Monday, November 3, 2014

Omega Guard Shaklee : Bantu kanak-kanak Asthma


Assalammualaikum wbt!

Hai semuaaaa... eksaited tau nak cerita pasa OMEGA GUARD SHAKLEE nie maklumlah kan tengah promo gile-gile sekarang nie. Jadi menjadi kewajipan saya untuk share dengan uols semua. Eiii rugi tau kalau kita tau kebaikan tapi simpan sorang2 dalam hati.. haa tak mau gitu mai kita cerita kasi clear!

Beli 6 dapat 7!
Beli 2 dapat 5% diskaun!!!
Wow

Apakah itu penyakit Asthma?


Menurut satu blog kesihatan yang sempat saya google nie, penyakit asthma adalah sejenis serangan yang pantas menyebabkan sesak nafas, batuk, nafas berbunyi , dada merasa ketat atau gabungan semua gejala diatas. Gejala masalah sesak nafas menjadi bertambah teruk semasa serangan asthma.

Apakah tanda dan gejala penyakit asthma?

  • Batuk dengan atau tanpa selsema
  • Berkahak
  • Bernafas dengan cepat
  • Rasa ketat di dada
  • Nafas berbunyi



baik untuk anak asthma

Jika ianya berlaku pada anak-anak anda pastinya anda adalah orang yang terpaling risau kan? apa kata anda cuba beri Omega Guard. Antara minyak ikan terpaling tulen yang telah saya ceritakan semalam.  Sekurang-kurangnya dapat membantu anak anda daripada menderita sakit atshma. Seeloknya diberi seawal usia setahun. Selain dapat perkembangan IQ yang pesat. Ia juga mampu mereka mengatasi atshma yang kian lama kian teruk. Mencegah lebih baik daripada mengubati ye dak? Anak bijak dan sihat tak nak ker?

Kini ibu bapa tak perlu rasa risau lagi.. Inshaa Allah dengan pengambilan Omega yang konsisten dapat membantu anak anda yang mengalami masalah ini.

 
Hubungi saya untuk konsultasi percuma,
Ila Kamilah
Shaklee ID : 951481
Call/Msg/WhatsApp/Telegram : 012-5417451
Facebook Page : Jivebumz Vita shop


Sunday, November 2, 2014

Melayan anak demam

Assalamualaikum semua!
Bersiaran langsung dari kedai makan apa nama entah macam xde signboard je.. pelik..  Sambil suap anak sambil taip entry ko mampu? hahaha
Dua hari kakak esya tak makan so nie baru nak makan. Pegi bawak dia ke klinik nie ha.. balik klinik dia request nak makan nasik goreng dekat kedai. Kedai biasa yang kitorang pegi tu katup pulak. Ok abaikan pasal kedai tuh.
Panas betul badan kakak esya siang tadi ngeri ahkak. Suhu badan hampir cecah 40 darjah celsius. Nak lap ngan tuala basah dia menangis.  Mandi pon nangis hai sabo jelah melayan anak yang tak sihat nie. Ubat pon dia tak nak puas pujuk. Nasib dia mau. Kalau tak, tak taulah camna nak buat dengan asben pulak keja siang tadi. Sara plak bosan tak da kawan dok ngaco mama jelah hehe.
Harapnya esok demam dah sembuh. Mama bukan apa risau jugak nak anto ke pengasuh nih kang menyusahkan pengasuh pulak. Seronoknya kalau jadi wahm kan? tak yah pk pasal pengasuh pasal cuti semua nih...ermmmm
Oklah itu dulu sekadar luahan perasaan. Nak bagi anak mealshakes jap nak tambah antibodi dorang nie kasi mantopp sket hehe.
Gudnite all...


Omega Guard Shaklee Minyak Ikan Tulen

Assalammualaikum wbt dan selamat hari minggu semua!

Apakah Omega Guard nie?


Omega Guard adalah minyak ikan. Minyak yang dihasilkan daripada ikan yer bukan dari benda lain.  Omega Guard tergolong dalam golongan Omega 3. Omega 3 adalah asid lemak penting yang mengandungi EPA dan DHA yang sangat penting untuk perkembangan memori dan menajamkan minda. Namun begitu, tubuh kita tidak dapat menghasilkan EPA dan DHA. Jadikita perlu mendapatkan sumber EPAdan DHA dari sumber makanan dan juga suppliment.

Beza Omega Guard Shaklee dengan minyak ikan lain?


