Friday, June 26, 2009

geng ict

Korang sile tengok gambar2 nie sume sampai muntah ijau yer.. haha saja la aku nak taruk kat cni.. sebagai kenangan apa salahnya kan. tak gitu? :p

Aku suka sangat gambar2 yg diambil oleh sahabatku nie.. sambil tu boleh tolong promote untuk member kan.. mesti dia hepi.. lalalala yela kan mana tau ada orang berminat nak guna khimat kamera dlsr dia ke kan.. harga boleh dirunding.. korang kalo nak amek gambar majlis apa-apa sila kontek sahabatku ini.. hihi promote baik punyerrr

Ok la nie gambar yg last.. sebenarnya ada banyak lagi tapi cukupla yg ini je dulu.. so meh layan gambar minah dan mamat perasan :p

macam cover depan majalah apa ye? :p

memasing kontrol latu..hihi

teringin nak lompat jugak.. tapi tak seswaiiii la.. maklum la kami ni pompuan ayu lagi sopan santun..heheh

buat2 kagum la nengok dorang tu leh lompat tinggi :p

udah-udah nie gambar last.. suma berkumpul.. nie la antara yg join piknik kat bagan lalang ari sabtu lepas.. insyaallah kalo ada penyertaan lagi lenkali kita wat lagi yer.. sesekali kuar ramai2 camni memang meriah..

Tengkiew pada suma yang terlibat yer.. kepada para tukang masak sekalian.. jasa anda amatlah dihargaiii!! :)

Ok itu saje esok pagi aku nak balik kampung.. yeahhhhh balik penang! opsss aku balik perak daaa.. doakan aku selamat sampai yer.. so aku akan berehat seketika dari arena blogging nih.. apa2 cite kemudian yer.. mungkin waktu tu aku akan siarkan cite2 yang dah basi.. muahaha

Ok la uols take care!! jumpa lagi.. assalamualaikum wbt..

Posing yukkk

Kisah di bagan lalang belum selesai.. nie ada sedikit gambar kenangan bersama rakan-rakan sekerja yang memang sempoi la.. :d

so meh layan gambar kami..

gadis pingitan :)

aksi bawaku terbang :p







terasa macam tengah shotting filem la plak..kekekeke





semua hasil sentuhan dak opis aku mr echam.. sesapa yg nak mendapatkan khimat photog dia bleh trus ke blog dia yer.. KLIK SINI

Micheal Jackson meninggal dunia

Sumber: Berita Harian on9

LOS ANGELES: Raja pop dunia, Micheal Jackson meninggal dunia di sebuah hospital di sini, pagi ini kerana serangan jantung.

Beliau berusia 50 tahun. Namun, sejak meniti akhir hayatnya, bintangnya yang bersinar itu lebih ditutupi dengan gaya hidupnya yang unik serta kontroversi pembabitannya dalam skandal seks dengan kanak-kanak.

Sebaik berita kematiannya dilaporkan pagi ini, laman web terus menjadi buruan peminatnya di seluruh dunia bagi melayari kisahnya sehingga menimbulkan kesesakan.

Michael atau dikenali dengan Jacko, disahakan meinggal dunia jam 2.26 pagi waktu tempatan selepas tiba di Hospital Los Angeles, menurut koroner daerah, Fred Corral.

Bagaimanapun, katanya punca kematiannya belum disahkan lagi tetapi dikaitkan dengan kegagalan jantungnya.

Sebelum ini, media Amerika Syarikat melaporkan bahawa Micheal kini sedang sakit dan dirawat di rumahnya.

Namun sebaik paramedik tiba di rumahnya, malam tadi, beliau dikatakan sudah tidak bernafas sebelum dikejarkan ke hospital.

Dikenali sebagai Raja Pop dengan kemunculan album hit, "Thriller" dan "Billie Jean," Michael dikenali dengan mencipta gaya menari unik menggunakan sarung tangan putih sehingga digilai dan diikuti jutaan peminatnya di seluruh dunia.

Beliau bertanggungjawab mengtranformasikan nyanyian dan tarian ke dalam musik video sehingga jualan albumnya mencecah 750 juta unit dengan menggondol 13 Anugerah Grammy.

Beliau sehingga kini menjadi salah seorang penghibur paling berjaya sepanjang hayat.

