Monday, June 30, 2014

Resepi sahur bertenaga bersama ESP Shaklee

Assalammualaikum semua... apa kabo arinie? Selamat menjalani ibadah puasa dan selamat menjalani ibadah di bulan mulia... kepada pembaca blog jivebumz tersayang.. semoga ramadhan tahun ini bukanlah yang terakhir untuk kita... dengan adanya peluang nie ayuh kita gandakan pahala.

So puasa nie kita tak mau kata-mengata, buruk sangka, korek hidung opsss

hehehe hampa taulah apa semua perkara yang membatalkan puasa kennn


oh ini menu semalam... berbuka puasa tanpa membeli belah di bazar ramadhan... alhamdulillah Allah berikan rezeki ini kepada kami...gembira...

 Ok berbalik kepada tajuk kita diatas yelah nak bagi uols resepi sahur bertenaga yang mana korang tak payah susah payah... senang je pun nak buatnya...

Bahan-bahannya adalah seperti dibawah.. paling penting kena ada ESP daripada Shaklee yer. Kalau tak ada mai order lekaih... dengan saya laa.. sapa lagi kan hahaha (sempat lagi promote ko)




 Esp, fresh milk dan juga kurma

Caranya sangatlah mudah.... amek 5 biji kurma atau lebih ikut sukahati korang la nak berapa. Aku amek 5 biji pon dah cukup manis dah.. better kurangkan kepada 3 biji la.. sebab aku nie tak suka manis2 sangat kang tak boleh nak telan.. ok ikut tekak korang  lah.. kalo suka manis letak ler 7 biji pon tak pe.. sukahati...

Masukkan dua sudu esp, 300 ml fresh milk dan kurma yang telah dibuang biji. Blendkan sekali biar sebati.


Dah sebati semua..kurma pon dah hancur masukkan lah ke dalam shaker...

Seperti dibawah... shake kan dia... pastu sila simpan di dalam peti sejuk.. senang tak?

Seeloknya buatlah pada malam hari sebelum tido... esok pepaginya bolehlah terus bersahur tak payah lah terkocoh-kocoh didapur siapkan juadah bersahur lagi.. macam aku dah buat siap malam tu pagi bangun minum dan cicah dengan roti. Aku tak makan nasik... tak selera.. sebab makan sorang2 huhu. Hubby jenis tak makan sahur so dia pon minum air saja. Gitu...

Alhamdulillah masih bertenaga sehingga sekarang akibat penangan esp pagi tadi... sebenarnya banyak lagi yang korang boleh campurkan antaranya badam, kekacang dan apa saja makanan yang menyihatkan. 

Kena kreatif lah skit yer sebab perut kan nak yang berlainan setiap hari.. ok esok2 kita cuba resepi lain pula yer... cuba esp campur air twister oren pulak haha.

Ok selamat mencuba!!!




Mama bertenaga,

ila kamilah 012-5417451

Thursday, June 26, 2014

Happy Anniversary ilaizat yang ke 4 tahun

 


 Syukur alhamdulillah 26.6.2014 genap 4 tahun kami bergelar suami isteri... terima kasih Allah kerana memberi aku seorang suami yang penyayang, baik hati dan sangat penyabar. Selalu memanjakan isteri dengan cara tersendiri walaupon tak menunjukkan sikap romantik... kena paham sendiri bila nak romantiknya tuh :)







 Sepanjang 4 tahun banyak kenangan manis pahit kita bersama... banyak kerja rumah yang syg tolong mama.. bila mama penat jaga anak2 syg tolong take over... bila syg beli ikan/ayam.. syg yang tolong siangkan dan cuci semua simpan elok2 dalam peti ais... oh my suamiku... bertuah sangat rasanya memiliki suami sepertimu... tapi jika kau marah...ohoiiii takutnya.... seram rasa nak lari tak jejak tanah... tapi jarang2 la syg nie nak marah tak tentu pasal kan... selalunya mama jer yang emo2 heee

Ampunnnn syg! Kerana mama selalu buat emo tak tentu pasal... mungkin sebab badan penat bekerja di opis malam nak rehat tapi tak boleh rehat... buat kerja rumah tak henti... hohoho alasan tak boleh belah ok



 Sayang cinta kamu hingga hujung nyawa insyaallah....

Walau apa saja dugaan perit jerih kita akan lalui bersama..insyaallah...


