Monday, September 29, 2014

Demam panas anak saya lega dengan Basic H2

 Assalammualaikum wbt...

Di kala ini saya sedang bercuti menjaga anak saya. Sepatutnya saya perlu ke Kursus di Hotel Impiana Morib, Banting... tapi apakan daya Allah lebih mengetahui segalanya... Saya terpaksa mencari kawan ganti sebabnya saya adalah salah seorang urusetia dalam kursus tersebut. Berat jugak hati nie nak melepaskan tanggungjawab kepada orang lain... tapi anak haruslah diutama.. Perlu pilih mana yang lebih berharga..gitu

Baiklah oleh kerana saya sedang bercuti makan wajiblah mengupdate blog untuk share kebaikan produk kesayangan saya nie... kata #iluvshaklee kan hehehe

Ok kenalkan Basic H2 seperti gambar dibawah. Saya dah lama menggunakan basic H2 nie tapi sebagai cucian untuk membasuh botol susu anak-anak, membasuh buah-buahan san sayuran serta mengemop lantai. Sedangkan basic H2 nie terlampau banyak sangat kegunaannya. 1001 kegunaan orang kata haa... hebat tak uols?? Ok mai saya terangkan satu persatu yer..


Basic H2 nie sangat organik... Ianya dihasil dari perca-perca vitamin shaklee dan mempunyai molikul yang sangat halus dan lebih lembab dari air, ‘smaller than water and wetter than water’ maknanya lebih bersih dari air dan mampu menjangkau ketempat lebih sempit yang molekul air tak mampu melepasi.

Saya rasa ibu-ibu dirumah wajib ada. Sebabnya basic H2 nie dapat membantu banyak perkara. Basic H adalah untuk beribu-ribu pekerjaan isi rumah. Kepekatan yang tinggi – 16 auns boleh dicairkan dengan 48 gelen air  menjadi pembersih berkuasa tetapi lembut dan halus pada kulit. Pembersih serbaguna dan berkuasa menghilangkan kotoran, gris, dan kotoran dari permukaan mana-mana boleh dibasuh didalam dan diluar. cairkan mengikut arahan. Tiada bilas, tiada sisa, formula bebas coretan, tanpa toksik. Asli dan semulajadi. Surfaktan biodegrasi.



Cara mengguna basic H2:-

1. Untuk anak yang demam - masukkan 1-2 titik basic H2 ke dalam besen kecil dan masukkan air. Lap seluruh kepala dan badan  anak yang demam panas tersebut. Biarkan beberapa minit. Insha Allah panas akan berkurang. Saya dah cuba malam tadi untuk anak saya yang badannya terlampau panas dan alhamdulillah dalam tempoh sejam suhunya berkurang. Siap boleh bangun berjalan lagi padahal sebelum tu lembik aje. 

2. Untuk cucian botol susu anak - masukkan 1-2 titik basic H2 ke dalam botol. Rendamkan botol tersebut selama 15 minit dan basuh. Kotoran dan daki susu dibotol Insha Allah akan mudah tanggal. Terasa bersih dan selamat botol tersebut sebab menggunakan bahan cucian yang organik.

3. Untuk mop lantai - Titikkan dalam 10-15 titik makin kering makin bersih dan selamat kalau ada baby yang kutip-kutip makanan di lantai.

4. Untuk cucian ditandas - titikkan beberapa titik dan tandas anda akan kelihatan bersih dan berseri-seri. Mudah disental.

5- Boleh cuba sendiri keatas apa sahaja cucian dan seribu guna boleh tahan sehingga 6 bulan, Pastikan setiap rumah ada sebotol Basic-H.

Kelebihan: melarutkan minyak dengan mudah, kebanyakan kotoran adalah oil base, kain pengelap/mop dsb cuma perlu di bilas saja sudah bersih dan lalat tak datang sebab tak suka bau dia, padahal lembut sahaja.


 Mesti korang nak tengok testimoni kan??? haaa seperti dibawah... terbukti ianya berkesan dan selamat digunakan.
  



Teruja tak korang? ok anda patut teruja sebab basic H2 nie dapat membantu banyak perkara dalam kehidupan seharian. Harga tak sampai rm50 pon uols... jom dapatkan segera!!!


Perbezaan Shaklee

- Selamat
-Tidak bertoksik
-Tanpa gas beracun
-Tanpa bahan kimia berbahaya
-Tanpa bahan pewangi
-lembut pada tangan
-PH seimbang
-Tanpa klorin

Mesra Alam

-Ramuan semulajadi yang diekstrak daripada jagung dan kelapa
-Biorosot
-Tanpa fosfat
-Bungkusan yang boleh kitar semula
-tanpa bahan pewarna
-Selamat untuk sistem septik dan pembentungan
 

Pastikan anda ada sebotol dirumah sebagai tanda kasih sayang anda kepada alam. Ingin dapatkannya boleh hubungi 012-5417451

Saya sedia membantu anda.

