Friday, March 29, 2013

Ke IKEA lah kite


Yeahhh kursus dah abes yarivariva #lompat bintang hahaha suka sangat!

Nie kisah hari rabu tadi. Kursus abes awal jam 1 kitorang berdesup ke IKEA. Kan aku kursus kat PJ so nak ke IKEA tu dekat sangat lah.. Plan secara tiba2 bersama member2 kesayangan. Kak Ani, Dodah dan Sue. Drebar kitorang yelah sue sebab dia teror jalan pintas jalan belakang suma.

Sesampainya kitorang kat IKEA wajiblah pekena meatball yang sedapppp bangat itew... masih terasa lagi kesedapan meatball itew kat tekak nie tau.. Beli sepinggan 15 biji kongsi 3 orang.. yang si sue plak makan ayam.. kitorang dah kenyang sebenarnye nie cuma makan sekadar melepas ngidam ajer.
Tak de niat pon nak membeli sebenarnya tapi ko tau2 jelah kan kalo dah sampai sana tu macam2 benda pulak nak dibelinya pon haishhhh. Tengok itu geram tengok ini geram hai rasa macam nak angkut semuanya bawak balik..

Paling geram tengok menda alah nie.. kan sekarang nie aku dah start bagi sara makan bubur dan puree so bila nengok aje acuan nih terus tingggggg dapat idea nak buat puree pakai benda nih..

yang biru tu gambo ikan..yang ijo tu gambar bintang.. aku plan nak blend ayam atau ikan letak dalam bekas biru tu dan yang kaler ijo tu pulak nak letak carrot, brokoli ke apa2 jelah.. untuk sayur sara.. aritu adela search pasal frozen food untuk baby kan aku ade jumpa benda nih.. dorang masukkan makanan baby dan frozenkan... nampak cantik dan berselera plak tengok makanan tu.. padahal sayur ngan ikan/ayam je pun..

Bersemangat aku nak sediakan frozen solid food untuk si sara tau! dulu time esya tak macam nie plak... mungkin sebab dulu tak pandai lagi.. dan malas.. sekarang dah rajin..banyakk hahaha. Ok nanti aku buat 1 entry pasal solid food sara yer.

Jalan2 kat IKEA tak perasan terambil macam2... nie lah dia hasilnya terbang duit aku hampir rm100 huhu. Tak pe aku redho dan pasroh..

Best sangat dapat keluar macam nie sekali sekala.. nak beli barang apa semua senang.. kalo bawak anak2 ko jangan tanya lah semuanya nak kena cepat.. hurmm tak dan nak tengok dan telek sesuatu barang dengan kadar masa yang lama aceh ayat...tak bole belah..hehehe


dan inilah orangnya.. Sue.. yg bertanggungjawab membawa kami ke sana dan secara tak langsung menyebabkan aku tak masuk opis petang tu uwaaaa

Padahal suka aje tak masuk opis opsssssssss... ok geng lenkali kita merayaps macam nie lagi yer tak puas kot separuh hari nak sepanjang hari :p kena apply cuti lagu nie..

Tuesday, March 26, 2013

Praktise make perfect!

Dah besar dah Sara tau cepat sangat perkembangannya.. dah masuk 6 bulan 3 minggu kot hurm. Setiap hari ada jer perkara baru yang dia buat. Sara nie lain macam sket daripada kakak Esya. Nampak lebih berdikari macam tu. Mungkin faktor anak kedua kot. Sekarang dah pandai menyulur dan pandai angkat bontot nak belajar duduk agaknya. Seronok tengok dia bangun pagi senyum2 pastu lajuuuu jer meniarap. Kadang tu sampai senget2 badan nak mengiring hehehe. Dah susah nak tido malam dulu tido awal sekarang dia lah yang paling lambat tido. So jangan la bagi dia tido awal mesti seksa nak tidokan dia uwaaaaa.

Tak pelah Sara praktise make perfect yer sayang sket ari lagi dah boleh duduk pastu merangkak pastu berjalan hew jenuh lah mama nak mengejor kamu..

Nie ada beberapa keping gambar terbaru Sara yang ku upload di insta dan fesbuk.. nak jugak diabadikan di belog jivebumz nih sebagai kenangan di hari tua :)





Monday, March 25, 2013

Kursus pertama untuk tahun 2013

Untuk pertama kalinya aku berkursus utk tahun ini. Sekarang berada di PJ dan akan berkursus selama 3 hari untuk menjadi Juruaudit uwaaaa tak shukeee kot jadi auditor nih kan. Sabar jelah memang tak dapat lagi nak tak nak kene hadir jugek.. So marilah kita mendengo ceramah ok kalo bosan pun main hp n ipad yo hehehe

Saturday, March 23, 2013

Hubby masak

Hari minggu biasanya aku off masak tugas memasak diambil oleh en asben.. Bangun pagi tadi air plak xde so aku pun sambung tido balik phewww nikmatnya..

