Showing posts with label takziah. Show all posts
Showing posts with label takziah. Show all posts

Saturday, February 7, 2009

Menziarahi keluarga arwah

Pada pagi jumaat semalam saya bersama rakan-rakan sepejabat ke rumah member opis saya yang baru sahaja kematian suaminya. Kami ke Parit 23, Sekinchan.. Perjalanan mengambil masa lebih kurang sejam lebih jugak la.. Oleh kerana kami semua mendapat pelepasan untuk menziarahi arwah maka kami semua tidak melepaskan peluang untuk pergi ke sana. Bagi saya di saat-saat begini kita perlu menziarahi beliau di samping memberi semangat dan dorongan kepada beliau untuk lebih tabah dalam mengharungi hidup ini..

seawal pagi kami telah menunggu di perkarangan pejabat.. lepas sarapan ala kadar di kafeteria kami menunggu kedatangan abg driver yg akan membawa kami ke sana.

ramai jugak di kalangan rakan-rakan yang nak pegi.. semuanya terdiri daripada kaum2 ibu.. ini kerana kami semua memang terkejut dengan pemergian beliau dan berasa ingin sekali berjumpa dengan kawan saya iaitu isteri kepada arwah untuk memberi kata-kata semangat kepada dia..

sepanjang perjalanan cuaca tak menentu.. kejap hujan dan kejap panas..

namun semuanya berjalan dengan lancar..

dan akhirnya kami selamat sampai ke rumah keluarga kawan saya iaitu Darlina..

kami sempatlah membuat bacaan tahlil untuk arwah.. kami telah di maklumkan yang arwah suami Darlina telah selamat di kebumikan pada malamnya lebih kurang jam 11 malam. Sedikit kecewa kerana tak dapat berjumpa dengan Dalina kerana beliau dalam perjalanan ke Puncak Alam kerana ingin mengambil barang2 arwah suaminya.

Kami di fahamkan melalui kakak Darlina arwah terlibat dengan kemalangan jalan raya pada tengah hari khamis tadi. Masa tu arwah dalam perjalanan di area Kapar-Meru selepas menghantar anak muridnya ke program sukan sekolah. Arwah bercuti pada hari tersebut tetapi masih ke sekolah untuk tunaikan tanggungjawabnya. Arwah juga merupakan cikgu di sekolah men. Teknik Kuala Selangor.

Kemalangan tersebut berlaku melibatkan 2 buah kereta.. yang mana arwah memandu kereta jenis kancil manakala kereta yang melanggar arwah dari arah hadapan ialah kereta jenis hyundai hilux (kalo xsalah saya ejaan dia cam gini la). Kereta arwah hancur di bahagian depan kerana kereta yang bertentangan telah melanggar beliau dari arah pemandu.. bayangkan la kalo yang di langgar tu kereta kancil.. habis hancur semua dan arwah tersepit di dalam kereta tak boleh keluar..

Lebih kurang 2 jam arwah berada di dalam kereta tak dapat di keluarkan.. masa tu bomba pun dah balik cuma polis sahaja yang masih mengambil gambar.. rasanya untuk tujuan forensik latu.. kesiannya arwah berada dalam keadaan terseksa.. tiada siapa yang dapat selamatkan beliau masa tu... bayangkan la masa tu Darlina dan kakaknya dah sampai ke tempat kejadian.. suaminya masih belum berjaya di keluarkan daripada kereta tersebut..

Apa yang boleh dilakukan lagi melainkan menangis dan berdoa supaya arwah dapat di keluarkan segera... saya tak dapat bayangkan kalo saya dalam keadaan itu.. Ya Allah.. memang sungguh sedih sangat.. tak dapat nak cakap cemana.

Itu la sedikit sebanyak yang dapat saya kongsi dengan semua.. ajal maut di tangan ALLAH.. memang kita pon tak tau bila ajal kita akan tiba.. tapi sekurang-kurangnya kita kena sentiasa beringat.. setiap yang hidup pasti akan mati.. dan akan meninggalkan kita yang hidup.. yang hidup perlu teruskan perjuangan untuk terus hidup..

Kami pulang dengan perasaan hiba mengenangkan Darlina yang lepas nie akan meneruskan kehidupannya tanpa suami di sisi.. mudah-mudahan dia tabah dan kuat dalam menghadapi segalanya.. oleh kerana mereka belum cukup setahun mendirikan rumah tangga.. mungkin ini sedikit sebanyak mencuit hati kami.. apalagi orang yang menghadapi keadaan itu kan..

Ya ALLAH ya Tuhan kami kau tempatkan lah rohnya ke dalam golongan orang-orang yang beriman...

Amin

Thursday, February 5, 2009

Al-fatihah kepada arwah



Marilah kita sama-sama membaca surah al-fatihah sedekahkan kepada arwah suami kepada opismate saya yang telah kembali ke rahmatullah pada tengah hari tadi. Mudah-mudahan roh beliau di cucuri rahmat dan di permudahkan segala urusan..

Sesungguhnya Allah lebih mengetahui segala yang berlaku dan pasti ada hikmah di sebaliknya.. "mudah-mudahan ko tabah ye Dell untuk menghadapi segala ketentuan Allah.."


Al-fatihah....

Tuesday, November 18, 2008

Al fatihah buat arwah ayah uda

Saya masih berbengkel lagi..ada peluang saya ke opis sebelah pinjam pc jap nk pakai tenet.. sambil donload installer yg diperlukan oleh kawan2 .. saya terbaca blog honeysour.. takziah kepada keluarga arwah ayah uda diatas pemergian beliau tengah hari tadi.. saya di sini mendoakan semoga roh arwah ditempatkan di kalangan orang2 yg beriman.. dan segala dosa-dosanya diampunkan ALLAH..

Marilah sama-sama kita sedekahkan al-fatihah buat arwah.. mudah-mudahan rohnya di cucuri rahmat..

Amin..
Photobucket
© Design by | Nurulchumel Lovely Site