 





 Semoga ikatan kasih sayang yang kita bina ini akan kekal selamanya... bersama anak2 tercinta.. esya..sara dan mungkin ada Q lagi seterusnya...amin..amin..amin... coming soon...




Nak makan dekat mana malam nih syg? hehehe makan luar lah yer.. kalo mama masak mau jam 12 tengah malam makannye



 hah kome layan la gambor kawen kami 4 tahun lepas nie.. masa nie berat badan 55kg kot.. kurus.. sekarang...pengsan nak angkat haha


 Esya...sara... permata hati mama dan babah... moga lepas nie ada lagi adik2 mereka...



Ok tu je happy anniversary sayang... love u so much!


dari isterimu yang comel,

Thursday, June 19, 2014

Penawar selsema dan sakit tekak




Vitamin yang menjadi pilihan ketika saya selsema dan sakit tekak


Assalammualaikum semuaaaaaaaaaaaaaa.... wow panjangnya semua tu kan haha. Itu menunjukkan hormon gembira saya nie membuak2. Eceh membuak la sangat. Yelah kejap lagi nak pi family day husband di Melaka. Yahuuu melaka mu tunggu ku datang!!!

Baiklah nak share skit nie.. berdasarkan pengalaman saya sendiri. Minggu lepas selsema selama hampir seminggu uols. Ditambah pulak dengan batuk ayooo memang sengsara sket la keadaannya... mujurlah tak demam syukur alhamduillah. Hampir nak demam jugak aku rasa.. tapi cepat-cepat telan nutriferon dan vitamin C. Seperti gambar diatas.

Setiap hari wajib amek selama 3 hari berturut-turut. Hasilnya alhamdulillah cepat lega.. tak payah ler nak amek ubat demam atau panadol. Syukur alhamdulillah sebab tu aku likeeee sangat dengan produk shaklee nih. Tak caye kome try! hehee

Lepas aku dah sihat tu kan.. husband pulak kene... aku pon suh dia telan benda yang sama... best kan dapat share each other... beli dan makan untuk seisi keluarga... 

ok tu je nak share. Kalau nak tahu lebih lanjut mai pm lekaih

ila kamilah
012-5417451

-love u shaklee-

Wednesday, June 18, 2014

Kak tun dibedah

Siapa kak tun??? kak tun tu adalah kakak ipar saya. Seorang kakak ipar yang sangat baik hati serta menyayangi adik2 iparnya. Sumpah dalam ramai2 kakak ipar dia lah yang paling aku sayangi...

Ya Allah risaunya bila dapat berita kak tun masuk wad semalam. Tup-tup hari nie abg bagitau kak tun sedang dibedah. OMG.... Ya Allah kau lindungilah kakak ipar ku yang sangat baik hatinya ini daripada sebarang perkara yang tidak diingini. Permudahkanlah segalanya ya Allah.. berikanlah dia kekuatan menghadapi dugaan mu... sesungguhnya setiap sakit itu adalah penghapus dosa..

Masih menanti sebarang berita terkini daripada abg cik.. hopefully tak ada apa2 yang serius lah...

amin...

-Adik iparmu yang kerisauan-

Monday, June 16, 2014

Sambut hari bapa di The Sumbs



15 Jun 2014 kitorang celebrate hari bapa... belanja suami tersayang a.k.a babah makan2 di the sumbs, Seksyen 13 Shah Alam. Makanan kat situ boleh dikira tidak terlalu mahal. Harga mampu milik la gitu. Tambahan pula sedapppp pulak tuh! Sesapa yang tak pernah try aku recomen pegilah sana yer.




 Anak2 dah besar tak nak duduk dengan mama lagi nak duduk depan.. ok mama jadi bos kejap yer


  
Sweet jer tengok depa bertiga nih... gerammmm... paling geram hat pakai baju hitam tuh la kan haha

Konsep makan di the sumbs nie... firstly sampai sana kena pi register dulu dekat kaunter. Lepas bagi nama dan berapa orang nak makan ko keluar balik tunggu dekat kerusi di luar kedai tu. Kalau ada meja kosong barulah ko boleh duduk terus. Kalau tak dak ko tunggulah sampai pekerja the sumbs tu panggil.
 Ok weols dapat lepak meja dekat luar kedai... best sebab banyak angin tiup..sejukkk... dan anak2 pon sebok ke hulur ke hilir jalan sana sini..stresss kejap mak incik tau! tapi babahnya melayankan aje.. sat depan sat belakang.. haruslah sabar kan hari bapa hehehe

Order kejap aje sampai dalam 20 minit menunggu... okla kan orang pon ramai so kena paham2 la ikut turn. Konsep makan di dalam kotak yer tuan2 dan puan2. Lepas makan senang buang aje depa tak payah kalut nak basuh pinggan.