1. Omega Guard Shaklee adalah minyak ikan yang ultra tulen. Memang betul2 minyak ikan. Ada sesetengah minyak ikan dipasaran bukan dari minyak ikan tetapi dari hati ikan. Jadi kena pandai pilih jangan sebab nak murah main bedal aje asal orang kata minyak ikan kita nak beli, mesti check kandungan terlebih dahulu. 

2. Omega Guard Shaklee disuling hingga 3 peringkat sehingga mendapat minyak ikan yang tulen. Yang tulen yer bukan yang bercampur dengan bahan lain. Ketulenan dijamin oleh gred farmasi. Ia menapis logam berat dan pencemaran lain. Mencegah oksidasi dan trans-lemak serta bau dan rasa ikan yang minima. Jadi jangan risau toksik semua memang tak ada.


Siapa sesuai ambil Omega Guard?


1. Anak yang berumur setahun ke atas sudah boleh mengambil Omega Guard. 

Apa faedah kanak-kanak seawal usia itu mengambil Omega? Off kos lah sebab ada DHA untuk otak bijak. Omega nie kan makanan otak jadi ibarat item wajiblah untuk kanak-kanak. Sesuai juga untuk anak-anak Hyperactive boleh bagi Omega ini untuk mengawal Hyperactive. Manakala kanak-kanak yang kurang DHA boleh menjadi seorang yang muram atau stress. Lepas nie jangan lupa beri Omega dekat anak-anak yer bagi otak cerdas. Kalau ikutkan nak bagi makan ikan kadang-kadang tak makan, pastu pulak tak boleh nak confirm ikan tu segar atau tidak. Jadi antara penyelesaiannya adalah beri Omega Guard nih.
 

2. Omega Guard untuk diet.

Sesiapa nak diet dicadangkan mengambil Omega sebabnya nanti akan bagi rasa tak lapar. Omega meninggikan hormon Leptin. Bila Leptin tinggi tiada keinginan nak makan menjadi kurang. Perut rasa penuh sentiasa. Mungkin anda akan berasa dahaga jadi sila minum air banyak-banyak kalau rasa lapar jangan pi makan pulak. Omega juga mampu membakar lemak dan mampu mengawal kolestrol. Ia juga boleh tingkatkan kolestrol baik dalam badan. Kolestrol baik bagus untuk jantung kita. 


3. Ibu hamil sangat digalakkan mengambil Omega mulai trimester pertama lagi. 

Sebab di trimester pertama ini perkembangan otak bayi paling pesat. Kecuali jika ibu pernah mengalami masalah tumpah darah bila kandungan mencecah usia 7 bulan boleh kurangkan dos sebanyak sebiji sehari.

Omega Guard berfungsi mencairkan darah jika ibu tersebut memang bermasalah dengan kandungan boleh kurangkan dos atau stop dulu sementara menunggu nasihat doktor. Ada sesetengah orang cakap lagi 2 minggu nak bersalin kena stop ambil Omega? Jawapannya tidak melainkan ibu tersebut hendak bersalin operate atau dia ada sejarah tumpah darah. Jika ada masalah gitu mintak elakkan pengambilan masa saat akhir mengandung.

4. Omega Guard untuk pesakit darah tinggi.
 
Darah tinggi ada kaitan dengan kolestrol jugak. Apabila kolestrol sumbat salur darah, itu menyebabkan darah tinggi. Jika kolestrol itu dinyah maka turunlah darah tinggi itu. Oleh itu orang yang mengalami darah tinggi wajib amek omega yer.

Sekadar itu dahulu perkongsian saya..jom belikan omega untuk diri sendiri, suami, mak ayah, mertua hadiahkan kepada yang tersayang.


 
Hubungi saya untuk konsultasi percuma,
Ila Kamilah
Shaklee ID : 951481
Call/Msg/WhatsApp/Telegram : 012-5417451
Facebook Page : Jivebumz Vita shop

Saturday, November 1, 2014

Jamu Ratu Malaya

 Assalammualaikum wbt semua!

Tengah stand by nak tengok bola ker? haa meh baca blog kita dulu meh..hehe. Malam nie anak-anak tido awal so boleh upload gambar dengan gembiranya tiada sapa nak kaco yahuuuu!