Namun, reputasi Michael tercalar selepas dikaitkan dengan minatnya berkawan dan bermesra dengan kanak-kanak sehingga diheret ke mahkamah pada 2005, selain penampilan dirinya yang dikaitkan dengan pembedahan plastik.

Beliau dijadual membuat penampilan semula bulan depan bermula di London.

Quincy Jones, yang pernah membantunya dalam penghasilan album "Thriller" dan "Off the Wall" memberitahu stesen MSNBC: "Saya benar-benar terkejut dan hiba dengan kehilangannya. Ia sesuatu yang trajis dan berita yang tidak disangka-sangka." - Reuters

Thursday, June 25, 2009

Edisi Bagan Lalang

Hai korang... hihi aku acah aje.. mana ade aku malas.. haishhhh aku rajin sebenarnye.. sebab apa aku rajin apdet??? lalala

Sebab aku ade gambar baru nak jaja kat sini tau..hihi ske ske.. meh layan gambo aje yer :p









terbaik daripada http://charmsixecho.wordpress.com/

Wednesday, June 24, 2009

No idea


Gambar hiasan :P

Hai suma.. aku sangat bizi ok minggu nie.. aku rasa macam tak tau nak apdet apa.. no stori loh :p napa eh?? aku dah jadi macam malas cket... nak berblogging.. nampak gaya aku macam kene rehatkan diri dulu laa.. tak pela aku jadi pembaca tegar blog korang eh.. bagi aku rehat.. hihi

Minggu depan aku nak balik kg seminggu.. nak rehatkan diri.. nak jalan-jalan.. ziarah kawan2 saudara -mara.. so semangat balik kg tu dah mula merasuk dalam badan aku nie.. sebab tula malas menjadi2..

K la uols itu saja kot.. aku pon tak da idea apa nak ucap apa lagi..hihi

jommmm tidoooooo :)

Tuesday, June 23, 2009

Ketagih teman siber

Sumber: Mymetro on9



SHAH ALAM: Dia tidak pernah meninggalkan solat selain pandai mengaji al-Quran, namun memiliki perangai pelik iaitu gemar berbual lucah dan menggoda teman siber di laman sembang.

Apabila ditegur supaya menghentikan perbuatan itu, lelaki terbabit naik angin lalu membelasah isterinya hingga cedera sebelum melakukan seks ganas terhadapnya.

Kepala wanita itu turut dihantuk ke dinding, ditumbuk dan dipijak dalam bilik air menyebabkan mangsa tinggal nyawa-nyawa ikan.

Dia hanya menghentikan tindakan gila dan kejam itu selepas melihat darah mengalir di tubuh isterinya.

Kehidupan penuh penderitaan itu didedahkan mangsa yang juga seorang pegawai kanan kerajaan kepada Harian Metro, baru-baru ini.

Dia yang mahu dikenali sebagai Julia, 30-an, turut menunjukkan lebih 10 laporan polis berkaitan tindakan ganas suaminya.

Menurut Julia, dia tidak menyangka suaminya yang alim dan pandai mengaji al-Quran gemar melayari laman sembang untuk menggoda dan berbual lucah dengan gadis sunti dan pelajar perempuan.

“Suami saya yang berusia 40-an mula menggatal ketika menjalinkan hubungan intim dengan teman siber yang kebanyakan gadis muda.

“Bukan itu saja, dia sering berbual melalui video secara langsung dengan gadis yang menjadi teman sibernya sambil menggunakan perkataan lucah dan menggoda bagi merangsangkan diri dan gadis terbabit,” katanya.

Katanya, dia pernah terserempak pelbagai perkataan dan gambar lucah digunakan suami yang mungkin untuk menaikkan keghairahan gadis siber yang menjadi temannya.

“Apabila saya dapat menghidu perbuatan suami, bermula derita saya yang dijadikan tempat untuk dibelasah sehingga berdarah dan lebam di beberapa bahagian badan.

“Paling terbaru, apabila berlaku sedikit perselisihan sebelum saya dibelasah dan dicekik sebelum dicampakkan di atas katil.

“Suami turut menekan tangan saya dengan lutut dan menggigit dagu hingga berdarah selain beberapa kali meludah muka saya,” katanya yang mempunyai tiga anak berusia tiga dan tujuh tahun.

Julia juga mendakwa pernah diugut dibakar mukanya menggunakan pemetik api oleh lelaki terbabit.

