Showing posts with label resipi. Show all posts
Showing posts with label resipi. Show all posts

Sunday, October 12, 2014

Percubaan pertama membuat Pizza

Assalammualaikum wbt dan selamat petang!

Jumaat malam yang lalu saya dah suami buat pizza. Resepi pizza tu kitorang amek dekat dalam kotak mauripan tu ha. So follow jelah ikutan sukatan kita. Senang sangat kalau uols nak buat meh try resepi nih!

Kulit Piza

- Tepung gandum 500g ( untuk 4 keping pizza)
- Yis segera mauripan sebungkus
- Air 300g (1 1/3 cawan)
- Garam 10g (2 camca teh)
- Gula 10g (2 camca teh)

note: Jumlah air yang digunakan bergantung kepada mutu tepung

Isi Pizza

- Hotdog dipotong nipis
- Isi ketam
-Lada benggala
- Kalau nak tambah bawang putih dan bawah merah pon sedap juga tapi saya tak letak terserah anda.

Caranya:-

1. Gaulkan tepung bersama yis, larutkan garam dan gula di dalam air. Gaulkan kesemua ramuan di dalam mangkuk adunan.



2. Uli adunan sehingga licin dan tidak melekat. Tutup adunan tersebut dan biarkan ia mengembang dua kali ganda saiznya.

3. Bahagikan adunan kepada 4 bahagian dan canaikan diatas tudung periuk.



4. Sapukan permukaan adunan dengan sos spagethi kemudian lapisi dengan hotdog, isi ketam dan lada benggala.



5. Taburkan keju cheddar/mozarella atau toping apa saja janji keju.




6. Peramkan pizza selama 25-30 minit.. dan bakar selama 30 minit...siapppp!



Senaang sangat resepi nie tau! Korang bolehlaa cuba pelbagaikan isinya dengan macam2 lagi... pasti meletop lah... anak2 pun suka makan :)

Selamat mencuba!!

Monday, June 30, 2014

Resepi sahur bertenaga bersama ESP Shaklee

Assalammualaikum semua... apa kabo arinie? Selamat menjalani ibadah puasa dan selamat menjalani ibadah di bulan mulia... kepada pembaca blog jivebumz tersayang.. semoga ramadhan tahun ini bukanlah yang terakhir untuk kita... dengan adanya peluang nie ayuh kita gandakan pahala.

So puasa nie kita tak mau kata-mengata, buruk sangka, korek hidung opsss

hehehe hampa taulah apa semua perkara yang membatalkan puasa kennn


oh ini menu semalam... berbuka puasa tanpa membeli belah di bazar ramadhan... alhamdulillah Allah berikan rezeki ini kepada kami...gembira...

 Ok berbalik kepada tajuk kita diatas yelah nak bagi uols resepi sahur bertenaga yang mana korang tak payah susah payah... senang je pun nak buatnya...

Bahan-bahannya adalah seperti dibawah.. paling penting kena ada ESP daripada Shaklee yer. Kalau tak ada mai order lekaih... dengan saya laa.. sapa lagi kan hahaha (sempat lagi promote ko)




 Esp, fresh milk dan juga kurma

Caranya sangatlah mudah.... amek 5 biji kurma atau lebih ikut sukahati korang la nak berapa. Aku amek 5 biji pon dah cukup manis dah.. better kurangkan kepada 3 biji la.. sebab aku nie tak suka manis2 sangat kang tak boleh nak telan.. ok ikut tekak korang  lah.. kalo suka manis letak ler 7 biji pon tak pe.. sukahati...

Masukkan dua sudu esp, 300 ml fresh milk dan kurma yang telah dibuang biji. Blendkan sekali biar sebati.


Dah sebati semua..kurma pon dah hancur masukkan lah ke dalam shaker...

Seperti dibawah... shake kan dia... pastu sila simpan di dalam peti sejuk.. senang tak?

Seeloknya buatlah pada malam hari sebelum tido... esok pepaginya bolehlah terus bersahur tak payah lah terkocoh-kocoh didapur siapkan juadah bersahur lagi.. macam aku dah buat siap malam tu pagi bangun minum dan cicah dengan roti. Aku tak makan nasik... tak selera.. sebab makan sorang2 huhu. Hubby jenis tak makan sahur so dia pon minum air saja. Gitu...