Ok semalam kan dekat opis saya ada buat program pasal kecantikan dan make up serta tips pemakaian tudung. Anjuran Puspanita. So depa jemputlah Pengasas Sendayu Tinggi nie iaitu Puan Rozita Ibrahim. Dulu Sendayu Tinggi sekarang dah tukar nama kepada Jamu Ratu Malaya. Kira first time laa jabatan saya jemput beliau datang buat ceramah dekat opis. Saya dapat laa dengar separuh sebab separuh lagi saya balik rumah lunch dengan mak. Ewah mentang2 mak ada dekat rumah wajiblah bermanja-manjaan lebih sikit ken.



bersama pn rozita ibrahim
 Saya dan Puan Rozita Ibrahim. Lawa sangat orangnya... memang betul2 menjaga kecantikan dan kesihatan diri... walau usia dah menjangkau 50 an kalau tak salah saya. Dulu2 rajin baca kisah dia dekat majalah. Seorang usahawan yang sangat berjaya di Malaysia dan semangat beliau patut kita contohi.

Saya sempat tengok beliau make up dan pakaikan tudung aje. Selebihnya berkenaan ceramah atau tips kecantikan saya tak sempat. Ada sorang daripada kawan saya yang volunteer nak jadi model merasa la dia pakai make up jamu ratu malaya. Nak tengok meletopp ke idok?? haha haa kejap lagi gambar kat bawah yer...

Masa nie tengah promote produk.. banyak juga produk beliau... serius saya satu pon tatau sebab mata nie dok nampak Shaklee aje kan lalalala


Tarraaa.... kawan saya yang telah selesai di make over... amacam kak ton???? santek tak tak ton??? hahaha


Macam biasa saya tumpang la bergambar kejap kan... bukan senang nak jumpa benda gini.. agak jakun sedikit di situ... biasalah lepas ceramah ada jualan gudang dekat belakang nie.. harga separuh tuh ramai jugakyang beli set kurus.. set cantik dan segala set yang ada... Saya beli minyak angin je..boleh kurus katanya haha nak try jugak satu kan...

Saya terbayang kalau shaklee boleh buat ceramah camni sambil jual barang kan best.. mesti ramai yang serbu haha. Ok tak boleh yer shaklee eksklusif hehe


okla anak dah bangun laa... babai...


 
Hubungi saya untuk konsultasi percuma,
Ila Kamilah
Shaklee ID : 951481
Call/Msg/WhatsApp/Telegram : 012-5417451
Facebook Page : Jivebumz Vita shop

Ketahui 10 Sebab Kenapa Mealshakes patut diberi kepada anak anda

Assalammualaikum wbt semua dan selamat berhujung minggu!

Hai pagi nie saya nak share "sesuatu" yang perlu anda diluar sana tahu. Sebelum nie saya pun tak tahu tapi lepas kelas online dengan my neni daripada group WAHMilionnare baru-baru ini baru rasa macam... ahh ruginyaa kalau lah saya tahu lebih awal... haa gitu..

So saya tak mau korang pon nyesal macam saya jugak... jom ikuti kupasan menarik ini berkenaan Mealshakes.
  10 sebab mengapa si kecil perlukan mealshakes 

Kenapa nutrisi penting diawal usia kanak-kanak?

 
Seringkali kita terlupa bahawa si kecil sangat memerlukan nutrisi. Ini kerana semasa kecil lah perkembangan mereka terpalinggg pesat! Beberapa tahun pertama sangat penting bagi kita ibu bapa untuk mengambil tahu berkaitan pemakanan anak-anak. Mencegah lebih baik daripada mengubati. Semua orang tak nak anak-anak mereka sakit kan? maksud saya mudah jatuh sakit. Kalau boleh biarlah antibodinya kuat gitu. Zaman sekarang tak sama dengan zaman dahulu. Zaman dulu mungkin belum banyak pencemaran. Makanan juga masih banyak yang asli. Sekarang nie macam-macam ada terutamanya makanan segera. Makanan segera yang sangat tidak bagus untuk anak-anak kita.

Disebabkan ibu bapa yang sibuk bekerja, kalau boleh goreng nugget jer pagi-pagi. Peti ais penuh dengan makanan segera sebab nak cepat punya pasal kan. Hakikatnya makanan nie semua langsung tak bermanfaat untuk anak-anak. Betul tak kesakitan anak-anak adalah derita ibu bapa? Kalau anak sakit tak kan kita nak biarkan? paling kurang kena gilir-gilir amek cuti. Oleh itu lebih baik kita mencegah daripada mengubati.