Malah, muka wanita itu pernah cedera akibat disambar api yang diacukan.

Sambil menitiskan air mata, wanita itu menyatakan dia sudah mengambil beberapa langkah bagi mempertahankan diri termasuk membuat 10 laporan polis bagi mengelak daripada terus menjadi belasahan suami.

Dia pernah membawa polis ke rumah selepas dibelasah hingga cedera, tetapi sebaik polis pulang, suaminya terus membelasah diri tanpa mampu mempertahankan diri.

“Saya cuba mendapatkan perlindungan untuk tinggal berasingan melalui proses undang-undang, tapi tidak diendahkan suami yang terus menerus membelasah saya dengan mencekik dan mengugut mahu mencederakan muka saya,” katanya yang mengakui suami sudah dikenakan tindakan undang-undang apabila ingkar arahan berkenaan.

Katanya, dia sudah melakukan sebaik mungkin sebagai isteri bagi mempertahankan usia perkahwinan yang sudah menjangkau lebih 10 tahun.

Menurutnya, dia tidak mempunyai pilihan selain mengemukakan tuntutan fasakh di mahkamah syariah dan berharap permohonan itu dapat disegerakan.

“Sebagai wanita yang sudah diperlakukan sebagai binatang, saya sudah tidak ada perasaan lagi terhadap lelaki terbabit.

“Apa yang mahu saya lakukan sekarang adalah keluar daripada kehidupan seperti haiwan itu dan dapat membesarkan anak dengan penuh kasih sayang,” katanya yang masih trauma walaupun suaminya itu sudah tinggal berasingan sekarang.

Bagaimanapun, Julia masih bimbang tindakan tidak menentu suami apabila mengetahui tuntutan di mahkamah syariah sudah dilakukan.

Note: apa nk jadi dengan dunia sekarang yer? makin ramai yang berperangai seperti binatang..

Monday, June 22, 2009

aku suka

Sejak 2, 3 menjak nie aku suka sangat ngan benda-benda cam gini.. saja nak tayang kat sini.. kasi pengemar english style jeles sket.. :p

frame hege rm 15.00

dan jugak lilin wangi


aku try pasang dalam bilik.. tapi kureng wangi laa..hukhuk

aku rasa sebab minyak wangi tu yang tak wangi.. maka jadinya tak wangi la bilik aku tu.. (salahkan minyak wangi :p)

hegenya cuma... rm

sebab tula murah tak wangi..uhukhuk

Sunday, June 21, 2009

Piknik di Bagan Lalang, Sepang

Seperti yang aku janjikan dalam n3 lepaih .. nak apdet kisah kat bagan lalang hari ahad tu kan.. ok nie adala serba sedikit gambar yang sempat aku snap.. sebab apa aku rasa malas nak amek gambar banyak2.. sebabbb budak opis aku bawak kamera mahal tula.. so aku amek kesempatan jadik model kamera dorang.. hihi nanti kalo aku dapat gambar2 tu daripada dorang aku tempek kat cni eh :p


Ok sambung stori balik.. pagi ahad tu kitorg berkumpul kat opis seawal jam 9 pagi.. aku kene bangun awal sket dpd biasa.. selalu kalo ari sabtu jangan arap la aku nak bangun awal2.. mesti tido balik pas subuh.. nikmatnyaa :p


Elok je sampai kat opis ujan turun rintik2... dah lama tak hujan waktu pagi... nampaknya petanda baik nie hujan rahmat.. dalam pada tu risau jugak la takut sampai bagan lalang karang hujan masih tak berenti pulak..


Namun begitu kami tetap teruskan perjalanan.. melalui jalan dalam terus ke sepang.. balik tu naik highway ok.. tapi jauh yg amat.. baik guna jalan dalam (save duit tol!) :p

antara yg berkumpul kat opis pagi tu

sepanjang perjalanan hujan turun dengan lebatnya.. kejap rintik-rintik.. kami suma dah mmg risau la kan.. tak pasal2 kena piknik kat kedai makan cik yam plak.. maklum la ayam bbq yg dah diperap tu nak bakar camno kalo ujan? hihi

Perjalanan daripada shah alam ke bagan lalang mengambil masa sejam setengah jugak la.. uii jauh jugak yer.. mungkin disebabkan hujan kot..