Babah makan chicken the sumbs.. sedap tau! ayam bersalut telur rasa garing2 gitu. Rm12.50 paling mahal aku rasa. Okla kan harga gitu. Takla mencekik darah.

Nie puan belog punyaaaaa... chicken hunter. Sedap baq hang! aku sukaaa sebab kuahnye tu macam kuah spagethi bolognise tu ha.. ada masam2 sket. Ada musshroom kecik2 lagi. Licin baq hang! lapar sangattt
 Budak2 nih hurmmmm apa pon tak mau tau! si esya nak  makan kek aje.. kek resepi dr fazley yaakob. Mulanya aku ingat nie kedai dia tapi rupanya nie kedai kawan dia. Dia cuma letakkan kek dia kat situ jer. Rm 12 sebiji pftttttttttttttttttttt pengsan... aku beli 4. So 4xrm12... ko kiralah sendiri....huhuhu

bagi aku cup kek tu kalo rm6 oklaa nie mahai sangat kot rm12 tak padan dengan saiz... rasanya memang sedap tapi sorilah mahai sangat... menangis nak bayar huhuhu
Sara makan funfries rm4.50 murah sket daripada cup cakes esya tadi tu 
Sementara makan si esya dok berulang alik main singki dekat belakang tu.. kejap2 basuh tangan la apa lagi hai geram jer aku nengoknye.. suka main air!


Pic daripada en gugel...

dia punya tad line #forfoodiebyfoodie sesapa makan situ masuk intagram gi la buh hashtag tu.. glamer you hahaha




ok tu je nak share ngan uols... ada sesapa mengidam boleh la pegi sekarang sebelum ramadhan menjelang. Nanti bulan puasa ada buffet ramadhan pulak harga dalam rm45 sekepala tak salah aku. 


Sekian....

Wednesday, June 11, 2014

7 Tahun berkhidmat

11 Jun 2007 sehingga hari ini 11 Jun 2014 maka genaplah 7 tahun aku berkihdmat di sini... happy 7th anniversary to me! hehehe

Sekejap sangat masa berlalu kan... tuptup dah 7 tahun. Bukan suatu jangkamasa yang singkat ok. Lamaaa... daripada zaman anak dara sehingga beranak dua. Daripada ramping sampai lah semangat hehe. Ate makan banyak sangat kat sini kenn.. banyak nau makan free



Banyak sangat3 kenangan manis pahit kat sini... yang manis jer yang patut ku ingat yang pahit lantak pi kat dia hehehe

 daripada unit aku nih ada 5 orang sehingga bertambah ke 12 orang... meriahhhh sangat sekarang nih

 Paling best semuanya sporting dan saling bantu membantu sesama sendiri... buat lawak setiap hari.. tak kering gusi kalau semua berkumpul ada ja yang nak dibahankan.. sweet sangat uols nih tau!


dan juga bos yang sangat baik hati serta memahami... boleh kautimm punya.. best..best hehe

gambar atas bos dari kiri pakai tudung kaler peach tuh... single lagi you.. sapa mau? hehe
 



banyak gambar daripada mula kerja sampai sekarang tak payah la nak tayang semua yer nanti muntah pulak semorang... hihi








walau apa saja tugasan yang diberi insyaallah akan dilaksanakan sebaik mungkin... terima kasih kawan2 semua... sayang korang sampai bila2... 


muaahhh



Tuesday, June 10, 2014

Perginya seorang imam besar masjid shah alam

 Umum telah mengetahui bahawa imam besar Masjid Shah Alam telah kembali kerahmatullah pada jam 9.07 malam tadi di IJN... boleh refer berita dibawah...

credit to: Berita Selangor

SHAH ALAM 10 JUN: Imam Besar Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam, Ustaz Ahmad Mustafa Mohd Sidin, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada 9.07 malam tadi.
Allahyarham Ahmad Mustafa,39, disahkan meninggal dunia akibat komplikasi jantung, selepas enam hari dimasukkan ke IJN.