Hubby tengah bersihkan kipas kat hall sapu sampah segala.. Aku bangun tido aje semua dah clear..good :)

Jom jemput makan.. Hubby masak nasik goreng, sambal sardin ngan ikan goreng berempah hewhewhew

Lepas makan boleh kita sambung tidoq :p

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Thursday, March 21, 2013

Yeay Sara dah bersunat!


Phewww lega weh bila selesai sunatkan Sara.. dah lama plan nak g sunatkan dia asyikla tertangguh... umur makin lama makin meningkat.. kaki makin lama makin menggedik mana aku tak risau.. so pagi nie aku tekadkan hati bawak juga Sara pegi klinik biarpun tanpa babah di sisi hukhuk

Babah keje jauh so tak payah susahkan babah biar mama aje yang bawak asalkan Sara selamat disunatkan.. see betapa kentalnya mama sara buekkk haha


Sara.. sebelum..semasa dan selepas di sunatkan...

Nangis kejap aje.. sebab sakit kan.. dapatlah aku tengok camna doktor tu sunatkan.. alahai sikit aje pun.. syaratnya setitik darah.. dulu masa Esya aku tak berani tengok kali nie memang aku tengok sendiri.. kental kan?? hakhak

Macam biasa klinik yg menjadi pilihan mestilah klinik Ajwa Seksyen 15.. Bayaran rm32 sahaja.. masa esya dulu rm30 so dah naik 2 hengget yer..

Lega sesangat aih... dengan ini oficially Sara dah bergelar anak dara yeayyyy di usia 6 bulan 11 hari :)

Tuesday, March 19, 2013

Didiklah anak mengikut sunnah

 


Kongsi ilmu bersama ibu2 semua... sumber dari pak cik gugel




Friday, March 15, 2013

Huggies Dry Pants: Change for Better Convenience




Aku mempunyai 2 orang anak dara. Seorang berumur 1 tahun 11 bulan dan seorang lagi 6 bulan +. Yer anak aku rapat-rapat ok. Setahun seorang hebat bukan?? mehmehmeh

Baru-baru nie aku dapat sample diaper iaitu huggies dry pants. Aku pun buatlah experimen untuk anak2 aku nih. Anak aku yang sulung nie hover dan sangat aktif terutama sekali time nak tukar diaper. Nak pakai diaper saja pon dah ambik masa hampir 5 minit dengan nak mengejornye lagi hai stress sungguh mak hincik tau! Tapi bila aku cuba pakaikan huggies dry pants eh senang pulak.. sambil berdiri lagi senang buat macam nak pakai spender tu sarungkan aje hehehe. Tak sampai 30 saat sap sap soi dah siap pakai diaper!! hebatnyaaa
Pelakon utama: kakak esya sedang memakai huggies dry pants yang ternyata sangat mudah dipakai dan selesa.

sebab ape aku kata selesa... sebab  ia mempunyai peregang lembut dibahagian tepi yang memberi lebih keselesaan dan membantu menghalang kesan merah walaupun semasa bayi sedang bergerak dan sistem pengunci untuk menghalang kebocoran. So far anak2 aku tak pernah bocor  pabila shishi mahu pun popoo semasa memakai huggies dry pants nih.

Tido malam mereka akan lebih selesa gitu...auwww

 model yang susah bak beri kerjasama.. so mamanya terpaksa amek gambar curik


 See si manja anda lebih selesa biarpun dengan tidak memakai seluar hanya diaper only! hehe... nie si kakak tengah seronok mengemas kain baju untuk mama.. ermmm terima kasih syg..


 Sebenarnya teringin nak suruh esya posing macam nie tapi dia tak mau pulak huhuhu



Huggies dry pants juga sesuai untuk baby ku yang berusia 6+ di mana ia terdapat dalam 4 pilihan saiz iaitu:-

M untuk 5-10 kg (saiz adik sara)
L untuk 8-13 kg (saiz kakak esya)
XL untuk 11-16 kg
XXL untuk lebih daripada 14kg

yeahhh nie dia huggies dry pants itewww!!!

Tersenyum adik sara jadik model sambilan huggies yer..
 

Paling penting  ianya paling mudah untuk menukarnya iaitu dengan hanya koyak, salin dan lepas! hanya perlu koyak di bahagian tepi kiri dan kanan diaper sahaja.. sangat sesuai pabila kitorang outing tak perlu sebok mencari changing room for baby.. kat mana2 pon boleh change diaper OK.  Ai like!!!

