taknye dia tido.. Dah brapa kali kuar masuk buai tak nak jugak.. At last aku bawak g depan tengok astro channel 703 layan AFC.. Wah sukanye dia tengok tv sampai jam 1 pagi..

Now tengah sedap tido.. Pagi tadi bangun lewat jam 10 lebih .. Bangun2 je merengek2 nak susu.. Dah bagi susu senyum2.. Lega skit hati mama nih tengok Esya dah senyum gitu sayang :)

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Wednesday, July 6, 2011

PhotoHunt3r blog


Korang minat amek gambar tak? minat posing??? haa kepada yang berminat boleh terjah blog nie.. kalo ada yang teringin nak menggunakan khimat mereka bolehlah berhubung terus di blog mereka iaitu http://photohunt3r.blogspot.com/

Mereka terdiri daripada 3 orang anak muda iaitu MR Rudy, MR Joga Bonito dan juga MR Aie Yan yang berpengalaman mengambil gambar pelbagai golongan. Daripada golongan atasan sehinggalah golongan bawahan. Gambar family, gambar kawen, gambar macam2 lah.. korang tengok sendiri la yer..


Sekiranya berminat anda jugak boleh lah terus menghubungi mereka di talian 019-2325287 supaya boleh cepat2 deal.. mana tahu kalo ada yang nak buat photoshoot dengan family dan sebagainya..

Ok jom klik SINI untuk pertanyaan lanjut.
Name : Mr. Rudy
Email : photohunt3r@gmail.com

Wordless wednesday #1 Aksi comel si manjaku

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tuesday, July 5, 2011

Lapar

Tetiba rasa lapar sangat.. tapi malas nak masak..
maklumlah berdua dengan Esya... arghhh petang kang la masak..
tunggu en bob balik dulu...

sanggup tahan perut tu huhuhu


Monday, July 4, 2011

Jom tukar saiz!

Syukur alhamdulillah semakin hari anakku semakin membesar.. Macam tak percaya jer melihat perkembangan anak sehari ke sehari di depan mata.. Syukur padamu Ya Allah..

Dan macam tak caya jer Esya dah bertukar saiz pampers.. Bermula dengan pampers saiz newborn sehingga usia sebulan lebih kemudian bertukar kepada saiz S sehingga berusia 2 bulan lebih.. Dan sekarang telah bertukar pula ke saiz M bermula 1 julai tadi bersamaan umur Esya 75 hari..

Semoga Esya akan terus membesar dengan sihat di depan mata mama.. Tak sia-sia mama amek cuti 90 hari demi keranamu sayang...

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Sunday, July 3, 2011

Stroller ini saya punya

Assalammualaikum wbt sume...

Esya kat rumah atok ngan nenek kat kajang nie.. Semalam pegi rumah pak long abang kepada babah esya.. Dia kasi esya stroller nie.. Stroller nie sepupu esya yang punya tapi dia beso dah tak nak guna lagi stroller nie.. So babah pon amek la.. Boleh bawak esya jalan2 lepas nie.. Kalo tak sian babah nak kene dukung esya yang bambam nie kan..

Yeahh dapat stroller viva! Tak caya tengok kat pic diatas kan ada tulis viva.. Sama la cam keta mama esya kan hikhik



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Friday, July 1, 2011

Baru 3 hari berdua

Assalammualaikum wbt...

Jumaat datang lagi.. Eh dah masuk 1 julai 2011 da cepatnyeee tak lama lagi mama Esya akan mula bekerja. Lagi 17 hari je lagi nak masuk opis.. Pheww masuk opis baru plak tu! Haa jangan jeles yer.. Sebenarnya opis aku akan berpindah ke bangunan baru.. Tak jauh dengan opis sekarang hanya 3km jer. Kesian kawan2 opis aku sume ngah bizi packing barang. Nampaknya aku cuci kaki jelah masuk opis baru nanti hehe jangan marah yer kawan2.. Tak pe nanti aku tolong korang buat 5S yer! :)

Oh yer mak aku dah balik kampung kan so weols tinggal 2 berada jer kat umah nie.. Sedikit ketidakbiasaan la bila dok berdua jer selalu bertiga,berempat, berlima.. Now tinggal aku dan Esya jer! Haruslah kerja rumah aku yang buat sorang kan? Dulu mak ada, mak jaga Esya.. Aku masak, basuh baju, dan buat keje rumah yang lain.. Now aku buat sumenya..

Seronok? Eh mestilah.. Seronok terkejar2 jap g sidai kain masuk jap bilik jenguk esya dalam buaian.. Pastu di dapur jap.. Hati tak tenang g balik masuk bilik enjut esya dalam buai hahaha dan begitulah seterusnya sampai esya bangun.. Esya plak jenis kalo buai berenti enjut dia pun bukak ler mata.. Tu yang payah tu.. Nyenyak jap2 jer bila dengar bunyi moto bising dia mula la menangis hii macam2lah kan budak kecik kan..

Now aku dah siap sume keje umah kecuali masak jer belum.. Kene tunggu en bob balik petang kang baru tenang nak dok kat dapur tu.. Aku nak lipat baju jap.. Jap g aku blogwalking yer..

Korang keje rajin2 taw! :)

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Photobucket
© Design by | Nurulchumel Lovely Site