Wednesday, February 5, 2014

Ostematrik bagus untuk gigi dan tulang yang sihat

Sepanjang saya berbisnes dalam shaklee ostematrik adalah vitamin yang paling hot sekali! Yer percayalah... kebanyakkan membeli ostematrik untuk ibu bapa masing-masing tak kurang juga yang mengalami masalah gigi goyang dan juga sakit sendi.

Alhamdulillah selepas saya perkenalkan mereka dengan ostematrik kesihatan mereka bertambah baik. Ada seorang custemer saya tu belikan untuk mak dia. Mak dia ada masalah sendi tak boleh jalan dan solat berdiri. Selepas mengambil ostematrik alhamdulillah bertambah baik dah boleh solat berdiri. Kan seronok dapat bantu ramai orang yang bermasalah cam gini.

Nak tahu antara kelebihan Ostematrik jika diamalkan secara konsisten:-

- Tekanan darah berada di tahap normal
- Boleh melancarkan saraf
- Memberikan mood yang baik
- Menjadikan gigi dan tulang semakin kuat

Kesan kekurangan kalsium:-

- Kaki dan tangan selalu rasa kebas-kebas
- Sering  sakit pinggang
- Selalu murung
- Selalu rasa nak marah
- Rasa Kejang / simpul biawak
 


Sekiranya anda mempunyai simpton diatas haa harus cuba ostematrik dengan segera. Ayuh jangan biarkan diri anda kekurangan kalsium!! hehe

Pm/wasap 012-5417451

Tuesday, February 4, 2014

Saya suka vita lea


Yeayyyyy bulan nie promosi vita lea. Beli 6 percuma 1. Harga kebabom meletop lah kan. Jimat wang anda. Apa yang saya suka sangat pasal vita lea yelah....

  • Penambahan tenaga segera - Pemberi tenaga, kecergasan tubuh, kekuatan mental dan membantu sistem memori (sesuai untuk pelajar,pekerja,ibu mengandung dan ibu menyusu)
  • Pelengkap Nutrisi - Kekurangan pelbagai vitamin dan mineral akibat amalan diet yang tidak seimbang.
  • Keupayaan sistem produktif - penting kpd kanan-kanak dan remaja yang sedang membesar.
  • Metabolisma - Melambatkan proses penuaan.
  • Elemen penting pada sel tubuh - Menyediakan asas nutrisi, memastikan sel hidup, pertumbuhan sel baru, membantu proses pembesaran, pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku dan hormon serta menjaga kesihatan tirod.
  • Melindungi organ - melindungi fungsi buah pinggang, jantung dan hati.
Sesuai untuk orang yang tak suka nak telan pil manyak2... telan 2 biji dah cukup untuk memberi kecergasan kepada anda diluar sana.. Jom dapatkannya sekarang!

 

Monday, January 20, 2014

Kuih donut kesukaan Esya

 Amboi tajuk dia kemain lagi kan... macam la sedap sangat donut tu kan... hari sabtu cuba-cuba buat donut resepi kakak saya. Dah lama sebenarnya nak buat tapi asyikla tertangguh. Hari tu nekad nak buat. Nah hasilnya...........

Kuih donut jivebumz gebus-gebus tau!
 

 Selepas digoreng... tarraaaaaaa hangit ko hikhik


Tapi Esya suka jer.. tak habes2 cakap... sedap mama...sedap.. bangga mama ko nak 
 

Tak percaya sedap? haaa tengok la dia punya renyeh tu hehehe
Nak resepi? senang je uols...

1. Marjerin/planta 4 sudu makan penuh
2. Gula halus 1 sudu
3. Pukul kembang masukkan 2 sudu susu pekat
4. Masukkan sebiji telur kacau
5. Masukkan 4 cawan tepung gandum
6. Bancuh sepeket mauripan/yis dalam separuh cawan air.
7. Kacau dan uli jadikan doh
8. Bentukkan menjadi donut dan gorengkan.
9. Siap!!

Selamat mencuba :)

Kalau menjadi tag lah saya k

Saturday, January 18, 2014

Kenapa kita perlukan zink?

Assalammulaikum semua....

Selamat berhari minggu... tak keluar berjalan kah arinie? ahaa saya nak keluar jugak tapi tak tau nak pi mana.. tengok lah petang2 skit. Keluar awal2 panas biar redup sikit baru seronok berjalan bawak budak kecik..

Ok semua since saya dah terlibat secara langsung dengan SHAKLEE nie haruslah setiap entry saya berkisar pada produk shaklee kan. Bukan apa uols... saya nak sangat share produk yang bagus nie dengan uols... idokla saya sorang je yang tau kebaikannya gitu..

