Thursday, June 30, 2011

Good try Esya!

Salam khamis semua...

Semalam adalah sesi percubaan Esya minum susu badan menggunakan botol jenama Avent yang baru aku beli kat kampung baru2 nie.. sebelum nie aku dah kabo kat korang kan yang Esya dah tak nak minum susu pakai botol kan? risaunya aku kalo dia masih berterusan macam tu...

So aku pon tanyalah kawan2 sana sini.. ada yang bagitau macam tulah macam nilah.. thanxs korang bagi info yang sangat berguna untuk aku yang baru sangat menjadi mama nie! balik kampung aritu aku singgah la dekat kedai manjaku.. kedai barangan baby tu.. kebetulan ada sale 20% so dapatlah aku beli botol susu ngan puting baru untuk Esya.. Botol jenama Avent tu kan mahal.. daripada harga RM43 dapat la RM34 ok la kan.. kalo Esya boleh terima botol tu baru nak beli lagi satu.. nie kira testing la yer..

Bangun jer tido tengah hari semalam aku terus bagi Esya botol tu... mulanya dia macam tolak2 sket.. aku pujuk2 dia suap pelan2... alhamdulillah nak pulak dia nyotnyot puting botol tu! Ya Allah terkejutnya aku tak sangka dia nak... aku hepi sangat! gembira tak terkata.. aku masukkan 2 oz susu dia minum 1 oz.. ok la kan? dan dan tugak ju terus kol en bob.. pastu kol mak aku kat kampung bagitau esya dah nak minum susu dalam botol.. eksaited ko!

Harap2 Esya boleh terimalah botol tu seadanya yer sayang... senang hati mama bila dah masuk kerja nanti..hurmm jap lagi esya bangun tido aku nak suap dia dengan botol tu lagi harap2 kali ini dia minum sampai abes 2 oz yang aku perah tu..

nak amek gambo tengah susukan esya pakai botol tak sempat lak so gambar esya disamping botol avent tu pon aci la yer hihi

usaha tangga kejayaan! go go mama!!

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Wednesday, June 29, 2011

Budak botak itu Esya!

Assalammualaikum wbt sume..

Alhamdulillah kami 3 beranak dah selamat pulang ke kg dan selamat sampai ke rumah.. Berada di kampung selama 4 hari 3 malam tak puas rasanya.. Tapi apakan daya en bob kena kerja coz amek cuti 2 hari saja.. Tak per lah nanti raya nak balik lagi..

Sempena anniversary kami yang pertama kepala Esya dicukur.. Kitorang tak da buat kenduri cukur jambul pun sebab ingat nak buat kenduri akikah jer nanti.. Insyaallah ada rezeki nanti kitorang akan buat.

Sekejap jer nak dogolkan kepala Esya nie walaupun rambutnya lebat.. Tapi mengelupur jugak la si esya nie.. Yelah dogolkan kepala time dia sedar memang la susah sket.. Jap gerak sana gerak sini.. So mama dia terpaksa umpan dengan nenen baru lah duduk diam sket hihi

Sekarang kepala Esya dah botak rambut dah tak de baru senang sket nak mandikan dia.. Jap jer lap2 dah kering hihi sian esya pale botak yer.. Tak pe nanti tumbuh rambut baru yer sayang!

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tuesday, June 28, 2011

Balik sudah

Kami 3 beranak sedang dalam perjalanan pulang ke shah alam.. Baby esya sedang tido dengan nyenyaknya dipangkuan mamanye nie..

Cian tok esya tadi sedih nak lepaskan esya pulang.. Apa nak buat bertemu dan berpisah adat dalam kehidupan huhu

Doakan kami selamat sampai yer..

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Sunday, June 26, 2011

IlaiZat 1'st Anniversary

Syukur alhamdulillah hari ini merupakan hari ulangtahun perkahwinan kami.. Setahun sudah.. Kejap jer rasanya sudah dikurniakan seorang puteri.. Syukur padamu Ya Allah kerana memberi nikmat ini kepada hambamu..

Mudah-mudahan ikatan perkahwinan ini akan berkekalan hingga hujung nyawa.. Dan kami berdua dapat mendidik Qalesya Irdina dengan sebaiknya..

Amin

Mama luv babah luv esya! Muaaahhh

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Saturday, June 25, 2011

Qalesya balik kampung

Assalammualaikum wbt..

Hai sume.. Selamat hari minggu! Weols sekeluarga dalam kereta nie ontheway nak balik perak. 1'st time esya nak balik kampung tok dia.. Nak jumpa family ngan sedara mara kat kampung yeahhh

Doakan perjalanan kami selamat pergi dan selamat kembali yer..

Wah mama esya lagi exsaited ok!

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Photobucket
© Design by | Nurulchumel Lovely Site