Alhamdulillah masih bertenaga sehingga sekarang akibat penangan esp pagi tadi... sebenarnya banyak lagi yang korang boleh campurkan antaranya badam, kekacang dan apa saja makanan yang menyihatkan. 

Kena kreatif lah skit yer sebab perut kan nak yang berlainan setiap hari.. ok esok2 kita cuba resepi lain pula yer... cuba esp campur air twister oren pulak haha.

Ok selamat mencuba!!!




Mama bertenaga,

ila kamilah 012-5417451

Friday, June 19, 2009

sapa ada resepi best ayam bbq?



Assalamualaikum sume.. selamat hari jumaat yer kawan-kawan.. esok kita cutiiii hip hip horeyyy esok aku nk g piknik ngan kawan-kawan opis.. kat bagan lalang, sepang.. kitorang mmg dah lama plan nak g sana tau tapi asyik tertangguh...

so apa yg perlu aku dan kawan-kawan aku buat adalah sediakan bahan-bahan untuk membuat ayam bbq.. tugas orang pompuan latu kan.. aku tak pernah wat ayam bbq nie.. makan pernah la..:p tadi sempat aku google cari resepi nie.. haha

Bahan-bahan ( 5-6 orang )

  • 2.0kg ayam
  • 1 biji bawang besar (kalau bawang tu bersaiz kecil, guna 2 biji)
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
  • 2 sudu besar serbuk cili
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 2 batang serai
  • 1 sudu besar serbuk jintan manis
  • 1 sudu kecil serbuk jintan putih
  • 1 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 cawan gula

Cara-cara

  1. Potong ayam mengikut kesukaan anda. Jika potongan tersebut besar-besar, kelar-kelar sedikit supaya ayam cepat masak. kemudian, bersih dan tos ayam tersebut.
  2. Kisar semua bahan-bahan di atas sehingga hancur.
  3. Masukkan bahan-bahan kisar tersebut ke dalam bekas dan campurkan dengan ayam.
  4. Perap ayam tersebut 1 malam atau 2-3 malam di dalam peti ais.(lagi lama perap lagi sedap!)
  5. Bakar ayam di atas bara api atau dapur gas sehingga masak. Selamat Mencuba!

Kalo kawan-kawan ada resepi lagi power dpd nie sile la tinggal jejak kat sini eh.. aku dan kawan-kawan mau buat esok ok

time kasihhhh :d

Wednesday, October 29, 2008

cara-cara membuat fruity koktel


Oleh kerana adanya permintaan terhadap fruity koktel nie dalam entry lepas maka terpaksalah saya kasi resepi membuatnye kt blog nie ye.. sapa2 yg rasa nk try bleh buat sendiri konfem sodaaapp.. kalo minum time panas2 pehhh terangkat.. ok follow this instruction yer..

1. Sediakan bahan2 seperti berikut:-

Bahan A
  • Susu isian sejat xkisah la jenama apa pun tp paling sedap yg jenama carnation
Bahan B
  • Laici dalam tin di carik2 (save bajet mar boleh makan ramai org)
  • Buah-buahan campuran dalam tin
  • Sumi ikut suka nk berapa banyak tp yg jenis jernih tu ala dulu korang masa kecik2 clalu nyo nyot benda tuh :P (kasi potong suka ati)
  • Nata de coco (blasah la nak perasa apa pon)
Bahan C
  • Air gula
  • Ais batu
2. Cara membuatnya:- Rebus Bahan A di atas api yg perlahan hingga suam suam kuku.. ketepikan.. satukan bahan B dalam mangkuk koktel termasuk ngn air yg ada dalam tin tersebut masukkan sekali jgn di buang pulak..perisa tuh...then tuangkan susu suam n kacau hingga sebati. lastly masukkan bahan c...pon ikut suker...then pe lg...g la dapur amek cawan n nkmati sehingga kembung perut...kuh3 ADIOS
Photobucket
© Design by | Nurulchumel Lovely Site