Zink sesuai untuk lelaki dan wanita
Saya mengenali "ZINK" semenjak bersalinkan Sara. Sebab kata orang nak cepat sembuhkan luka. Alhamdulillah saya dapat merasai bersalin normal ketika itu maka dapatlah saya berpantang seperti orang normal yang lain. Set pilihan saya pada waktu itu ialah Shaklee. Dulu masa Esya saya pakai nona roguy tapi time tu ceaser plak maka terpaksa lewatkan skit untuk memakainya sebab takut luka tang jahit tu belum sembuh. Itu pantang style ceazer. Ok bukan nak cerita pasal pantang ya hehe.

Disini ada beberapa kebaikan zink yang sangat bermanfaat untuk kita semua.

1. Mengaktifkan 200 jenis enzim - untuk memelihara metabolisma gigi dan pertumbuhan para remaja....

2. Membentuk Kolagen - Membantu pembentukkan protin dan kolagen untuk pertumbuhan dan perkembangan kulit, kuku dan organ.

3. Memperbaiki Diabetes - Membantu pengeluaran insulin, mengekalkan fungsi insulin seterusnya memperbaiki diabetis.

4. Bintik putih dikuku - Bintik putih kuku adalah tanda defisiensi zinc, yang boleh menyebabkan depresi, lemah daya ingatan, mudah sakit, pemulihan luka yang lambat, pembengkakan prostat, anemia, lemah penglihatan atau hilang daya penglihatan.

5. Mempertingkatkan sistem imun - membantu pengeluaran kelenjar thymus, kelenjar thymus mempertingkatkan sistem imun dengan pengeluaran T-cells untuk menentang kanser dan menghalang infeksi penyakit.

6. Mempercepatkan pemulihan luka - Luka dalaman dan luaran, pemulihan selepas pembedahan, memperbaiki alergi dan bintik dikulit. Hancurkan zinc dan tabur diluka untuk mempercepatkan pemulihan kulit.

7. Memperbaiki masalah prostat - Melindungi kesihatan prostat, memperbaiki dan menyembuh benign prostatomegaly dan keadaan kerap kencing.

8. Kemampuan seks lelaki - Pengambilan zinc untuk jangka masa yang panjang mampu memperbaiki kemampuan seks lelaki, impoten, meninggikan kitaran sperma.

9. Ovulasi wanita - Wanita memerlukan zinc untuk ovulasi. Zinc membantu pengucupan uterus mengembalikan daya ketahanannya.

10. Memperbaiki radang kulit - Kajian menunjukkan pengambilan zinc sebanyak 4-8 tablet akan memperbaiki radang kulit seperti akne dan jerawat.

11. Mengekalkan deria bau - untuk mengekalkan deria bau yang sihat dan sensetif seperti rasa dan bau.

Ok sudah tahu kebaikkan zink moh kita cuba untuk diri dan juga suami :)

Friday, January 17, 2014

Kenapa saya pilih SHAKLEE?

 Assalammualaikum wbt...

Selamat Hari Jumaat semua. Selesai solat dhuha pagi nie saya terpanggil untuk membuat entry nie. Sebelum nie macam2 dalam kepala dok rancang. Antaranya entry2 produk lah kan...hehehe

Baiklah mari kita bercerita sementara anak2 dan suami sedang lena diulit intan. Kalu depa mangkit satg habis laa tak dapat mama nak pegang lappy lagi :(

Begini ceritanya... saya berkenalan dengan produk shaklee ketika saya menyusukan Esya lagi. Time tu saya beli online dengan seorang akak nie daripada Miri. Saya kenal dia melalui kawan sepejabat. Selalu tengok dia memang rajin order ngan akak tu. Paling best order hari nie esok dah sampai atas meja sekali dengan free gift plak tu. Oh my... baiknya akak tu... masa tu saya tak tau apa-apa pun berkenaan shaklee. Paling sadis saya tak tahu pun yang shaklee nie MLM bisnes hahaha. Kesian.

Bermula Mac 2013 saya ada kursus di PJ. Ada kawan pejabat ajak temankan dia. Saya pun ikutlah dia ke HQ Shaklee di Empire Subang. Dan disitulah bermula cinta pertama saya terhadap Shaklee. Sebelum tu makan aje tak cinta lagi baru sayang hehe. Bulan depannya saya decide nak jadi ahli dan saya menjadi ahli dibawah kawan sepejabat saya itu. Gembira lah dia dapat sorang anak baru yang memang guna produk shaklee nie iaitu saya.

 Walau bagaimanapun saya akak terlewat start enjin. Saya ingat nak jadi ahli beli untuk diri sendiri aje tak pernah terdetik nak meniaga langsung sebab pk tak reti nak niaga pffftttttttttttttttt

Tolonglah uols jangan PK macam saya PK tu ok!! not good!!!

