Showing posts with label motivasi. Show all posts
Showing posts with label motivasi. Show all posts

Wednesday, January 5, 2011

Bertemu Dato' Dr Fadzilah Kamsah

Assalamualaikum wbt...

Hai ini kisah tahun lepas yer kawan2.. kisah 31 disember yang lalu.. ai lambat apdet loh.. tak pe tak pe tengah rajin nie harus apdet perabiss sume hat tahun lepas punya hahaha

alkisahnya, pada tarikh tu pihak SUK Selangor ada anjurkan forum Ma'al Hijrah dan sambutan tahun baru.. dan dorang telah menjemput wakil2 daripada pejabat aku untuk turut serta.. sebenarnya nama aku tak da pun dalam senarai ke forum tersebut.. tapi sebab ada sorang member nie tak dapat hadir dia mintak tolong aku gantikan.. aku ok jer.. nak nak pulak dengar nama pakar motivasi terkenal nih harussslah pegi!

ceramah berlangsung dalam keadaan yang baik.. asyik dok gelak jer dengar Dato' berceloteh.. best tau! setiap kata-kata yang keluar daripada mulut beliau adalah berunsurkan nasihat.. semuanya baik2 belaka..

abes forum tu sanggup tau tunggu beliau kat pintu keluar dewan semata2 nak snap pic bersama beliau.. nak masuk belog ler katakan..hihi

time nie Dato' ngah berbual ngan member aku.. curik2 amek pic dia daripada tepi hiks

tak sopan betui.. orang tengah berbual aku sebok nak bergambar hahaha

yang nie pon sama nak menyelit jugak..

ada jualan produkkesihatan keluaran Excel training & consultancy.. aku amek 1 botol pil untuk kecerdasan IQ dan EQ..

dorang jual 3 botol rm 100 so kami kongsi bertiga.. harga asal rm35 saje dapat la jimat cket beli kongsi2 kan..

banyak pengajaran yang aku dapat dalam ceramah tu.. nak cerita balik memang tak ingat la kan haha

motip sebenar nak tayang gambar ngan pakar motivasi itu saje..

sekian :P

Wednesday, July 22, 2009

kata-kata semangat

Apabila Allah cepat makbulkan doamu...
Maka dia menyayangimu..
Bila dia lambat makbulkan doamu..
Maka dia ingin mengujimu...
Bila dia tidak makbulkan doamu..
Maka dia merancang sesuatu yang lebih baik buatmu..
Oleh itu, sentiasalah bersangka baik kepada Allah dalam apa jua keadaan pun..
Kerana kasih sayang Allah itu mendahului kemurkaannya..



Sekian

Thursday, July 9, 2009

Usaha Jangan MATI!!!

p/s: Sekadar bermotivasi untuk diri sendiri dan juga kawan-kawan..:p


Walau diri sekecil KUMAN, biar usaha seluas LAUTAN

Walau diri dipandang HINA, biar diri pekerti MULIA

Walau diri tidak DISAYANGI, biar KITA menyayangi DIRI kita sendiri

Biar IMPIAN setinggi gunung, tidak terdaki KAKI melangkah

Biar ANGAN-ANGAN jauh ke China, tidak terdaya BADAN melayang

Tidak kereta kan wujud andai tiada Henry Ford BERUSAHA

Tidak telefon kan wujud andai tiada Alex Bell BERUSAHA

Tidak lampu kan wujud andai tiada Thomas Edison BERUSAHA

Tidak kapal terbang kan wujud andai tiada Wright bersaudara BERUSAHA..


Biar diri MATI, USAHA jangan mati...!!!
Photobucket
© Design by | Nurulchumel Lovely Site