Dengan adanya huggies dry pants ianya sangat membantu dan menjimatkan masa aku nak tukar diapers anak2..berbaloi-baloi...kalo dulu 5 minit tukar diaper sekarang tak sampai 30 saat yeahhh suka sangat! diulangi...tak sampai 30 saat OK hehehe

Ermm paling best huggies dry pants nie boleh dipakai ikut mana pun. Tak ade depan / belakang hanya sarung aje mana2. Aku mulanya pelik jugak dok mencari yang mana depan yang mana belakang. Waistband dia meregang ikut keselesaan baby so tak perlu risau pinggang baby akan merah2 ke apa.
Maka benarlah apa yang dikatakan change for better convenience :)
 



Dengan memakai huggies dry pants anak2 pon sentiasa heppi yaw!!!

Kalau nak tahu huggies adalah jenama lampin pakai buang di Malaysia yang terbukti secara klinikal dapat mencegah ruam lampin! So don't worry ok.



  Ok lah korang kalo rasa teringin nak cuba Huggies-Rific macam aku boleh mintak sample di link nie http://www.huggies.com.my/huggies-community/request-a-sample.aspx 
 Ianya percuma hanya perlu sign in dan jadi members dulu ya.
 
Tak pun kalo suka berfacebook boleh klik link nie www.facebook.com/Huggies.Malaysia   Sila LIKE!!! dan menjadi orang yang ke 101k ++ sekarang... aku dah LIKE :)

By the way no more stuffy bum!! Cubalah try huggies anda pasti jatuh chenta! yeahhh





Thursday, March 14, 2013

Pengunjung blog ku

Macam tak percaya pulak seramai ini yang jengah blog jibam... pukul 4 pagi pulak tu! hai korang tak tido ke???? hehehe



TERIMA KASIH koranggg... korang memang sweet sangat :)

First solid food untuk Qaysara Aleesya


Semalam aku bekalkan Sara puree.. pestime buat puree kot.. dulu esya aku buat bubur nasik jer terus.. kali nie rajin sket so marilah kita berpuree pulak ken hehehe

Puree pertama yang aku berjaya hasilkan ialah apple campo susu ibu.. senang aje buatnya pon.. apple tu kasi kukus dulu pastu blend sekali dengan susu ibu.. agak2 aje susu tu tak perlu banyak tapi jangan lembik sangat lah.. rasanya ermmmm sedapppp.. kalo tak letak susu agak masam sket lah.. nie aku pakai apple merah tu.. apple hijau tak sesuai pulak nanti terlampau masam untuk baby.

Nie lah dia puree apple + susu mama eh eh 

Malam tu dah try bagi dia mamam... amboi kemain suka lagi dia mamam habis semangkuk kecil.. aku mulanya macam takut2 nak bagi makan dah jadi bersemangat nak buat puree lagi bila tengok dia berselera.. oklah lepas makan sara popoo dengan meriahnya..

tapi petang semalam BS sara mms gambar nih.. badan sara merah2... tak pasti lah sama ada dia gatal sebab makan puree nie ke hapa... malam tu elok aje dia makan.. lepas makan tido so tak nampak la dia alergik ke apa kan.. siangnya baru tau.. tapi tu tak sure lagi sama ada apple adalah penyebabnya...hurmm

kesian sara abes merah2 badan dia.. gatal2 sume.. arinie aku stop bagi makan dulu.. esok baru buat puree lain pulak.. kalo nak tau dia memang alergik ngan apple makanya aku kene buat puree apple lagi lah kan.. tapi elok buat hari cuti lah kan nanti boleh aku pantau.pheww


tak pelah budak tecik baru nak belajar makan.. beginilah.. kena try satu2 dulu.. kalo boleh aku nak bagi dia rasa buah-buahan dulu nanti dah beso sket baru nak buat bubur nasik.. tak nak bagi awal2 nanti dia bosan macam kakak dia dulu tak suka makan sobsobsob

 

Sunday, March 10, 2013

Sara & Aryan

Bertemu jua 2 sepupu ini akhirnya.... yeay Sara dan Aryan.. nama penuhnya Muhammad Aryan Rizqy anak sedara baru saya belah suami merangkap cucu sulung lelaki yeahhh. Nampak benor Sara besarrrr sangat daripada Aryan. Ate dah jadi kakak kan.. kakak sepupu. Oh esya xde sebab dia tido time bergambo nih lagipun dia memang tak suke bergambo pon... jom layan gambo 2 orang sepupu nih.. ehem2 testing apdet blog pakai ipad ko hehehe











Thursday, March 7, 2013

Baby awal tahun 2013


Sekalung tahniah kepada my BFF aka My Opismate za dan Nurul di atas kelahiran cahayamata.. Masing2 dapat gegel ok! boleh geng dengan esya dan sara yeayyyy


Za yang ditengah2 pakai tudung kaler ijo.. tahniah za dapa tbersalin secara normal pada 12 Februari 2013 ritu.
 