imam-besar-shah-alam 

Kematian Allahyarham disahkan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Ahmad Zaharin Mohd Saad dalam satu kenyataan, di sini.
Menurut kenyataan JAIS sebelum ini, Imam Besar itu mengadu sesak nafas dan dimasukkan ke Hospital Selayang sebelum dirujuk ke IJN.
Allahyarham lahir pada 26 Disember 1974.
al-Fatihah 

Allahyarham mendapat pendidikan awal Sekolah  Agama Menengah Tinggi Kuala Kubu Bharu, Selangor dan Markas Tahfil Al-Quran Wal Qiraat Masjid Negeri (MARTAH)
Kemudian menyambung pelajaran untuk Diploma Tahfiz Al-Quran wal Qiraat (Darul Quran, Malaysia) dan Ijazah Tahassus Qiraat (University Al-Azhar, Mesir).
Warga Media Selangorkini mengucapkan takziah kepada keluarga dan didoakan agar Allahyarham ditempatkan di kalangan para Anbia dan Solehin.
Al-Fatihah….

 Yang kat bawah nie pulak gambar pagi tadi daripada bilik stor opis aku. Cuaca cantik sangat pagi tadi. Matahari terik. Tetiba elok aku sampai opis cuaca bertukar mendung. Seolah-olah sedih dengan pemergian arwah. Subhanallah... awan hitam berlegar2 di sekitar kawasan masjid.. seriuss aku sangat2 kagum... subhanallah.. dengan angin kuat daun2 berterbangan... tak tau nak cakap macam mana perasaan ketika tu.. terasa sedih pon yer padahal aku tak pernah mengenali arwah... kenal pon bila dia sakit.. yer semalam baru kecoh pasal arwah sakit dan dibedah di IJN.


Gambar dibawah pula selepas 20 minit kemudian... selepas hujan renyai2... cuaca kembali cerah.. dan sekarang cuaca ala-ala mendung aje... maksudnya tak panas terik macam biasa... Ya Allah sungguh hebat kuasamu...

Jika Allah berkehendak tak perlu tunggu lama.. dalam tempoh yang telah dijanji malaikat akan datang mencabut nyawa... Bagaimana pula dengan kita? 

Semoga ditempatkan dikalangan orang yang beriman....

Al-Fatihah.....


Monday, June 9, 2014

Balik kampung halaman ku perak

 Cerita balik kampung hujang bulan mei baru nak keluaq nie wehhhh. Layannnn kan ajelah...

Yer kampung ku di Perak sempadan Penang dan Kedah. Seronok baq hang balik utara! terasa macam balik raya pon ada... kereta berduyun-duyun siap benti di highway lagi tuh. Biasalah penangan cuti sekolah. Kalau tak jem tak meriah la highway utara-selatan tu.


 Bangun seawal pagi siap diri dan anak.. si kakak boleh bantai tidoq tak ingat donia. Jadinya kami angkat ja dia masuk keta mandi dekat mana2 rnr. Dah masuk keta elok plak dia bangun dan sebok tanya... nak g main car ke mama? alahai ingat masuk keta nak pegi main car ker? hahaha mama mau balik kampung laa jumpa tok nah!

Berenti sekali di hentian rehat simpang pulai. Mandikan Esya dekat sana terus. Zassst pegi solat dan makan siap2 dan terus berdesup balik kampung. Sampai di parit buntar memang dah janji nak jumpa dengan sorang kawan aku nih nak pass kan barang dia. Kebetulan dia dapat tau aku nak balik kampung melalui group wasap so dia pon kirim la sekali. Periuk tefal uols! haha sebok nak bagitau ken.

 bergamabr bersama kaktie dan anak beranak... geng masa aku join askar wataniah dulu. Time tu study dekat Poli seberang perai. Kira lebih 10 tahun kami tak jumpa.

 dan bila berjumpa kali nie masing2 bawak "henbeg". Paling best dua2 pon gegirl haha.
 Esya main rumput... sesekali main rumput katanya... kat umah kami kan tak de rumput...

 Esya baru mula nak berkawan-kawan... tapi malu2

 Antara tempat wajib singgah dekat kampung aku nih yelah "Along Char Koew Tiaw" terbaik habaq hang! dia punya kuah tu yang membuatkan char koew tiaw nie lain daripada yang lain. Sesapa ada lalu kampung kedah ontheway nak ke penang tuh boleh try. Dijamin sedap dan korang pasti puas hati. Tak tipu. hehehe.

ini plak rezeki kami... kaktie bekalkan laksa tumis. Dia buatkan untuk aku.. tak pernah makan laksa tumis nie lah first time. Sedap jugak la kuahnye pekat. Tengok latu ikan dia perghhhh lazat. Cuma kalo dapat kuah laksa yang biasa tu lagi teangkat lah aku rasa. Sebab yang nie berminyak skit la sebab dia kan tumis. haaa gitu...