-ila kamilah-

Thursday, September 18, 2014

Sambut besday mama di hari malaysia

Assalammualaikum wbt...

16 September hari Malaysia... dan hari istimewa untuk mak mertua saya... yelah besday beliau kan... seronok ler dapat kumpul adik beradik belah suami dan makan sama-sama.

Akceli kami adik beradik dah plan awal dalam group wasap nak buat suprise untuk mak. So pakat2 la sorang nak buat kek, nak bako ayam, nak buat meatball, nak buat mee kari bagai...

Oh semuanya sangat bekerjasama gitu... suprise la sangat kan.. haha bila borak ngan mil tu selamba ja mak cakap dia dah tau dah yang kitorang nak suprise kan dia... haa cane tu?? sapa yang bocorkan?? ermm ntahlah... haha tak leh caya sungguh.. lawak pulak kan... yelah adik beradik yang lain tu semua kamcing ngan mil so acaner depa nak rahsia... sori laa


So malam tu gigih ler laki teman buatkan kek untuk mak dia... sweet tak uols? anak lelaki buatkan kek untuk mak dia... aku hanya tolong 5% aje kot... selebihnya dia yang buat...

Part menghias kek dia serahkan pada aku... OMG... gigil2 dan ketor tangan nak decor nye pon.. hasilnya seperti dibawah...


Aku tulis nama aje hahaha... pastu lukis love tuh ngan buat decor tang bahagian bawah kek tu.. yang atas tu semua suami tersayang yang buatkan...


yes tengok yang bawah tu... corak yang bawah tu ler hahaha


hasil kerjasama kami...adik beradik dan ipar duai... kelasss dok?

eh eh asek nak tayang kek je ko apahal?? hahaha gembira uols buat kek hasil titik peluh sendiri.. eh bukan aku tapi suamiku..tumpang glamer kejap naa
nie kek mama belikan untuk Sara dan Mak su... besday sara dah lepas 7 sept ritu tapi mama nak celebrate skali. Tapi time tu sara tengah tido so tak de lah kenangan dia dengan kek nih.. kitorang tengah seronok riuh rendah kat depan dia sedap tido lam bilik phewww


Mak dan mak su.. mak su besday nya 17 Sept.. esoknya tapi kitorang memang nak celebrate sekali.. lepas nie setiap tahun akan jadi acara tahunan celebrate besday.. mak, maksu dan sara...untunglaa

Acara potong kek nyanyi lagu hepi besday to you ramai2...sweet sangat

Selesai... makan2 esoknya kerja...haa ingat nak ponteng kerja dah sebab sampai dah dekat 3 pagi tido pon 3 jam aje tapi tak jadi... gagahkan jugak diri pegi keje you... semangat! minum shaklee performance drink dah hilang segala ngantuk dan lesu tuh..

eh terpromote pulak... hehe jom2 sapa nak order pm ai... 012-5417451

Akhir kata...selamat hari lahir mak dan maksu semoga kalian sentiasa sihat2 selalu... Love u mak...love u maksu...

muaahhh

Wednesday, September 17, 2014

Celebrate besday Sara 7.9.2014

 Assalammualaikum...
Punyalah lama ku peram peram akhirnya keluaq jugak entry nie... rasa rugi pulak tak abadikan dekat sini sebagai kenang kenangan di hari tua nanti..cewahh

Alkisahnya besday Sara anak kedua saya pada 7 September 2014. Kebetulan ianya jatuh pada hari sabtu. Tinggg...malam tu dapat idea untuk celebrate secara kecil kecilan bersama keluarga kecil kami. Malam tu jugak pulun buat kek coklat moist. Sejak dua tiga menjak nie memang terajin skit buat kek. Pakai tepung kek segera je uols... jenama  D rosni beli dekat mydin atau aeon big... tempat lain tak sure ada ke tak.

Semangat lain macam maklumlah besday anak ken... :) tadaaa nie lah kek nye




 Icing tu buat sendiri hokey! babah nye yang gugel dan buatkan sekali... saya tolong decor aje.. main hentam aje mana reti buat bunga atau corak.. first time kot buat icing nie... so kami buat ikut kata hati aje. Rupa tak penting...yang penting rasanya hehe. Serius memang sedap icing nie dan menjadi macam dekat kedai kek tuh haha.

 Tengok laa herot petot hasil decor mama dia... belasahhh

Kitorang tak jemput sesiapa pon.. memang buat untuk seronok2 jer... bagi anak hepi skit rasa air tangan mama babah nih.
 Sara bukannya nak makan kek sangat... dia lebih suka makan bunga dekat kek tuh huhu sabor jelah wahai anak ku.... penat mama bersilat kat dapur tau!