Kebanyakkan anak-anak memang cerewet bab makan termasuklah anak-anak saya sendiri. Jaranglah anak yang nak makan sayur dan buah-buahan semua tu. Ada tu sikit jer rasa sayur terus letak tepi tak nak dah. Ada juga yang suka makan sayur tapi ibu bapa bz nak pegi kerja mana nak sempat goreng sayur kot. Jadi banyaklah keperluan anak-anak tak dipenuhi sebaiknya.

Untuk kanak-kanak Shaklee ada 3 rangkaian yang sangat diperlukan oleh mereka iaitu Mealshakes, Omega dan Lecithin. Tapi saya nak sentuh berkenaan Mealshakes dulu yer lagi dua tu Inshaa Allah dalam entry yang akan datang.

Sebenarnya supplement nie bukan untuk anak yang sakit. Anak yang sihat pun kita boleh berikan suppliment kerana ia bukan ubat. Berlainan dengan ubat, kalau anak sihat buat apa kita nak bagi ubat yer dak? Haa jom kita baca seterusnya....

10 sebab kenapa Mealshakes patut diberi kepada anak anda?


1. Karbohidrat - Glisemik Indaks Rendah untuk mengekal tenaga sepanjang hari.

Pertamanya jangan risau yer Mealshakes takkan menggemukkan kerana ia mengandungi karbohidrat kategori glisemik rendah. Apa yang glisemik rendah nie? Karbo bekalkan tenaga iaitu energy untuk kanak-kanak tak delah anak tu jadi lemah dan tak de semangat je sebab tak bertenaga. Jadi tenaga ini akan dilepaskan sedikit demi sedikit. Tak delah tenaga tu sekaligus dapat kang terlebih energy plak budak-budak melompat tak tentu hala hehehe.

Dari segi pesakit diabetes memang dorang kena amek karbo yang glisemik rendah. Kalau amek yang glisemik tinggi nie badan kita akan mudah jadi lemah dan mengantuk. Sila perhatikan jika kita makan nasik lemak adakah mengantuk atau rasa nak melompat? Mesti rasa nak tido jer kan. Sebab apa? Sebab amek makanan glisemik tinggi huhuhu. Jadi memang bestla Mealshakes nie sebab ia didatangkan sengan Glisemik Rendah. Sebab itu anak obes juga digalakkan mengambil Mealshakes.

2. Protien - Lengkap dengan 9 asid amino.

Mealshakes juga ada 9 asid amino yang lengkap. Kalau kurang asid amino boleh sebabkan keguguran rambut tau! Juga kalau kurang boleh sebabkan sel baru tidak terbentuk. Oleh itu asid amino sangat penting diambil untuk pastikan badan kita boleh produce. Asid amino hanya boleh didapati dari makanan sahaja. Semasa anak-anak masih kecil nie la perkembangan yang paling pesat,  jadi penting sangat tisu-tisu badan nak dibaik pulih untuk pertumbuhan dorang.

3. Antioxidants - Mengekalkan kesihatan kulit dan membaiki sel-sel badan.

Dalam Mealshakes juga ada antioksidan. Vitamin ACE nie adalah antioksidan. Buat apa antioksidan nie? Tujuan utamanya adalah untuk mengelakkan radikal bebas. Apakah pula radikal bebas? Radikal bebas boleh merosakkan kulit. Jadi selain sihat, kulit anak-anak juga kita nak cantik tak delah berparut ke sebab kulit sensitif  contoh kena gigit nyamuk dah lekat parut. Vitamin C juga boleh bagi perlindungan antibodi untuk kanak-kanak supaya tidak mudah dijankiti penyakit seperti demam dan selesema.

4. Dietary Fiber - Membantu penghadaman dan mengelakkan sembelit.

Jika ada dikalangan anda yang anak-anak mempunyai masalah sembelit dalam Mealshakes nie ada fiber yang boleh bantu anak lawas. Jadi tak delah nak sembelit pasni. Kalau amek mealshakes anak masih sembelit boleh tambah dos. Itu menunjukkan belum cukup fiber. Untuk 4 tahun ke atas dicadangkan mengambil minima 3 sudu besar sehari. Jika anak sembelit bagi 3 sudu besar nie. Manakala untuk anak 1-3 tahun ke atas boleh amik 1-2 sudu sehari mengikut keadaan anak. Ianya tiada masalah untuk anak-anak kerana cadangan ini oleh nutritionist Shaklee sendiri. Mealshakes juga boleh diperlbagaikan mengikut citarasa masing-masing sama ada ingin blend dan campurkan dengan minuman kegemaran anak-anak atau sebagainya.

