Friday, April 8, 2011

Antenatal check up kali ke 8

Assalammualaikum wbt..

Ye Pn Amiys semalam saya pegi check up kat klinik kesihatan seksyen 7, shah alam.. waaa tak sangka ada blogger yang perasan saya..uhuhu terharu.. alaaa nape tak tegur kite? at least ada la kawan nak borak kang time menunggu turn.. ok tak pe nanti minggu depan ari khamis kalo jumpe sila tegur saya yer.. :)


Oh ye semalam adalah check up yang ke 8.. weee dah 8 kali tau pegi balik klinik tu tak termasuk pegi amek berat lagi.. kalo ikutkan dah berbelas kali rasanya pegi klinik tu..

hurm macam biasa info terkini perkembangan mama dan bobo setakat ini..


LK/LR : N
GULA : B
TEKANAN DARAH : 114/69 (minggu lepas > 115/67)
BERAT BADAN : 76.2 kg (minggu lepas> 74.5 kg) >> berat naik lagi sekilo! hebatt
TEMPOH HAMIL: 37+1 minggu (minggu lepas > 36)
TINGGI RAHIM: 37sm (minggu lepas > 38 sm) >> eh dah turun laa..nak bersalin dah per?
KEDUDUKAN/PRESENTASI: FPF
JANTUNG: 158
GERAK: +

nurse pesan kalo dah ada tanda2 bersalin tu sila ke hospital dengan segera.. carta pergerakkan anak continue sampai la bersalin.. ubat jangan lupa makan.. tu saje.. continue check up kali ke 9 pada 14 april nanti kalo masih belum bersalin jugak..

agak2 bile aku bersalin yer? saspen gak nie... menghitung hari la katakan :)

doakan kami berdua selamat yer korang...

muaahhh untuk korang taw! hihi

Thursday, April 7, 2011

Ingin ketahui tanda-tanda nak bersalin?

Assalamualaikum wbt...

Semakin menghampiri saat2 bersalin semakin rajin aku menggugel maklumat.. nak tahu info punye pasal.. kene selalu banyak membaca..

Sekarang dah masuk minggu ke 37.. bila-bila masa dah boleh meletoppp so kat bawah nie ada sedikit info yang sempat aku gugel tadi.. mari kawan2 kita sama2 berkongsi maklumat..


credit to:http://portal.alamhamil.com

Tanda-tanda bersalin



Bersedia untuk kelahiran

Sebelum kandungan anda semakin berusia, adalah cukup bagus untuk anda mengetahui peringkat-peringkat kelahiran. Sekiranya anda ingin melahirkan dihospital, cuba buat ‘tour’ disekitar bilik bersalin anda.

Ini adalah tip mudah untuk anda menyiapkan diri untuk kelahiran anda:

  • Menghadiri kelas antenatal
  • Berbincang dengan kawan yang pernah melahirkan
  • Tonton video kelahiran
  • Amalkan pernafasan and relaksasi.

Tanda bersalin sebenar Vs Tanda bersalin tidak benar

Sekiranya anda merasa keliru yang mana satu tanda kelahiran benar atau tidak, anda bukannya berseorangan. Memang ramai yang tidak begitu pasti tentang tanda awal bersalin. Ramai yang mengadu mengalami tanda seperti mahu bersalin tetapi tidak tahu samada masa sudah benar-benar tiba atau cuma mengalami masalah sakit perut biasa sahaja.

Sekiranya merasa ragu, jumpa saja dengan doktor, tak perlu rasa malu sekiranya ia terbukti bukan masanya lagi. Yang penting, jangan tidak mengendahkan tanda-tanda tersebut.

Tanda-tanda hendak bersalin

Kontraksi Rahim

Kontraksi adalah tanda awal dan isyarat yang paling penting yang menunjukkan anda sudah sampai masa untuk bersalin. sekiranya kontraksi sudah ada, cuba perhatikan masa, tempoh dan berapa minit jarak diantaranya. Kontraksi yang sebenar berlaku secara teratur dan pada jarak yang konsisten. sekiranya ia berlaku setiap 5 min secara teratur dan semakin kerap, pergilah berjumpa dengan doktor untuk mendapat kepastian.

Kontraksi biasa atau Braxton Hicks contraction agak berbeza, ia kurang menyakitkan dan tidak teratur dan akan hilang dengan sendirinya tidak lama kemudiannya.

Sakit Belakang

Sakit belakang sering menjadi masalah utama wanita hamil, tetapi ia juga mungkin satu tanda kelahiran. Sakit ini akan semakin kerap dan kuat dan rasa lebih teruk pada bahagian bawah belakang.

Pecah ketuban

Dalam cerita drama atau filem,wanita selalunya sedar yang mereka bakal melahirkan apabila ketuban mereka pecah. Tapi ia bukan realiti sebenar.