Aroma terapi. Pemandangan sawah pagi di sekeliling rumah. Mesti nak bawak anak2 jalan2 depan rumah amek angin. Gambar nie keesokkan harinya. 


 Esya dan sara pon suka sangat... kat shah alam mana ada sawah padi camni jadi bila balik sekali sekala wajib bawak depa melawat kawasan.

 tengoklah tu si kakak jalan ke depan tak ingat... berani sungguh! kalau kat kampung tak payah risau insyaallah mereka selamat. Rindu kenangan dulu2 masa kecik2 boleh tahan lasak jugak aku dulu. Berkubang di parit tu wajib dah. heee...




 Dapat jumpa mak... urut kaki mak... masak untuk mak... sembang dengan mak dah cukup gembira bagi aku... tu je paling penting bagi aku! Ya Allah kau peliharalah ibu daripada sebarang penyakit... Semoga mak sentiasa sihat dan dapat beribadah kepadaMu...

Di kala ini aku rasa rindu sangat dengan mak... padahal baru lepas kol mak...

Korang... selagi ada mak sayangilah mak.. sebab kalau tak da mak siapalah kita kan...



i love u mak
 



Wednesday, June 4, 2014

Ketahui apa itu Vitamin E?

 Oh yeahhhh Vitamin E... saya suka! saya suka! bak kata memey dalam cerita upin ipin...

Kepada penggemar Vitamin E inilah masanya uols beli 6 percuma satu! tapi nie berita baik untuk yang mendaftar sebagai ahli sahaja yer. Kalau nak harga ahli so kena la pi daftar cepat2. Kalo tak gigit jari la kome hehehe.


Ok apa yang best sangat pasal vitamin e nie? haa nin dia baq hang!

- Menjadikan anda tampak lebih muda dengan membantutkan penuaan sel yang disebabkan oleh radikal bebas.
- Memperbaiki peredaran darah
- Memperbaiki tisu
- Melindungi paru paru dari pencemaran udara
- Ia memelihara pembekuan darah yang normal dan penyembuhan
- Mengurangkan parut & masalah jerawat
- Mengurangkan tekanan darah
- Membantu dalam pencegahan penyakit katarak
- Meningkatkan prestasi atlit dengan mengendurkan otot kaki dari kekejangan
- Mengekalkan kesihatan saraf dan otot dan menguatkan dinding kapilari
- Menggalakkan kulit dan rambut menjadi sihat
- Mengurangkan risiko Alzheimer (nyanyuk)
- Merendahkan kadar kolesterol
- Membantu mencegah pertumbuhan abnormal sel terutama kanser
- Meningkatkan pengeluaran air mani pada sesetengah lelaki
- Juga dikenali sebagai ‘vitamin cinta’ kerana ia boleh membantu dalam perhubungan suami isteri
- Membantu kawasan gelap areola mengecil dan warna puting menjadi cerah semula
- Membantu mengurangkan kesakitan akibat pre-menstrual
- Mengatasi masalah kedinginan dalam perhubungan suami isteri di kalangan ibu menyusu



Lebih fames dengan panggilan "vitamin cinta" uolssssss....ermmmm apalagi seswai untuk anak dara dan teruna yang nak mendirikan rumahtangga tuh hehe. Yang dah lama kawen jangan la diabaikan pulak... tak kan awal kawen je nak cantik2 sedap2 gitu... elok sangat untuk suami isteri..

Bukan cakap aje tau tapi ada testimoni lagi you!



Bukan sekadar nak untuk kebahagian rumahtangga aje tau nak cantik apatah lagi.... jika diamalkan insyaallah glowing kulit you! hehehe

Tak caya nak tengok testimoni daripada my friend...alhamdulillah dia makan dalam tempoh 2 bulan kulit muka dah nampak perubahan. Hurmmm sapa tak nak cantik yer tak? Cubalah try baru tau cemana...

Nie set untuk kulit uols... gebuss gebas

Ok pakat2 rojer saya jika berminat eh. 

ila kamilah 012-5417451
pm/wasap pon boleh

jivebumz@yahoo.com kalo nak emel
Photobucket
© Design by | Nurulchumel Lovely Site