 Hari tu saya buat mee bandung muar. Pon pakai perencah segera jugak uols! hahaha mama ko nie semua main segera segera yer haha

Perencah nie adik saya yang bagi tahun bila ntah dah lama tersimpan lam almari tuh... apa lagi tinggg dapat idea nak makan mee bandung so kita buatkan jelah sebelum ianya expired bulan 12 nie.

 mee bandung muar air tangan ahkak

 Petang tu pulak babahnye senyap2 dekat dapur rupanya buat benda alah nie. Churros namanya... first time kitorang makan.. semuanya main gugel jer... tapi churros nie femes di restoran The Sumb tuh. Korang g la try makan dekat sana. Rasanya sedap sebab dalam tu ada butter ngan tepung gandum jer.. lemak2 gitu cicah plak dengan coklat... aummmmmmm

 memang tak cukup setakat 6 batang tuh... makan berulang ulang ko baru puas

dah banyak sangat cerita pasal makan... tak pasal2 gemss nanti.. tak pe shaklee kan ada haha...

Buat adik sara... mama sentiasa doakan sara berada dalam lindungan Allah swt... menjadi anak yang baik, mendengar kata, berjaya di dunia dan akhirat. Sayang mama, babah dan kakak. Membesar denga sihat dan selamat dalam apa jua perkara yang sara lakukan.
Doa mama sentiasa mengiringi mu nak...
Mama, babah dan kakak love you sangat2...muahhh



Monday, September 15, 2014

Ketahui ciri-ciri terbaik Collagen Powder Shaklee


 Assalammualaikum wbt.... hai semuaa... ingin tahu promosi apa bulan nie? yeah Shaklee ada buat promosi untuk Collagen Powder yer puan2. Semua orang perlukan kolagen ini kerana badan kita makin hari makin kekurangan kolagen. Makin hari makin meningkat usia katanya...

Baiklah saya nak share kebaikan Shaklee Collagen Powder nie sebab saya dah pernah cuba.. mulanya rasa agak pelik skit la... pertama kali merasa sisik ikan merah nih. Walaubagaimanapun saya berjaya menelannya hehe... 

Kalau nak tau, Shaklee Collagen Powder mengandungi 4000mg proprietary RSS (Red Snapper Scale) Collagen, kolagen yg berkualiti tinggi dan tulen yg diekstrak daripada sisik ikan merah. Kalau ikutkan, kolagen ni memiliki molekul yg sangat ringan kira2 1000 Dalton yg bertujuan untuk membolehkannya diserap dengan mudah oleh tubuh selain membantu meningkatkan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan lebih berkesan.

Oleh kerana ia sangat ringan kita tak perlu kacau pon pabila nak minum hanya tuangkan  satu sachet collagen powder dan ia akan diserap ke dalam air tersebut.



Nah ini rupanya collagen powder tersebut...


Apa sebenarnya ciri-ciri kolagen terbaik? Haa meh kita baca sesama...

  • Kolagen dalam bentuk makanan/minuman lebih baik berbanding kolagen yang disuntik. Ini untuk memastikan sintesis enzim mengoptimumkan serapan ke dalam tubuh badan.
  • Saiz molekul kolagen sekurang-kurangnya 1000 doltan dan ke bawah. Ml-crofine size membantu penyerapan yang baik kerana saiz ini adalah paling optimum diserap oleh sel dan memberi kesan yang lebih cepat.
  • Kolagen yang mempunyai emolient yang unggul dan boleh mengunci kelembapan yang berpanjangan.
  • Kolagen yang mempunyai antioksidan tinggi untuk mengurangkan kesan Pra-Penuaaan.
  • Kolagen yang mempunyai elemen Vitamin B untuk membantu sintesis atau pembentukan kolagen dari tubuh kita sendiri.
  • Kolagen jua penting untuk kekal cantik tapi pastikan ia ada kandungan glucosamina untuk kesihatan sendi.
  • Kolagen yang mempunyai bahan yang merangsang pembentukan Asid Hydraulic yang memberi kesan kulit lebih tegang kerana ia berfungsi mengikat kolagen dengan serat yang elastin. 
  • Kolagen yg selamat dan tidak bertoksin.

Nah rasanya collagen powder nie ada ciri-ciri kolagen terbaik tak??? nak cuba? anda pasti tak menyesal punya. Dah la beli 6 percuma satu. Boleh share dengan member dapat pulak keahlian percuma... free2 je tak payah bayar harga ahli rm75 tau!
 
Regards,

ila kamilah : 012-5417451
Your Trusted Shaklee Independant Distributor =)
 
 
Photobucket
© Design by | Nurulchumel Lovely Site