5. Vitamin B - Meningkatkan fokus dan perhatian dan memelihara kesihatan sistem saraf.

Haa yang ini penting dimana ada vitamin b yang boleh meningkatkan fokus dan perhatian anak-anak. Kalau anak yang susah nak fokus, kita cakap dah lari ke sana sini atau risau tak fokus masa belajar boleh try Mealshakes. Penting nie kalau tak fokus camna nak belajar kan?

6. Sodium dan magnesium - Keseimbangan cecair badan dan kurang rasa letih.

Dari kita dok bagi air yang bukan-bukan baik lagi kita beri Melashakes. Mealshakes mengandungi sodium dan magnesium. Anak-anak kalau dah bersekolah memang penat dan kadang tu bersukan tengah panas kan. Selain Performance Drink, Mealshakes juga membantu mengurangkan rasa letih.

7. Vitamin C - Kesihatan gusi, gigi dan kulit, menentang infeksi kuman.

Didalam Mealshakes juga ada vitamin C. Seperti biasa kita ketahui vitamin C menentang infeksi kuman. Yang menariknya makanan sel darah putih adalah Vitamin C! Sel darah putih nie adalah bala tentera yang nak melawan kuman. Jadi bila kita beri dia makan cukup-cukup anak kita tak mudah diserang jangkitan penyakit.

8. Vitamin A - Kesihatan Mata

Haa penting adalah penjagaan mata. Kalau anak nak makan carrot setiap hari memang tak la kan. Jadi sumber apa nak bagi mata cerah? Bagi Mealshakes je senang! Anak-anak sekang nie kadang ibu bapa bagi tengok ipad, tab, henpon haa mana tak rosak mata tu nanti.

9. Kalsium dan Vitamin D - Kesihatan dan perkembangan tulang.

Masa nie anak-anak sangat perlukan kalsium yer. Kalau tak ketinggian boleh terbantut. Kalau umur 30 batu nak tambah ketinggian harap maaf sudah terlambat hehehe. Pertumbuhan sudah berhenti tak usah berangan lagi. Tips nak anak tinggi kalau perempuan, selepas dia didatangi haid pertama jangan tinggalkan kalsium. Kalsium boleh bantu ketinggian. Kalsium mesti datang bersama Vitamin D. Kalau beli kalsium sahaja tanpa vitamin D maka sia-sialah amek kalsium. Usah risau dalam Mealshakes dah ada siap-siap vitamin D tu. Fungisi vitamin D nie nak bagi kalsium menyerap. Kalau boleh dapat serapan maksimum. Ia juga membantu untuk tulang mampat. Sebab itu jika anda membeli pil kalsium sila perati pastikan ada Vitamin D dan juga Magnesium. Fungi magnesium ini untuk jadi kenderaan. Kiranya sebagai penghantar kalsium untuk diserap. Kalau tak de agen pengangkut tak guna jugak. Contohnya Ostematrik Shaklee, ada kalsium, magnesium dan juga Vitamin D. Magnesium ini juga membantu untuk sembelit.

10. Iron dan B12 - Untuk pembinaan sel-sel darah merah.

Kenapa perlu sangat sel-sel darah merah nie? Penting yer sebab sel darah merah ini membantu mengangkut oksigen ke seluruh badan termasuk ke otak. Kalau tak cukup agen pengangkut nie, kang tak angkut ke otak naya. Bila tak cukup oksigen ke otak apa jadi? Ngeriiii... jadi sangatlah perlunya iron B12 nie. Kekurangan iron B12 nie mengakibatkan anak-anak kelihatan lesu dan pucat jer. Kalau anak-anak ada petanda gitu better check! Atau badan kurus tapi perut buncit juga perlu diperhatikan.

Ok selesai 10 sebab saya share kenapa perlu ambil Mealshakes. Agaknya dah jatuh hati tak dengan Mealshakes? walau harga promo dah berlalu semalam tapi jangan risau jika anda berminat menjadi Ahli Shaklee pastinya anda juga dapat menikmati harga yang sangat berbaloi dan menjimatkan wang anda.




 
Hubungi saya untuk konsultasi percuma,
Ila Kamilah
Shaklee ID : 951481
Call/Msg/WhatsApp/Telegram : 012-5417451
Facebook Page : Jivebumz Vita shop
Photobucket
© Design by | Nurulchumel Lovely Site