Aku baru pulang dari kampung.. 23hb balik perak.. balik ke sini 27hb selepas asar tengah malam jam 12 baru sampai shah alam.. syukurlah jalan tak jem cuma kereta jer banyak.. mujurlah aku balik kampung minggu lepas.. plan asalnya nak balik time raya cina nanti..
Aku memang tau mak demam... tapi tak sangka pulak rupanya demam nak jadi kayap.. balik kampung tadi baru lah dapat sendiri rupa kayap tu macam mana.. rasanya dah dekat 2 minggu mak sakit kayap.. sorang pon tak tau mak jadi kayap.. semuanya ingat mak sakit biasa saja.. adik lelaki aku ada bawa mak pegi klinik kesihatan kat kampung.. dorang kat klinik tu pun tak tau mak sakit apa.. boleh dorang bagi mak ubat kaler pepel tu.. tu bukan ke ubat cuci luka?
Kemudian adik aku bawak mak ke klinik swasta pula.. doktor situ pun macam blur2 jugak.. bagi ubat sapu dan ubat makan.. doktor suspek mak kene gigit ngan semut merah yang halus tu.. ok tak palah.. mak makan ubat dan sapu ikut masa..
Hari sabtu tadi adik aku yang pompuan pula bawa mak pegi klinik pakar kulit.. bermula dari situlah yang kitorang dapat tau sebetulnya mak kena kayap.. Ya Allah... Subhanallah... masa tu mak dah start sakit2 bila kayap tu menyerang.. maksudnya dah mula sakit saraf lah.. aku pun terus gugel pasal kayap nie.. Ya memang sama sebijik seperti apa yang mak sedang alami sekarang.. sedih sangat bila mak menangis pabila sakit dibahagian saraf tangannya sebelah kiri tu.. kulit di siku melepuh seolah-olah terbakar.. kesan daripada garu.. yelah dah gatal sangat mak tak tahan terpaksa lah garu.. cuma paling aku risau kat bahagian dalamannya.. sebab dah serang saraf kan..
Buat masa sekarang nie mak aku berada di ipoh.. di rumah adik perempuan aku.. mujur mak nak ikut itupun jenuh aku memujuknya huhu.. mak masih makan ubat yang diberi oleh doktor pakar kulit tu.. tapi ubat tu pun tahan 3 hari jer.. hari nie dah habis la ubat tu semua.. perubatan tradisional pon kami ada buat juga.. macam gunakan daun delima, daun melur di lenyek menggunakan tempurung di atas pasu bersama dengan beras.. di sapu di atas tempat yang kena kayap tu.. adik aku bagitau tadi luka tu dah semakin kering.. cuma sesekali akan ada serangan kat saraf tu.. kesian mak.. bila mak sakit serta merta air mata mak mengalir tak dapat menahan rasa sakit tu.. aku sendiri pon tak mampu nak tengok mak aku nangis.. secara tak langsung aku pun menangis sekali..
Aku anak sulung.. tapi aku pulak yang jadi ratu air mata... adik lelaki dan adik perempuan aku tu nampak macam kental sikit hurmm... aku harap mak aku cepat sembuh.. walau apa cara sekalipun kami 3 beradik akan berusaha untuk sembuhkan mak.. kawan2 kat luar sana kalo ada cara / petua / ubat yang mujarab boleh kongsi dengan aku.. kalo boleh untuk pulihkan sakit dibahagian saraf tu.. luka diluar dah hampir kering..
Semoga aku kuat dan tabah menghadapi dugaan ini.. inilah kali pertama mak aku sakit teruk macam nie dan tak pernah seumur hidup aku tengok mak menahan sakit begitu... Ya Allah kau kuatkanlah semangat kami 3 beradik... demi mak tersayang..
amin