Showing posts with label roadtax. Show all posts
Showing posts with label roadtax. Show all posts

Thursday, October 28, 2010

Terima kasih MYEG!

Tiada apa yang lebih berharga selain daripada ucapan terima kasih kepada MYEG kerana telah menyiapkan roadtax aku dengan kadar segera.. yihaaaaaaa! rasa lega sangat2 bila roadtax dah renew.. esok boleh la bawak kete sendiri.. arinie aku pinjam kete en bob coz arinie dah expired tak berani pulak nak bawak kete sendiri mana lah tau kot2 tetiba ada JPJ ker polis ker wat roadblock ker kan

tadi lebih kurang jam 3.15 petang maya karin pon datang.. eh silap abang myeg datang anto roadtax hihi

wajah kehepian dapat roadtax haha

senang jer nak kenal daripada jauh lagi dah nampak dia pakai baju uniform yang ada tulis myeg tu haa dah sah-sah la dia ejen myeg kan

semalam aku bayar insurans hari nie dah dapat roadtax so cepat kan.. apa kata kalo korang nak mudah, jimat masa dan cepat boleh pegi bukak website nie http://www.myeg.com.my/ pastu klik Road tax renewal seperti kat bawah nie..


pastu korang isi la borang2 yang myeg sediakan tu.. senang jo! kalo tak paham cara-cara nak isi pon boleh tanya kat situ pastu nanti ada orang dia yang akan kol korang secepat mungkin. Kira bagus lah services dorang nie.. syabas untuk myeg!



amacam nak cuba tak? sesapa yang roadtax nak expired tu bolehlah mencuba perkhidmatan maya seperti ini.. sangat cepat ok!

tak percaya sila layari http://www.myeg.com.my/

siap promote g tu :P

Wednesday, October 27, 2010

Aiyaaa arinie 27 okt 2010!

Haaa arinie 27 Oktober 2010 road tax aku mampussss! erkk bukan mampuss tapi last day nak mati loh.. huhu arinie baru kelam kabut nak renew insurans.. haa sekarang tengah sebok ber"online" dengan myeg..

sesape yang nak tau lebih lanjut boleh klik kat sini http://www.myeg.com.my/

kawan2 kat opis aku nie dah 2,3 orang yang pernah renew roadtax dan insurans dengan myeg tengok dorang dapat cepat jer.. 2 hari dah siap! haa apa lagi aku pun nak terai jugak lah.. tak payah pegi bank.. tak payah pegi pejabat pos.. syorgaaaaaaaaa

ok dah siap roadtaxnye nanti aku stori detail kat uols yer.. :)

Friday, October 30, 2009

Alhamdulillah sihat sudah

Syukur kepada Allah swt en bob sudah kembali pulih daripada kecederaan akibat kemalangan hari isnin tadi.. lega hatiku bila tengok dia sudah boleh berjalan dengan elok.. tak de la capik2 kan.. cuma kesian tengok lengan dia yang calar balar tu..huhu seb baik calar aje tak teruk sangat lah.. alhamdulillah lega!

Rabu, aku cuti nak settlekan insurans dan renew roadtax cik bibah aku tu.. diam tak diam dah setahun rupanya aku bersama cik bibah kesayangan ku.. cik bibah tu kete aku la uols bukan sape2 pon.. hihi jangan kompius plak yer

Aku terpaksa minta tolong ngan en bob untuk settlekan sume tu.. sumpah aku tak reti! kalo dia tak tolong tak tau la cemana nak buat sorang2.. nak amek geran dekat bank la.. nak beli insurans la.. buat roadtax la.. macam2 hal yang baru bagi aku.. bile dah buat sume same2 ngan en bob baru la aku tau cemana selok belok nak renew roadtax kete.. heheh sonang ajo!

kepada blogger yang tak pernah sesekali merenew roadtax kete sendiri tu meh aku ajar sket.. Ist uols kene pegi bank yang simpan geran uols tu.. isi form then amek geran tu... pastu ko pegi la mana2 kedai insurans or bank yang ada jual insurans.. biasanya bank memang ada jual insurans untuk kete.. nak senang beli jer kat bank tu sekali harung macam aku..hehe pastu dah settle bayar sume bawa geran pegi pejabat pos or JPJ untuk buat roadtax.. settle! senang kan? hihiii

Almaklumlah tak pernah buat keje macam tu.. maka hari rabu tadi aku dapat pelajaran baru.. tahun depan insyaallah aku dah boleh g renew roadtax sendiri dah.. hihi tak perlu ajak en bob lagi tau dah boleh berdikari.. cewahhh

Sebelum g KL untuk renew roadtax sume tu aku harus temankan en bob g servis keta dia dulu.. sempat la aku curik2 amek gambar dia.. lalalala

tengok tu bukti tau en bob dah sihat... :P

sebab ape dia cepat sembuh?? hihi sebab doc kasi ubat yang paling power untuk dia.. lalalala

owh korang sume rase tak ape yang aku rasa saat ini???
bile nak dapat gaji nie..huuuuuuuu sesak nafassssss tolong tolonggggg

tetiba ending macam tu kan.. boleh lah yer :P
Photobucket
© Design by | Nurulchumel Lovely Site