Kebanyakkan wanita langsung tidak mengalami pecah ketuban sehinggalah disaat-saat akhir proses bersalin. Yang kerapnya, doktor yang akan memecahkan ketuban anda untuk mempercepatkan proses bersalin.

Pecah ketuban berlaku pada segelintir wanita hamil sahaja dan sekiranya anda mengesyaki yang ketuban sudah pecah, jumpalah dengan doktor dengan segera.

Bloody Show

Disaat awal anda bakal melahirkan, selalunya terdapat lendir pekat bercampur darah keluar dari faraj. Ini adalah pluk mukus yang menghadang sebarang kemasukkan asing kedalam cerviks. Ia juga menghalang sebarang kuman dari merebak kepada bayi. sekarang pluk ini sudah tiada dan bayi sudah boleh bergerak kebawah dengan perlahan-lahan.

Serviks terbuka

Sebaik sahaja kontraksi berlaku, pangkal rahim anda akan menjadi lebih lembut dan lebih nipis. Walaubagaimanapun, cuma doktor sahaja yang boleh mengetahui perubahan ini semsa pemeriksaan faraj.

psstttt: kalo korang ada lebih daripada nie bolehlah maklumkan pada aku yer.. TQVM

Wednesday, April 6, 2011

Bengkel kat Pj

Assalamualaikum wbt.. Hai sume.. aku kt pj neh ada bengkel iso jabatan.. Start ari senin sampai la rabu. Arinie ari last taw! Yeahhhh.. Tengok lani wajah kehepian kami waktu berbengkel. Erm malam tadi Bobo mengeras sakan la uols.. Lame plak tu.. Aku ingat dah nak bersalin.. Huhu seriau jugak.. Tapi kalo bersalin pun bagus jugak boleh cotiiii!! Hahaha tak sabau nak coti.. Ohye esok petang ada appointment antenatal check up yang ke 8 kat klinik seksyen 7. Konpem berat aku naik lagi.. tak kisah la janji mama n bobo sihat udah ler.. Aminnn. Debaran kian terasa......
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Monday, April 4, 2011

Jumpa doktor pakar

Hai korang... Aku baru balik daripada berjumpa dengan doktor pakar kat klinik seksyen 7 nie.. Alhamdulillah aku tak da sebarang penyakit.. Cuak gak aku bila doktor minggu lepas suspek aku ada sakit jantung.. Huh takuitttt! Tu yang kene refer pakar tu.. So far jantung aku normal n baby pun sihat.. Cuma pagi nie kaki aku dah mula nampak bengkak la.. Comei plak tengok kaki aku yang tembam nih hihi. Org kata kalo kaki dh bengkak dah tak lama nk bersalin la nie.. Ohhh suspennn... Semoga Allah permudahkan segalanya.. Aminnn
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Friday, April 1, 2011

Antenatal check up kali ke 7 = 9 Bulan

Assalamualaikum wbt....

Semalam adalah check up yang ke 7 yer kawan-kawan.. aku amek appointment waktu petang iaitu pukul 3. Kali nie tak ramai sangat orang buleh la.. banyak lagi kerusi kosong.. cuma parking jer tak de so aku terpaksa park kat tepi2 divider jalan tu..


LK/LR : N
GULA : B
TEKANAN DARAH : 115/67 (minggu lepas > 119/60)
BERAT BADAN : 74.5 kg (minggu lepas> 74.5 kg) >> berat menten der!
TEMPOH HAMIL: 36 minggu (minggu lepas > 35+3)
TINGGI RAHIM: 38 sm (minggu lepas > 36 sm) >> kejap jer dah panjang 2sm kan?
KEDUDUKAN/PRESENTASI: FPF
JANTUNG: +
GERAK: +

begitulah dia resultnya.. berat tak naik menten jer.. tinggi rahim yang naik 2sm.. patutlah peyut makin besor.. erm pastu kene jumpa dengan doktor.. doktor cek jantung bobo semuanya ok.. then check jantung mama bobo pulak.. ada bad new la uols.. sampai 2 orang doktor check jantung aku.. dua2 doktor tu tak berani nak confirm apa2.. dorang kata jantung aku ada masalah cket.. denyutan terlampau laju.. so dorang mintak aku datang klinik isnin depan untuk refer dengan doktor pakar.. weeee saspen weh! aku rasa aku sihat2 jer.. cuma sejak 2,3 hari nie aku dijangkiti selsema.. mungkin sebab tula pernafasan aku jadik tak betul cket.. hurmmm dalam pada tu aku riso jugak kalo ada apa2 penyakit lain ker nanti..

korang tolong doakan untuk aku yer.. aku berharap sangat aku sihat dan dapat lahirkan bobo dengan selamat...

"Ya Allah ya tuhanku hanyalah kaulah tempat aku memohon pertolongan...jauhilah aku dan anakku ini daripada sebarang penyakit..."

aminnn...
Photobucket
© Design by | Nurulchumel Lovely Site