kitorg sampai sana lebih kurang jam 11 camtu la.. waktu tu tinggal gerimis jela.. tapi still risau jugak la kan takut piknik kami tak menjadi..

alhamdulillah kami dapat tempat yang seswaiii!! ada bumbung lagik tapi bukan yg berhadapan dengan pantai laa..

waktu nie masing2 dah bahagi tugas nak wat ape.. haha aku tolong2 apa yang patut jer.. :P

semestinya keja orang lelaki untuk masak ayam bbq tu kan.. kami yang pomps nie mmg keje nak makan aje :P opsss lupa nak bagitau tau resepi ayam bbq nie memang menjadik laa.. yang aku dapat dari satu website nie.. nurul yang wat tau! kami makan sajork..hihi

orang laki yg dok sebok2 hidupkan api sume.. nasib baik arang yang kami beli tu cukup.. maklum la beli sekotak aje.. oh lupa nak cakap terima kasih kat rakan blogger yg ingatkan aku bawak tempurung kelapa ngn tayar moto untuk hidupkan api.. hihi kitorang pakai firestater untuk idupkan api tau! sebab aku tak tau mana nak carik menda tu sume kat cni... kat kg senang la kan :d

ini plak antara makanan yang dibawa oleh kami..

macam-macam ada ok :p

paling best semestinya AYAM BBQ nie! i likeee

sebelum terlupa.. nie ada cket gambar pemandangan kat pantai bagan lalang tu..

kami sume tak mandi pong.. makan2 aje kat ctu..

ok itu sajala gambar yang sempat aku snap.. nak banyak lagi nanti aku cilok kat en cham yer..hihi

Pepon terima kasih kepada suma kawan2 yg menjayakan piknik kite nie yer.. dan tengkiew kepada boss yg sudi mengsupport makan minum kitorg eh :p

murah rezeki..hihi

Saturday, June 20, 2009

Penatnyaaaa

Terasa letih + penat sangat.. nak apdet n3 hari nie pun tak berdaya.. esok esok la aku cite kisah g piknik siang tadi yer..

nak tido la.. ngantukkkk

gudnite sume

:d

Friday, June 19, 2009

Selamat hari ayah

Aku blog walking tadi.. sana sini orang buat n3 sempena hari ayah.. aku pun nk buat jugak la.. belum terlewat lagi kan..

tapi aku dah tak da ayah laa.. ayah aku dah kembali ke rahmatullah pada sekitar tahun 2004 yang lalu.. pemergian ayah yang tanpa disangka.. amat mengejutkan kami semua.. dah sampai ajalnya.. arwah kembali dalam keadaan yang sangat tenang... waktu tu aku masih bergelar pelajar..

Namun aku masih merasa terkilan sebab aku rasa belum puas kasih sayang ayah terhadap kami.. belum sempat ayah melihat anak-anaknya ini berjaya.. tapi janji Allah tetap pasti!! kami relakan pemergian ayah..

Dikesempatan ini, aku sentiasa mendoakan kesejahteraan ayah disana.. mudah-mudahan roh ayahku ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.. mudah-mudahan kita sekeluarga akan berjumpa di akhirat sana..

Semoga roh ayah tenang disana...

amin



aku teramat merinduimu ayah...

Soping di tesco dan giant

N3 di bawah aku cakap nak pegi piknik kan ngan member opis sok nie.. so kami yang pomps nie kena beli belah barang sume.. orang laki nanti tolong masak ayam bbq pon ok la kan.. :p

Banyak barang yang perlu kami beli.. lepas wat check list sume.. tepat jam 12.30 tengah hari kami pon gerak ke tesso..

kitorg berempat aje yg pegi


beli apa yang patut saja.. first time aku g piknik ngan dak opis aku nie.. so excited nak membeli :p



teruja aku nengok bawang beso nie.. mak aihhh besonye :p tak abes masak nie


korang layan gambar jela eh










nie plak kat giant.. sebab apa pegi giant? nak carik benda alah untuk bakar ayam tula.. seb baik jumpa..

model pembakar ayam bbq..hihi



lepas settle beli sume kami singgah makan mc d dulu.. lapar nye pasal beb



itu saje.. esok aku cite g eh.. cemana rupa bagan lalang tu pun aku tak dapat nak imagine..

ok sume selamat bercuti di hujung minggu yer :)
Photobucket
© Design by | Nurulchumel Lovely Site