Tahniah nurul yang bersalin pada 2 Mac 2013.. secara ceaser sebab ada masalah tertentu.. selamat berpantang korang... cepat2 sihat dan cepat2 balik opis.. daku kesorangan tahu tak! huhuhu

Dapat anak buah baru jugak.. boiboiboyyy!! adik ipar aku punye anak belah suami.. tu pon tak tengok lagi.. tengok kat fb aje.. nanti kita apdet yer gambo2 baby baru tuh..

bizi giler sekarang nie esok ade odit anugerah ict ketua pengarah jksm phewwww

k bai

Friday, March 1, 2013

Huggies Dry Pants Campaign Roadshow

Siapa ada baby mesti guna pampers kan? Setiap bulan mesti ada peruntukkan untuk beli pampers anak-anak.. tu belum masuk beli susu lagi.. 2 perkara yang wajib dibeli aku rasa. Begitu juga dengan kami. Kalau dapat tau ada promosi pampers harga murahhhh laju je pegi beli tau! hehehe

Korang pernah dengar pasal Huggies? Haa nie nak habaq mai..


 

Mengenai Huggies®
Huggies® ialah salah satu jenama penjagaan bayi dan kanak-kanak terkemuka di Malaysia. Ia membekalkan pelbagai rangkaian lampin pakai buang dan lampin seluar kepada ibu dan bayi untuk membantu mengekalkan kulit yang sihat dan membuatkan bayi sentiasa gembira. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.huggies.com.my atau www.facebook.com/Huggies.Malaysia



Mengenai Huggies Dry Pants
Huggies Dry Pants ialah pilihan yang mudah digunakan untuk bayi dan kanak-kanak yang aktif – setelah anda mencubanya, anda pasti tertarik dengan betapa mudah untuk menukarnya iaitu hanya dengan koyak, salin dan lepas! Dengan peregang lembut di bahagian tepi memberikan lebih keselesaan dan membantu menghalang kesan merah walaupaun semasa bayi anda sedang bergerak dan sistem pengunci untuk menghalang kebocoran. Tambahan pula, Huggies adalah jenama lampin bayi pakai buang pertama Malaysia yang terbukti secara klinikal dapat membantu menghalang ruam lampin! 


Baiklah... korang nak tau Huggies kan ada buat roadshow
“Huggies Tukarlah untuk Lebih Senang Dipakai” yang bakal diadakan dari 25 Februari 2013 sehingga 3 Mac 2013 di Mydin USJ. Wah macam best jer kan.. mesti ada event yang menariks kat sana kan.. haa rugi woo sape tak join!
  

Pelbagai hiburan untuk seisi keluarga ada disediakan disana. Antaranya ada...
  • persembahan
  • promosi hebat (mesti harga pampers murah3)
  • hadiah percuma (sape tak nak wei? percumaaa tu! hehe)
  • permainan
  • pertunjukkan silap mata
  • dan pelbagai aktiviti menarik

Wahhh mesti ajak en bob pergi nie... sebab tak pernah kot join aktiviti fun macam nie nak2 pulak bawak anak2 mesti best giler kan.. hurmmm harap2 En Bob tak kene keja ahad nie. Kalo tak menangis aku nak bawak anak2 pegi sendiri tsk tsk tsk

Korang kalau pergi singgahlah di booth Huggies untuk mendapatkan sampel percuma Huggies Dry Pants dan boleh rebut peluang untuk mendapatkan hadiah! hadiah apa??? haa tu kita kena pergi sana dan lihat sendiri ok! aku pon tak tau hehehe

Mari berkumpul di ruang legar Mydin USJ untuk saksikan betapa pantas dan mudahnya untuk menukar lampin Huggies Dry Pants! wewitttt... 

So ape lagi Jangan lepaskan peluang untuk menyertai Huggies untuk acara yang penuh keseronokkan bersama keluarga tersayang!

Ok kalo korang betul2 berminat untuk menyertai acara Huggies yang dijangka sangat best vavava nih butirannya adalah seperti dibawah:-

Di mana: Ruang legar, Mydin USJ
Bila: 25 Februari 2013 (Isnin) hingga 3 Mac 2013 (Ahad)
Pengumuman istimewa: Sesi Cabaran Tukar Lampin 30 Saat Huggies dan persembahan akan diadakan setiap hari pada masa berikut: 10.30 pagi, 2.00 petang dan 8.00 malam.
 

Acara penutup akan berlangsung pada 3 Mac 2013 (Ahad) dari 8 malam hingga 9 malam! Datanglah beramai-ramai!

Jumpa disana....peace yaw!




Photobucket
© Design by | Nurulchumel Lovely Site