Bermula Julai saya pun start enjin.... enjin motor je uols idokle panas sangat. Saya mula mempromote di pejabat dan juga di fesbuk. Masa tu agak malu juga nak mulakan. Maklumlah nak suruh orang beli bukannya senang. Tapi saya masih ingat kata2 upline saya. Bukan suruh jual tapi suruh share kebaikkan produk. Bila kita share secara tak langsung orang berminat nak cuba. Ok saya teruskan sharing di fesbuk dengan gembiranya.

Dan mulai bulan julai saya sudah merasa bonus. Bonus yang buat saya tambah semangat nak share produk. Alhamdulillah walau tak banyak mana tapi saya gembira dengan hasil titik peluh di mana suami turut sama membantu mencari order dikalangan rakan pejabatnya. Seronok kot tetiba macam ramai ja nak beli dengan saya. Rezeki alhamdulillah.

Dan saya mula mendapat anak dibawah saya seorang demi seorang. Semuanya bukan saya yang ajak tetapi mereka yang NAK. Alhamdulillah Allah permudahkan segala urusan saya. Dipendekkan cerita, tanggal Oktober 2013 saya berjaya naik RANK yang pertama iaitu Supervisor dan dalam masa yang sama upline saya dapat naik rank Senior Supervisor. Hebatnya dia terus lompat rank. Sebab itu saya selalu jadikan dia idola untuk terus mara ke hadapan hehehe. Dia tak tau nih!

Apa yang menarik tentang bisnes shaklee yang boleh saya sharekan disini ialah....

1. Tak perlu beratur panjang semata-mata nak beli stok. Bermula Oktober 2013 tak silap saya dah boleh buat pembelian secara online di website shaklee. Penghantaran kurang daripada seminggu. So kena sabar sikit la tunggu barang sampai janji kita tak keluar tenaga drive pi beli barang.




2. Boleh bersama dengan anak-anak. Contohya nak ke pejabat pos, cod barang, pegi kelas (jarang ada kelas bergantung kepada permintaan ahli group) boleh angkut anak sekali. Suami pon boleh join tak da masalah. Anak berlari2 semasa ibunya belajar itu perkara biasa. Tu yang membuatkan saya sangat suka bisnes ini.


Esya ikut mama ke kelas leader 

3. Ada MASTER yang guide kita. Sekiranya kita tak reti tak paham apa2 yang berkaitan boleh refer dengan master tak pun kita gugel cari sendiri. Senang bukan semuanya dihujung jari. Henpon canggih2 semuanya pon hehehe. Paling best ada group FB bersama geng shaklee. Banyak ilmu boleh korek kat sana.


4. Dapat bonus dalam bentuk $$$ setiap bulan. Bergantung kepada usaha kita kalau banyak usaha maka banyaklah ganjarannya. Selain itu ada car bonus dan juga insentif yang lain seperti pergi melancong, umrah haa best kan. Kalaulah aku dapat...........haa mula simpan angan2 daripada sekarang.

 
Sesi menuntut ilmu


Gembira bersama mama di dalam kelas tapi puting still tak lupa adoiii


5. Dapat ramaaaai kawan yang positif dan bersemangat untuk cari duit lebih dan ramai antaranya bercita-cita nak jadi WAHM iaitu women at home moms. Aku? Tunggu betul2 berjaya mau jugak jadi gitu. Jaga anak sendiri hantar ke sekolah.. Ok ada masa lagi 4 tahun daripada sekarang. Insyaallah sebelum Esya darjah satu. Amin.

6. Tiada had masa. Suka hati saya boleh buat bila2 masa dan dimana-mana sahaja tak da sapa nak marah.

Bersama kak Zaliza yang sangat bersemangat waja


Bersama MASTER COORDINATOR saya iaitu Pn Wan Fatihanum

Bersama sebahagian daripada group leader Lady Comel in Biz saya

Itu saja yang dapat saya sharekan yang saya ingat kalau ada lagi nanti saya update kendian. Seronok rupanya bisnes shaklee nie disamping tambah pendapatan dapat juga saya tambah ilmu berkenaan produk dan dapat berkenalan dengan rakan2 lain dari seluruh malaysia melalui group facebook. Diorang semua pastinya mempunyai impian yang sama seperti saya nak cari duit lebih nak bayar hutang nak sara keluarga. Yer walau pun kita sudah bekerjaya tetap tapi tak salah kalau kita nak membuat side income. Tepuk dada tanyalah selera, kalau selera anda besar gaji tak cukup untuk sara keluarga meh join shaklee insyaallah anda tak  kan menyesal dengan rm75 yang anda laburkan untuk menjadi ahli itu. Pastinya berganda dan berbaloi hanya untuk orang2 yang NAK sahaja!!!

Dimana ada KEMAHUAN disitu ada JALAN. 

Sila pilih nak jalan lama atau highway??? hehehe

itu sahaja bebelan untuk pagi nie nak buat kerja rumah...nak buat kerja rumah...nak buat kerja rumah.....
Photobucket
© Design by | Nurulchumel Lovely Site